Ohai, India! Perjalanan Yang Penuh Warna…

Hari ini aku janji akan terus ceritakan pengalaman ke India. Tapi tak boleh tidak, aku kena bagitahu juga pengalaman aku melalui proses perjalanan, imigresen, menunggu di Lapangan Antarabangsa Indira Gandhi dan perasaan epik aku apabila aku menjejakkan kaki ke bilik hotel.

Untuk ke India, tiket aku ditaja oleh kerajaan negeri India. Dari Kuala Lumpur, aku akan transit di Singapura dengan menaiki Silk Air dan harus menunggu beberapa jam sebelum meneruskan perjalanan dengan menaiki Air India untuk ke New Delhi pula. Ini adalah pengalaman pertama aku perlu transit sebelum sampai ke destinasi. Selalunya penerbangan terus sahaja.

Ini juga pengalaman pertama aku menaiki Silk Air. Sangat selesa, staf ramah tamah dan masa aku pergi, pesawat tidak penuh sesak. Sempat aku berkenalan dengan seorang mat salleh yang berkerja di Singapura semasa menunggu untuk boarding. Menurutnya sebelum berkerja di Kota Singa dia berkerja di Tokyo, Jepun selama 3 tahun. Dari situ mulalah kami bersembang-sembang ringkas. Sayangnya aku tak sempat bergambar dan langsung lupa namanya. Ketika penumpang kelas perniagaan diminta masuk dahulu, dia mengajak aku masuk sama. Selamba dia bagitahu pemeriksa tiket yang aku akan masuk dengan dia. So kami berpisah tempat duduk dan tiada lagi komunikasi berlaku. Tapi semasa keluar dari pesawat sempatlah aku babaikan dia kejap.

Selama lebih kurang 45 minit perjalanan, aku melayan perasaan dan membaca majalah dalam pesawat untuk menghilangkan rasa boring. Aku kemudiannya tiba di Lapangan Terbang Changi dan bermulalah episod mereput di lapangan terbang.

Apapun, aku perlu ke kaunter tiket dahulu untuk mendapatkan tiket Air India. Bagasi aku sudah dimaklumkan akan terus dihantar ke India. Pegawai yang menguruskan tiket aku itu rasanya orang Malaysia. Dia memberikan aku isle seat dideretan yang tidak penuh. Katanya pesawat aku malam nanti boleh dikatakan fully booked. Isle seat aje mudah. Senang nak ke tandas. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 5 jam lebih.

Usai urusan tiket, aku dengan pantas cuba mendapatkan wifi percuma. Aku hanya perlu mencari mesin informasi untuk mendapatkan kata laluan sementara untuk melayakkan aku menggunakan wifi percuma selama 3 jam. Oh, lapangan terbang ini besar giler. Memang boleh sesat larat merayau dalam ini. Mujurlah mesin informasi yang perlu aku tuju tidaklah jauh sangat dari kaunter tiket tadi.

Disebabkan aku naif, aku bertanya pada seorang mat salleh yang sedang melayari internet menggunakan komputer berhampiran mesin informasi tadi. Alahai, dia pun tak tahu jadi aku cubalah buat sendiri dengan berpandukan arahan yang ada. Tak susah pun… Masukkan passport dan kemudian kata laluan akan diberikan. Bila dia tengok aku berjaya, dia pun minta aku bantu dan bermulalah persahabatan aku dengan mat salleh itu. Maaf aku tak dapat kongsi gambar dia dlm blog ini atas sebab-sebab tertentu. Tapi aku ada share dalam Facebook gambar aku dan dia melepak mengopi. Dia temankan aku sampailah waktu aku perlu daftar masuk untuk meneruskan perjalanan. Banyak perkara yang kami sembangkan bermula dari kopi, kerjaya, hobi sampailah pengalaman dia kena kelepet duit dengan pegawai imigresen di satu negara.

Ini juga pertama kali aku naik Air India. Woah, ramai giler satu flight dengan aku malam itu. Aku sudah mula mengantuk sebab seharian aku menahan tidur. Makanan dalam pesawat pula tak berapa kena dengan citarasa. Semuanya dalam keadaan terkawal sampailah lagi sejam sebelum sampai ke New Delhi. Aku terpaksa menunggu agak lama untuk ke tandas sebab orang dalam tu muntah-monggek dekat 10 minit. Bila dia keluar aje, terus dia bagitahu aku “it’s not very clean in there”. Mujur tandas satu lagi kebetulan kosong dan aku terus ke sana.

