Escape Plan

escape_plan_movie_still-1920x1440

Ini cerita utk warga matang jadi aku berikan 9/10. Jadi ia jatuh bawah kategori mesti tonton, tak tonton rugi apatah lagi kalau ada berumur 30 tahun ke atas – rugi besar dik non!

Ia mengisahkan tentang seorang bekas pendakwaraya, Ray Breslin lakonan selamba Slyvester Stallone menjadikan kerjaya masuk penjara dan mencuba memecahkan tahap keselamatan penjara tersebut dengan membolosinya sebagai satu cara untuk memberitahu kelompongan sistem keselamatan adalah serius dan perlu diambil berat oleh pihak kerajaan khasnya dan penjara amnya. Syarikatnya ditawarkan dengan satu tugasan menguji sistem keselamatan satu penjara dikawasan yang dirahsiakan dengan jumlah bayaran berjuta dollar. Ray Breslin bersetuju namun rupanya dia menjadi tahanan di sana atas rencana rakan kongsinya. Bermulalah cerita bagaimana dia mencuba untuk membolosi penjara rahsia ini dengan bantuan Rottmayer lakonan Arnold Schwarzenegger.

Cerita ini hebat. Ia sangat hebat dengan lakonan Jim Caviezel sebagai warden penjara yang membuktikan melakonkan watak jahat tidak perlu terjerit-jerit tak tentu hala dalam setiap babak. Reaksi mukanya yang dingin, lontaran dialog macam kena ganja tapi bertabah menyebabkan aku sangat menyenangi watak ini.

Sly Stallone pada aku biasa sahaja. Tapi bila digandingkan dengan Arnold jadi kuat. Kuat dalam erti kata kalau Arnold ni takde, Sly pun mcm picisan aje. Diselitkan beberapa unsur lawak dalam filem ini dan percayalah ia sangat matang dan dewasa!

THE TOMB

Aku sukakan filem ini.

Paul Blart Yang Hanjeng..


Dalam sejarah aku menonton wayang, sekali saja aku terus keluar panggung biler citer tu memang tahap bosan giler babas. Citer yang tak semenggah itu ialah The Number 23 lakonan hampeh Jim Carrey. Walaupun dia berjaya membuatkan aku ketawa terbahak-bahak dalam filem Ace Ventura dan Bruce Almighty, dalam filem di atas dia kategori hampeh geduak jua adanya.

Semalam, semasa menonton Paul Blart : Mall Cop, aku hampir-hampir mengeluarkan diri aku – sekali lagi. Tapi kerana adanya jagus rebus dan air coke sebagai bekalan, aku tahankan juga niat nak berambus dari panggung 4, GSC Summit USJ. Tapi kerana filem ini diterbitkan oleh Adam Sandler, aku tunggu la jugak.

Paul Blart : Mall Cop mengisahkan Paul Blart, seorang pengawal keselamatan yang bekerja di sebuah pusat membeli-belah. Paul tinggal bersama seorang anak separa sihat dan seorang ibu separa tua tanpa isteri. Isteri Paul meninggalkannya setelah berjaya mendapat Kad Hijau (haram jadah betul pendatang itu 🙂 Paul mengidap ‘hypoglecimia’ – kurang gula dalam badan yang akan menyebabkan dia pengsan setiap kali kadar gula dalam badan berkurangan. Sudahlah begitu, keadaan fizikalnya yang begitu membesar bagai johan menyukarkan beliau mencari kekasih. Tetapi kehadiran Amy yang bekerja sebagai penjual rambut palsu di salah sebuah kiosk di pusat membeli-belah itu membuatkan Paul terasa ingin dicintai semula. Berlaku satu rompakan di situ yang menyebabkan keadaan menjadi kalut dan Paul berusaha menyelamatkan Amy dan anaknya yang menjadi tawanan perompak.

Watak Paul Blart dilakonkan oleh Kevin James dan Amy oleh Jayma Mays. Setelah membuang masa sejam lebih di panggung, aku rasa cerita ini tahap lawak kejap-kejap la


Tak berbaloi untuk ditonton di pawagam apatah lagi membeli DVD haram. Kalau ada yang best pun hanyalah watak Pahud yang muncul sekejap-sekejap dengan loghat Indianya yang lucu.

Jayma Mays, gadis separa aneroxia ini yang jadi pilihan Adam Sandler memegang watak Amy. Apa dah tak ada muka lain ke yang lebih inesen dan lucu? Jayma Mays banyak berlakon dalam drama hebat sebagai pelakon pembantu seperti Ugly Betty, How I Met Your Mother etc dan filem Epic Movie. Lakonannya ok la… Tapi kalau bagi Anna Faris, perempuan yang berlakon Scary Movie tu lagi kena..

So, jangan tengok. Buang masa dan wang ringgit aje.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...