R.I.P Tormund

tormund

On Death Row

Be me for a day

See my world

You won’t want  to stay

Passers by

Avoid my eye

So they don’t have to see

The pain of my dependency

 

Be me for a day

Left for dead…

Coz I’m kitten –  a stray or a give away

When you hear me cries

Don’t walk by…

Use your heart to see

It’s your silence that killing me!


Kami selamatkan dia di Seksyen 7, berdepan pintu pagar UiTM dicelah   kesesakan jalan raya. Mujur lampu merah, Hadi turun selamatkan dia daripada dilanggar kereta. Lebih kurang 20 minit dlm kereta, dia pergi juga. I named him Tormund. Rest in peace! It was a sad situation.

 

R.I.P William Moody aka Paul Bearer

Pada mereka yang menggemari WWE, William Moody atau lebih dikenali dengan Paul Bearer bukanlah satu nama asing. Masa kecil dahulu, kemunculan pembawa bekas abu mayat merangkap pengurus kepada The Undertaker dan Kane ini berupaya membuatkan aku sedikit seram. Seram sebab muzik latar menakutkan satu hal, tatarias wajahnya juga mengundang rasa takut jiwa kanak-kanak aku kala itu.

Dia dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 58 tahun. Tidak dinyatakan pula punca kematian, tapi berdasarkan gaya hidup, aku rasa masalah jantung kot.

Tiada lagi ungkapan ‘Oooooh yeeess!’ yang akan didengar lagi. R.I.P William Moody aka Paul Bearer

10.12.2012

10.12.1977 : Mama dan Abah bersatu dalam ikatan berkahwinan. Saban tahun kami akan meraikan tarikh ini bersama.

10.12.2003 : Abah pergi meninggalkan kami, pada tarikh yang sama dia menikahi Mama. Hari ini langit runtuh buat kami sekeluarga.

Al-fatehah untuk arwah abah. Rindu padanya tak pernah padam. Adakala dia hadir dalam mimpi, tapi akhir-akhir ini aku keliru dengan mimpi itu sendiri. Biar saja dia tenang di sana, diiringi doa anak-anak dan cucu-cucu serta amal jariahnya yang insyaallah tidak akan putus.

 

 

 

Tahlil Untuk Arwah Abang Azaha Rasadi..

image

Pagi semalam,Seksyen Ehwal Semasa TV mengadakan bacaan tahlil untuk arwah abang Azaha. Genap 2 tahun dia pergi mengadap tuhan yang satu. Terasa baru sekejap aku anjurkan majlis seumpamanya tahun lepas. Seolah baru sahaja SES berkumpul,dijamu bubur dan potluck ikhlas rakan-rakan.

Alang-alang bermajlis,disekalikan dengan kiriman doa buat ibubapa yang telah pergi dan beberapa rakan lain,termasuk arwah Khairil Nizar. Terima kasih pada Mejar Yusof kerana sudi mengepalai majlis bacaan semalam.

Perasaan sedih memang aku susah nak bendung. Arwah Azaha teman melepak dan bersembang. Terasa ingatan aku kembali saat aku masuk SES. Dia antara yang banyak membantu. Aku kerap berhubung dengannya setiap kali ada lintas langsung hari Sabtu. Semua orang terasa dengan kehilangan arwah kerana dia insan yang senang didekati..

Walaupun ramai tidak dapat hadir kerana outstation dan kerja, majlis tetap berlangsung seperti yang direncanakan. Terima kasih pada Remy yang menjadi penganjur kerana tidak melupakan aku dalam senarai jemputan. Juga rakan-rakan yang membawa makanan. Maaf sangat aku tak punya kudrat nak masak bubur. Insyaallah, tahun depan aku usahakan.

Semoga Allah mencucurkan rahmat pada arwah-arwah yang pergi sebelum kami..

Al-fatehah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...