Pelbagai ragam manusia ada dalam tu. Berdengkur orkestra perkara biasa, yg bukak kasut kaki ke dinding, baring vertical horizontal semua ada. Oh, aku okay lagi…Mujur juga aku tidak menghirup bau-bauan kurang nyaman dari stoking (siap rujuk DBP utk ejaan) yang berleluasa dalam pesawat itu.

Sampailah masa pesawat sudahpun mendarat dan semua orang bersedia untuk turun, entah malaun mana kentut takde disiplin diikuti beberapa edisi yang lain. Weh, pekung!!!! Memang aku menahan muntah dah marah masa tu. Tiba-tiba macam ada pesta kentut pula. Tapi sebab telinga masih rasa berdesing, aku bawa-bawa bertenang juga.

Urusan imigresen di sini tidaklah terlalu rumit. Kalau buat visa secara dalam talian, kena ke kaunter hujung belah kanan. Prosesnya sahaja agak lama sebab aspek keselamatan memang sangat dititikberatkan. Ini memerlukan catatan yang lain. Selepas mengambil bagasi, aku cuba mencari kedai telekomunikasi untuk membeli simkad. Aku tak ingat kaunter mana aku beratur, tapi jurujual bertugas maklumkan simkad ini kalau aku beli dengan dia hanya akan diaktifkan esok petang kerana mereka mengalami gangguan sistem. Kalau nak segera, aku kena ke kaunter Vodafone dan dapatkan simkad perantau mana entah di sana.

Ingat tak aku cakap pasal “Rukun Kental Diri” orang sini pandang muka kau aje, mesti dia nampak duit? Aku tanyalah berapa harga simkad dan pakej yang ada. Tak menahan dia cakap harga simkad 1000 rupees! Masa aku google, simkad bole dapat dalam lingkungan harga 250 rupees – 850 rupees aje. Aku mulalah rasa tak puas hati. Dengan tanda harga apa benda langsung takde dan yang menjual itupun macam abang-abang cleaner yang tengah berehat. Ok babai. Memang aku tak beli.

Disebabkan aku sudah mula rimas, aku mahu terus menuju ke hotel. Aku difahamkan akan ada orang menjemput aku di lapangan terbang. Jenuh aku tengok kot-kot ada nama aku pada kertas-kertas yang dipegang oleh mana-mana manusia di situ. 2 kali aku tawaf. Haram tak nampak!

Mungkin dia tunggu aku di luar. Sebab di luar pun ada masyarakat menunggu tetamu dengan membawa segala jenis kertas dan sepanduk. Aku terus keluar dan tengok – pun takde! Ha, di sinilah rasa rimas semakin berleluasa. Aku sudah mula rasa macam, “alah beli ajelah simkad tadi, bukannya tak boleh claim pun”. Tak mahu aku mereput lama-lama di sini. Masalahnya, pegawai keselamatan yang jaga pintu tak benarkan aku masuk. Dia siap sound,“if you want to buy simcard why dont you buy before exiting the door?”.ย Jenuh nak terangkan rasional aku pasal simkad tadi tu.

Sabar weh..tempat orang. Aku bagitahu aku nak tengok balik dalam tu kot-kot ada sesiapa yang sambut aku tapi mungkin aku tak perasan atau dia baru sampai. Sudahnya dia kata dia boleh benarkan aku masuk dengan syarat, handphone beg semua tinggal dekat luar. Aku memang cuak. Bila dia tengok muka aku macam tak yakin, dia siap boleh cakap “you don’t worry this is a very safe place”.ย Memang tidaklah…

Gila tak worry! Segala mak nenek semua dalam beg tu. Sudahnya aku menunggu sahaja di luar. Pegawai keselamatan tadi pula asyik senyum-senyum sumbing macam nak cakap “padan muka kau, suruh tinggal beg tak mahu”. Agak-agak dalam 15 minit, aku perasan ada seorang pegawai rasmi dari lapangan terbang sedang membantu seorang acik mat salleh yang ada masalah pengangkutan. Lepas dia menguruskan acik tadi, aku minta bantuan dia untuk telefon hotel dan bertanya sama ada orang yang patut menjemput aku sudah sampai atau belum. Tak sampai 3 minit selesai! Aku dibawa ke hotel dan sepanjang perjalanan pemandu menceritakan tempat-tempat menarik yang ada di Old Delhi. Macam best…rasa nak pergi kalau ada masa.

