Sotong Kicap Ala Diet Konon..

image

Semalam aku lulus urine test tanpa gula utk kali kedua. Berat naik 500g tp pakar pemakanan cakap itu normal sebab aku tukar pola makan. Aku rasa bersalah jugak sebab aku langgar pantang dgn makan ayam 2 ketul. Tp nk wat mcm mana… Makhluk darah AB senarai menu cadangan masuk kategori selera orang kaya.

Jadi hari ini aku masak ikut menu cadangan yakni ‘Sotong Masak Kicap Ala Diet Konon’.

Tengok gambar…lazatkan ๐Ÿ™‚

Bahan – Sotong,setengah biji bawang merah,bawang putih sebiji,cili api 3 biji,kicap masin dan halia.

Tumis cili dan bawang putih yg diketuk,bawang merah dan halia dihiris..minyak sikit aje.. Bila bau sudah aduhai,masukkan sotong dan kicap masin. Nak lebih ummph,perah sebiji limau kasturi..

Sedap,mudah dan berkhasiat untuk manusia berdarah AB.

Sekian.

Resepi Padprik Chendawan Ala Emergency

Hari ini raya ke-3..Sepatutnya pagi tadi aku balik KL. Tapi sebab seronoknya bercuti, makanya disambung satu hari lagi di sini. Cadangnya hari ini nak beli ketam dan masak kari..tentu lazat dimakan di tepi kolam renang. Malangnya semua kedai yang aku pergi semuanya tutup..

3 hari di sini, kami tak makan dikedai langsung..semuanya serba masak sendiri. Mama memang jenis suka masak-masak dan kami semua memang suka makan-makan. Lagipun kalau makan dikedai belanja lebih besar dan tak tentu sedap. Raya begini boleh bilang dengan jari berapa kedai makan yang buka.

Hari pertama, mama masak sardin dan makanan sampingan bekal nasi himpit, kuah kacang serta rendang daging banyak. Semalam kami pesta nenas sebab masa masak pajeri nenas dan aku sendiri 2 kali tanak bubur nasi. Hari ini lebih special..Pagi tadi lebihan nasi mama masak nasi goreng campur sardin juga lebihan semalam. Licin dikerjakan aku dan Hadi..

Untuk makan petang/malam, Mama masak sup daging, goreng ikan masin dan aku masak padprik chendawan..Tak sangka dalam serba kekurangan rasanya masih sedap dan mampu membuncitkan perut..Seronok tengok anak-anak saudara makan..walaupun masing-masing dah makan, tetap mahu makan lagi sekali dengan makcik-makcik mereka..

Kalau rasa nak cuba buat, sangat tak susah.

 

Padprik Chendawan Ala Emergency

Cili Merah sebiji, Bawang merah sebiji, halia ikut suka dan bawang putih dua ulas dihiris nipis. Tumis sampai naik bau..

Masukkan ayam kisar satu peket jenama Ramly (sedapnya ayam dadu.dah namanya emergency,belasah ajelah.Tapi sedap geng!)

Masukkan sos tiram dan kicap sesuka hati. Masukkan air kalau nak kuah banjir..aku kena buat banjir sebab manusia di sini semuanya suka makan berkuah.

Masukkan sayur – aku masukkan chendawan putih dan bayi jagung. Ikut suka berapa banyak.

Agak-agak dah nak masak, perah limau kasturi 3 biji…SIAP!

Tak payah gula, garam dan ajinomoto…sos tiram dah masin, kicap dah manis.

 

Hasilnya…tadaaaaa!

Iftar PROTON & Media

Ramai yang hadir sampai tak cukup meja katanya

 

Sudah berapa tahun aku mengelak untuk pergi ke majlis iftar mana-mana syarikat/kementerian/persatuan. Tahun sudah aku pergi yang mini sahaja, maknanya hanya menjemput tak lebih dari 10 orang.ย  Sebab utama tak pergi ialah tak kuasa beramai-ramai dan malas menempuh kesesakan jalanraya-walau bukan aku yang memandu.

