Sungkai Terakhir di Pejabat

Iftar terakhir di pejabat. Terima kasih anak-anak  yang komited. Udah macam kilang kita proses bahan kali ini. Terima kasih banyak-banyak semoga diberi balasan sebaik-baiknya oleh yang kuasa.

Mohon ampun dan maaf sekiranya ada tersalah dan silap sepanjang kita semua berurusan. Maklum sahaja dengan limitasi yang ada, tak terkayuh nak buat semua.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin…
#unitpromodankreatif
#myAteam

Tuan Tabib Buat Semperit!

Selamat datang ke dapur tuan tabib…Dalam episod Suami Masak Apa Hari ini, dipersembahkan kuih semperit dengan penampilan khas Cef Judin. 14 tahun beraya, sekalipun kitorang tak pernah buat kuih raya. Hikmah PKP tahun ini, dah macam-macam juadah Hadi belajar buat. Tinggalkan sikit tau…nanti sehari sebelum Syawal ai akan merentas negeri ke hati yuuu…

#abbyhadi
#forevermeansforever
#meloveyoulongtime
#hadicancook
#haditakdefb
#judinjudika
#judinhensem
#myautisticson
#supermomyangcengeng

Cantik kejadian dia

Menu Buka Puasa

Hari ini berbuka puasa dengan mama. Seperti biasa,Kak Benny kau bergasak kat dapur. Saja masak awal sikit. Rasa penat lain macam hari ini. Panas pun ada…

So mama Siti ZainiahSulaiman request sambal udang petai dan NurashqKhairi nak padprik cendawan sotong. Aku tak kisah makan apa…dapat kopi ais pun aku dah syukur sangat.

Selamat berbuka puasa guys…
P/s: Kat Taman Melawati tu ada aje van jual petai.

Mari Menyambal Lagi

Ikut perasaan nak makan tempoyak udang. Tapi petang tadi gatal tengok FB kawasan perumahan aku, ada pulak orang lelong petai. Belilah 2 ikat…

So nk masak tempoyak udang dan taruk petai dalam tu, tak rasa macam best. Aku ni kalau makan petai mengada dia lain macam. Petai tu seeloknya kena goreng dulu bagi dapat berkat. So, menyambal lagilah malam ini…

Lama Tak Masak Sambal Sotong

Pertama kali hari ini aku masak sambal sotong ikut resepi yg aku nampak kat FB. Aku follow sebab aku teringin nk sambal sotong warna biadap. So lepas ni aku akan masak cara macam tu sebab memang menjadi seperti yang aku bayangkan…

Kat atas ni sayur, maksud aku…sayur yang aku makan. Dimasak padprik.

Ok…selamat berbuka puasa. Selalu makan nasi bungkus aje. Alang2 tak kerja hari ini, aku masaklah untuk hiburkan perut sendiri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...