Rokok Salem..

 

Satu petang aku melintas dikawasan kejiranan. Memang sejak lahiriah aku suka berjalan-jalan walaupun tanpa tujuan. Aku kebetulan lalu di kawasan perumahan tempat salah seorang dari kawan-kawan bermain rounders tinggal. Dia paling tua antara kami semua. Kalau tak silap, dia dalam darjah 5 masa itu. Aku, 6 tahun 🙂

Dia duduk di tepi longkang dan kakinya tegak dipaut tangan. Kepalanya sedikit tunduk.. Kala aku menyapanya, aku perasan matanya merah. Dia tengah menangis. Aku hanya duduk dan temankan dia sampailah dia menunjukkan tanda-tanda nak bersembang.

‘Kau apahal’ aku bertanya. Bahunya terhincut kembali. Ah, sudah..mamat separuh darah barat ini menangis kembali. Aku tak ingat sangat apa puncanya, tapi secara ringkas dia melarikan diri sekejap kerana ibunya tengah mengamuk. Mengamuk kerana rokok Salem sudah habis. Yang aku tahu, bapak diorang sudah lama tak balik rumah. Apa kerjanya pun aku tak tahu.

Hmmm…aku seluk poket. Ada 40 sen. Pantas aku ajak dia cari duit tengah jalan. Mana tahu ada syiling tercicir. Untung-untung jumpa duit kertas. Dia langsung setuju. Kami masuk keluar longkang, ronda padang dan berjalan mata meliar mencari syiling. Mungkin kerana kami gigih, tak sampai sejam akhirnya berjaya kami kumpulkan RM 2 lebih.

Kami berjalan menuju TC Permata dan membeli sekotak rokok Salem. Harganya tak silap aku sekitar seringgit lebih. Barulah mamat tu tersenyum bila rokok ada dalam genggaman. Dia paksa aku teman dia balik supaya mak dia takde alasan nak mengamuk depan tetamu.

Aku agak takut-takut…Mak dia sedikit besar dan nampak garang. Cakap melayu sepatah dua aje tahu. Aku langsung lupa dari mana asal makcik tu tapi sampai sekarang namanya aku ingat. Kedua beranak speaking London di dapur membiarkan aku seram-sejuk di ruang tamu. Adik-adik dia semuanya kecil lagi memandang aku tanpa perasaan. Suara mak dia yang besar seakan jelas dipendengaran, kemudiannya sayup. Tak sampai seminit kedua mereka keluar. Aku nampak mamat tu tersenyum. Makcik tu pulak meluru ke arah aku dan mencium pipi aku mengucapkan thank you sweetheart, ada something something pasal life savior kejadah.

Kemudian dia membancuh teh panas dan menghidang biskut kering untuk kami berdua. Bila mak dia sudah naik ke bilik, mamat tu speaking London membebel apa benda aku tak paham sangat (Umur 6 tahun aku tak reti sangat bahasa Inggeris kecuali yang mudah-mudah). Tapi yang ini dia cakap melayu, “kalau kau bagitau dekat kawan-kawan lain aku menangis aku tumbuk kau” katanya seolah amaran. Aku tak bagitahu sesiapa pun, in fact hari ini baru aku tuliskan kisah ini untuk kenangan aku sendiri.

Dia lupa pukulan bola rounders aku bila-bila masa boleh singgah kat nunek dia lagi.

Roti Panjang atau Roti Pendek?

'Roti Panjang'

 

Hampir tiap-tiap petang aku akan bermain di padang. Kalau tak main layang-layang, main baling selipar, rounders atau bola sepak. Apa juga aktiviti petang di padang, ia sangat seronok. Tak kisahlah mereka semua lelaki, aku seorang aje tersesat bermain sama. Mereka menerima aku seadanya. Kadangkala mereka turut mengheret aku mandi sungai yang tidaklah bersih sangat pun airnya pada hemat aku kala itu.

Satu petang yang hampir senja, kami masih berseronok bermain di padang. Langit sudah rembang. Tiba-tiba kakak datang dan menyampaikan pesan yang berbunyi begini “Abah tanya, kau nak roti panjang atau roti pendek?’

Penat bermain dan perut pun sudah lapar. Kalau roti pendek mesti cepat habis dan tak kenyang. ‘Aku nak roti panjang’ laung aku pada kakak. Dia meluru balik dan aku teruskan bermain sampailah azan maghrib sayup-sayup kedengaran.

Balik aje rumah, piap…piap..paip aku kena libas dengan rotan. Berbirat satu badan. Sempat aku tanya arwah abah, kalau roti pendek tu apa?

Dia capai hanger dan paling pada aku. Tapi aku sempat mengelak…

Rounders..

 

Petang itu langit cerah. Lepas azan habis berkumandang dari peti televisyen berkaki kayu seolah akuarium aku bingkas berjalan ke padang. Orang tidaklah ramai sangat. Ada yang bermain jongkang-jongket, ada yang berbuaian dan tak kurang memanjat papan gelungsur. Tujuan aku hanya satu. Aku mahu memegang kayu dan memukul bola hijau itu seperti mana yang aku saksikan semalam, di padang yang sama.

Tidaklah lama sangat menunggu…Sekumpulan kanak-kanak lelaki mulai memenuhkan padang. Sayangnya mereka kekurangan pemain. Ah, chance baik..Aku menawarkan diri nak main. Ketua dari yang beramai-ramai itu memandang tak puas hati. ‘Budak pompuan mana boleh join sekali. Nanti kau nangis balik rumah pasal tak dapat kerjar bola’ kata mamat tu, tapi tidaklah kurang hajar. Elok sahaja nada suara dia tuturkan ungkapan itu.

Aku yakinkan yang aku tak akan menangis..dia akhirnya setuju. Berlari kejar bola, aku handal. Tapi bila tiba giliran aku memukul bola, mamat tadi mulai panas hati. ‘Ini yang malas main dengan pompuan, pukul tak kuat’ mamat tu menjerit hampir separuh padang dengar. Aku mulai malu.

Strike one..

Strike two..

Kali ketiga bola dilantun, sekuat tenaga yang ada aku hayunkan kayu ditangan.

Aku terdengar suara mengaduh kuat..Saat itu aku sudah pun habis berlari satu bulatan.

 

Bola itu terkena nunek dia…Masa tu tak pula dia kata aku pukul tak kuat.,,

Perhiasan Rumah Sukan Terbaik

Angry Bird!

Alang-alang berjalan dan menikmati keindahan alam, kami melalui sebuah sekolah rendah di Kemaman. Mereka sedang sibuk dengan aktiviti sukan tahunan dan dari luar riuh rendah kanak-kanak bersorak. Aku syak ketua penilai perhiasan rumah sedang membuat kiraan markah.

Terus aku mengajak Adeq mengambil gambar. Rumah merah mesti menang. Mereka hias cantik dan yang paling utama, Angry Bird pasti memberikan markah kreatif.

***

Perhiasan rumah sukan zaman sekolah aku dulu sangat jahiliah. Balik-balik lilit lidi salut dengan rambu-rambu macam bunga manggar tu, cucuk dekat betik muda dan kadang-kadang hiasan jamuan hari jadi dengan krismas pun masuk jugak. Asal boleh. Lantaklah..yang penting piala pusingan setinggi budak 4 tahun itu pernah aku bawak balik setahun. Olahragawati sekolah katanya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...