Tahniah,Badak!

Bulan Julai nie sebenarnya bulan menunggu dan bulan celebration.Banyak benda yang aku tunggu dan banyak hari lahir keluarga dan rakan-rakan yang bakal aku raikan.

Dari minggu lepas aku menunggu dari satu tarikh ke satu tarikh. Dan semalam satu dari penantian itu telah usai.

Makanya hari ini aku berani men’tahniah badak’kan diri aku. Tahniah,badak! Secara ringkas, beginilah. Aku sudah berjaya mendapat tawaran menyambung pelajaran diperingkat sarjana di salah satu IPTA. Dalam pada masa yang sama aku menunggu jawapan dari 2 lagi tempat di luar negara. Juga ada tawaran kerja di kota romantik yang setakat pagi nie aku dah tak berapa eksaited dengannya..

Lepas ini aku hanya menunggu keputusan cuti, Hadiah Latihan Persekutuan dan keputusan B 44. Yang akhir sekali tu bukan sebab aku tak percayakan takdir tuhan,tapi lebih kepada aku tak percaya manusia.

Tahniah,badak! (Aku tak tahu kenapa bila sebut tahniah kena disusuli dengan badak. Menurut sumber pertama,takde binatang lain yang sesuai…)

Posted with WordPress for BlackBerry.

Aiseh, Tan Sri Jadi Panel Temuduga…

Sangat eksaited bila dapat panggilan temuduga. Tak kisah la temuduga kenaikan pangkat atau temuduga kerja. Debarannya sama apatah lagi bila kita tidak berpaksikan kabel optik atau kabel car. Minggu ini sekali lagi aku merasakan debaran itu sampaikan serabut emosi menunggu tarikh yang dijanjikan.

Hidup aku penuh dengan warna, aku pun kadang-kala tertanya kenapakah perkara selebet selalu saja terjadi. Surat panggilan mengatakan jam 9.00 malam. Maka 9.00 malam semalam aku bersemangat waja ke tempat yang dijadualkan. Punyalah gelap gelita macam nak ajak seludup manusia pun ada. Dalam hati mula rasa tak sedap sebab hanya aku saja yang ada. Dipendekkan cerita aku balik sebab macam tak ada potensi aje interview malam itu.

Pagi tadi aku telefon dan minta penjelasan. Best sungguh jawapan..Typo error cik, kami cuba telefon bagitau tapi tak dapat..

Yang email surat pandai pulak..email ajelah lagi sekali. Disebabkan mood cemerlang pagi tadi, aku bersetuju untuk datang hari ini dalam keadaan terkejar-kejar sudah berjanji dengan Terrence Dass di pejabat.

Ada 3 orang calon sedang menunggu giliran. Aku buang masa dengan google biodata panel dan skop kerja, mana tahu tiba-tiba keluar soalan cepumas ada jugak bahan nak menggoreng. Calon pertama ambil masa 30 minit..calon kedua pulak 45 minit. Aku memang nebes tahap gaban sampai berulang ke bilik kecil. Calon ke tiga pulak 20 minit..

Sampai giliran aku. Ambik kau, 6 panel mengadap dan aku rasa macam pesalah juvana. Aku yakin amat resume ringkas itu laku. Dan sessi soal jawap pun bermula.

Aku cam amat Tan Sri itu..dia ada melayan lelaki-lelaki yang tidak diketahui membakar paru-paru masa ahli panel berehat. Tak sangkalah pulak beliau salah seorang yang bakal membuat jantung aku macam baru lepas lari 400 meter.

Sungguh, beliau banyak sangat bertanya dan banyak soalan balas. Lagak pesalah yang belum jatuh hukum aku dibuatnya. Aku tahu jawapan aku kontroversi tapi aku lepaskan juga jawapan itu sebab aku boleh jelaskan platform yang aku pilih sejelas-jelasnya. Betul salah bukan persoalan sebab pilihan kita berbeza.

Secara peribadi, aku yakin dengan jawapan aku dan aku rasa panel pun puas hati cara aku menerangkan jawapan. Cuma itulah, nombor yang akan dipilih sangat sikit dan hanya yang bertuah sahaja dipilih membawa misi besar ini.

Jangan tak percaya, sessi berlangsung tak sampai 15 minit walaupun ada panel berkata dengan kelayakan yang aku ada hampir pasti aku boleh lepas. Aku pulak terkejut besar, eh, sekejap sangat! Awak nak lama ke? Tan Sri tak pernah putus senyum mendengar jawapan aku.

Sekarang hanya tinggal tawakal dan percaya pada keajaiban..Tapi aku puas hati sebab kalau aku dapat benda nie, aku punya kuasa X yang membezakan aku dengan kebodohan yang aku lalui hari-hari..

Merenung Masa Depan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...