Jalan Akhir..

Aku boleh tahan sakit walaupun terpaksa berguling-guling,membentuk nombor 8 dan bertahan. Seperti Ismet Ulam Raja,aku juga tak mahu dikirim ke hospital. Tapi disebabkan sudah hampir sebulan tanpa henti dan menyebabkan emosi aku jadi tak stabil,makanya kali ini aku mengalah. Itupun sebab sahabat aku itu bersusah-payah menguruskan segalanya,termasuk mengambil-menghantar dan menemankan aku menjalani hari yang telah membuat aku jadi Panic At The Disco seharian.

Aku tak gemar amat hospital…bau-bauan saja dah cukup buat lutut aku lemah. Belum selisih dgn pesakit-pesakit kronik lain yang membuat aku rasa panik! Nasiblah sahabat aku temankan..Malu jugak dia tengok reaksi panik separa konsisten dari mula mendaftar sampailah giliran consultation. Punyalah ramai doktor lelaki kacak-kacak belaka di hospital separa kerajaan itu tapi itupun tak mampu membuat aku rasa tenang. Makin panik adalah sebab aku selesa dengan doktor wanita.

Sumpah aku panik..aku nebes dan aku takut. Mujur doktor itu wanita dan mesra. Kalau tak jantung aku macam nak kaput di situ jugak. Dan aku minta izin untuk sahabat itu temankan aku apa juga ujian yang dia nak buat. Bila dia kata nak buat ujian so and so dan ambil darah,aku mula panik balik. Aku dah agak apa yang bakal jadi sebab sudah 2 hari kerja menggoogle simptoms, tajuk sakit dan jenis ujian. Semuanya tepat belaka dan aku redha..mungkin sebab aku dah bersedia dan tahu dia nak cakap apa..

Jujurnya pandangan aku tak gelap masa tu. Tapi apa yang doktor tu cakap berapa persen aje aku ingat. The rest sahabat aku tu yang sampaikan balik. Nasib ada teman..kalau tak memang aku tak jejak lagi dah. Dalam kepala aku dah bayang muka Robin dan episod yang bakal aku lalu..

Peliknya aku tak menangis. Okay murung ada sikit, takut memang semulajadi ada cuma aku tak rasa nak kongsi rasa. Aku rasa nak gembira selagi ada masa. Sebab itu agaknya aku terus ke Bangsar Sphere utk makan Bulgogi dan cari air bubble. Yup,aku tenang seketika.

Lepas ini, H akan jadi rumah ketiga seleas RTM dan UITM. Ia akan menjadi detik dan proses yang menyukarkan untuk aku dan Hadi tapi aku berjanji dengan diri aku untuk menjadikan setiap waktu yang ada bermakna sampailah ke detik akhir..

Usaha..tawakal dan berserah. Life is short,cherish every moment yo!

Hampir Terlepas Ujian Psikometrik

Beginikah otak kita tok dukun?

Dengan kadar internet yang macam simput babi tempang, jarang aku membuka email jabatan dipejabat. Jangan kata email jabatan, email yahoo pun sempat goreng karipap tak tentu satu laman bole load dengan sempurna. Beri hitamlah sumber utama yang mendekatkan aku dengan alam maya.

Tadi seperti mendapat satu ephipany aku melayari email jabatan. Banyak yang ditong-sampahkan terutama yang basi, yang forwarded tak tentu hala dan yang tak relevan. Baru aku sedar ada email yang meminta aku membuat ujian psikometrik kerana aku antara salah seorang calon yang memohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP). Terkejut amat melihat tarikh akhir menyelesaikan ujian itu ialah hari ini!

Ada hampir 200 soalan dan aku kena selesaikan dalam masa 45 minit kalau tak silap. Bukannya susah sangat pun hanya tanda Ya atau Tidak saja dikotak yang disediakan.  Masa mula-mula baca email tu aku agak soalannya mesti sama macam soalan menduduki peperiksaan untuk jawatan Pegawai Penerangan. Hmm..betul la tu.

Menurut website JPA, Ujian Psikometrik ialah ujian psikologi berbentuk kualitatif dan menggunakan teknik statistikal yang ditadbir dengan bantuan ahli yang mahir dalam ujian psikologikal unt
uk menentukan tahap kecerdasan, minat dan mana-mana ujian mental.
Jenuh aku fikirkan apakah relevan soalan yang ditanya dengan biasiswa yang aku pohon. Untuk bersangka baik, aku rasa mereka mahu memastikan calon yang layak dan menepati “kriteria-kriteria tertentu”.Ujian itu pada firasat aku untuk membaca nilai-nilai pemohon berdasarkan peribadi, kesungguhan, minat dan konsistensi. Ada beberapa soalan berulang dan ada soalan yang tak semenggah. Diawal bicara sudah dinyatakan tiada jawapan yang betul atau salah dalam ujian ini.
Semua soalan aku jawab dalam masa 30minit dan 4 saat (saat tu kalau aku tak silap). Dan sekali lagi aku merenung senarai calon yang memohon. Sesungguhnya senarai itu sangaaaaat panjang. Mujur tiada soalan “adakah anada tertekan dengan ujian psikometrik ini” dalam bentuk subjektif kerana aku memerlukan lebih dari 45 minit untuk berhujah.

Julai : Bulan Keputusan Besar Keluar…

Aku menantikan 10 Julai dengan rasa berdebar-debar dengan perasaan yang bercampur-baur. Serba-serbi menggelisah aje bila mana aku kena menunggu sesuatu hari  keputusan itu akan keluar.

Sebenarnya Julai tahun ini ialah bulan menanti…aku menunggu 4 keputusan besar yang akan dikeluarkan dalam bulan ini.

Oleh itu faham-faham ajelah kalau angin barat daya tu kencang aje tiupannya. Makan tak lena, tidur tak basah dan pakai baju pun terlabik.

Bulan ini aku kena buat keputusan yang sangat besar untuk kelangsungan sejagat. Hidup tanpa kabel ini mengajar aku banyak menelan air liur dari menjamu rakan-rakan. Apapun aku redha menanti keputusan dan kalau aku gagal – aku akan cuba dan cuba lagi.

Apapun aku tersangat eksaited menunggu pertengahan Julai yang mana aku dan Hadi akan ke Kota Kinabau dan jajahan terdekat untuk sessi meluaskan pemandangan dan menikmati indahnya  negeri Sabah. Kalau boleh ke sana dengan jalan darat, rasanya tiap-tiap bulan aku ke sana. Tapi apakan daya..

5 Hari terasa lama....seram!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...