Kenapa Berazam Yang Mengarut?

New-years-resolution-2014

Boleh muntah hijau kalau cerita pasal azam-berazam ni. Setakat akhir Disember/awal Januari baru nak membebel-bebel menjadi manusia berazam kesudahannya hampeh geduak memang gegar gunung gemora sahaja. Itu sebab kadang-kadang geli gegendang telinga mendengar azam yang tahun masuk-tahun keluar tak jadi apa.

Aku memang manusia berazam. Kalau rujuk balik catatan dalam blog memang terang-terang aku nyatakan apa yang aku azamkan untuk satu tahun berakhir ataupun azam jangka panjang. Pada aku, azam ini kena berterusan. Kalau tiba-tiba bulan Jun terasa nak berazam, kuatkan tekad azam membumbung aje.  Selalunya aku meletakkan azam untuk mencapai sesuatu perkara antara lingkungan tempoh 3-5 tahun. Lebih rasional dan tidak terkejar-kejar untuk dicapai. Punya masa yang cukup untuk merancang strategi ke arah merealisasikan apa yang diazamkan. Tak jadi isu bila ia akan tercapai, yang penting cuba untuk mencapainya.

Indah untuk aku catatkan azam-azam aku yang banyak tercapai pada tahun 2013. Percaya atau tidak, azam-azam ini ada yang pernah aku azamkan 5-7 tahun lampau.

Yang Tercapai:-

1. Menambah ahli keluarga : Azam pada tahun 2008 yang sentiasa aku ucapkan pada diri sendiri. Kata-kata adalah doa. Yakini itu, insyaallah rezeki akan jadi milik kita.

Eskandar Dzulkarnain
Eskandar Dzulkarnain

2. Kurangkan berat badan bawah 60 kg : Ini azam yang tiap-tiap tahun – tanpa gagal dilafazkan. Berjaya juga. Kali terakhir timbang berat aku ialah 59kg. Mungkin perasaan aku sekarang macam berat badan dah sedikit naik. (Jarang perempuan membebel dia kurus, kalau ada, pegi duduk koridor sana diam-diam).  Jadi aku mengawal pengambilan gula dan karbo. Kadang-kadang terbabas juga. Tapi aku tetap akan meneruskan azam ini untuk mendapatkan berat badan yang lebih ideal.

59kg

3. Mendapatkan Sarjana : Ini azam tahun 2010, berjaya juga aku capai. Kalau ikutkan, aku tak fikir pun aku akan kembali menjadi pelajar kembali selepas 7 tahun meninggalkan bangku universiti (bangku?). Terima kasih atas ketidakadilan yang terjadi pada aku dipejabat yang menjadi kemuncak aku membulatkan tekad untuk meninggalkan Bukit Angkasa barang 2 tahun. Walaupun aku kembali dan masih ditakuk yang sama, setidaknya sepanjang tempoh 2 tahun aku belajar aku dapat sijil sarjana dan Eskandar Dzulkarnain. Double joy!

Konvo Akhirnya..
Konvo Akhirnya..

4. Menambah elaun untuk Mama : Memang amat gembira dapat menaikkan nilainya selepas 5 tahun jumlah yang sama. Semoga dikurniakan lebih rezeki sehingga aku mampu menaikkannya lagi di masa akan datang.

New_Malaysian_Currency_Design

5. Miliki Rumah Sendiri : Hampir 6 tahun menyewa, Disember lalu merasa juga berpindah dan duduk di rumah sendiri. Rumah aku sendiri, insyaallah akan siap pertengahan tahun hadapan. Azam untuk memiliki rumah sendiri ni memang lama sebenarnya. Kalau ikutkan sebelum kahwin lagi aku dah berazam untuk membeli rumah. Tapi kewangan tidak stabil dan harga rumah memang tak munasabah di Lembah Kelang.

RUMAH

 

Belum Tercapai/Azam Tambahan :-

1. Sambung PhD : Lepas habis sarjana, keinginan untuk sambung tu dah ada. Tapi belum ada satu tekad yang bulat dan solid untuk aku teruskan dalam waktu terdekat. Rasa macam nak rehat setahun beri tumpuan pada keluarga baharulah memeras kepala dengan ilmu selanjutnya. Tapi tak tahulah…dalam hati aku nie macam ada rasa silap-silap haribulan tahun depan jugak aku sambung, walaupun bergolok-gadai dengan duit sendiri.

2. Naik Pangkat : Aku tetapkan 2015 untuk aku ada kemajuan dalam kerjaya. Kalau takde rezeki juga, maka aku harus bersiap siaga dengan pelan B. Pelan B akan mengambil tempat sejurus aku mendaftarkan diri untuk PhD.

