KEMENANGAN MANIS YANG SELAMAT…

 

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Hari ini ada beberapa perkara yang manis terjadi dalam kehidupan Kak Benny, selepas 2 minggu murung dan mandom atas pelbagai perkara. Apapun nak bagitahu awal-awal – korang maybe rasa biasa-biasa aje sebab korang boleh buat macam itu berkurun-kurun lamanya. Well, cerita kita semua tak samakan dan semua orang ada timeline sendiri…Just be happy for me, please…

Mula-mula sekali – beg sandang hitam aku yang macam patut kena hukum tembak tu – aku dah tukar. Semoga korang tak sakit mata dah memandang beg baharu aku yang mampu milik aje kekdahnya. Asalkan boleh tahan lama, I’m okay with it. Memang sayang beg lama tu. Beg itupun pemberian orang tapi memang sudah sampai rukun tuhan. Sekian.

Kedua, handphone aku yang terkeluar dari paksi akibat dibaling Judin pun selamat masuk balik ke tempat asalnya tanpa bayaran. Semoga rezeki adik yang baiki handphone aku tadi sentiasa tidak putus-putus hendaknya.

Ketiga, kiriman tanda friendship oleh seorang sahabat berbeza bangunan. Terima kasih kerana belikan Ritters Stoberi tu. Kejap aja kekdahnya…lepas tu aku akan merayu pada sesiapa yang ke Langkawi untuk hadiahkan aku satu bar. Jadilah…buat lepas gian. Anyway, thank you sahabat…doa aku seperti kiriman what’s app tadi. So, siapa lagi nak pergi Langkawi ni?

Daaan terakhir….inilah kemenangan manis yang selamat terjadi dalam hidup aku yang selebet ni. Setelah 20 tahun, maka dengan rasminya aku sudah ada lesen P…

Jadi buat sahabat-sahabat yang penat bagi galakan dan nasihat pada aku, aku harap korang happy macam mana aku rasa happy.

Korang pun tahu betapa aku struggles dengan masalah anak-anak dan hendak ke tempat kerja sejak Judin bertukar sekolah baharu awal tahun lalu. Hidup aku tonggang-terbalik. Demi anak-anak, aku beranikan diri juga untuk berubah. Aku ni pentakut…yang tahu sahaja maklum betapa pentakutnya seorang aku ni.

Kadang-kadang aku segan dan malu dengan Hadi sebab terpaksa susahkan dia setiap hari untuk hantar aku ke LRT. Aku tahu, ada yang cakap itu tanggungjawab dia. Tak…aku bukan girlfriend dia yang akan biarkan dia buat semua benda. Kalau aku boleh buat sendiri, aku akan buat. Dulu ya, aku ada satu prinsip yang macam tu. Kalau yu sayang ai, yu berhantar berambiklah diri ai nan penakut ni. No more…aku berazam untuk berubah dan aku berubah.

Dan aku ambil masa yang lama untuk dapat lesen sebab harga yang aku dapat ini lebih rendah berbanding tempat lain. So, manusia ramai. Lama kena menunggu giliran. Disebabkan kewangan aku betul-betul tight, aku sabar walaupun kelas aku tu, nun kat kawasan Kampung Orang Asli Gombak nun. Tak apalah…slow and easy, one step at a time.

Ada sekali bulan April lepas masa aku ke Huahin, aku terpaksa ganti kelas dan kelas yang dia bagi adalah pada bulan Julai. Bapak penuh jadual diorang. Sampai aku tertanya-tanya, apahal jauh sangat ni dari tarikh sebenar? Tak apalah…mungkin tuhan susun sesuatu untuk aku.

Walaupun tidak berapa mahir, aku dijadualkan awal untuk pra-test JPJ dan terus dapat tarikh untuk test. Aku banyak berlatih dengan Axia yang adik aku gunakan sebagai Grab Car. Dan Ramadan lalu, aku tempah kereta yang paling ekonomik sekali untuk kegunaan aku ke pejabat dan mengambil anak-anak dari sekolah.

Test pertama aku gagal…paling sedih, masa ujian terakhir pulak tu. Ya, Allah…sumpah, ranap kejap perasaan aku. Aku terus daftar untuk mengulang dalam keadaan murung giler dan duit itulah sehelai yang tinggal. Kan aku cakap tempat aku belajar tu dekat kampung orang asli. Bas tak konsisten, grab car pun tak masuk. Aku jalan kaki dlm keadaan heart broken berkilometer jauhnya dan menitik-nitik air mata. Rasa useless gile. Mujur ada satu kakak naik motor tumpangkan aku sampai pekan dan aku naik teksi utk ke LRT.

Ingat tarikh ganti kelas sebab aku ke Huahin tu? Ha…, Tarikh itu adalah sehari sebelum mengulang test JPJ. Itulah yang tuhan susun untuk aku. Sehari itu, aku berlatih part yang aku gagal dan aku ingatkan balik apa benda yang patut aku buat.

Ingat tarikh ulang tahun anak syurga aku, Cahaya Balqis? Hari itulah aku dapat kereta yang aku tempah…tapi aku tak berani bawa sebab takde lesen. Jadi petang sehari sebelum test, Hadi dan anak-anak temankan aku memandu dalam satu kawasan rumah kedai dekat dengan rumah aku sampai senja. Itu kira persiapan paling akhir.

Alhamdulillah…lulus juga akhirnya. Tahu apa yang aku buat? Selepas beritahu pada manusia-manusia yang penting dalam hidup aku, orang ke 5 yang aku bagitahu ialah seorang kakak yang sama dengan aku dulu – kami dua-dua tak tahu bawa kereta. Aku ingat lagi aku text dia bgtahu aku memang niat nak share berita ini dengan dia, kalau aku lulus test JPJ.

Jadi….hari ini….pertama kali aku memandu ke pejabat. Perasaannya? Nervous giler, seram burn dan excited. Lebih menakutkan, minyak tu cukup untuk pergi aje, balik aku kena isi dulu. Memang Hadi kasihan tengok reaksi aku yang blur-blur lipas so dia temankan aku isi minyak dulu. Lari sikit bajet masa sebab aku gerak awal ke pejabat – sebelum lalat bangun. Kalau tak, jem kat BSP tu kategori nakharomjadoh. 5:45 pagi bertolak dari BSP. Mujur sampai sebelum 6:30 pagi. Takdelah aku beronot-ronot dengan kenderaan lain.

Ketakutan untuk memandu balik juga usai…berjaya! Amik anak juga berjaya…Semoga laluan hidup aku dan keluarga dilapangkan oleh yang kuasa.