Di New Delhi, aku akan menginap di Hotel Taj Enclave Diplomatic. Ini adalah hotel kedua dalam rangkaian Taj yang pernah aku duduk selepas Vivanta by Taj di Rebak Marina, Pulau Langkawi. Tapi aku langsung tak bayangkan aku akan duduk dalam hotel yang suasananya seolah-olah di Langkawi itu. Ok abaikan…

Aku tiba di hotel dalam pukul 5:30 pagi waktu India. Kawalan keselamatan memang ketat gile. Kenderaan yang aku naiki diperiksa dengan teliti sebelum dibenarkan masuk ke dalam premis hotel. Beg aku juga turut kena imbas sebelum aku dibenarkan masuk ke lobi hotel. Aku disambut oleh staf hotel yang bertugas dan tidak perlu ke kaunter untuk daftar masuk. Dia mempersilakan aku duduk di sofa mahal sahaja dan mengambil maklumat yang mereka perlukan. Agaknya sebab aku seorang aje yang daftar masuk odd time macam ini. Kemudian, aku diberikan kad akses dan dia tanya sama ada aku mahu minum air panas atau tidak. Dia tawarkan sama ada kopi atau teh. Aku dah tak larat nak minum air kopi…sejak pagi semalam asyik mengopi aje. Aku menolak dengan baik. Tapi kalau ada cokelat panas, itu aku mahu. Oh, ok ada..nanti akan ada orang hantar air coklat panas untuk aku. Aku bayangkan secawan ajelah.

Sebaik sahaja menjejak masuk ke dalam bilik, aku bukan sahaja rasa macam mahu lompat NSYNC malahan aku terasa macam mahu menggelepai-gelepai macam mermaid sebab bilik aku tu, Subhanallah cantik sangat! Besar, selesa dan nyaman…Sebiji macam pengalaman pertama kali duduk di Vivanta by Taj di Langkawi. Hilang letih, serabut, rimas dan bagai-bagai yang aku lalui sepanjang hari ini.

Tidak lama kemudian, pekerja hotel pula tiba menghantar air coklat panas yang aku pesan. Bukan secawan, satu teko ya rakan-rakan taulan. Biskut yang dia bagi tu, rasanya macam biskut raya. Usai makan aku ingatkan tak mahu tidur sebab aku kena masuk kelas yang pertama pukul 9:00 pagi nanti. Sekarang sudah hampir pukul 6:30 pagi.

Aku kemudiannya terbaring sambil menonton tv… atau tv tonton aku. Aku tak ingat apa dah lepas tu ๐Ÿ™‚

bersambung…

Selamat Tinggal 2017!

Hari ini, 26 Disember 2017….bermakna 26 hari sudah aku tidak menulis dalam blog ini. Bukannya sebab tiada masa, tapi sebab banyak sangat yang berlaku tetapi terlalu sulit untuk aku ceritakan. Nantilah…bila ada kekuatan aku kongsikan juga.

Hari ini aku mahu imbas kembali apa yang terjadi sepanjang 2017. Yang seronok dan tidak semua itu pengalaman hidup untuk dikenang.

Aku menyambut hari lahir ke-36 di Krabi, Thailand pada bulan Januari. Memang rezeki sangat sebab aku dapat hotel 4* dan tiket flight dengan harga tak sampai RM450 seorang.

Aku menyambut ulang tahun 17 tahun bersama Hadi di Pulau Pinang. Tak sangka hubungan kami selama ini. Merasa juga duduk di Lexis Premier Suites, Teluk Kumbar. Bilik berharga RM400, campur tolak cukai dan diskaun keahlian. Kalau harga weekends lebih mahal. Kerana itu aku suka bercuti pada hari berkerja.

Aku berpeluang menghadiri Konsert Wings & Superfriends. Yang buat teruja sangat tu sebab ada M.Nasir aje hehehe…

Aku dapat kiriman bunga dan cokelat sempena Kiriman Kasih BKTV. Terima kasih kepada yang memberi.