Terima kasih kepada rakan-rakan di PROTON, terutamanya Widya yang menghantar jemputan menerusi sms. Banyak sebab aku begitu eksaited ke majlis ini. Selain dekat sesangat dengan rumah aku iaitu di Hilton KL, aku mengenali pengamal perhubungan media PROTON sejak zaman UiTM lagi. Tahun lepas aku menerbitkan siaran langsung Ulangtahun ke-25 PROTON jadi kalau aku tak hadir rasa tak best pulak.

Dalam hati aku dapat rasa majlis iftar ini akan jadi mini reunion dan memang betul sangat la sangkaan itu. Berjumpa juga aku dengan rakan-rakan zaman belajar dulu, rakan-rakan di NTV 7, dan rakan-rakan di RTM. Walaupun kerja setempat tapi tak selalu dapat jumpa. Sebab lain ialah aku mahu mencari sebab memakai baju baharu bertajuk Banana Republic yang harga pasarannya ialah RM699.00 ๐Ÿ™‚

Makan takdelah banyak sangat sebab lebih banyak bersembang dari makan. Berpindah dari satu meja-ke-meja yang mana ada rakan-rakan yang lama tak jumpa sempatlah berborak seadanya.

Dan sebab yang mengukuhkan kehadiran aku pada majlis ini ialah sebab aku nak bergambar dengan Datoโ€™ Sri Haji Syed Zainal Abidin. Susah nak dapat peluang sebegini masa kerja. Akhirnya semalam dapat juga sekeping. Terima kasih kepada abang Amy atas bantuan ๐Ÿ™‚

Akhirnya dapat juga peluang bergambar..

 

Melepak Kedai Kopi Yang Tak Mengopi

Semalam seharian berjaga selepas pekena segelas Frappe Chawan dan Caramel Latte venti Starbucks. Hari ini melepak juga,masih dikedai kopi.

Pengalaman mengajar,overdose kopi untuk dua hari berturut-turut berpotensi menjadikan aku zombie. Jadi tadi aku hanya pesan Rose Float dan laksa sahaja. Padahal setiapkali melepak Oldtown White Coffee minuman wajib ialah Hazelnut latte.

Masalahnya aku masih tak boleh tidur awal malam! Sejak bulan April secara kasarnya dan bulan-bulan berikutnya menjadi tabiat tak semenggah dalam kehidupan aku dewasa ini. Ya,aku masih bole bangkit awal esok pagi tapi aku kesiankan otak yang memikir macam-macam perkara.

Rutin pagi selalunya kopi Dutch Lady kotak…Masih kopi. Ada apa dengan kopi?!

Mujur malam ini tidak selang sejam berulang kencong.. Mungkin kerana malam ini aku tidak mengopi..

Posted with WordPress for BlackBerry.

PARAM YANG AL-MUKARAM..

Petang semalam, selepas hampir sejam mengesot-ngesot kenderaan bergerak aku dan Hadi sampai juga di Pasar Ramadhan yg dekat dengan komuter Pantai Dalam tu. Padahal dari RTM nak ke sana bukannya jauh sangat, sepelaung boleh sampai. Tapi disebabkan trafik yang macam siput babi tempang, terasa jauh sangatlah nak sampai.

Jam menunjukkan pukul 6.30 ptg. Takde maknanya nak masak. Maka kami ambil keputusan untuk beli saja. 2 ketul ayam percik RM 10 dan 2 murtabak daging RM 5. Petang semalam saja aku belanja RM 17 termasuk RM 2 membeli ‘sesuatu’.

Gila la..ini belum lagi beli kuih+buah+air dll. Maknanya tak selalulah Ramadhan tahun nie aku akan berbelanja di PARAM. Murtabak pun lebih banyak bawang dari daging..bawang mahal agaknya….

Banyak lagi benda nak kena selesaikan..Yuran semester nie aku tak bayar lagi..medical check-up lagi. Itu pun duit jugak tu..

Aduh, migrain!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...