Haih, Ayat Gagal!

Dik, tak reti mengorat meh menuntut dgn akak. Ada ke tanya suhu badan ????
Lenkali tanya cenggini
“Awak ni ke yang swipe kad kredit platinum kat kaunter tesco tadi? Awak dah terambil sesuatu saya punya tadi…”

Mesti dia cuak walaupun soalan kau tu tak betul. Dia akan reply “apa dia?”

Barulah kau jawab “hati saya 🙂 “.
Itupun nak kena ajar. Gagal teruk la kau ni!

WHEN IN PAKISTAN – PRA PENGEMBARAAN

Assalammualaikum dan hi, semua. Hari ini aku nak cerita pasal pengalaman aku ke Pakistan. Nak cerita pasal Pakistan ini aje tertunda dari bulan Mac lepas. Ini semua sebab Coronavirus. Korang dapatlah cuti atau work from home bagai-bagai. Aku tetap kena ke pejabat dan uruskan hal kerja. Masa itu, kerjanya lebih sibuk dari hari-hari biasa sampaikan Sabtu dan Ahad juga aku masih bersuluk di pejabat.

Sebelum mengarut panjang-panjang, aku mula dengan mengapa Pakistan? Macam ini kisahnya…

Pada September 2018 lalu, aku berpeluang ke sempadan India-Pakistan untuk menyaksikan ‘lowering flags ceremony’ di sempadan Attari (bahagian India). Ini adalah upacara menurunkan bendera kedua-dua negara yang berlaku setiap petang di sana. Aku duduk dikawasan VIP, bahagian tengah. Jadi apa yang berlaku di India memang nampak jelas. Kawad kaki sampai muka tu semua aku dah tengok depan mata. Namun, dari kejauhan aku sempat mengintai apa yang terjadi di sudut Pakistan. Ada kelihatan seolah-olah ‘rumi menari’ sambil memegang bendera. Oh, di bahagian Pakistan kala itu tidak seramai manusia seperti di bahagian India. Habis sahaja upacara itu, aku dan kawan aku terus pasang azam untuk menyaksikan upacara ini dibelah Pakistan pula. Selain itu, kunjungan kami ke Partition Museum di Amritsar turut menguatkan hasrat kami untuk meneroka satu negara yang bernama Pakistan. Simple aje punca kejadiannya.

Tapi, pelaksanaan untuk ke Pakistan tidak semudah yang disangka. Sebenarnya kami merancang ke Pakistan dahulu, tetapi proses mendapatkan visa yang super renyah menyebabkan hasrat itu terbantut. Aku dah bayar pun duit visa ke Pakistan pada tahun 2018 tu. Disebabkan tiada rezeki dan kebetulan AirAsia ada buat offer buy 1 free 1 ticket ke Amritsar, maka kami ubah lokasi kembara.

Proses memohon visa ke Pakistan kali ini tidak serumit 2 tahun lepas kerana sudah boleh buat permohonan secara dalam talian. Apa yang renyah adalah laman web mereka yang tak berapa user friendly dan banyak mak nenek informasi yang mereka minta dalam tu. Itu belum masuk lampiran-lampiran yang mereka minta kepilkan. Jujurnya macam nak give-up juga. Permohonan aku dikembalikan kerana mereka mahu dokumen sokongan lain. Ding-dong ding-dong 3 hari selepas itu aku berjaya mendapatkan visa ke Pakistan. Ok…selesai masalah visa. Punyalah risau sebab dengarnya kalau perempuan ke sana kena ada surat kebenaran dari suami atau ibu/bapa mengesahkan mereka tahu keberadaan kita di sana. Tapi itu semua dah tak perlu ya. Bagaimanapun aku sediakan juga dokumen tu in case tiba-tiba imigresen dia minta.