Sempena Hari Ibu, Hadi belikan aku durian. Tak kisahlah bukan berstatus raja atau binatang yang penting dia belikan aku durian. Aku memang suka durian. Nak-nak kalau yang kuniang-kuniang warnanya…

Tahun ini – 2017, puteri syurga yang sangat aku rindukan berusia 5 tahun. Sehingga kini, aku belum pernah berjumpa dia di dalam mimpi. Aku masih menantikan saat itu.

Aku dipilih untuk berkursus di Jepun selama 26 hari! Ini memang mimpi jadi nyata dan ini juga adalah sejenis doa yang aku minta pada tuhan. Aku ingat lagi, doa aku bunyinya macam ini, “berikanlah aku peluang ini supaya dapat aku abaikan apa juga kekecewaan yang aku alami sepanjang 13 tahun aku berkerja.” Alhamdulillah…rezeki aku di sini. Aku dapat kawan-kawan baharu dan berjumpa dengan pelbagai ragam dan jenis manusia. Yang tak dijangkakan, aku berpeluang ke tempat-tempat menarik di sana. Agak gila kalau aku tampal semua gambar di Jepun itu kerana terlalu banyak gambar dan cerita menarik di sana. Boleh rujuk catatan bulan Julai dan Ogos untuk lebih faham.

Buat sendiri berus tu…

 

Garlic Naan + Mutton Curry Masala.

Satu yang paling aku ingat – Garlic Naan dan Mutton Curry Masala di Naan Inn, Kobe. Sumpah! Memang epik gila makanan ini. 5 kali aku berulang makan. Tak boleh kerap sangat sebab harga mahal ๐Ÿ™‚

Menu wajib – Bukkake Udon + Fish Tempura

Satu lagi – Bukkake Udon di San Plaza, Sannomiya. Semenjak terjebak, hari-hari aku mengulang makan sampaikan atuk buat udon tu sudah kenal muka aku. Kalau takde member pun takde hal. Aku sanggup jalan kaki seorang diri. Padahal aku bukannya rajin sangat keluar berjalan. Penat berkursus membuatkan kecintaan aku pada katil di Kobe Monterey Hotel lebih tinggi. Itu belum cerita bathtub dia yang memanggil-manggil.

Suka menyakat acik ni

Dalam ramai-ramai umat Jepun yang aku kenal dan jumpa, aku paling rapat dengan Nakatani san. Dia makan semeja dengan aku dan beberapa geng lain masa jamuan makan malam di Doma-Doma. Lepas kenal-kenal dan bersembang, memang aku selesa dengan dia. Detik yang membuatkan kami lebih rapat adalah masa di Tokyo. Aku, Nakatani dan Kitamura melepak bertiga di Ginza. Memetik filem Cassablanca, “this is the beginning of a beautiful friendship”.

Akhirnya, rezeki aku datang juga. Aku dapat kenaikan pangkat B44 selepas 13 tahun berkhidmat. Aku hampir tidak mahu datang pada hari itu atas sebab-sebab tertentu. Selepas ditazkirahkan, aku setuju hadir dan aku tidak membuat throwback kenangan lalu disebabkan aku sudah “bersetuju” untuk mengabaikan kenangan-kenangan pahit masa lepas.

Jamuan perpisahan

Disebabkan itu, aku bertukar unit dari Unit Kandungan dan Kreatif ke Bahagian Pemasaran dan Promosi untuk mengetuai Unit Promosi. Maka berpisahlah aku dengan Unit Pentadbiran, Kewangan dan Dokumentasi yang hampir 3 tahun aku jaga.

Sepanjang 2017, 3 kali aku tidak boleh bercuti selama 28 hari. Aku menanggung 44 di UKK, kemudian di Unit Promosi kerana kenaikan pangkat dan kemudian menanggung 48 juga di sana. Seronok sangatlah sebab naik pangkat tiap-tiap bulan padahal yang menanggung pertama itupun elaunnya tak nampak bayang lagi.

Tapi badan penat ya amat..susah aku nak terangkan. Aku berkursus 26 hari di Jepun, balik aje terus masuk pejabat dengan tak sempat bercuti. Kemudian tak boleh bercuti lagi 28 hari. Habis aje edah, terus aku ajak Hadi ke Terengganu. Ingatkan cuti ini untuk masa berdua – tidak juga. Penuh agenda makan dan tengok wayang.

