Sudoku : Akhirnya…

image

Semalam aku membeli buku di atas. Harapannya sedikit tinggi moga-moga aku faham interpretasi sebenar permainan Sudoku. Sementara menanti seseorang aku cuba menyelesaikan/mencuba mengisi petak-petak kosong dengan sedikit pencerahan yang diberi oleh pelbagai pihak.

Setengah jam pertama sahaja aku rasa macam nak lemparkan buku itu ke lombong. Untuk mencuba set yang baru hanya akan menyebabkan aku kerja melompat-lompat dan terbengkalai. Jika aku bermula begitu ia akan menjadi satu tabiat yang tidak murni.

Balik dari perjumpaan semalam lewat satu pagi, aku gagahkan juga meneruskan usaha menyelesaikan set pertama. Masih gagal sampai tiga pagi. Sudahlah jam 630 pagi aku harus bangun kerana ada kuliah. Lebih kronik, sampai dalam mimpi pun terbawa sama usaha itu.

Setelah 3 kali aku memadam- mencuba ia selesai juga. Hampir 16 jam! Jika memandu dari Kuala Lumpur pun boleh sampai Koh Samui.

Aku berbesar hati in fact sedikit bangga. Aku yakini usaha tangga kejayaan, jangan mengalah dan rempuh sampai roboh. Benda-benda kecil seperti inilah yang membuatkan hidup aku bermakna. Cherish every moment..

Tahniah badak, Abby!!

image

Jenaka Terkena..

image

Kadang-kadang, sukar memisahkan kebenaran dan kepalsuan apatah lagi bila ianya genre jenaka dari pemilik wajah yang bengis. Satu sudut, rasa macam nak gelak tapi ditahan memikirkan mungkin ada seriosa di situ. Tapi bila tukang cerita dah gelak dahulu sebelum habis beri gambarajah, dalam hati dah berdetik ini penghujung cerita ini karut..

Lebih-lebih lagi lawak purba yang biasa kita dengar tapi lupa apakah pengakhirannya. Yang melawak bukan gelakkan cerita tadi. Dibahannya rerakan yang tak faham. Lebih kerdil, jika ia dibuat secara berjemaah.

Penceria alam memang membuatkan suasana kecoh seketika. Aku hargai itu terutama bila aku yang membahan. Bila aku pulak dibahan, terpaksalah berpura-pura main kening takda tidak mengerti.

Lepas itu otak digest laju. Ada ubi ada batas oleh Cik Normah…

Bakal Rumah Den..

 

Bakal rumah den..

Beberapa bulan dahulu aku terasa seolah-olah aku telah memberi rumah. Rujuk sini.

Semalam adalah hari kakak mithali (Farah,2012). Aku mengikut mama dan Adeq menghantar Ameera ke UiTM Lendu. Alang-alang sampai di sana, aku mahu bertanya akan perkembangan rumah yang langsung aku tak tahu apa ceritanya – kecuali tanah sudah di tar dan adanya pembinaan longkang dihujung jalan. Ipar-ipar yang lain semuanya sudah dipanggil untuk urusan menandatangani perjanjian dan hal-hal lain. Pelik pula kenapa dengan aku senyaaaap memanjang.

Rupa-rupanya aku sudahpun menandatangani apa juga dokumen yang diperlukan ketika aku membayar deposit. Oh, mak minah lupa pulak 🙂 Aku hanya perlu menyelesaikan beberapa dokumen – itupun November nanti akan mereka pos apa yang perlu.

Dari jauh, macam mana aku datang berbulan dahulu, macam itu jugalah perkembangannya. Mungkin kerana aku tidak betul-betul masuk dalam dan melawat kawasan.

Harap-harapnya ia sempat siap menjelang 2014 seperti yang dijanjikan. Aku mahu beraya di rumah baharu. Insyaallah serba baru dengan yang baru-baru belaka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...