Tapi yg paniknya tadi, aku lupa tutup lampu kereta. Serius aku lupa sebab selama ni aku memandu tengah terang-benderang. Sumpah panik sebab masa teringat tu, aku dekat luar pejabat. Mujur pacik Grab cakap dia hantar aku sampai depan kereta dan suruh aku start kereta, kot-kot bateri weak, dia ada jumper. Aku dah rasa kamjat giler babi.

Alhamdulillah…kereta ni keturunan kalau kau cabut kunci, dia akan auto padam semua. Ini memang lesson yg aku akan ingat selamanya. Jenuhlah aku kena tazkirah tadi atas kelalaian yang memang aku tidak sengajakan.

Jadi…
Kepada yang pernah tumpangkan aku baik dari BSP ke RTM atau RTM ke stesen LRT, terima kasih banyak-banyak. Saya sentiasa doakan agar kebaikan dan ihsan yang diberi akan mendapat seindah-indah balasan. Yang beri support masa saya murung teruk kerana gagal kali pertama, juga terima kasih buat kalian. Kepada yang bantu ambil di JPJ dan temankan beli beg, terima kasih

Kepada abang-abang dan Pacik-Pacik Grab yang memahami masalah saya, tidak berkira duit dan masa – terima kasih yang teramat. Nanti aku akan buat post pasal pengalaman aku naik Grab.

Sesungguhnya plat 3 angka yang aku dapat itu ketentuan ilahi jua adanya. Aku jatuh kagum dengan seorang adik yang mempunyai Mohd Solehuddin Shiro. Jadi, aku mahu seperti itu. Kerana semua ini adalah satu kemenangan manis yang selamat, maka pacuan itu digelar Mika Muzaffar Ahlan

Sekian.

#apabilakakbennymenulis
#changeisgood
#mikamuzaffarahlan

Day 1 Huahin : Kenapa Huahin?

 

Dalam kepadatan hari Jumaat nan berkah ini, aku cuba untuk ceritakan pengalaman aku bercuti di Huahin. Apa juga sudut pandang aku tentang tempat ini tetaplah bersifat peribadi juga adanya. Ia tidak dipengaruhi oleh unsur-unsur luar melainkan faktor akal sihat dan tidak sihat kala kembara itu berlangsung.

Aku menaiki penerbangan AirAsia untuk ke Huahin. Kos sangat berbaloi lebih kurang RM250 untuk tambang pergi balik, extra luggage (konon feeling-feeling nak shopping) dan nunek-nunek pakej lain yang logik untuk aku ambil. Seperti biasa, aku melanggan insurans AXA dengan nilai RM30 yang melayakkan aku mendapat pelindungan premium. Masa beli tiket ini, apa yang aku fikirkan hanya “nak terbang…mana-mana pun takpe…asal tiket murah.” Tarikh yang sama aku usha untuk ke Vietnam, tapi harga sangat Serbia – sama dengan kos tiket sehala untuk ke Osaka.

So, Huahin it is…

Aku menempah hotel dengan menggunakan Agoda. Kalau pandai mengail, insya Allah akan jumpa tawaran-tawaran yang menarik. Untuk dua malam pertama, aku menginap di Hotel Chalelarn (RM400) dan lagi dua hari aku bertukar hotel dikawasan tumpuan pelancong asing pula iaitu Hotel Palada by Sukassem (RM250). Rate hotel di sini, lagi dekat dengan laut lagi munafik harganya. Aku tak kata tak logik, just that kita boleh spend nilai yang sama dengan view dan pengalaman yang lebih meriah – tapi di tempat lain!

Itinerary aku buat seminggu sebelum tarikh kembara. Agak mencabar juga sebab walaupun berdasarkan Google maps, aku tak berapa jelas juga tentang struktur muka bumi Huahin. Benda paling aku nak elakkan bila buat jadual ialah laluan berpatah balik, turun-naik turun-naik macam takde pedoman.

Aku pernah baca pasal Huahin. Ramai cakap cantik, berbaloi dan banyak tarikan. Ya, dalam kepala otak aku sudah membayangkan Santorini dan Swiss Sheep Farm. Namun, yang menarik perhatian aku ke sana adalah Nakhon Cave. Berdasarkan gambar dan review, aku positif tempat ini berbaloi untuk aku singgah. Sebenarnya, aku rindu Gua Niah. Aku sudah ke sana dua kali, tapi dua kali itu tidak cukup hahahaha…

Basically, itu sahaja persiapan aku sebelum mula bercuti.

 

23 April 2019
Beberapa jam sebelum ke KLIA2 baharulah aku kemas beg. Bawa seadanya (kan feeling-feeling nak shopping.) Aku menaiki teksi Abang Lukman untuk ke sini. Sedar tak sedar, sudah hampir 5 tahun aku menggunakan perkhidmatan beliau setiap kali mahu ke lapangan terbang. Rutin biasa, membelai jiwa aku dengan kopi mahal dan makan sebelum terbang. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 2 jam sahaja. Tidur pun tak sempat nak mimpi. Urusan imigresen dan kastam di lapangan terbang ini adalah memuaskan, berbanding di Pattaya.

 

 

Dari lapangan terbang ke hotel, aku menaiki Grab dengan kos THB190. Kalau naik teksi lebih mahal manakala naik tuk tuk pula mengarut. Tak jauh sangat pun, dalam 7km sahaja. Urusan daftar masuk hotel juga lancar. Yang tak lancar cuma kesihatan aku sahaja. Aku mula rasa uneasy, nak bernafas agak payah dan wheezing.Ā  Mujurlah sebelah hotel ada farmasi dan aku stock up ubat-ubat yang perlu aku ada macam lozenges, ubat batuk dan Vicks. Disebabkan mahu berjalan malam, aku mengambil keputusan untuk tidur sekejap.

 

 

CLOCK TOWER
Tempat pertama yang aku tuju ialah Clock Tower. Tak berapa jauh dari hotel, lebih kurang 5 minit berjalan. Tak besar sangat…lebih cantik di Taiping. Punyalah aku terkedu dengan rupa paras Clock Tower ini sampaikan aku boleh tak perasan akan kewujudan Starbucks betul-betul sebelah Clock Tower itu.

 

Berdekatan kawasan itu juga, ada gambar raja mereka dan aku bergambarlah di sana.

 

 

HUAHIN NIGHT MARKET dan CHATSILA NIGHT MARKET
Hmmmm…keluh kesah mak esah aku bermula di sini. Tidaklah semeriah yang aku bayangkan. Barang pun yang boleh kita dapat setiap kali ada MATHAF atau sudut-sudut kecil dalam Giant/Tesco. Secara peribadi, night market di Koh Samui lebih giler kalau kita dapat pergi sebab selain pakaian, jam dan kasut, banyak barang-barang rare ada di sana. Pergerakan aku agak perlahan sebab aku sangat rasa tak sihat. Nak makan pun takde selera. Mujurlah tengah hari tadi aku sudah makan di KLIA2.

