RSS

Category Archives: Rakan-Rakan

Untuk Dikenang – Adik Wani :)

The great thing about new friends is that they bring new energy to your soul.

Aku mengambil masa setahun untuk menzahirkan rasa syukur dan beruntung yang teramat kerana mengenali adik manis yang sentiasa tersenyum ini. Kenali dia dengan nama Aifa sahaja. Setahun lalu kami bersama-sama menjejak bumi Nihon dan dari situ aku mula rasa sesuatu yang sangat istimewa tentang dia.

Hari pertama kami bertemu adalah semasa sesi taklimat kursus yang dibuat di JICA, Jalan Ampang. Andaian aku masa itu ialah aku mungkin boleh berkawan dengan dia, tetapi agak sukar untuk rapat. Sisi pembawakan kami sangat berbeza. Aifa seorang yang soft spoken, baik hati, berani dan sangat huznuzon. Ohai, dia syantik.  Dia juga syariah compliance manakala aku liberal.

Semasa sesi memperkenalkan diri, dia memberitahu dia pernah pergi Jepun bersama keluarga dan familiar dengan dunia di sana sementelah dia ini rupanya minat K-Pop dan J-pop juga. Ok, jauh dengan aku sebab aku suka country music. Jadi bila dia cerita pengalaman dia pernah ke sana dan Korea, ternganga-nganga aje aku mendengarnya. Tapi aku dapat rasa macam boleh ngam sebab dia macam suka travel ke tempat-tempat yang ada sejarah macam aku juga.

Hari pertama itu juga aku sudah nampak dia ini sangat istimewa. Dia mendahulukan tempahan Grab Car kepada kawan-kawan lain semasa kami kalut macam mana mahu bergerak ke Kedutaan Jepun dari Jalan Ampang. Aku selalu percaya kalau seseorang mendahulukan dan mengutamakan orang lain dari diri sendiri, itu adalah perbuatan yang sangat mulia. Apatah lagi untuk orang yang kita tak pernah kenal. Mahal nilainya di situ.

Di Jepun, tidaklah semuanya bermula dengan pantas. Hari kedua kami di sana, dia duduk disebelah aku. Mereka menggunakan sistem nombor untuk menentukan kedudukan kami di dalam kelas. Dia nombor dua, aku nombor tiga. Satu aku perasan, dia sentiasa ada bekalan. Gula-gula ke, air ke…pokok pangkal dia pemakan macam aku. Ok, aku suka itu sebab senang nak paw.

Ketika kebanyakan antara kami excited mahu berjalan-jalan melihat kehidupan malam di Osaka selepas kelas Prof Emeritus Odano, dia dengan selambadaknya langsung tidak mahu ikut kami. Dia mahu balik dan berehat. Ada satu hari minggu yang kami membuat rencana untuk berjalan-jalan di Kyoto, dia memilih untuk meneroka bumi Kobe – seorang diri. Giler kental awek ini. Dari situ, jujurnya aku semakin mahu mengenali adik Aifa.

Dia jugalah manusia yang memperkenalkan aku dengan satu makanan di Jepun yang membuatkan saka makan aku menggila di sana iaitu Garlic Naan, Chai dan Mutton Massala Curry di Naan Inn, Kobe. Entah berapa kali kami mengulang makan di sana walaupun bukanlah murah juga harganya. Tapi sumpah sedap. Yes! Aku jumpa geng makan. Itu sangat indah sebab bukan mudah untuk dapat kawan yang sanggup melayan citarasa dan selera kita sepanjang masa. Oh, dia juga pemesan Kitsune Udon yang setia….sesetia aku memesan Bukakke Udon setiap kali kami melepak di San Plaza.

Ohai, dia penggemar kopi macam aku juga! Setiap kali dia keluar masuk combini, pasti ada kohii yang dibawa keluar dan hidup aku meriah dengan ajaran-ajaran cara membeli kohii yang agak renyah juga sebenarnya. Dialah yang memudahkan aku menyesuaikan diri semasa sebulan di sana.

Kembali kepada sisi perhubungan aku dan Aifa di dalam kelas. Kebetulan, kami berada dalam satu kumpulan kajian kes yang sama termasuk Kak Radin dan AJ. Jadi komunikasi lebih kerap terjadi. Semasa kunjungan ke Okanmuri Elementary School, Yusli dan Aifa kebetulan satu kumpulan yang sama dengan aku juga.

Lama-kelamaan aku rasa sangat selesa dengan Aifa. Kelakar juga dia ini sebenarnya. Satu aku akan ingat, imej dia dengan topi Sia hahahaha!

topi Sia hahaha…

Semasa kami berada di Tokyo, badan aku memang tengah tak fit. Penat sebenarnya berkursus mengejar masa ini. Saat kawan-kawan lain setiap malam penuh dengan aktiviti berjalan, aku dan Aifa hanya di bilik sahaja. Dialah yang aku harapkan untuk menampal plaster masa badan aku sudah rasa macam ranap minta ampun. Aifa juga yang memperkenalkan aku dengan bath salt yang katanya kalau sakit-sakit badan, berendamlah sekejap selepas campakkan garam tadi dalam bath tub. Aku selalu cerita kehebatan bath tub di Hotel Monterey Kobe and i’m not gonna lie – macam berada dalam sanctuary perasaannya. Sejak itu, aku pula sibuk dapatkan stok aku sendiri sebab hari-hari berjalan kaki dari satu eki ke eki yang lain buat aku rasa penat.

