Mari Menyambal Lagi

Ikut perasaan nak makan tempoyak udang. Tapi petang tadi gatal tengok FB kawasan perumahan aku, ada pulak orang lelong petai. Belilah 2 ikat…

So nk masak tempoyak udang dan taruk petai dalam tu, tak rasa macam best. Aku ni kalau makan petai mengada dia lain macam. Petai tu seeloknya kena goreng dulu bagi dapat berkat. So, menyambal lagilah malam ini…

Lama Tak Masak Sambal Sotong

Pertama kali hari ini aku masak sambal sotong ikut resepi yg aku nampak kat FB. Aku follow sebab aku teringin nk sambal sotong warna biadap. So lepas ni aku akan masak cara macam tu sebab memang menjadi seperti yang aku bayangkan…

Kat atas ni sayur, maksud aku…sayur yang aku makan. Dimasak padprik.

Ok…selamat berbuka puasa. Selalu makan nasi bungkus aje. Alang2 tak kerja hari ini, aku masaklah untuk hiburkan perut sendiri..

Tuan Tabib Buat Kek Milo!

Hari ini Hadi buat kek milo….lagi lama MCO ni, mau dia buat kek kahwin bertingkat-tingkat pulak. Untunglah anak-anak dapat makan kek sejak abah dia dah pandai google resepi masak memasak ni. Tiba-tiba teringat adik aku yang lelaki sorang tu, masa kitorang kecik ameba. Mula-mula dia belajar buat lempeng. Punyalah bangga. Esoknya dia buat lempeng milo. Pun tersengih-sengih bangga bila orang puji sedap lempeng milo kau tu. Kemudian dia naik syeikh…

Esoknya dia buat lempeng neskefe. Aku dah kobarkan jangan. Dia degil. Dia buat jugak. Rasa dia teruk ya amat. Kelat melekat sampai esofogus. Lepas tu, kami tak nampak dah dia buat lempeng…

Sekian…
#apabilakakbennymenulis
#hadicancook
#haditakdefacebook

Tuan Tabib Masak Pizza!

Eskandar Dzulkarnain¬†dan abah bertungkus lumus di dapur untuk buat pizza. Thank you, love layan apa yang anak-anak mahu. Rasa sedih sikit tak dapat rasa masakan you. Hari tu kek cokelat, ini pizza. Lepas ni boleh belajar buat donut ya…Please jagakan anak-anak untuk i. I love you so much…

Kicap Ada, Kicap?

Aku tak faham sangat orang beriya-iya tunjuk kejayaan mendapatkan roti Gardenia. Kalau makan berbuku-buku tu takpelah jugak. Sudahnya korang menternak spora dan kulat aje. Aku lebih serabut kalau takde kicap ni. Ada yang aku baca, dia tak boleh kalau takde stok tempoyak dalam rumah. So, pemirsa..selain roti Gardenia, apakah makanan yang korang susah hati tak ada dalam tempoh Movement Control Order ini?
#apabilakakbennymembebel

Kentang Berlada PKP

Breakfast dan dinner…orang Minang kalau tak pernah makan ni memang mintak ūüôā

Sorry Kak Benny kau sibuk sikit hari ni. Nak main ukelele pun takde masa. Tengoklah malam karang kot nak membebel lagi aku post.

Pls take care, stay safe.

Rutin Anak-Anak Masa PKP

Eskandar Dzulkarnain anak yang baik, walaupun dia tak boleh duduk diam. Menjaga dia ni kadang-kadang lebih menduga dari menjaga Ezzudin Dzulfikar. Aku faham dia tak minta jadi dan berpelakuan hiper seperti itu. Memang kesabaran sahaja yang membuatkan aku dan Hadi kuat untuk menguruskan mereka berdua.

Dia ni picky eater…tapi menu yang tidak menyusahkan. Nasi dgn telur, nasi ayam, bihun (ini favourite dia especially kalau mak mentua aku yang masak) dan spaghetti. Ikan goreng¬†tak berapa makan, ayam goreng pun sama. Ikut mood. Kalau makanan segera, memang McD ajelah sebab dia makan bubur ayam dan cheese burger. Cheese burger tu memang cheese dan burger aje. Kami kena asingkan sayur dan daging, carik roti dan letak cheese. Sampai sampai tu gaya dia makan.

So bermula 2 hari lepas Hadi mula duduk bertiga dengan anak-anak dirumah kami sendiri. Tak jauh pun dalam 5 minit dari rumah keluarga Hadi kalau berkereta. So seorang diri dia uruskan 2 nyawa ni. Bila Hadi memasak, Eskandar pun nak bantu juga. Aku ok aje…just pesan jangan ajar dia buka api dulu. Dia tak faham lagi.

So rutin anak-anak sepanjang MCO ini tengok tv, mandi, makan dan menulis/melukis. Rumah sepahlah. Aku tak kisah. Nanti bila semua ni berlalu aku akan kemas balik. Asalkan diorang tak keluar dari rumah pun dah cukup baik.

#myADHDson
#forevermeansforever
#supermomyangcengeng

Cekodok PKP

Hi, guys….seperti yang dijanjikan petang ini aku nak ajak korang penuhkan newsfeed dan timeline dengan cekodok. Kat area rumah aku pulak hujan. Hujan-hujan ni, sedap betul kalau dapat makan cekodok bilis.

Cekodok bilis ni aku dah pandai buat dari umur aku 7 tahun. Resepi pun, resepi mak aku juga. Kitorang kecik-kecik dulu kalau hari Ahad kena perambat kemas rumah, luar rumah, basuh pinggan dan kain baju – baharulah sarapan ramai-ramai. Basuh kain dengan tangan ya…sebelum¬†ada rezeki mereka beli mesin basuh. So, cekodok ini akan ada paling banyak 3 pinggan untuk kami makan satu keluarga. Boleh dikatakan Ahad tu memang hari cekodok ikan bilis. Kena pulak dengan teh o panas Cap Masjid.

Apalah Uda tanpa Dara dan siapalah Romeo tanpa Juliet. Sama cekodok ni kawan-kawan…kalau takde sambal cicah tak ngam gitu. Boleh aje cicah dengan cili sos tapi kalau kena sambal cicah yang dibikin sendiri dengan kasih sayang tentulah lebih handal. Sambal cicah ini resepi arwah abah. Sambal ni boleh juga makan dengan nasi ayam, kerang rebus dan keropok. Sumpah mengulang…

Cekodok sangat sedap kalau makan ramai-ramai. Sambil bersembang…sambil tengok TV dan lain-lain aktiviti. So guys, enjoy menu petang korang, walaupun bukan cekodok. Bersyukurlah kalau kalian sedang makan dengan ditemani keluarga atau rakan-rakan semasa Movement Control Order ini. Ada dalam kalangan kita tidak bernasib baik seperti itu…

Salam penuh ingatan untuk semua dari Kak Benny…
#cekodokMCO
#apabilakakbennymenulis
#kakbennycancook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...