Sejak balik dari Jepun, aku belum lagi move on. Banyak benar memori dan rasa rindu pada pak angkat membuatkan aku terasa mahu ke sana lagi. Berkat bersukat-sukat belanja dengan elaun semasa di Jepun, aku berjaya juga merealisasikan hasrat untuk menyambut ulang tahun perkahwinan kami ke-11 di Osaka, Jepun. Maka elaun berkursus itu dari Jepun dia datang, kepada ekonomi Jepun juga dia kembali.

Aku bukan sahaja dapat jumpa dengan Nakatani, malah aku berpeluang berjumpa dengan coordinator aku di Kobe iaitu Kitamura.

Aku juga dapat berjumpa kembali dengan pegawai-pegawai dari Pacific Resources Exchange Center (Prex) iaitu Musha dan Sekino. Sempat kami merakam video bersama.

Kunjungan ke Osaka ini sangat bermakna sebab aku dapat bergambar sepuas-puasnya dan pergi ke mana destinasi yang aku tak sempat pergi dahulu. Masa berkursus, aku tidak berjalan sangat. Maka kali ini aku manfaatkan sepenuhnya. Merasalah ke Kobe, Himeiji, Kyoto dan tempat-tempat menarik lain di Osaka. Tapi paling tidak dapat aku lupakan ialah kisah menjejak kuburย Allahyarham Syed bin Mohamed Alsagoff –ย salah seorang dari 3 rakyat Malaysia mangsa pengguguran bom atom di Hiroshima.

Mujur juga aku berjaya dapatkan tiket dengan harga yang murah, sekitar RM750 seorang. Hotel percuma kerana menggunakan kelayakan kelab percutian yang kami langgan. Belanja pengangkutan dalam RM250, simkad RM60 dan belanja makan RM250. Makan banyak save sebab rezeki aku murah, ramai yang sudi belanja. Paling aku tak sangka, aku berkenalan dengan seorang pengembara dari Australia, Olivia namanya. Kami bersembang semasa menunggu tren dan dia kemudiannya bersetuju untuk saing bersama untuk ke Umeda Sky Building. Sebelum itu, kami makan dahulu di Hooters,Osaka dan dia belanja kami berdua di sana. Memang aku dan Hadi terkejut gile sebab dia makan fries dan minum coke aje. Kami makan macam-macam sebab tak makan lagi dari pagi. Rezeki…rezeki…

Sejak balik dari Jepun, aku mula berhenti menulis. Ini sangat peribadi. Aku belum cukup kuat untuk berkongsi.

Eskandar dan Ezzudin akan mula masuk tadika tahun depan. Aku langsung tak sangka belanja untuk masuk tadika aje boleh luruh segala-mala simpanan yang ada. Kalau tidak, pasti aku tidak bercuti ke Jepun dan berjimat untuk duit persekolahan mereka. Nampak gayanya tahun depan aku kena lebih berhati-hati dalam berbelanja.

Apapun, aku berharap 2018 nanti akan terus gemilang dan memberikan warna-warna ceria dalam kehidupan aku kelak. Aku akan ke Thailand untuk meraikan hari lahir aku ke-37 di sana. Ini sudah dirancang awal kerana aku dapat baucar hotel percuma. Ini juga adalah masa yang sangat aku dan Hadi nantikan – masa berehat dan habiskan masa berdua.

Itu ajelah janjinya setiap kali nak bercuti bersama. Lepas sampai aje sana, mulalah berjalan tak henti-henti dan kemudian balik penat. Kemudian melalak lagi nak cuti dan berehat!

Bon Odori Publika 2017

Lama bertangguh untuk catatan ini. Maaf sangat…kesibukan sangat menghambat diri. Aku cuba ingatkan balik kenangan aku di sini dan mungkin tak berapa mencengkam penceritaannya sebab dah beberapa minggu berlalu ๐Ÿ™‚

Puncanya, poster promosi Bon Odori di Publika ini ditampal dalam group What’s App Monterey Kobe. Berdasarkan perbualan, aku andaikan akan ada acara mini reunion bakal berlangsung, alang-alang menyaksikan pesta Bon Odori ini. Aku memang belum move on sepenuhnya sejak balik dari Jepun walaupun hampirย  dua bulan lebih aku berada di Malaysia.