By the way, kedua-dua pasar ni dekat-dekat aje. Confirm akan jumpa…

 

***

Dalam perjalanan ke Clock Tower, aku disapa oleh ejen pelancongan yang menawarkan khidmat sewaan kereta. Harga bermula dari THB1500 sehari. Ada beberapa lokasi yang akan mereka bawa bermula pukul 9:00 pagi – 5:00 petang. Driver Grab tadi juga menawarkan sewaan kereta dengan nilai yang sama. Jadi aku negotiate la dan akhir penggulungan, aku dapat harga THB1200 sehari. Ok la…lebih kurang kos sewaan yang aku dapat dari kajian pasaran. Kalau ambil di hotel, mereka cas THB2000 dan boleh pilih 4 lokasi aje.

 

Balik sahaja hotel, aku terus ke bumbung hotel. Ada swimming pool di sini. Tapi itulah….aku tengah bulan mengambang terang – bintang bulan dilangit tinggi pokok banyak di atas gunung, bangun pagi gosoklah gigi jangan suka duduk termenung. Jadi aku melepak menikmati udara malam sambil mengenang nasib diri hahahaha…Agak bosan sebab tiada siapa yang boleh aku buat kawan di sini.

 

Jadi aku terus masuk bilik, makan ubat secukupnya dan tidur. Sebelum itu, sempatlah aku video call dengan anak-anak. Judin memang tak kisah aku ada ke tidak, tapi Eskandar kehilangan. Sedih aje dia masa kami bersembang…Nak mama, mana mama…Yup, aku goyah kejap šŸ™

Ok setakat itu dulu, nanti lapang aku sambung dalam catatan seterusnya.

 

Ohai, India – Ohai, This Is Nubra Valley!

22 September 2018 – Hari ini, hari terakhir bersarapan dengan berlatarbelakangkan jajaran Himalaya di Hotel Kusyu. Kusyu ni, maknanya epal. Tapi setakat hari ini, aku belum dijamu dengan epal lagi. Oh, kami tak jadi berpindah hotel kerana semua hotel ada masalah wifi. Alang-alang kami sudahpun bayar penuh secara dalam talian. Walaupun terseksa hidup tanpa dapat melayari internet, alhamdulillah Benny selamat (ok, poyo giler!). BeberapaĀ posting lepas, aku ada bagitahu yang kami telah membeli simkad semasa di Amritsar. Sayangnya, semua simkad prabayar tidak boleh digunakan ditempat yang bersempadan dengan negara lain – dalam kes ini, sempadan Pakistan. Maka simkad itu statusnya mereput tanpa belaian.

Menu sarapan pagi ini istimewa sedikit. Mungkin sebab kami yang banyak ragam ini akan daftar keluar, maka kami dapat makanan yang amat meriah – termasuk dengan sebaldi buah-buahan tempatan dan paratha nan gebu. Bertemankan kopi panas, kami menanti pemandu kami, Karma Sonam yang berjanji untuk datang pada pukul 9:00 pagi. Dia sedikit lewat tetapi kami tak kisah langsung kerana pengembaraan akan bermula beberapa detik sahaja lagi. Aku dan Farah berebut mahu duduk depan. Tapi disebabkan Farah cakap dia muak kalau duduk belakang, maka aku beralah dan duduk belakang dengan senyap dan sopan. Disebabkan hanya kami berdua, Karma siap bawa raga pick nick yang berisi epal (yeay!), jus buah-buahan, tisu basah, hand sanitizer, termos, madu dan lain-lain lagi. Dah macam poket doraemon raga dia tu. Kos sewaan kereta dengan pemandu lebih kurang RM1000 – RM1200, 3 hari 2 malam full day tour. Kalau naik 4-6 manusia lagi jimat sebab boleh split harga. Hotel di Nubra Valley nanti tak termasuk dalam kos itu. Itu kena cari sendiri atau minta bantuan pemandu untuk cadangkan mana hotel yang sesuai. Kami memang percaya sepenuhnya kepada pemandu kami ini. Nanti dalam posting akan datang, aku akan buat satu catatan khas untuk dia.

Sebaik sahaja kenderaan kami keluar dari pagar hotel, aku sudah membayangkan perjalanan merentas gunung-ganang seperti yang kami lalui beberapa hari lalu. Ya, betul sebijik-sebijon seperti dalam imaginasi aku. Tetapi, dengan berlatarbelakangkan Himalaya, permandangan yang aku hadap sangat cemerlang. Perjalanan ke Nubra Valley agak lama – antara 4-5 jam bergantung keadaan jalan. Karma memberhentikan kami di tempat tumpuan pelancong bergambar. Tapi aku tidak banyak bergambar di sini hanya ambil video sahaja sebab sudah banyak gambar dalam telefon aku yang lebih kurang sama.

 

Dalam perjalanan, Farah dan Karma banyak bersembang. Aku dengar dan mencelah sekali-sekala. Karma adalah rakyat Tibet yang mendapat perlindungan di India. Dia seorang Buddhist yang aku sifatkan sangat taat, alim dan beriman. Memulakan perjalanan dengan doa, di awal perjalanan mendengar lagu chanting dan sangat menghormati perempuan – pada aku itu sudah cukup perfect. Kami berdua sangat selesa dengan dia. Bila dia dan Farah bercerita pasal Dalai Lama, monastery, Tibet dan China, aku tidak banyak mencelah. Maklum sahaja ilmu tidak cukup. Jadi aku hanya mendengar sahaja sambil melayan pemandangan yang indah di luar sana.

Ketika hampir sampai di Khardung La, dia memberhentikan kenderaan. Banyak kenderaan lain tersangkut di hadapan. Rupa-rupanya ada falling rocks di hadapan sana. Kami berhenti betul-betul di puncak gunung dengan pemandangan gunung bersalji yang sangat cantik. Masa ini, salji tidak turun tetapi angin sejuk menelusup tulang-temulang aku – walaupun sudah berbaju 3 lapis! Punyalah sejuk…Apa lagi, memang aku bergambar dan mengambil video sepuas-puasnya. Aku betul jadi kanak-kanak riang di situ. Tetapi tidak lama kenderaan kami berhenti kerana pembersihan hampir selesai dalam 15 minit sahaja. Jadilah…memang rezeki aku diberi peluang bergambar di puncak-puncak gunung yang kalau dalam keadaan biasa, kenderaan memang tidak boleh berhenti.

