2/3 :Viva Voce!

Me-36 weeks-Viva

Pada catatan yang lalu telah aku khabarkan aku diberi kelonggaran untuk membuat pembentangan awal, sekiranya aku setuju. Ini disebabkan aku benar-benar sarat dan pihak fakulti juga khuatir aku terbersalin sebelum 27 Jun. Akulah pula rasa macam beban. Takkan semata-mata aku seorang.. Jadi aku beritahu aku akan cuba dapatkan beberapa rakan yang sanggup bentang awal, sekiranya pihak fakulti benar-benar mahu membantu aku menyelesaikan Viva awal.  Jadi aku berjaya tarik Fariq dan Farah untuk buat awal. Memang geng Spank yang asli!

Sehari sebelum Viva, aku dan Fariq ke fakulti untuk menjalani “pra-viva”. Ini dilakukan dengan bantuan supervisor kami yang kebetulan SV yang sama. Pendek cerita, boleh dikatakan apa point-point bahaya yang mungkin ditanya telah kami tangani dengan awal. Dalam masa yang sama, kami menyiapkan slide power point untuk memastikan pembentangan kami tidak meleweh, straight to the point dan mantap. Malam itu, memang aku tak lena tidur. Dalam mimpi pun seolah sedang membuat pembentangan. Pantang celik, nota kecil di meja sebelah aku capai dan cuba mengingati apa yang akan aku cakap esok – sampailah membawa ke alam mimpi. Proses itu berulang sampai pukul 5.30 pagi!

***

Pagi itu, 21 Jun 2013 Hadi menghantar aku ke Intekma Resort Shah Alam. Dia mahu bawa aku bersarapan terlebih dahulu. Dalam keadaan aku mulai cemas dan panik, memang aku langsung takde selera nak makan. Mujur aku sudah makan sebungkus biskut keju dan air kosong segelas untuk mengalas perut. Pembentangan aku dijadualkan jam 10.45 pagi. Tapi seawal 8.15 pagi aku sudah sampai kerana mahu melihat rakan-rakan lain membentang kajian mereka. Sedikit sebanyak surut juga kebimbangan bila sampai giliran aku nanti. Oh, aku adalah pembentang ke 4 dari 5 pelajar sarjana lain. Rupa-rupanya ada 2 pelajar Part 3 yang bentang awal atas urusan masalah masing-masing.

Side untuk pembentangan..Ringkas, padat dan tepat ke sasaran

Akhirnya giliran aku tiba juga. Memang aku gementar. Ayat sedikit huru-hara tapi yang nyata pembentangan kali ini aku tak sebut “harjadlanch” seperti pembentangan-pembentangan yang lalu. Menggigil tak payah cakap..Ini adalah topik berkaitan Human Security yang pertama dibentangkan untuk Viva. Jadi kadar kerisauan aku kalau tidak mencapai kehendak pemeriksa sangat maksima. Selepas 20 minit pembentangan dan 10 minit sessi soal-jawap, akhirnya aku lepas ujian ini 🙂 Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku kala itu. Rasa nak menangis, nak sujud syukur dan nak terbang pun ada juga. Sambung belajar dalam keadaan sarat mengandung ini bukan mudah sebenarnya. Alhamdulillah ia dipermudahkan kali ini. Tapi setiap kali aku teringat kenangan mengandungkan arwah Cahaya Balqis semasa Part 2 dahulu, sebak juga dibuatnya.

Diperingkat ini aku hanya perlu memperbaiki beberapa bahagian yang diminta oleh pemeriksa. Minor aje pun..Itupun aku agak culas nak buat sebab faktor cuaca kini membuatkan badan aku sangat lesu. Oh, ya..selepas Viva berakhir, barulah aku sedar langit warnanya biru, daun hijau cemerlang dan baju kahwin aku dahulu warna oren. Kemarahan aku pada pejabat yang menyebabkan aku sambung belajar luput sama sekali.

Alhamdulillah..tinggal 1/3 sahaja lagi, iaitu menghantar final tesis 🙂

 

Yeay, Menang Twitter Contest #NestleWWD

Pada 28 Oktober lepas selain menyertai World Walking Day 2012 aku juga turut menyertai twitter contest yang dianjurkan. Berbekalkan hashtag #NestleWWD ribuan twit dihantar oleh peserta seluruh negara. Inilah pertama kali aku menang pertandingan seumpama ini dan perasaannya sangat indah. Indah sebab selalu masuk tak pernahnya dipilih sebagai pemenang. Lebih indah, 20 twit dipilih dan pemenang mendapat baucer Giant sejumlah RM 200. Indah niannya lagi selain aku, Hadi pun menang juga!

Bulan Disember, dalam keadaan gaji belum masuk dan semput kewangan, baucer RM 400 memang satu nikmat. Makanya semalam sempat kami membeli barangan dapur. Sudah sebulan lebih aku tidak kerap memasak dan membeli barang kerana ada tikus durjana dalam premis rumah kami.

Selepas membeli-belah, Hadi membantu aku menyusun barangan yang dibeli kerana aku memang sudah tahap semput. Menunjuk-nunjuk saja lagak bos besar. Kemudian aku minta dia memasang perangkap tikus. Dan pagi tadi tikus itu sudah selamat pun berkenalan dengan kucing milik rumah bawah.

Ok, abaikan itu. Kesimpulannya aku sangat berterima kasih kepada pihak menganjur iaitu Nestle kerana memilih kami berdua sebagai pemenang. Ia melengkapkan kisah epik dalam kehidupan rumahtangga kami.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...