Laos : Percutian Yang Tertunda

Wattay International Airport

Tahun 2012,satu percutian yang epik aku dan Hadi jalani adalah ke Phnom Penh. Itupun pada awal Januari lalu. Selepas itu kami sama-sama sibuk. Aku dengan alam seorang pelajar dan dia sibuk dengan kerjaya. Ditambah keadaan aku yang hamil dulu menyebabkan percutian,hatta walaupun dalam negara asyik tertunda dari minggu ke minggu,hinggalah bulan ke bulan.

Kemudian, aku keguguran dan berpantang. Itu banyak mengubah hidup kami. Mungkin percutian boleh melenyapkan sedikit kesedihan. Maka kami kemudiannya merancang ke Laos.Ada yang bertanya,kenapa kami tidak memilih percutiaan yang ringkas. Maksudnya, bercuti,rehat,tenang dan tidak sarat dengan agenda. Jawabnya – kami bukan jenis sebegitu. Alang-alang ke negara orang,selagi boleh selongkar keajaiban dunia orang kami akan pergi. Setakat duduk,mengenang masa lampau dan rehat,baik kami buat di Malaysia sahaja. Itupun rancangan itu selalu gagal sebab kos bercuti di Malaysia sangat mahal. Lebih baik kos yang sama, mungkin lebih murah kami gunakan untuk melihat negara orang.

Jadi, hari raya ke-6 lalu, seawal 5.30 pagi kami bertolak ke LCCT. Penerbangan dijadualkan jam 7.30 pagi. Keadaan di situ sangat sesak. Mungkin kerana ramai orang balik ke tempat asal masing-masing. Proses daftar masuk lancar. Terus kami uruskan satu bagasi ke bahagian kargo. Semasa proses itu, tanpa diduga di hadapan aku betul-betul berdiri seorang manusia yang sangat rapat dengan aku satu masa dahulu. Dia dan anaknya sibuk mengambil beg dan agak terkocoh-kocoh. Mujur mata kami tidak bertemu.

“B,I know him..” aku beritahu Hadi.

Secara ringkas aku ceritakan dia siapa dan signifikasi dirinya pada aku satu masa dahulu.Hmmm..abaikan kisah lampau itu. Aku lebih teruja memikirkan apa yang bakal kami tempuh di Laos nanti. Mujur penerbangan Airasia hanya lewat 10 minit. Perjalanan 2 jam 35 minit tidak dirasakan sangat kerana sepanjang malam sebelum itu aku tidak tidur. 3 suku penerbangan aku lena..Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay sekitar 9.00 pagi waktu tempatan. Proses imigresen agak perlahan walaupun orang tak ramai.

Cadangnya mahu membeli talian prabayar tempatan. Tetapi ditangguhkan kerana kami berkejar ke perhentian bas terdekat untuk mendapatkan tiket seawal mungkin ke Vang Vieng.Keluar sahaja dari lapangan terbang,ramai pemandu tuk-tuk menawarkan perkhidmatan mereka. Menurut bacaan dan kajian Hadi,harga yang diminta mahal. Pelancong digalakkan keluar dari situ dan berjalan kira-kira 100 meter. Banyak tuk-tuk boleh dinaiki dan harga lebih murah. Tuk-tuk yang kami naiki meminta 30,000 kip seorang,kira-kira RM 12 untuk ke perhentian bas. Aku tak tahu mahal ke murah sebab tiket bas ke Vang Vieng sendiri bernilai 60,000 kip.  Sudahnya kami abaikan membeli talian prabayar sebab rumah tamu yang kami sewa menyediakan wifi percuma.

Perjalanan pula hampir 5 jam dan itu akan aku ceritakan kemudian.Aku hanya halal dan anggap sedekah sahajalah jika kena kelentong (sebenarnya 50,000 kip pun kira ok.). Laos antara negara termiskin di dunia. Pemandu tuk-tuk itu sendiri warga tua yang masih gigih mencari rezeki. Aku tak mahu berkira sangat.

Tuk-Tuk yang tidak berapa laju..