Pada mulanya, memang tak nampak sinar pun untuk ke sini. Dengan tayar kereta pancit dalam AEON AU2 dan insiden-insiden kecil lain, hampir sahaja aku dan Hadi membatalkan hasrat. Tetapi disebabkan alang-alang Mama dan Ameera boleh menjaga anak kami sebentar, maka pukul 5.00 petang baharulah kami buat keputusan untuk ke Publika. Bon Odori dijadualkan bermula pukul 6.00 petang.

Ini adalah pengalaman kedua aku menghadiri Bon Odori. Kali pertama adalah pada tahun 2013. Oh, aku ingat sangat tarikhnya iaitu pada 6 Julai 2013. Tak ada langsung pengetahuan aku pasal pesta ini. Yang aku tahu, Bon Odori yang aku pergi itu berlangsung di Panasonic, Shah Alam dan kami terpaksa menaiki feeder bus dari Komuter Shah Alam ke Panasonic Shah Alam kerana parking memang payah.

Masa itu, aku sarat mengandung. Jadi aku tak larat nak berjalan sangat. Dengan sesak dan bingitnya, aku tak faham apa yang jadi. Hanya Hadi meronda seorang diri dan aku duduk sahaja semasa khalayak sibuk menari. Masa itu, aku setakat perhatikan suasana dan tak tahu apa yang patut aku enjoy sebenarnya. Perut aku semakin senak tanpa aku sedari sebenarnya itulah tanda-tanda awal contraction. Esoknya selepas 3 jam dalam wad bersalin, lahirlah cahaya mata pertama kami yang sangat dinantikan – Eskandar Dzulkarnain ๐Ÿ™‚

Ok, berbalik cerita Bon Odori di Publika.

Masa kami sampai, sempat jugalah menyaksikan beberapa siri persembahan kebudayaan dari Jepun. Langsung aku tak ingat apa jenis persembahan yang mereka buat. Orang agak ramai, jadi kami mencelah-celah juga untuk mendapatkan sudut pandang yang selesa dan menarik.

Kemudian baharulah kami meronda-ronda booth yang ada dikawasan tersebut. Apapun aku tak beli untuk cuba atau makan. Kami sekadar mencuci mata sahaja.

Sehinggalah perjalanan kami itu terhenti di satu kedai yang ada menjual yukata. Masa di Jepun, aku memang ada keinginan untuk beli satu yukata sebagai kenangan. Tapi harganya mahal…paling murah aku jumpa harganya RM1200. Itu yang aku jumpa, yang aku tak jumpa mungkin lebih murah atau mahal dari harga tadi. Tak apalah tu…

Yukata berserta dengan obi ini dijual dengan harga RM200. Mereka siap akan bantu pakaikan sekali. Pucuk dicita, ulam mendatang…terus aku minta Hadi pilih yang mana satu paling cantik dan warna obi yang sesuai. Mujur aku pakai tudung berwarna hitam jadi sesuai sangat dengan yukata yang Hadi pilih itu.

Hari itu, hujan turun dengan lebat. Sementara menanti hujan teduh, aku meronda-ronda di dalam Publika dengan fefeeling santik sangat.

Walaupun reunion yang dirancang tidak jadi, tetapi aku dapat berjumpa dengan Christine. Kalau nak tahu, masa penerbangan KL-KIX lalu aku duduk sebelah dia. Tapi kami tak bersembang sangat..Maklum ajelah tak kenal lagi.

Di Bon Odori inilah aku berpeluang menari dengan semua pengunjung yang ada. Lebih best, sebab aku sudah pakai yukata ๐Ÿ™‚ Lagu yang dipasang kebetulan pula lagu Rasa Sayang. Jadi aku hanya ikut irama sahaja dan perhatikan orang depan. Tak susah sangat pun tariannya. Sempat buat FB live yang pertama…

It was fun…mungkin sebab aku masih belum move on dengan memori musim panas di Jepun. Aku akan kembali musim luruh nanti. Dalam hati tu mengada juga nak pakai yukata di sana ๐Ÿ™‚

Ohai, Desaru – Weekend Getaways

Spend some time this weekend on home improvement; improve your attitude toward your family.ย ย ย ย ย 

Robert Foster Bennett

Aku jarang sampai Johor. Kalau kerana urusan kerja, rasanya 2 kali. Peribadi pula tak sampai 5 kali. Johor jauh…kerana itu aku agak berkira juga kalau mahu ke sana.