Best benda ni…hilang semua sakit badan

Hari yang betul-betul aku mengenali Aifa secara peribadi ialah pada hari ke-20 – Abby Exploring Kobe Part 2. Part 1 aku lakukan dengan Aiesa. Kami berjalan kaki berkilometer dan bersembang untuk lebih mengenali diri masing-masing. Dia belanja aku kohii Starbucks atas sebab yang aku sudah tidak ingat kenapa, makan Luke Lobster dengan penuh kesyukuran dan aku menemani dia membeli cek mek molek Jepun di kedai acik hensem yang rupanya sebijik “Tunku Zain”. Bila aku beritahu misi aku gagal mencari Memorial Gempa Bumi di Pelabuhan Kobe, dialah yang tunjukkan lokasi. Dia banyak buat aku happy masa di Jepun…

Mujur saka Uniqlo yang menyerang semua rakan-rakan hanya tempiasnya sedikit sahaja kena pada aku. Disebabkan ada satu hari aku temankan Aifa shopping, aku pulak terjebak. Saka beli jam G-Shock memang aku terpelihara jua. Satu-satunya jam yang aku beli ialah jam oren yang kalau dinilai harganya tak sampai RM12 di DonQ. Sayangnya jam ini hilang… Dia ni, kalau aku tak hep..hep mahu sebakul kasut pula dia nak beli.

Dengan Aifa aku terbuka untuk bercerita. Kalau dia bertanya apa-apa juga soalan, aku tidak pernah berahsia dan berselindung. Kesedihan aku yang terbesar semasa di Jepun ialah berpisah dengan pak angkat, Nakatani san dan dia tempat aku bercerita dan melepas rasa. Itu berlarutan sampai kami kembali ke tanah air. Ya, Allah…aku melalui detik sukar untuk move on. Jepun tu bukannya harga tiket seringgit dua yang aku boleh pergi setiap kali aku rindu manusia di sana. Jadi sejak balik dari Jepun, aku lebih kerap berjumpa dia untuk sesi trobek berkala walaupun Kak Dilla Nawawi kerja dalam RTM ini jugak. Kami akan pergi mengopi dan melepak dan mengenang kembali ristaan sejarah silam – gittew.

Terima kasih untuk semua itu, Aifa. Kalau ada yang akak harapkan masa depan ialah merealisasikan impian akak untuk ke Hiroshima bersama awak. Tapi akak faham awak pernah ke sana, so mungkin nak cuba meneroka tempat lain pula. Semoga tuhan memberkati hubungan persahabatan kita dan harapnya ia berkekalan.

You are a beautiful person, inside and out… Arigato gozaimasu!

 

Berbuka Puasa MHS Fivers 98

Antara yang hadir

Antara yang hadir

 

Hari Selasa lepas, selamat sudah majlis berbuka puasa kecil-kecilan oleh rakan-rakan sekolah Hadi yang dibuat di rumah kami. Nak berbuka hari Selasa, malam Isnin baru dapat pengesahan. Aku sendiri tak tahu nak jamu apa, berapa ramai yang akan hadir dan hal-hal lain untuk majlis makan-makan ini. Disebabkan rumah kami selalu jadi medan perjumpaan, jadi sedikit-sebanyak perkara-perkara asas tu sudah ada dalam otak.

Aku minta Hadi beli serba-serbi plastik. Aku sungguh tak larat nak membasuh pinggan dan mangkuk pasca habis makan-makan nanti. Tambahan pula badan pun tak berapa nak larat, jadi plastik adalah pilihan yang terbaik. Itu pun aku tanyakan juga, perlukah aku masak apa-apa? Disebabkan semuanya akan bawa makanan masing-masing lagak pot luck, maka sebagai tuan rumah aku sediakan air sahaja. Dua tiga kali aku tanya  soalan yang sama. Jadi kesimpulannya memang aku tak masak apa-apa.

Menu memang meriah. 4 keping pizza besar, 1 bekas KFC berserta cocktail pencuci mulut, buah tin sebekas dan buah tamar dan sate daging 50 cucuk. Nasi-nasi memang takde. Sekali pandang aku risau juga takut makanan tak cukup. Alhamdulillah berlebih sedikit sahaja, yang menjadi makanan sahur untuk Hadi keesokan harinya.

Semoga majlis makan-makan akan datang lebih ramai dan meriah lagi. Selaku tuan rumah, salah dan silap harap dimaafkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Posted by on July 18, 2014 in Rakan-Rakan

Leave a comment
Skip to toolbar