Di Khardung La, semua kenderaan wajib berhenti. Di sinilah semua pengunjung bergambar macam nak gila sebab suasananya yang cantik dan bersalji. Kebetulan…memang kebetulan sangat sebaik sahaja kami sampai, salji turun! Jadi korang boleh bayangkan 2 perempuan dari Malaysia yang eksaited macam nak giler bergambar dan main salji bagai. Aku rasa macam keajaiban sangat sebab kalau ikutkan, salji tidak turun di bulan September. Suhu lebih kurang -5 darjah selsius. Aku mula-mula tak pakai sarung tangan tapi sebelum aku beku jadi patung cendana di sana, aku sarungkan juga. Setelah puas bergambar, kami kembali ke kereta dan Karma membuatkan kami berdua teh halia madu panas. Disebabkan aku tengah sejuk, dapat teh halia madu panas adalah situasi kenapa tidak (rupanya ada cerita kenapa dia buatkan kami air di sini..nanti aku ceritakan dalam posting akan datang).

Kami meneruskan perjalanan kembali. Selang beberapa jam, aku pula minta Karma berhenti sebab aku nampak satu permandangan yang sangat cantik. Aku aje yang bergambar di sini. Entah kenapa, aku rasa tempat ini sangat familiar. Aku pernah mimpikan tempat ini beberapa kali. Ok, tak apalah tu. Kami kemudiannya berhenti makan di satu tempat yang takde sekeping pun gambar aku ambil di sini. Sebabnya, tengah lapar teruk. Walaupun menu makan aku itu menu biasa iaitu nasi putih, dhal, palpadom dan aloo gobi, aku tetap berselera makan dengan ditemani chai panas. Tapi, ada satu tapi di sini. Abang yang jaga kedai tu sebijik muka dia macam Loque Butterfingers. Setiap kali dia lalu, ekor mata aku ni sentiasa mengejar kelibat dia. Helok kau! Masa ini, Karma tidak join kami makan. Aku tak biasa sebenarnya makan tanpa pemandu bersama sebab aku layan manusia macam kawan tak kisahlah dia siapa. Mungkin dia segan sebab ini pertama kali dia keluar dengan kami. Perempuan…muslim pulak tu.

 

Kami sempat singgah di Diskit Monastery yang pemandangan di sekeliling kawasan itu seolah-olah aku berada di Rohan! Sangat cantik dan menenangkan. Seperti biasa, kami bergambar di sini.

Kami kemudiannya sampai di satu hotel di Nubra Valley. Aku tak pasti namanya apa. Macam tak ada nama. Kami percaya pada Karma, jadi okay sahajalah mana yang dia cadangkan. Ha, satu nak bagitahu. Perangai hotel di sini ialah kita boleh tawar harganya berapa. Jadi tawar punya tawar, dapatlah harga yang ok. Tak ingat berapa. Nanti dalam posting terakhir aku cuba untuk buat breakdown costing kami selama 14 hari ini berapa. Cuma masalah kawasan ini, letrik hanya berfungsi pukul 7 – 11 malam sahaja. Masa itulah baharu dapat wifi percuma. Haih, sabar ajelah. Sementara itu, aku merengek-rengek pada Karma mahu teh halia madu panas yang super sedap itu. Dengan senang hati dia sediakan untuk kami berdua. Baik betul Karma ni. Ok, masa ini, ais aku dengan dia belum mencair lagi. Aku masih ada rasa tak payahlah kenal sangat – tak reti aku nak bersembang.

Kami berehat seketika sebelum mengambil keputusan untuk ke Sand Dune. Kena bayar tapi tak mahal mana, tak sampai RM6. Tak ingatlah pulak spesifik berapa, tapi mereka cas ikut kepala. Sand Dune ialah kawasan padang pasir dan kita boleh naik unta di sini. Serius tak mahal…dalam RM20 untuk 30 minit. Tapi kami berdua memang taubat nasuha untuk naik binatang. Ala, padang pasir ajepun. Jalan cukup. Cantik tempat ini. Kita boleh sewa ATV kalau mahu. Aku setakat bergambar riang dan menghabiskan masa sahaja. Balik hotel pun bukannya boleh online. Nak tidur, noooo….sayang kot datang jauh-jauh tapi kau tidur. Daaan, ada oisis di sini. Aku rasa macam sempurna betul kembara aku di sini. Segala macam benda aku merasa nampak dan alami.

Disebabkan kebosanan, kami kembali ke rumah inap semula. Tapi tak masuk bilik, aku dan Farah bersembang di luar sahaja. Kemudian, Karma datang menyertai kami dan membawa sepiring epal. Sambil sembang, sambil makan. Baharulah aku merasa makan epal di India. Oh, di hotel ini penuh dengan pokok epal. Yang merah, yang hijau dan kuning semua warna ada. Dan pemiliknya pun sudah beri kebenaran untuk kami makan, kalau mahu. Masih di sini, hanya Farah dan Karma meneruskan perbualan politik dan sosioekonomi mereka. Aku hanya mendengar sahaja, sambil memangkah Candy Crush. Aku rasa macam dalam kelas Dr. Munis pun ada…belajar segala masalah perang, wilayah autonomi dan lain-lain lagi. Sempat kami memesan chai masala panas kepada adik yang menjaga rumah inap ini. Handsome! Aku tak tipu..muka dia sebijik sebijon macam Bruce Wayne masa muda dalam drama Gotham.

Akhirnya pukul 7:00 malam menyapa dan teranglah suasana senja di sini. Aku terus online tanpa segan silu sambil menantikan waktu makan malam. Harga sewa bilik ini termasuk makan malam dan sarapan pagi. Jadi berbaloilah dengan harga yang kami bayar. Ditambah dengan adik super cute yang menjaga tempat ini, indah-indah belaka jamuan mata aku di sana. Oh, petang tadi, aku cakap kat adik tu, awak niĀ handsome. Amik kau, sepanjang masa bertanya kami nak apa-apa lagi tak. Mintak aje dekat dia, dengan pantas dia bawa keperluan yang kami minta. Nampak tak ciri-ciri kemengada-ngadaan sang musafir di bumi Ladakh?