Sabtu lalu, kawan satu pejabat Hadi menjemput kami ke majlis persandingannya di Pengerang. Disebabkan sudah lama sangat kami tidak road trip berempat, aku menyatakan persetujuan dengan syarat – tidur sana. Kalau balik hari aku tak larat. Maka Hadi menguruskan logistik dan aku menguruskan anak-anak.

Lupa pula itu adalah Sabtu pertama cuti sekolah! Dengan trafik yang agak azab, ditambah hujan sedari pagi tanpa henti, kami memang sampai lambat walaupun bertolak dari pukul 9.30 pagi.Pukul 4.00 petang baru sampai..tapi mungkin kerana rezeki, makanan masih ada dan masih ada juga tetamu yang baru sampai. Cuma karoke aje dah bungkus…

Judin oh Judin jentolak

Lepas makan, terus bergerak ke Lakeview Terrace Resort. Bukannya apa, aku nak letihkan budak-budak dengan mandi kolam. Aku bajet pukul 5.30 petang mesti dah terjun tiruk. Secara peribadi, tempat ini okay, tapi tak kondusif untuk yang bawa anak-anak bawah 6 tahun. Sebab apa, kolam ada dua tapi kedalaman 1.2 meter. Kalau bawa anak istimewa memang jeritan akan berkumandang diserata kawasan. Masa inilah Eskandar mengada-ngada tak mahu pakai pelampung dan aku menjadi jet ski dia. Ezzudin ok..cuma kalau dia over excited tu kami kena hati-hati juga takut terjerlus dalam pelampung.

Judin tidak beri kerjasama
Judin posing budak Juon

Mujurlah hanya family kami dan satu family lain sahaja yang bermandi-manda di kolam itu. Kira macam satu family, satu kolam gitu. Aku rasa suara aku aje yang dominan di situ. Terjerit-jerit memanggil Eskandar yang suka buat stunt. Ada sekali tu, dia berlari dan terus nak terjun dalam kolam. Nasiblah kudrat atlet dulu ada tersisa lagi. Sempat aku tahan tapi memang suara aku ajelah riuh di situ.

Malam itu, betul anak-anak keletihan. Bukan anak-anak aje. Dengan aku sekali terdampar dugong di katil. Cuma sekitar 2.30 pagi, Ezzudin meragam menangis-nangis. Lepas buat susu, dia tidur semula. Ezzudin ni, kalau dia menangis, satu perumahan boleh dengar. Jadi kami tak boleh lambat. Masalahnya dua-dua nak bangun pun tak larat ๐Ÿ™‚

Eskandar terpesona dengan tasik sambil pakai selipar mama

Esoknya, kami bersarapan di kafe, dalam resort ini. Sejak semalam, kedua-dua anak bujang aku ni tak mahu makan nasi. Asyik makan gula-gula dengan jajan aje. Makan nasi pun main-main. Pagi ini pun sama juga perangainya. Jadi aku dan Hadi aje yang makan. Tapi tak berat sangat sebab kami mahu bawa anak-anak mandi laut. Kolam-kolam semalam dalam proses rawatan apa benda entah.

So, to Desaru!

Dari tempat kami menginap ke Desaru mengambil masa selama 30 minit. Kali pertama aku ke sini ialah semasa mengandungkan Eskandar. Memang down memory lane sangat. Seperti semalam, Eskandar tetap tidak mahu pakai pelampung. Ombak punyalah menggunung dan agak ganas. Tapi inilah pantai paling cantik pernah aku mandi. Kami anak-beranak mandi sampai tak larat dibadai ombak. Mujur selesai sebelum hujan turun. Tapi aku tak ambil gambar. Dah sibuk mandi, nak bergambar apanya.

Terus tergesa-gesa balik resort untuk urusan daftar keluar. Mereka sudah 2 kali telefon untuk konfemkan masa daftar keluar. Rasanya ada group engineer yang bakal masuk.