3. Selesaikan hutang dengan Bank : Sepatutnya diselesaikan tahun 2013, tetapi disebabkan belum ada rezeki, aku membawa azam ini ke tahun hadapan. Ia perlu diselesaikan juga kerana pinjaman rumah akan mengambil tempat dalam slip gaji. Aku tak mahu terbeban dengan 2 pinjaman yang membuatkan slip gaji aku cedera parah dan gaji bersih yang semakin menipis. Justeru aku mendesak diri aku untuk menyelesaikan hal ini segera.

4. Miliki lesen kereta : ok fine..gelaklah 18 kilometer sejam. Aku memang penakut nak drive. Tapi aku akan memaksa diri aku untuk mendapatkan lesen ini tahun hadapan sebab in order untuk melaksanakan pelan B, aku harus tahu bawa kereta. Mohon tuhan permudahkan dan memberikan kekuatan kepada aku berhubung hal ini.

5. Memiliki kereta : Aku tidak tetapkan bila dan tajuk apa kereta itu, 1st hand atau second hand. Tapi aku memikirkan untuk ada satu sebagai ganjaran pada diri sendiri bila berjaya mencapai perkara 5. Dalam hati, macam nak kereta ni.

Peugeot-208-GTi-4
Peugeot-208-GTi-4

6. Menambah ahli keluarga : Ya, memang rasa nak tambah. Tapi bagilah jiwa aku berani balik. Trauma bersalin dulu tak hilang-hilang lagi dan kewangan belum stabil. Betul setiap anak ada rezeki dia, aku percaya itu. Cuma belum cukup berani lagi. Sama macam kes bawa kereta juga. Kalau Hadi boleh cuti sambung belajar, aku pertimbangkan hal ini segera (cop merah!)

Jadi begitulah….Kita cenderung mengatakan ‘untungnya dia sebab dapat semua benda’ tapi kita tak fikir apa yang dia buat untuk dapat semua benda tu. Samalah macam aku..dari dok untung orang tu, bertuahnya dia, bestnya hidup dia.. lebih baik aku berusaha untuk merasa apa yang orang tu rasa. Diakhirnya, memang kemanisan itu yang kita kemam sehingga tidak terasa. Sesudah itu, kita harus menggantikan kemanisan itu dengan kemanisan yang lain pula.

Semoga sedikit-sebanyak mengkomer yang terbaca akan menjadi manusia berazam.

 

 

 

 

Konvo Akhirnya..

konvo 1

2 tahun bertungkus-lumus menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar. Tidaklah tua mana, tetapi kerana lama meninggalkan kerusi dewan kuliah, agak perlahan rentak membiasakan diri sebagai seorang pelajar. Ia mengingatkan aku akak subjek dan predikat yang membawa aku bersungguh mahu kembali ke ruang lingkup universiti. Bermula dari habluran jiwa retak atas pelbagai faktor, memenuhi azam sebelum mati dan mengisi kekosongan hidup yang belum tercapai matlamat. Ah, ia terlalu bermakna untuk aku kenang dan jadikan kekuatan memperbaiki diri yang serba lompong di sana-sini.

Aku masih ingat betapa blur-blur lipas sungguh keadaan aku kala itu. Bila mana aku memutuskan aku harus berehat seketika dan menyambung pelajaran, faktor kewangan menjadi asas pertimbangan yang utama. Aku tidak mahu menambah beban dengan berhutang, sementelah aku sedaya upaya hidup dalam keadaan minima berhutang. Lantas aku tanyakan beberapa manusia yang berpengalaman akan cara untuk memohon biasiswa. Jawapan yang aku dapat sangat berbelit, mengelirukan dan tidak membantu. Aku sendiri tak faham mengapa seolah ada unsur mengelak dalam memberikan jawapan yang telus. Semuanya aku lakukan dengan cara berjudi..Berjudi mencuba memohon tempat dahulu dan disusuli berjudi mencuba mendapatkan biasiswa. Seterusnya aku berjudi dengan memajukan surat memohon cuti untuk sambung belajar dalam keadaan aku sendiri kelam sama ada tindakan ini hujung atau pangkal. Persetankan, yang penting semuanya aku buat serentak.

