DURIAN UDANG MERAH YUM…YUM…

Ada satu masa yang aku betul-betul rasa macam nak nyanyi lagu Kci & Jojo, Tell Me It’s Real adalah bila aku berjaya jumpa durian warna kuning yang rasanya sedap melambung-lambung. Sebiji ini ngam-ngam 1 kilo, dan harganya RM21 dengan tajuk album udang merah.

Perasaannya macam bertemu cinta sejati. Indah, mengujakan dan membuat kau terkenang-kenang memori berkongsi Big Gulp bersama. Dan esok tu rasa tergedik-gedik tak sabar nak jumpa lagi walaupun assignment kau tak siap lagi. Macam ada potensi aku repeat lagi esok ni…

So, kalau siapa nak beli durian yang cantik menarik tertarik kau memang da bomb ni, rojerlah Kak Benny kau. Dengan senang hati dia akan tunjukkan tempatnya yang hanya depan Petron Bandar Saujana Putra aje. Bolehlah kita makan bersama-sama. Kemudian mata kita pun bersinar-sinar…kemudian kita pun berjanji akan mengulang detik ini lagi.

#apabilakakbennymenulis
#udangmerah
#musimduriandatanglagi
#7of365

CORN DOG BIADAP…

 

Satu yang aku suka duduk di Melaka adalah Melaka ni syurga makanan. Segala mala yang pelik-pelik, yang viral, yang biadap dan bedebah sedapnya boleh korang jumpa di Melaka. Daripada asam pedas membawa ke mee besen, chicken rice ball ke keria antarabangsa, cocunut shake dan mango shake – semuanya tidak menghampakan.

Akhir-akhir ini, aku teringin sangat nak makan corndog mozarella cheese. Ada sekali aku beli di Pantai Dalam, dah macam paha ayam rupa parasnya. Rasa pulak setakat ok aje. Masih bersalut oksigen dan muak dimakan kalau sudah sejuk gedi.

Semalam, semasa misi mencari booba strawberry tiada satupun kedai yang jual corndog buka. Padahal semasa aku menyusur laluan Pantai Puteri beberapa hari lalu, aku perasan ada kedai yang jual makanan ini. Biasalah…bila Kak Benny kau nak, semua pakat-pakat tutup kedai. Ha, mee bandung paling sedap pernah aku makan di Melaka ini, kedainya sudah buka kembali selepas hampir 3 tahun buka suka-suki. Tapi tekak aku ni tak terasa nak makan. Kau tunggulah masa saka mee bandung aku datang…masa itu konfem dia tutup.

Ok berbalik cerita corndog. Sebenarnya tadi aku nak cari booba cokelat. Tapi kedai tu tutup. Kedai ni yang bukak. Paling best, ada dua kedai jual corndog – sebelah menyebelah pulak tu. Aku tersengih-sengih merayu corndog pada Hadi dan dengan senang hati dia tunaikan.

Ya ampun….inilah corndog paling biadap sedapnya. Tiada ruang oksigen, cheese boleh tarik 0.5 meter dari paras lidi dan rangup. Memang tidaklah aku berani nak cuba kedai yang lagi satu sebab aku takut dapat rasa hampa. Harga macam tempat lain juga, RM6 secucuk. Satu aje cukup…buat lepas gian.

Sekarang ni aku masih dalam misi mencari kedai booba paling best. Kalau jumpa nanti aku share…

Ok, nak tidur dulu. Esok anak-anak mula sekolah. Mama dia yang nervous. Anak elok aje. Oyasuminasai.
#apabilakakbennymenulis

NASI LEMAK LONTONG KELANG!

 

Lama giler teringin nak makan nasi lemak sambal sotong di kedai Lontong Klang, Shah Alam. Masa bikin masterji dulu, boleh dikatakan setiap kali kelas hari Sabtu aku akan ke sini dan menjebak rakan-rakan lain sama. Selain nasi lemak sedap giler melambung ini, pastinya lontong adalah menu best seller. Di sini, pengunjungnya terdiri drpd pelbagai bangsa dan itu jelas membuktikan betapa berhantunya masakan yang ada di sini.

Pakcik itu, pemilik kedai yang dari zaman rambut aku kaler hitam menjadi kaler pelangi dan bertudung tak pernah berubah. Sentiasa ramah tamah ya amat. Mulutnya tak lekang Alhamdulillah, terima kasih, ambillah gula-gula tu atuk sedekah dan banyak lagi slogannya. Kalau hati kau rawan, pergi sembang barang 3 minit dengan dia, aku gerenti secara tak sengaja mood mcm typhoon tu lift up balik dengan energy pakcik ni.

Kalau anak dia yang jaga kedai, pun ramah tamah macam ayahandanya juga. Didikan dan amalan yang baik menyinggah pada waris.

So tadi aku pesanlah nasi lemak sambal sotong. Adapun tempe setepek tu special edition ya tuan-tuan…tak sampai 5 minit aku ke kaunter balik mintak tambah sambal. Panjang lebar kesyukuran dia melihatkan pengunjung berselera dengan makanan yang dia jual.

Akhir penutup, aku sembang dengan dia 3 minit seperti yg aku sarankan tadi. Terus aku rasa happy giler macam “pakcik menang motor!”

Aku recap kisah kedai ini sekitar tahun 2000 dahulu buka sampai malam dan aku suka giler nasi goreng cili api dia yang pedas namatey tu. Penuh semangat dia cerita pasal kedai yang takde permit tu pada aku. Nampak dia berbesar hati ada pelanggan ingat kedai dia yang tinggal kenangan beroperasi sampai 12.00 tengah malam.

So pemirsa sekalian, kebahagiaan aku ada satu di Shah Alam
#apabilakakbennymenulis
#lontongklangsek7 @ Lontong Klang

 

Mc Flurry Cempedak!!!

 

Agaknya tuan tabib rasa yang aku ni teringin nak makan cempedak. Separuh hari aku habiskan masa mengemas sepelusuk rumah yang macam tongkang pechah ni. Dia tiba-tiba keluar dengan anak-anak dan balik terus hulurkan Mc Flurry Cempedak…aku sendiri tak perasan kewujudan Mc Flurry perisa ni.

Satu suap ke mulut, terus up sound lagu Enya-Only Time….on point giler. Sekonyong-konyong Kak Benny isytiharkan hari ini adalah cheat day!!!!

Nak balik kampung pun trafik haram jadu. Jadi baiklah kemas rumah mana yang mampu.

Jemput pandang skrin ya…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...