Sebelum balik, kami singgah di RnR Layang untuk makan tengah hari. Aku dan Hadi makan nasi dagang dan aku rasa nasi dagang di sini jauh lebih sedap daripada nasi dagang di Terengganu. Serius! Untuk anak-anak, kami belikan nasi dan telur dadar. Langsung tak mahu makan. Jadi kami bungkuslah lauk itu, mana tahu lapar dalam kereta nanti boleh aku suapkan. Takde maknanya…tak sampai 5 minit masuk kereta, Judin dah baling nasi tu dalam kereta macam salji turun membasahi bumi Tokyo! Penuh berselerak nasi dalam kereta. Aku dan Hadi pandang aje sesama sendiri. Mujurlah kami tak sawan berirama… Aku kemaskan kereta sementara Hadi pergi menenangkan diri.

Terbaiklah nasi dagang ni

Tak boleh jadi ni..kereta dah macam tapak pelupusan sampah. Penuh nasi, keropok, bekas salut gula-gula dan kacang yang entah mana-mana datangnya. Seat kereta melekit-lekit dengan air Lemon Madu yang ditepung tawar, juga oleh Ezzudin.

Sudahnya, kedua anak-anak Beni tu kami post rumah mama. Selasa ini ada appointment di klinik kesihatan. Kami berdua perlu masa untuk mengemas rumah yang macam tongkang pecah dan kereta yang tak kurang semak juga.

Walaupun letih, aku rasa terisi. Lama tak melayan karenah mereka semua. Eskandar sudah ada satu perangai menyendiri dan menangis seorang diri. Tahu-tahu sahaja mata dia sudah berkaca-kaca. Mungkin dia sedih kenapa kami asyik marah dia berbanding Ezzudin. Aku rasa sangat serba salah. Aku peluk dia sepanjang masa dia menahan kesedihan dia tu. Kalaulah dia faham, aku sayang mereka berdua sama sahaja. Aku kena lebih bersabar sebenarnya. Bukan mudah mengurus 2 anak lelaki yang beza umur selang setahun ini.

Letih memang letih. Tetapi aku tidak mahu berharap semua ini cepat berlalu. Aku mahu cherish semua moment ini. Aku akan menjadi lebih manusia kerana semua ini ๐Ÿ™‚

Susahnya nak ambil gambar berdua. Tangan-tangan penuh pengharapan utk enter frame

If you want to change the world, go home and love your family.

Mother Teresa

Isshukan-Go – Nyu Unit

When one door closes, another opens; but we often look so long and so regretfully upon the closed door that we do not see the one which has opened for us.

Alexander Graham Bell

Secara rasmi, selamat seminggu aku berada di unit baharu iaitu Unit Promosi. Berkenal-kenalan sudah, sawan berirama pun sudah. Apa yang dapat aku katakan ialah aku boleh survive di sini. Mana ada manusia masuk-masuk terus handal buat semua benda.

Jadi banyak perkara perlu aku belajar dan kejar. Bukan mudah untuk duduk ditempat yang semua orang sinonim post ini dengan nama Yusari. Tapi, Insya Allah, perlahan-lahan aku akan cuba catch-up. Aku andaikan kiranya nama aku pula yang diingat duduk dikerusi ini, maka berjayalah menjadi setanding dan sebaik dia – mungkin lebih bagus. Semoga urusan kerja kita semua dipermudahkan oleh yang esa.

Awal-awal dahulu, aku serabut dengan What’s App yang berbunyi tanpa henti. 2-4 group berbunyi serentak! Maklum sahaja dengan Sukan SEA, Merdeka dan Aidil Adha yang tarikhnya berdekatan, banyak info yang masuk dan perlu dikemaskini. Lepas itu, sudah biasa. Yang buat serabut tu, sebab aku tiada di pejabat kerana berkursus. Bila aku ada, rasanya tidaklah rumit sangat nanti.

Pertama kali aku masuk mesyuarat pemasaran dan menerima ucapan tahniah berjemaah. Wow, rasa terharu ๐Ÿ™‚ Tahniah juga kepada Puan Noriah Letuar dan Puan Che Ana atas pengesahan gred.

Ini adalah permulaan baharu untuk kerjaya aku…

Ganbattekudasai, ya Kak Beni!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...