Sebijik sebijon

Capaian wifi dalam bilik tak kuat. Ada aksi-aksi melekap di dinding macam cicak kerana mendakwa laju di situ (seriously?). Aku pula sanggup bersejuk di luar balkoni sambil berwhat’sapp dengan beberapa manusia yang aku rindui. Tiba-tiba Karma muncul depan mata aku. Terkejut sekejap. Dia cakap something like – sejuk luar ni, dan dah malam. Tak mahu masuk bilik ke? Aku beri alasan tengah uruskan hal kerja. Tak lama kemudian, aku masuk bilik juga. Bukan sebab sudah puas online, tapi sebab sejuk yang menggila. Sekali angin bertiup, aku rasa kesejukan yang melampau. Kalau lama-lama, boleh demam aku begini atau semput. Sebelum tidur, aku makan dahulu beberapa pil wajib sambil berharap badan aku mampu bertahan untuk beberapa hari lagi.

Ok, setakat ini dahulu…Esok aku akan ceritakan pengalaman di Pangong Lake yang macam mimpi bila aku sampai situ.

 

Ohai, India – Dari Srinagar – Kargil – Leh…

19 September 2018 – Pagi terakhir di Kashmir Inn. Sedih sikit sebab di sini kami jumpa chai masala paling sedap dalam dunia (setakat tarikh ini). Bas ke Kargil akan bertolak pada pukul 8:00 pagi, jadi kami perlu ada di stesen bas pada pukul 7:30 pagi. Tak jauh sangat, lebih kurang 5 kilometer. Tapi pemandu tuk-tuk ni pun satu hal. Dah bagitahu, kami nak ke stesen bas, haih dia boleh nak tinggalkan kami di kawasan teksi sapu untuk ke Jammu! Tak pasal pagi-pagi ini kena mulakan dengan episod penegasan diri.

Sampai sahaja di stesen bas, aku dan Farah bersembang-sembang pasal bas yang bakal kami naiki – super deluxe tajuknya. Aku dengan penuh yakin tunjukkan bas yang baharu sikit, yang aku nampak semalam berbanding bas-bas lain yang sudah agak lama rupa parasnya. Sebaik sahaja Farah maklumkan imaginasi aku itu tersasar dari realiti, kami berdekah-dekah ketawa pagi itu. Kami adalah manusia pertama yang sampai di stesen bas. Masa nak letak beg pun masih ketawa tak henti-henti. Belum lagi tengok tempat duduk belakang penuh dengan guni-guni. Bas ini boleh memuatkan 25 orang katanya. Bila aku tengok balik, macam mustahil sebab ini bukan bas panjang. Ok, abaikan. Kebetulan, ada sekumpulan lelaki dari Malaysia menaiki bas yang sama. Ok, ada geng lepak. Mereka juga akan ke Leh dan menyewa motor di sana.

Perjalanan dari Srinagar ke Kargil dianggarkan mengambil masa antara 7 ke 8 jam. Selepas 1 jam 30 minit perjalanan, bas berhenti seketika untuk minum pagi. Di belakang kawasan perhentian tersebut, adanya satu sungai yang cantik, macam di Pahalgam. Disebabkan kami telah dipukau suasana semalam, ia nampak biasa-biasa sahaja. Geng lelaki itulah yang super excited sebab mereka baharu sampai semalam dari New Delhi. Terus aku tunjukkan gambar-gambar di Pahalgam kepada mereka.

Sepanjang perjalanan ke Kargil, bas ini akan merentas gunung dan melalui Zojila Pass. Aku difahamkan, Zojila Pass adalah antara laluan berbahaya di India. Aku sudah membayangkan bas akan melalui lereng-lereng gunung dan tayar bas hanya beberapa nanometer sahaja dari gaung. Permandangan sepanjang jalan, Subhanallah, cantik sangat. Seperti di Pahalgam, tetapi aku dapat melihat suasana petempatan manusia di kawasan gunung. Bila sudah nampak puncak gunung bersalji, kamera tanpa henti aku ketik untuk mendapatkan gambar yang terbaik.

Sebenarnya, masa di Malaysia lagi aku sudah bayangkan alangkah seronoknya kalau bas dapat berhenti untuk aku mengambil gambar di Zojila Pass. Mungkin Law of Attraction, mungkin rezeki kami semua. Bas terpaksa berhenti betul-betul di laluan tertinggi Zojila Pass kerana tanah runtuh dan di depan mata aku – gunung snow cap!!!! Hilang rasa muak, nak muntah, sebu dan laparudin yang aku rasa sebelum ini. Hampir sejam tersangkut tetapi aku tidak kisah langsung. Sempat kami berkenalan dengan seorang askar India yang bertugas di Siachen Glacier.

 

Perjalanan diteruskan kembali. Salah seorang dari geng lelaki memberikan aku pil tahan muntah. Tapi aku tolak sebab aku rasa macam boleh tahan lagi ni. Kami berhenti seketika di DrassĀ  untuk makan tengah hari. Aku sebu. Setakat minta capati sahaja, itupun tak habis. Di sini, aku merasa chai masala mini yang sangat sedap dan segelas hanya berharga 10 rupees / 60 sen. Haih, nangis-nangis aku kenangkan harganya yang mampu milik itu berbanding kentin pejabat aku yang serba-serbi cekik darah.

Beberapa jam kemudian, kami sampai di Kargil. Mulalah drama kedua selepas edisi di Zojila Pass – bas diminta lalu lalauan bypass kerana ada perarakan awal Muharram. Pemandu bas sudah bertekak-tekak dengan polis sebab aku rasa dia tak tahu jalan itu, dan mungkin juga dia risau minyak tak cukup. Sepanjang perjalanan, bas tak pernah berhenti untuk isi minyak! Akhirnya pemandu mengalah. Jalan bypass pulak punyalah sempit hazab. Ada sekali, terpaksa berhenti di selekoh sebab berj laluan kenderaan lain untuk menggunakan jalan. Lepas itu, dia masuk kawasan yang dalam imaginasi aku macam tanah lapang di El Paso…sesat sekejap. Akhirnya jumpa juga jalan kebenaran. Sebelum berpisah, pemandu meminta kami berada di stesen bas Kargil pada pukul 5:30 pagi. Tepat 6:00 pagi, tayar golek.