Peringkat seterusnya pula adalah proses mendapatkan tiket ke Pakistan. Macam mana maklumat yang korang isi dalam e-visa tu, macam itu jugalah korang kena ikut. Jadi kami buat keputusan untuk masuk dari Lahore. Sebelum terlupa, tiket ke Pakistan memang kategori mahal namatey sebab aku ni bukannya jenis yang keen sangat beli tiket mahal-mahal. Nak murah, carilah yang transit. Murahlah sikit tapi agak time consuming. Tiket yang aku ambil untuk pergi menggunakan penerbangan Emirates dengan laluan KL-Dubai-Lahore. Transit 14 jam ya kawan-kawan. Memanglah sempat aku berjalan-jalan di Dubai tapi kos kat Dubai itupun aku consider mahal giler. Aku tak mahu cerita pengalaman di Dubai sebab aku hanya ke Burj Khalifa.

Kemudian, menyediakan tentatif perjalanan. Kami rancang untuk berada di Pakistan selama 13 hari, termasuk hari contingency. Ini penting sebab kalau tersangkut sebab tanah runtuh ke, salji ke, still ada masa untuk kejar tarikh balik ke tanah air. Kemudian, baharulah proses mencari ejen pelancongan yang menepati bajet. Proses ini pun renyah. Pakistan ni bukannya tempat yang kita boleh sewa kereta dan menderu suka-suka hati. Nak-nak laluan yang kami nak pergi tu memang merentas gunung-ganang. Ejen pelancongan bersepah-sepah kat sana. Semuanya sama. Nasib-nasib ajelah pengalaman yang korang dapat nanti tu.

So, aku dah cover perkara asas yang korang kena fikir sebelum ke Pakistan. Sekarang aku nak cerita perkara-perkara yang terjadi sebelum aku berangkat ke Pakistan. Haih, macam-macam dugaan.

1. Covid-19
Masa kami merancang ke Pakistan, Corona Virus belum lagi jadi pandemik. Tapi kami tetap buat persediaan seperti bawa masks dan hand sanitizer. Masa ini bekalan masks memang tak banyak dipasaran. Mujurlah sahabat aku dapat sekotak, itupun dia ambil dengan sepupunya di Nilai.

2. Tun M letak jawatan sebagai Perdana Menteri
Aduuuuh, timing tak kena betul. Disebabkan faktor ini, nilai ringgit yang dah macam putus syahwat tu jadi mati syahwat. Jadi aku kena bayar lebih untuk dapatkan Pakistan Rupee. Nak buat macam mana…tiket semua dah ada, tinggal nak execute aje plan ni. Tukar ajelah duit dengan rasa hiba. Nak mudah, tukar kat Masjid India sebab tak banyak money changer yang ada Pakistan Rupee.

3. Keperluan Musim Sejuk
Aku tak pernah ada baju heat-tech. So aku kena beli jugalah 2 pasang. Pengalaman di India masa sejuk giler babi kat sana memang mengajar betapa pentingnya ada baju heat-tech ni. Sarung tangan aku just pakai apa yang ada sahaja.

Winter coat pun kena ada yang tebal. Ini cari bundle aje senang. Aku pergi kat Bandoru Shah Alam aje dan beli dengan harga RM28. Jenama Disney pulak tu. Yang penting korang tabah mencari dalam ratusan baju-baju yang ada.

Kemudian misi mencari hiking shoe. Separuh hari meronda di Mitsui, aku tak jumpa size kasut yang aku nak. Tak memilih pun brand apa, asal ada kira good enuff. Disebabkan misi gagal, aku kemudiannya pergi ke Jusco Ipoh, kebetulan berkursus di sana. Jumpalah idaman hati. Kebetulan matching pulak dengan winter coat. Alang-alang, aku beli 2 pasang winter socks juga.

Yang lain runcit-runcit macam termos, tuala, ubat-ubatan takde masalah sangat sebab merata boleh cari.

So, itu adalah rangkuman cerita kenapa ke Pakistan dan persediaan serba ringkas untuk ke sana. Next, aku akan cerita tentang pengalaman aku kembara di sana. Sumpah best!

Kepada yang tersinggah di sini, mohon like page FB/akusangpenerbit.com untuk lebih banyak cerita di sana.
#apabilakakbennymenulis
#mywanderlust
#wheninpakistan
#pakistanzindabad