Michael Sata, Bekas Tukang Sapu Jadi Presiden Zambia

AFP PHOTO / ALEXANDER JOE

Dipetik dari Kosmo!

LUSAKA, Zambia – Seorang bekas tukang sapu di stesen kereta api Victoria, London dipilih sebagai Presiden Zambia yang baharu.

Berikrar mahu “menyapu Zambia menjadi lebih bersih”, Michael Sata yang menerajui parti Barisan Patriotik, mengangkat sumpah sebagai Presiden Zambia Khamis lalu setelah partinya memperoleh kemenangan tipis dalam pilihan raya baru-baru ini.

Berusia 74 tahun dan mempunyai lapan orang anak, Sata giat menentang pengaruh China yang semakin meluas di negara berkenaan.

Zambia yang dikelilingi lapan negara iaitu Republik Demokratik Congo, Tanzania, Malawi, Mozambique, Zimbabwe, Botswana, Namibia dan Angola adalah pengeluar tembaga terbesar di dunia selain kaya dengan galian lain.

Sata, 74, menuduh pemerintah terdahulu, Presiden Rupiah Banda yang mentadbir Zambia selama 20 tahun sebagai terlalu berlembut dalam menangani gejala rasuah.

Tidak mahu mengulangi kesilapan sama, beliau berikrar akan berkongsi kekayaan hasil mineral negara itu dengan rakyat secara lebih adil dan telus.

“Zambia tidak boleh lagi mundur ke belakang. Kita semua mesti bergerak ke hadapan sebagai satu bangsa,” katanya.

Digelar Tedung Selar kerana ucapan berbisanya yang sukar ditepis pihak lawan, Sata lahir di Zambia ketika negara itu masih bergelar koloni British bernama Rhodesia Utara.

Pada tahun 1950-an, beliau berhijrah ke London sebelum diambil bekerja sebagai tukang sapu dan porter oleh syarikat kereta api Britain, British Rail.

Sata kemudian belajar separuh masa untuk mengubah nasibnya. Beliau juga pernah bekerja di sebuah kilang pemasangan kereta di Britain sebelum kembali ke Zambia.

Sata kemudian menyertai pasukan polis negara itu.

Semasa berkempen, Sata pernah bersumpah bahawa beliau tidak akan minum air minuman yang dibotolkan sehingga semua rakyat Zambia mendapat bekalan air bersih.

Walaupun kaya dengan pelbagai hasil Bumi, negara di selatan Afrika itu masih dikategorikan sebagai mundur.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 70 peratus daripada 13 juta rakyat Zambia hidup dalam kemiskinan dengan purata gaji tahunan di negara itu cuma £255 (RM1,250). – Agensi

 

Meg Whitman:Presiden dan CEO Baru Hewlett-Packard

Inilah penyelamat Hewlett-Packard Co,Meg Whitman yang dahulunya Chief Executive eBay..(sangkanya)

Meg Whitman menggantikan Leo Apotheker dgn harapan dpt mengembalikan keyakinan pelabur.

Mak Sudin dan Mak Jeton,kenal-kenallah…

Tahniah,badak dan selamat maju jaya!

Tangguh Dahulu Perjalanan Ke Selatan Thailand

Nampaknya keadaan tak mengizinkan di Selatan Thailand. Terpaksa aku tangguhkan agenda di sana untuk beberapa bulan sampai waktu tenang kembali. Ini ujian untuk kerajaan baru Thailand dan sama-sama kita saksikan kesudahannya. Atau lagu tu jugak utk tempoh 10 tahun lagi..Aduhai…

***
(Dipetik dari Kosmo!)

KUALA LUMPUR – Rakyat dinasihatkan agar tidak mengunjungi selatan Thailand buat sementara waktu ekoran kejadian letupan tiga butir bom yang mengorbankan empat warganegara Malaysia di Sungai Golok kelmarin.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, tiga kawasan yang dikenal pasti tidak selamat ialah Sungai Golok dalam wilayah Narathiwat, Yala dan Pattani.

“Sebaik-baiknya elakkan daripada mengunjungi kawasan-kawasan tersebut atau tangguh dulu perjalanan melainkan jika ada keperluan mendesak.

“Langkah sewajarnya ialah menghubungi Kedutaan Malaysia di Thailand atau konsulat kita di Songkhla untuk mendapatkan kepastian sama ada keadaan benar-benar selamat,” katanya ketika mengesahkan nasihat tersebut menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Kosmo! semalam.

Kelmarin Kosmo! melaporkan empat rakyat Malaysia termasuk seorang kanak-kanak antara lima yang maut apabila tiga butir bom meletup di kawasan hiburan di Jalan Charoen Khet, Sungai Golok.

Letupan itu turut menyebabkan 14 lagi rakyat Malaysia cedera yang mana dua daripadanya iaitu Yau Win dan Heng Chin Goa parah. Mereka dirawat di Hospital Yala

Budak Jumpa Fosil Cengkerang Berusia Lebih 160 Juta Tahun

TAMAN AIR COTSWOLD, Britain – Seorang budak berusia lima tahun, Emily Baldry menemui fosil cangkerang berusia lebih 160 juta tahun selepas menggali tanah dengan menggunakan sebatang penyodok yang selalu digunakan untuk membina istana pasir, lapor sebuah akhbar semalam.

Emily menemui fosil seberat 57 kilogram itu yang jarang didapati itu di kawasan Taman Air Cotswold di sini dengan bantuan bapanya Jon, 40, pada Mac tahun lalu.

Fosil lengkap berdiameter hampir 40.6 sentimeter itu berasal daripada haiwan moluska yang mempunyai cangkerang yang hidup di lautan.

Ia kini disimpan di kediaman keluarga berkenaan di sini setelah ia dipamerkan kepada umum.

Cangkerang itu diberi nama Spike oleh Emily.

Selepas cangkerang itu ditemui, dia menyerahkannya kepada seorang ahli geologi, Neville Hollingworth untuk dibersihkan.

Emily yang kini berusia enam tahun berasa gembira apabila melihat cangkerang itu yang kelihatan berkilat semasa ia dipamerkan di Pusat Penerangan Gateway dekat Cirencester pada Ahad lalu.

Menurut bapa Emily, cangkerang itu akan dibawa pulang ke rumah selepas tempoh ia dipamerkan berakhir. – Agensi

**diambil dari Kosmo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...