ManU Kalah 6-1 : Kena Gelak Ke?

Yup, ManU kalah teruk semalam dengan Man City. 6-1 dalam satu perlawanan cukup untuk membuatkan sawan dikalangan penonton yang tengok perlawanan ini semalam. Bagaimana agaknya muka Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak semalam ketika pasukan pilihannya dibaham tanpa kasihan? Twit simpati memenuhi akaun twitter beliau tapi aku tak menambah garam pada luka. Hanya senyum dari kejauhan sahaja.

Mario Balotelli dan Edin Dzeko menyumbang 2 gol manakala Sergio Aguero dan David Silva masing-masing satu gol melengkapkan penguasaan Man City malam tadi. Gol Setan Merah dijaringkan oleh Darren Fletcher pada minit ke 81.

Di kala FB dan Twitter dipenuhi gelak tawa dan sindiran panas pada pasukan pilihan ramai ini, ramai mengambil tindakan bersabar dan beristiqamah. Ceh, adatlah bila kalah, kenalah terima dengan hati yang terbuka. Tapi pada aku ini perlawanan sekufu…Macam perlawanan adik-beradik dan kalau kalah pun, itu bukan isu besar. Gelakkan benda yang tak membawa untung lebih kurang membuang masa aje 🙂

Well YNWA….. 🙂

 

 

 

Pabila Mentari Terbenam..

image

Putaran alam dipelusuk persada. Aku di sana dgn ketakjuban melampau..mentari larut dlm keharuan..
Kenangan lama itu kuimbau

Oh,suasana tenangku hiba..
Damaimu penuh pesona..

Pabila mentari terbenam…
Suluhmu malap
Teguh aku bungkam
Wajahmu seakan kutatap

Ombak terhempas perlahan..
Setapak aku berundur
Perlahan dan teratur
Mentari sudah terbenam
Itu tanda perpisahan..

Wajahmu makin menghilang
Mentari tiada lagi
Tapi memori tetap abadi

Kerana C.I.N.T.A

Kau pasti tahu, nilai cinta aku itu sangat besar. Tahap infiniti sampai tak cukup usia untuk kau kira butiran pasir diseluruh dunia. Tak terluahkan kerana penggunaan bahasa aku tidak setanding nahu romantika yang ingin kau dengar. Jika aku cuba hanya membuatkan tekanan darah aku makin meninggi dan Dr Leela akan meminta aku bawa bertenang dan ‘keep it cool and simple’.

Kadang-kadang kerana terlalu menyintai terasa ingin memiliki. Selalunya, hanya memandang kerana diri tak sehebat bintang. Adakalanya, kerana terlalu banyak persamaan maka akan banyak konflik tak terluahkan. Kau tahu aku dan kita sama…

Kerana itu kita memilih untuk menjauh…

Di kala ini aku rasa seakan mahu mengacu penumbok pada muka kau yang sebesar pinggan itu. Kenapa kau pinpin tangan untuk bersama dan kemudian menarik diri?

Memang kau kambeng!

Hampir Terlepas Ujian Psikometrik

Beginikah otak kita tok dukun?

Dengan kadar internet yang macam simput babi tempang, jarang aku membuka email jabatan dipejabat. Jangan kata email jabatan, email yahoo pun sempat goreng karipap tak tentu satu laman bole load dengan sempurna. Beri hitamlah sumber utama yang mendekatkan aku dengan alam maya.

Tadi seperti mendapat satu ephipany aku melayari email jabatan. Banyak yang ditong-sampahkan terutama yang basi, yang forwarded tak tentu hala dan yang tak relevan. Baru aku sedar ada email yang meminta aku membuat ujian psikometrik kerana aku antara salah seorang calon yang memohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP). Terkejut amat melihat tarikh akhir menyelesaikan ujian itu ialah hari ini!

Ada hampir 200 soalan dan aku kena selesaikan dalam masa 45 minit kalau tak silap. Bukannya susah sangat pun hanya tanda Ya atau Tidak saja dikotak yang disediakan.  Masa mula-mula baca email tu aku agak soalannya mesti sama macam soalan menduduki peperiksaan untuk jawatan Pegawai Penerangan. Hmm..betul la tu.

Menurut website JPA, Ujian Psikometrik ialah ujian psikologi berbentuk kualitatif dan menggunakan teknik statistikal yang ditadbir dengan bantuan ahli yang mahir dalam ujian psikologikal unt
uk menentukan tahap kecerdasan, minat dan mana-mana ujian mental.
Jenuh aku fikirkan apakah relevan soalan yang ditanya dengan biasiswa yang aku pohon. Untuk bersangka baik, aku rasa mereka mahu memastikan calon yang layak dan menepati “kriteria-kriteria tertentu”.Ujian itu pada firasat aku untuk membaca nilai-nilai pemohon berdasarkan peribadi, kesungguhan, minat dan konsistensi. Ada beberapa soalan berulang dan ada soalan yang tak semenggah. Diawal bicara sudah dinyatakan tiada jawapan yang betul atau salah dalam ujian ini.
Semua soalan aku jawab dalam masa 30minit dan 4 saat (saat tu kalau aku tak silap). Dan sekali lagi aku merenung senarai calon yang memohon. Sesungguhnya senarai itu sangaaaaat panjang. Mujur tiada soalan “adakah anada tertekan dengan ujian psikometrik ini” dalam bentuk subjektif kerana aku memerlukan lebih dari 45 minit untuk berhujah.

Balada Rumah Idaman

Dimanakah sudahnya aku berlindung?

Dimanakah sudahnya aku berlindung?

Sekitar tahun 2005,aku hampir membeli sebuah kondo dikawasan Sunway. Harga agak munasabah dan tak berapa jauh dengan pejabat.

Prahara datang tanpa henti dan masa tu salah satu cita-cita besar aku ialah selesaikan hutang dengan orang kaya. Demi memastikan tiap tahun raya kami ceria dan tidak mahu bersegan-segan bila terserempak rang kaya dimajlis kahwin maka aku langsaikan semuanya dengan sebahagian lagi dibantu oleh adik aku. Dan masa tu jugak kosong semua tabungan untuk beli rumah,kahwin,berpoya-poya dan lain-lain kehendak.

Seboleh-boleh aku mahu mencari rumah yang bertanah..ada kawasan letak kereta,boleh berkabun dan main teng-teng depan halaman. Kenal jiran tetangga dan dekat dengan pejabat tu numero uno. 2nd hand pun tak jadi hal..asal kena dengan mas kahwinnya.

Tak sampai seminggu aku jumpa satu papan kenyataan akan dibangunkan kawasan X dan segera website pemaju dilayari. Habis nekad rasanya kalau maksimum pinjaman perumahaan kerajaan aku combine dengan Hadi sebab memang cinta sudah bersemi.

Petang tadi aku dapat panggilan dari pemaju. Lalalalala dia terangkan jenis rumah, luas etc yang aku dah maklum semua itu. Satu aje soalan aku tanya,mas kahwinnya berapa.
“Harga berpatutan bermula 3 juta-5 juta..”

Aku rasa lutut longgar dan tersepuk kat situ jugak..

Tak apalah,ada rezeki lain menanti..insyaallah. Tapi hati aku sangat kuat mahu menjadi penghuni di situ.Mungkinkah?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...