Dari stesen bas, kami berjalan kaki hampir 40 minit untuk ke Silk Route Hotel. Oh, bermulalah episod kesabaran diuji berkali-kali. Pertama kali dalam sejarah hidup aku,
1. Masuk hotel pintu yang hanya dibuka separuh.
2. Tidak ada orang jaga kaunter masuk.
3. Kunci daftar masuk bilik diberi oleh tetamu hotel yang sudah 12 hari tinggal di hotel. Difahamkan semua tempat tutup kerana menyambut awal Muharram. Tapi hotel kot…bukannya tak tahu kami akan daftar masuk hari ini sebab tempahan dibuat secara dalam talian.

p/s: Benny, jangan lupa kau kena buat posting pasal simptom-simptom hotel The Shining šŸ™‚

Tapi bilik hotel memang selesa. Air panas dia memang terbaik. Suasana di Kargil sangat sejuk, lebih kurang 8 darjah selsius suhu malam itu. Aku sangat lapar, tapi kedai semua tutup. Mujur Farah ada bawa kopi segera, jadi tidaklah aku cranky sangat. Wifi laju kalau duduk lobi. Kami di tingkat 3 jadi tidaklah cemerlang sangat. Dalam pukul 10:00 malam macam tu, tiba-tiba wifi tidak berfungsi. Aku syak ada orang tutup, mungkin staff hotel. Terus aku turun lobi tepi sayangnya aku tak jumpa plug utama! Rupa-rupanya, plug itu sederet dengan plug lampu yang jauh kedudukannya dari modem. Haih, pelik betul. Selepas berjaya posting beberapa updates di Facebook, aku terus tidur sebab esok kena bangun awal. Risau sedikit kerana awal Muharram, mungkin tiada orang yang berkerja. Kami kena dapatkan teksi juga. Tak sanggup aku nak berjalan kaki dan bersejuk-sejuk pagi esok. Mujur pemilik hotel berjanji akan membantu kami mendapatkan teksi untuk ke stesen bas.

20 September 2018, tepat pukul 4:50 pagi, teksi kami tiba. Bukan teksi pun, dia macam saudara-mara pemilik hotel yang diminta untuk menghantar kami ke stesen bas oleh pemilik hotel. Bil hotel pun kena bayar dekat dia. Inipun punca bajet lari, mahu bayaran dengan tunai. Padahal dalam website tidak dinyatakan pun kena bayar secara tunai. Pengesahan hotel, semuanya kami gunakan kad kredit. Takpelah, malas nak bertekak-tekak disubuh syafie.

Seperti biasa, kami manusia paling awal. Tepat 6:00 pagi, tayar golek. Rupanya pemandu bas tidur dalam bas itu sahaja. Aku menjangkakan akan menikmati panorama seperti semalam. Jadi aku tidur sahajalah dalam bas. Kami sepatutnya berhenti untuk bersarapan kira-kira satu jam selepas perjalanan dari Kargil. Tapi kedai semua tutup! Terpaksalah kami semua berlapar. Selang beberapa jam, bas berhenti di satu kawasan yang macam rumah tinggal pun ada, rumah tak siap pun ada. Aku memang lapar giler sebab malam semalam tak makan apa. Tapi aku cuak juga nak makan. Terus aku capai biskut dan lihat tarikh luput. Selamaaat….aku capai cokelat Cadbury pula. Pun selamaaat. Ada satu pakcik Buddhist yang bersama-sama kami, dia sangat baik. Aku tanyalah dia makan apa. Dia cakap, dia makan paratha. Ok, aku minta dia pesankan untuk aku dan Farah. Sampai sahaja makanan, dia hulur pada aku. Eh, dia order dahulu…dialah patut makan. Dia kata takpe, dia suruh aku makan. 3 carik aje aku makan. Pedas giler! Sudahnya Farah yang habiskan. Dia cakap, paling sedap dalam dunia. Hmmm…tapi chai masala dia memang terbaik. Dan satu cawan kecil 10 rupees sahaja walaupun dia meniaga di kawasan yang pandang keliling semua gunung aje. Yang geng lelaki lagi best, diorang beli biskut expired dan tawakal aje makan. Bila aku cakap biskut tu dah expired, salah seorang jawab ‘dah lapar sangat,kak. Makan ajelah. Paling-paling jadi taik’. Lantaklah…dia tak kisahkah kot sementara jadi taik tu, 3 hari badan boleh merana. Sudahlah datang untuk bercuti. Buat rosak mood aje kalau sakit.


Selepas sarapan, bas terus bertolak ke Leh. Aku dan Farah bergilir-gilir ambil gambar. Tak sama macam semalam, hari ini dapat gambar cold desert, gunung-ganang pelbagai warna dan struktur muka bumi yang sering aku nampak seperti dalam atlas. Ada sekali, bas terpaksa berhenti sebab tanah runtuh dan batu besar menghalang jalan. Mujur tak lama sangat.

Selepas 8 jam perjalanan, kami sampai di Leh. Apapun, kami isi perut dahulu. Aku makan nasi goreng telur dan chai masala. Rasanya, chai masala memang minuman wajib aku di sini. Selepas makan, kami menaiki van untuk ke hotel. Yang ini memang menduga…wifi down! Sudah 2 hari katanya. Kami memang nekad, kalau malam ini takde wifi, esok kami nak cari hotel lain. Kami kemudiannya berjalan ke pekan berhampiran dan melepak di restoran yang ada wifi. Di sana, Farah menghubungi pemilik hotel dan juga pemandu yang akan membawa kami ke Nubra Valley, 22 September nanti. Wifi di kafe ini memang sendu. What’sapp sahaja okay, FB haram tak loading. Aku hanya maklumkan pada keluarga yang aku sudah selamat sampai sahaja.

21 September 2019 – Selamat pagi, Leh! Sejuk amat di sini. Selepas mandi, aku dan Farah terus keluar mencari hotel lain. Yang penting, kena ada wifi. Rupa-rupanya seluruh kawasan ini menghadapi masalah wifi down. Jadi Farah terpaksa meminjam telefon hotel untuk berhubung dengan pemandu yang akan membawa kami ke Nubra Valley. Pemandu itu, namanya Karma Sonam. Dia datang hotel untuk mengambil passport kami untuk urusan menguruskan permit masuk. Alang-alang, aku dan Farah minta ditumpangkan ke pekan untuk mencari kafe yang ada wifi.

Fuuuuh….sebaik sahaja dapat line, Benny segar semula. Hampir 3 jam melepak dan upadate perkembangan diri di Facebook. Mujurlah wifi di sini sedikit laju. Tiba-tiba, wifi hilang! Rupa-rupanya bekalan elektrik terputus. Haih, macam-macam hal. Oh, tujuan kami bermalam di Leh adalah untuk acclimatization untuk membiasakan badan dengan suhu baharu dan mengelakkan terkena Accute Mountain Sickness kerana tempat yang bakal kami pergi itu kedudukannya tinggi. Kot badan tak biasa, berdarah hidung, berbuih-buih pulak mulut ditempat orang. Alhamdulillah..kami berdua macam okay aje.

Setakat itu dahulu, nantikan esok catatan ke Nubra Valley.

Ohai, India – Ohai, Srinagar!