Menyingkap pengalaman lebih kurang sama sewaktu mencuba memohon biasiswa JPA ketika mengambil ijazah sarjana muda satu masa dahulu. Ada yang tahu bagaimana untuk memohon, dan memohon pun. Tetapi bila aku tanyakan bagaimana caranya, mengelak dengan dasyat seperti pelajar nakal yang mencuri merokok di premis sekolah. Sudahnya atas ehsan seorang, dia memberi satu salinan fotostat borang permohonan. Aku hantar, dia pun hantar. Kami sama-sama dapat. Yang mengelak bersungguh-sungguh itu tak dapat. Ngeh…

Seperti kejadian di atas, rezeki akhirnya milik aku. September 2011 aku kembali menjadi skema gaban dengan menggantung kad matriks dileher. Sah…aku seorang pelajar universiti 🙂

***

Dugaan yang aku lalui sangat besar dan menduga. 6 tahun aku berkahwin, belum ada rezeki hamil. Dalam keadaan menjadi pelajar itulah aku hamil. Kala itu dunia sangat indah. Aku dan suami merasakan aturan hidup kami mulai menampakkan jalannya. Kali pertama hamil dalam keadaan peperiksaan akhir sangat meletihkan. Sentiasa berkejaran dengan masa dan serba-serbi memenatkan. Kala kandungan genap 5 bulan, aku terpaksa melakukan ‘force delivery’ kerana air ketuban pecah awal. Cahaya Balqis dilahirkan dalam keadaan bernyawa. Namun terpaksa dilepaskan pergi menemui pencipta-Nya. Hancur luluh perasaan aku. Sudahlah tengah berjuang dengan peperiksaan akhir. Satu kertas terpaksa aku abaikan. Langit runtuh..Kalau tidak kerana aku kuatkan semangat, aku akui mungkin aku menjadi mental ketika itu. Kawan-kawan dan pensyarah banyak membantu dan memberi semangat untuk aku meneruskan kehidupan. Kerana itu ketika aku disahkan hamil kembali ketika di semester tiga, aku sedaya-upaya sorokkan dari pengetahuan umum. Satu lagi dugaan, aku dan suami kemalangan yang menyebabkan kereta kami rosak teruk selepas 3 kali berpusing berkesudahan terbabas merentang bahu jalan. Yang menjadi asas ceritanya, pagi itu baru aku tahu aku hamil.  Atas dugaan demi dugaan yang menimpa, aku yakin ada rezeki besar menanti.

Kali ini aku lebih berhati-hati. Tinggal 2 semester sahaja lagi. Mengikut perkiraan, aku dijadualkan bersalin ketika tarikh mempertahankan tesis. Aku selalu berdoa agar kehamilan itu tidak menyebabkan aku harus menambah semester dan berjaya menghabiskan pengajian mengikut waktu yang ditetapkan. Sekali lagi pensyarah membantu dengan mempercepatkan tarikh Viva Voce untuk aku. Dalam keadaan sarat 36 minggu, proses itu aku lalui dengan nafas kelegaan yang berganda..Seminggu selepas itu Eskandar Dzulkarnain lahir ke dunia. Segalanya indah kembali..

Alhamdulillah aku mendapat keputusan yang cemerlang. Aku tak sabar nak konvo. Aku tak sabar mahu mengambil gambar keluarga dalam keadaan memakai jubah konvo. Kerana apa? Kerana sewaktu konvo ijazah, ia berlaku dalam keadaan yang biasa. Tiada detik indah bersama keluarga, tiada gambar bersama keluarga. Tiada hadiah yang diterima melainkan jambangan bunga kecil dari Hadi. Dan yang lebih menyediahkan, tiada abah..Dia pergi sebelum sempat melihat aku menerima ijazah. Yang membuatkan aku menangis setiap kali teringat kisah konvo, aku menerima jemputan keluarga untuk konvo selepas kembali dari tanah perkuburan selepas abah disemadikan. Kerana itu konvo ijazah terasa biasa-biasa sahaja walaupun berbintang jua semasa nama aku diumumkan untuk mengambil sijil. Detik itu aku menyimpan azam. Sekiranya ada rezeki untuk berkonvo lagi, aku mahu jadikan peristiwa itu satu memori indah dan mekar dalam hidup yang sementara ini.

Hidup Spank!
Hidup Spank!

Istiadat Konvokesyen ke-79 membuka tirai pada 9 November 2013. Menerima sijil dalam Sidang Satu aku memegang nombor giliran A139. Semuanya menjadi nyata. Aku memiliki sijil sarjana. Aku berpeluang mengabadikan detik itu dengan Hadi dan ED. ED sangat comel..ramai yang ‘meminjam’ dia untuk bergambar bersama. Sengaja aku memilih dia mengenakan baju lebah bersesungut itu kerana ED comel menggayakannya. Pokok pangkalnya dia memang menarik perhatian khalayak.

