Lama Tak Masak Sambal Sotong

Pertama kali hari ini aku masak sambal sotong ikut resepi yg aku nampak kat FB. Aku follow sebab aku teringin nk sambal sotong warna biadap. So lepas ni aku akan masak cara macam tu sebab memang menjadi seperti yang aku bayangkan…

Kat atas ni sayur, maksud aku…sayur yang aku makan. Dimasak padprik.

Ok…selamat berbuka puasa. Selalu makan nasi bungkus aje. Alang2 tak kerja hari ini, aku masaklah untuk hiburkan perut sendiri..

Tuan Tabib Buat Kek Milo!

Hari ini Hadi buat kek milo….lagi lama MCO ni, mau dia buat kek kahwin bertingkat-tingkat pulak. Untunglah anak-anak dapat makan kek sejak abah dia dah pandai google resepi masak memasak ni. Tiba-tiba teringat adik aku yang lelaki sorang tu, masa kitorang kecik ameba. Mula-mula dia belajar buat lempeng. Punyalah bangga. Esoknya dia buat lempeng milo. Pun tersengih-sengih bangga bila orang puji sedap lempeng milo kau tu. Kemudian dia naik syeikh…

Esoknya dia buat lempeng neskefe. Aku dah kobarkan jangan. Dia degil. Dia buat jugak. Rasa dia teruk ya amat. Kelat melekat sampai esofogus. Lepas tu, kami tak nampak dah dia buat lempeng…

Sekian…
#apabilakakbennymenulis
#hadicancook
#haditakdefacebook

Tuan Tabib Masak Pizza!

Eskandar Dzulkarnain┬ádan abah bertungkus lumus di dapur untuk buat pizza. Thank you, love layan apa yang anak-anak mahu. Rasa sedih sikit tak dapat rasa masakan you. Hari tu kek cokelat, ini pizza. Lepas ni boleh belajar buat donut ya…Please jagakan anak-anak untuk i. I love you so much…

Kicap Ada, Kicap?

Aku tak faham sangat orang beriya-iya tunjuk kejayaan mendapatkan roti Gardenia. Kalau makan berbuku-buku tu takpelah jugak. Sudahnya korang menternak spora dan kulat aje. Aku lebih serabut kalau takde kicap ni. Ada yang aku baca, dia tak boleh kalau takde stok tempoyak dalam rumah. So, pemirsa..selain roti Gardenia, apakah makanan yang korang susah hati tak ada dalam tempoh Movement Control Order ini?
#apabilakakbennymembebel

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...