17 September 2019 – Hari ini kami akan bertolak ke Srinagar dari Amritsar dengan menaiki penerbangan domestik, IndiGo. Urusan daftar keluar dari hotel setakat okay sahaja. Kami sepatutnya membayar dengan kad kredit kerana suku bayaran telah dijelaskan semasa tempahan dibuat. Tetapi kami diberitahu akan dikenakan 12% caj GST dan 2% cas kredit kad. Disebabkan malas nak bergaduh dan menyimpan tenaga, kami bayar tunai. Bajet asal lari sikit sebab semua kos-kos sudah kami asingkan yang mana bayar dengan kad dan mana bayar tunai. Untuk kembara akan datang, ini kekal menjadi nota minda! Oh, Benny jangan lupa, kadar GST yang dikenakan juga tidak konsisten – nota minda kau untuk catatan akan datang.

Mujur pagi tadi sempat bersarapan kerana perjalanan hari ini sangat panjang.

Kami ke lapangan terbang dengan menempah Uber. Mudahnya, kami cenderung menempah Uber kerana boleh agak harga tambang yang dikenakan dan kerana cara ini lebih selamat untuk mengelakkan kena kelepet. Tapi kalau nasib tak baik, kena juga sebab akal diorang ni, lain macam sikit. Kalau larat bergaduh, bergaduhlah.

Kami sampai paling awal, kaunter pun belum buka. Panik pertama terjadi kerana kami tidak boleh menggunakan mesin daftar masuk secara layan diri. Kami diminta berurusan di kaunter. Alamak…dah kenapa padahal nama kami ada dalam sistem tetapi tidak dibenarkan daftar masuk. Mujur urusan dikaunter berjalan lancar. Panik kedua, ada barang terlarang yang aku bawa dirampas. Kemudian, polis masih tak puas hati juga sebab masa imbas beg aku, dia nampak ada 2 benda lagi.

Beg aku kena imbas semula dan rupanya apa yang dia salah faham itu ialah pen! Mujurlah aku senyum aje sentiasa dan bila selesai, mereka senyum balik pada aku. Panik ketiga, dalam berbalas kuntuman senyum seindah suria itu, mereka lupa untuk tagging bag aku dan cop tanda sudah melalui pemeriksaan keselamatan. Elok-elok jadi manusia paling awal di lokasi, jadi manusia paling lambat masuk kapal terbang! Aku diminta mendapatkan cop sebelum dibenarkan naik kapal terbang. Mujur polis tadi masih ingat aku, senyuman yang berbalas-balas tadi dan beg aku yang cantik itu. Jadi beg aku ituĀ  tidak perlu diimbas semula. Aku diberikan cop dan tagging tanpa banyak bicara. Oh, akan datang aku akan tulis tentang proses pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang yang tidak pernah sama antara satu lapangan terbang dengan lapangan terbang lain dan beg kembara aku ada jin – kisah benar!

Penerbangan ke Srinagar mengambil masa lebih kurang 45 minit. Aku sudah feeling-feeling mahu memesan nasi goreng. Sayangnya, mereka tidak sediakan makanan atau minuman panas dalam penerbangan itu. Kalau setakat makan chicken or vegie wrap, itu boleh pesan. Maka menahanlah kelaparan seorang Benny yang menu terakhirnya hanya 2 keping sandwich bakar pagi tadi yang sudah beberapa jam berlalu sepi.

Sesampainya di Lapangan Terbang Srinagar, kami di minta mengisi satu borang khas untuk pelancong. Inipun kalau tidak dipanggil oleh polis bertugas, memang tidak ada siapa tahu sebab tempat mengisi borang itu nampak macam kaunter pejabat pos aje. Tapi terang-terang muka tomyam aku ni muka pelancong, memang mereka akan panggil. Farah lain…dia boleh menyamar dengan jayanya. Takde apa sangat pun yang rumit. Hanya nyatakan hendak ke mana, berapa lama, nombor visa dan beberapa maklumat asas lain.

Dari Srinagar, kami menaiki teksi untuk ke hotel yang sudah ditempah secara dalam talian iaitu Kashmir Inn dan perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam. Tiket teksi kami beli di lapangan terbang sahaja. Dan biadap pertama bermula. Kami didatangi seorang lelaki yang bertanyakan tiket teksi kami dan dia terus mengambil tiket itu. Ingatkan, dialah pemandu teksi. Rupanya ulat-ulat ejen pelancongan. Sibuklah tanya where you want to go? We have boathouse etc...Kami cakaplah baik-baik, kami sudah tempah bilik. Eh, banyak pulak sembangnya… ‘We have boathouse, why you dont want to stay in boathouse?’

“We dont like water,” selamba Farah jawab. Mujur pemandu teksi sebenar ditemui dan mamat itupun berlalu. Kalau ikut kerek aku, masa dia cakap ‘we have boathouse’ tu nak aje aku jawab ‘who the hell isn’t?

Sepanjang perjalanan, askar sentiasa berada di tepi-tepi jalan. Kami difahamkan ada protes besar-besaran telah berlaku beberapa minggu lalu berkaitan salah satu akta di sana. Tetapi aku tidaklah rasa panik atau tidak selamat berbanding 44 army block yang pernah aku tempuhi di Selatan Thailand. Itu sampai zorro acukan senapang pada aku sambil minta buka dashboard kereta!

Teksi kemudiannya memberhentikan kami di tepi jalan. Memang kereta tak boleh masuk. Dia cakap, hotel kami tu ada dalam celah-celah lorong. Jalan aje masuk dalam. Tapi nasib kami baik, kami disambut oleh pekerja hotel, Arif namanya. Mula-mula aku ingatkan dia ulat juga. Sangat baik, sangat ramah dan paling best, semua yang aku tanya dia akan jawab ‘why not?’. Terus aku merengek dekat situ juga. Aku bagitahu aku belum makan dari pagi. Lapar tak terkira dah ni. Arif maklumkan tukang masak hotel keluar, tapi dia akan telefon suruh balik dan masak untuk kami. Jadi kami terus daftar masuk dan berehat di bilik sementara menanti tukang masak datang. Jadi dalam bilik, Farah keluarkan roti yang dia beli di Family Mart dan kami pun makanlah sedikit untuk alas perut. Sudah sekeping aku makan, baru aku perasan roti itu sudah berkulat! Alahai…perut den! Buatnya kena keracunan makanan memang naya.