Mama dan Ameera turut hadir menyaksikan hari bersejarah itu. Aku harap Mama bangga dengan pencapaian sederhana ini. Aku harap Ameera mendapat semangat baru selepas menyaksikan sendiri betapa meriahnya konvo dalam keadaan keputusan cemerlang ditangan. Insyaallah aku akan meneruskan semangat mengejar ilmu ini di masa hadapan. Aku mahu rehat barang setahun-dua sebelum merencana langkah seterusnya.

Jika ada rezeki, aku mahu naik ke pentas itu lagi bersama Hadi. Aku juga mahu naik ke pentas itu lagi bersama Hadi dan ED. Siapa tahu mungkin angan-angan ini menjadi nyata 🙂

Macam comel aje, macam putih aje..
Macam comel aje, macam putih aje..

Surat Perdana Menteri Kepada akusangpenerbit.com

image

akusangpenerbit.com yang dikasihi.
 
Tahun ini adalah tahun yang amat bersejarah buat semua rakyat Malaysia. Pada tanggal 16 September, negara kita menyambut ulang tahun rasmi penubuhannya yang ke-50.
 
Pengisytiharan rasmi penubuhan Malaysia telah dibuat oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada tarikh bersejarah ini, dalam tahun 1963, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
 
Pengisytiharan yang disaksikan oleh oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah serta 30,000 orang rakyat telah memberi sinar harapan kepada semua.
 
Pada ketika itu, rakyat berbilang kaum dan agama, mengimpikan kemerdekaan, kebebasan dan kemakmuran dalam sebuah negara yang berdaulat.
 
Satu kompromi telah dicapai bagi melindungi kepentingan Sabah dan Sarawak bersama Persekutuan Tanah Melayu dalam penubuhan Malaysia. Hak autonomi dan kedudukan kedua-dua buah negeri ini turut dinyatakan dalam Perkara 20, Suruhanjaya Cobbold.
 
Ingin saya tegaskan bahawa Sabah dan Sarawak tidak pernah dipinggirkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam pentadbiran negara. Sebagai Perdana Menteri, saya sentiasa berusaha bagi memastikan pembangunan yang sama rata untuk semua negeri di Malaysia.
 
Sejak tahun 2010, kerajaan memperuntukkan RM2 bilion untuk melaksanakan sejumlah 79 projek pembangunan infrastruktur asas luar bandar di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 2012 sahaja, sejumlah RM62.3 juta dari jumlah ini telah diperuntukkan kepada Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) bagi membiayai beberapa projek, termasuk merekabentuk jalan masuk dan jalan dalam ke Hab Halal Tanjung Manis, bekalan air di Samalaju dan kajian kebolehlaksanaan untuk Taman Sains di Mukah. RM207 juta juga telah diperuntukkan dalam Koridor Pembangunan Sabah bagi melaksana beberapa projek infrastruktur dan pertanian.
 
Usaha berterusan bagi membangunkan ekonomi Sabah dan Sarawak sentiasa menjadi keutamaan kerajaan Malaysia. Kehidupan masyarakat di kedua-dua buah negeri ini telah banyak berubah berbanding 50 tahun yang lalu, selaras dengan pembangunan global.
 
Walaupun dalam usia yang muda, Malaysia telah berjaya membina sebuah negara yang disegani, sama ada dari aspek politik, ekonomi dan pembangunan sosial. Pengorbanan dan usaha gigih semua pihak dalam membentuk negara, mempertahankan keamanan dan kemakmuran selama ini akan sentiasa dihargai.
 
Kepada semua rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam membina kemakmuran ekonomi, mempertahankan kedaulatan dan memelihara keharmonian dalam Negara.
 
Terima kasih.
 
Najib Razak

3/3: Hantar Salinan Keras..

image

6 Julai 2013 – Pagi itu aku, Hadi, Fariq, Yana, Zhafrie dan Amnah bertemu di Lontong Klang, Shah Alam untuk sessi sembang-sembang dan catching up stories since kami sudah lama tak bertemu beramai-ramai sebegitu. Makannya sepinggan aje, tapi sembangnya meriah. Selain tujuan mini reunion,pagi itu aku mahu menguruskan perihal tesis yang hanya tinggal untuk dibuat hard cover.

*****

Beberpa hari kemudian ia siap dan Fariq membantu menghantarkannya ke CMIWS. Terima kasih banyak atas bantuan itu. Kini debaran terakhir ialah keputusan peperiksaan yg jangkanya akan diumumkan dalam sebulan lagi. Semoga cemerlang…tahun ini aku mahu memiliki semuanya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...