Detik KENT..

image

Sedikit-sebanyak hari raya tahun ini tidaklah segentar yang aku bayangkan. 5 hari aku dikelilingi keluarga. Penuh gelak tawa dan agenda makan-makan. Saat itu aku meyakini aku adalah manusia yang dipilih dengan ujian lampau kerana aku mampu menanggungnya.

Setelah bersama keluarga, mahu juga bertemu kawan-kawan yang ada. 5 Syawal adalah tarikh janjinya untuk aku bertemu dengan 3 penjaga tonggak (seorang gagal hadir kerana radiasi) dan penguasa keselamatan dunia. Dari raya 2 mereka bertanya dan merancang perjumpaan ringkas. Maka Raju PJ adalah lokasi ideal sementelah sebulan lebih aku tak merasa sotong goreng yg super enak itu.

Ia sessi yang formalin. Aku lama tak ketawa besar dan tadi aku merasa momen tu. Ini semua detik KENT yang pasti jadi cerita turun-temurun setiap kali bertemu. Terselit juga kisah rebut bilik, tiket ekonomi dan platinum.

Terima kasih pada yang hadir. Terima kasih pada Hadi kerana ikut sama walaupun penat seharian memandu.

Permulaan Sebuah Cerita..

image

Hari yang dijadualkan tiba jua. Terima kasih pada sahabatku, Ekin yang rajin mengingatkan temujanji ini. Aku sudah pun pangkah kalendar dan seperti yang aku jangka, 2012 ini pantas akan perjalanannya.

Jujurnya, aku super nervous..aku tak tahu macam mana nak gambarkan gejolak yang ada. Aku hanya mampu tawakal dan mengharapkan yang terbaik. Cuma aku harap aku tidak emosi gila-gila seperti 2 bulan lalu.

Ya, Allah…aku amat takut. Janganlah terjadi yang pelik-pelik seperti yang aku dengar tadi…

Pengkalan Gelap:Tiada Jimba Tahun Ini..

image

Sebagai presiden Pengkalan Gelap, dengan sedih hati aku umumkan tiada percutian menutup 2011. Semua ahli sibuk dengan kerja dan belajar. Presiden aje untung belajar sepenuh masa. Juga ditambah dengan musim exam dan ekonomi yg meleset, tiada dapat kita menggunakan passport antarabangsa seperti tahun-tahun lepas.

Bila lihat gambar-gambar lama,terasa pantasnya masa berlalu. Tapi kenangan tetap abadi. Kadang-kadang,bukan tempat yang buat kita seronok, tapi kaum yang diheret dalam percutian itu. Gelak ketawa yang mengisi suasana dan kisah-kisah klasik yang akan dikenang bila sekali-sekala mengimbau kenangan lama.

Bila ingat balik masa kena tahan askar Thailand, dikejar anjing hitam dipantai, melihat rafflesia sebesar mangkuk astro tergantung dan lain-lain kisah lucu,aku rasa nak naik kapal terbang sekarang jugak dan pergi ke mana juga destinasi yang boleh memberi aku pengalaman baru. Aku perlukan zat bercuti sebagai pemacu untuk menjadi manusia yang bersyukur.

2012 pasti sibuk dgn pengajian. Tapi jika ada kelapangan,aku usahakan juga walaupun setakat ke Langkawi. Jadi ahli Pangkalan Gelap,utamakan pelajaran…jimba-jimba pasti menyusul. Itu janji presiden. Dengan syarat tiada sekatan ke luar negara kerana PTPTN (you know who…)

Pakej Snorkeling Pulau Payar

Kalau korang minat snorkeling dan mengendap anak ikan, ini ada satu pakej best dan murah untuk korang.Pakej harga RM170.00 satu kepala untuk snorkeling trip di Pulau Payar Marine Park. Harga asal RM300.

Pakej merangkuni :-

    1. Tiket feri
    2. Alatan utk snorkel – mask & life vest
    3. reef platform facilities & activities
    4. makan tengah hari – buffet.

Sah dari 16 Ogos – 15 September 2011. Sila booking sebelum sawan.

Gambar google..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...