Tak lama kemudian, tukang masak pun sampai hotel. Kami dah lama tak makan binatang. Dalam kepala otak dah bayangkan nasi beriyani dan ayam masala. Dia minta satu jam 30 minit untuk sediakan semua itu. Ohai, mana tahan. Nak cepat, aku minta dia masak nasi goreng telur dengan chai masala aje sudah. Tak sanggup kami nak tunggu. Chai masala dia…terbaik dari ladang! Nasi pun banyak dia bagi. Aku siap cakap banyak betul portion makanan dia masak untuk 2 manusia. Rupanya Arif minta dia masak lebih sebab ada seorang perempuan tu belum makan dari pagi, dia lapar teruk. Haih, akulah tu hahaha…

Kami tiada plan spesifik di Srinagar. So, up to suggestions mana-mana yang logik dan kena dengan bajet. Arif cadangkan ke Gulmarg atau Pahalgam kerana kami hanya ada satu hari sahaja di Srinagar. Disebabkan Pahalgam dikatakan mini Switzerland, maka kami memilih ke sana. Lagi pula, aku jadi sawan bila google gambar sungai di sana cantik, kebiru-biruan keadilan dan ada unsur unsur turquoise. Ok la, sesuatu yang aku tak pernah lihat dengan mata secara langsung.

18 September 2019 – Kami akan bertolak ke Pahalgam pada pukul 9:00 pagi. Apapun, sarapan dulu. Ok, serius sedap. Kopi dia memang syahdu!

Perjalanan ke Pahalgam mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit dari Srinagar. Aku dijamu permandangan bukit dan gunung-ganang yang Subhanallah indahnya. Sampai full memory, terpaksa aku delete gambar-gambar yang sudah aku simpan dalam komputer. Kami dibawa singgah ke sebuah kedai bernama Zamindar Kesar Co. untuk mencuba teh safffon atau kehwa tea. Rasa teh itu macam koci pun ada, macam bunga matahari pun ada.

Kami juga berhenti di ladang epal. Tak suruh pun, Arif yang bawa. Tapi rupanya memang banyak kenderaan yang bawa pelancong akan berhenti di sini untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan. Mesti dia pelik orang lain ambil masa juga bergambar di sini, kami tak sampai 5 minit selesai.

Semakin sampai ke lokasi yang kami tuju, permandangan semakin cantik. Sampailah kali pertama mata aku tertancap sungai yang warna ainya membiru, aku hampir sawan di situ dan minta dia berhenti. Arif kemudiannya memberhentikan kereta di kawasan yang memang strategik. Nampak sungai, gunung bersalji dan ada unsur-unsur kehijauan. Terus kami bergambar di situ. Perasaannya…susah nak cakap. Bersyukur tanpa henti. Terima kasih, tuhan kerana berikan aku peluang melihat ciptaan-Mu nan indah ini.

Untuk sampai ke kawasan yang dinamakan mini Switzerland, kita tak boleh jalan kaki, kena naik kuda dan akan ada orang tempatan yang akan bersama-sama kita dalam perjalanan itu nanti. Ada beberapa pakej ditawarkan, bergantung tempat yang kita mahu pergi. Ikut hati, aku mahu ke tasik Tulian tetapi kosnya agak mahal. Agenda ini tiada dalam perancangan asal, jadi kena berhati-hati berbelanja. Alang-alang sampai, kena pilih jugalah pakej mana kami mahu sebab bukannya boleh sampai sini lagi. Arif sudah pesan, berapa juga nilai yang mereka offer, tawar – potong separuh harga. Bila dia tengok aku dan Farah teragak-agak nak letak harga dan pilih pakej, dia ulang balik ayat tadi. Takdelah separuh sangat, naik sikit dari harga yang kami minta tapi oklah.

Maka bermulalah kisah dua perempuan membebel sesama sendiri sambil berkuda yang memang akan aku ingat sampai bila-bila. Aku sebenarnya tidak mahu menggunakan binatang sebagai mode pengangkutan kerana tidak mahu menganiaya makhluk ini. Tetapi ini situasi terpaksa. Kalau tak naik, tak sampai. Farah siap membebel-bebel nak turun dari kuda dan berjalan kaki sebab kononnya prinsip hidup, budak tu boleh berjalan takkan dia tidak boleh. Tiga kali budak tu ulang, I’m Kashmiri…Berbalas pantunĀ “You can, I also can” akhirnya budak tu lantakkan aje. Ada 10 minit aje tuan puan…ke kuda semula kawan aku seorang tu. Aku menahan gelak aje dengan prinsip hidup kami yang tergadai disebabkan mini Switzerland. Maafkan aku, kuda Kashmiri…tak pasal-pasal kau membawa seorang Benny yang cuba untuk diet sebelum ke India. Jenuh aku telepati dengan kuda tu, kalau kau rasa nak bunuh diri, tunggulah lepas hantar Benny balik. Kuda ini mendaki lereng-lereng bukit. Kalau salah langkah, dengan aku-aku sekali jatuh gaung.

Tapi, permandangan yang kami dapat memang sangat menakjubkan. Kami habiskan masa bersembang dan bergambar di sini. Benny tak pernah pergi negara yang bersalji. Dapat tengok gunung ada snow cap dah rasa besar rahmat rasanya.Ā Selesai misi cuci mata, kena makan. Serius lapar giler. Farah yang pilih menu makan tengah hari merangkap makan malam sekali. Dapat juga makan binatang. Di Srinagar, makanan halal sangat mudah kerana majoriti penduduknya beragama Islam.

Apapun, hari ini kena beli tiket bas untuk ke Leh. Dari kajian yang dibuat, perjalanan akan mengambil masa 2 hari. Semua bas akan berhenti di Kargil semalam dan esoknya baharulah meneruskan perjalanan ke Leh. Sempat kami usha deretan bas untuk tengok yang mana satu bas akan ke Leh. Aku konfiden ingatkan bas baharu yang nampak macam bersifat sikit. Pilihan lain, boleh naik shared cab, tepi akan terus direct ke Leh. Kami pula sudah menempah penginapan di Kargil. Jadi alang-alang memang sudah dirangka perjalanan ini, aku langsung bersetuju naik bas sahaja.

Selepas berjaya membeli tiket bas, kami kemudiannya terus ke Tasik Dal. Kebanyakan pelancong yang datang ke Srinagar cenderung untuk duduk di rumah bot, tapi masa bincang dengan Farah sebelum ke sini, aku membayangkan macam dekat Mimaland aje. Air stagnant dan penuh pokok teratai. Memang sebiji dalan imaginasi aku. Langsung tak rasa menyesal untuk tidak bermalam di situ.

Selepas itu, kami balik ke hotel. Oleh kerana ini malam terakhir di Kashmir Inn, kami berdua memesan chai masala supaya tidak rindu sangat bila tinggalkan tempat ini, esok. Setakat itu dahulu…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...