Roadtrip KL-Koh Samui Yeaaah!

Terasa nak beli satu..

 

Beberapa tahun lepas aku dan seorang sahabat pernah buat kerja gila meronda di selatan Thailand yang pada ketika itu sedang bergolak dengan menaiki kereta. Mujur kami nampak sangat gaya pelancongnya jadi sewaktu sekatan tentera kami dibenarkan melepasi sekatan. Itupun agak menggigil jiwa raga bila “rifle” diacukan dalam kereta. Taubat nasuha aku tak mahu mengulang kerja gila itu lagi.

Tapi bila seorang lagi sabahat menawarkan trip yang sama, cuma masuk ikut Bukit Kayu Hitam, tak boleh tidak aku melonjak mahu pergi. Melihat kondisi kereta sahaja membuatkan aku menjerit keriangan. Dalam hati aku dapat rasa perjalanan kali ini lebih jauh, lebih seronok dan mengujakan. Bertolak kira-kira jam 12.00 malam dan kami sampai di pintu sempadan jam 7.00 pagi. Dari situ kami ke Don Sak dan mengambil feri ke Koh Samui.

Sampai sudah..

 

Selalunya, pelancong akan melepak di Chaweng, tempat yang paling meriah dengan aktiviti malam. Tapi kami semua bermalam di Lamai kerana ia lebih tenang dan senang untuk parking kereta. Itu lebih penting sementelah Chaweng sangat padat dan jalannya kecil. Kami menginap di Lamai Inn 99. Tempatnya cantik, tepi pantai dan murah. Bilik kami berharga RM 130 (peak time) dan esoknya RM 100 (normal rate).

Sudah lebih 16 jam dijalanan, kami daftar masuk untuk berehat dan menyegarkan badan. Malam itu kami makan di Restoran Melayu Samui Seafood. Restoran ini terletak berhampiran dengan Masjid Nurul Ihsan. Memang sedap ya amat! Dua kali kami minta tambah sambal belacan. Mujur orang tak ramai, jadi kami yang semulajadi kelaparan membaham makanan di depan mata tanpa berbasa-basi.

Melayu Samui Seafood
Makanan di sini sangat sedap..

 

Selepas makan, kami meronda di Chaweng. Sangat meriah tempat ini. Simpan sahaja untuk esok. Kami hanya melawat kawasan dan di satu deretan kedai, mata aku terlihat akan satu lukisan perempuan yang sangat cantik. Esok aku mahu beli lukisan itu.

Pelayan dan Mee Udang

image

Asalnya saja nak mencuba sebab dari jauh suasana kedai nampak menarik dan selesa.  Alang-alang sampai Sg. Petani, layankan sajalah. D’King Mee Udang Banjir begitulah namanya..

Sang pelayan datang dan aku minta menu. `Semua sama aje kak…ada udang laut dengan udang bela bla.. bla..bla..’ Ok, aku terima. Sekali lagi aku mintak menu sebab mama dan Adeq keliru nak pilih apa. Sang pelayan debab tu ulang statement yang sama. Perhatikan ayat tadi…ada penambahan debab di situ.

Ya…aku bukan manusia pertama komen pasal pelayan itu. Ada yang pernah terasa juga. Pastinya pelayan yang sama kerana ada debab di situ. Aku tambah debab, bertudung dan suka menjeling. Cuba lihat komen di Foursquare. Mee sedap pun tak memanggil aku untuk mengulang makan di sini lagi…

Sangat tidak dimajukan cadangan makan di sini. Sekian.

Gila Bundle..

image

Hari ini aku ikut meneman mama dan Adeq menghantar Ameera ke Melaka. Memandangkan aku pun bosan duduk rumah,ok sahaja aku ikut sebab mereka sanggup datang ke PJ Oldtown untuk ambil aku. Sebelum ke UiTM Lendu,kami singgah ke Cheng. Katanya ada baju bundle murah gile sawan dan cantik. Serius, sangat cantik dan murah. Memandangkan busana aku sudah bertukar,adik berdua itulah yang memilihkan apa yang sesuai untuk aku. Pancit aku..Aku hanya duduk ada angguk saja kalau aku suka. Lepas ini cari tempat untuk berbuka puasa. Student seorang tu mohon simpati nak makan sedap sebab seminggu lagi terkurung tak cukup makan. Aku dulu duduk asrama elok aje hidup bila bulan puasa. Layankan ajelah.. Cuaca panas,aku dahaga…..Ya,ampun!

Coffee-Break Di Petronas Seremban

Petronas Coffee Break

Petronas Coffee Break

Perjalanan balik kampung sungguh mengujakan. Lepas makan rendang ayam di Taman Permata,aku dan Hadi meneruskan perjalanan ke Tangga Batu,Melaka.

Trafik alhamdulillah lancar..Pemandu lain memandu dgn cermat dan sepanjang ini belum jumpa kebodohan lagi.

Kami berhenti di Petronas Seremban. Terima kasih atas kopi Oldtown panas percuma yang menyegarkan mata.Tandas pun bersih dan selesa.

Lepas mengopi, perjalanan diteruskan. Semangat raya mulai terasa walaupun ada beberapa hari lagi sebelum Syawal menjelma..

Semoga perjalanan ini diberkati-selamat sampai ke destinasi.Amin..

Kita minum dulu

Kita minum dulu

Menara KL Disinari Warna Jalur Gemilang

Menara KL, antara tarikan utama pelancong ke negara kita. Pengurusan dan tenaga kerja Menara KL ini tidak pernah putus idea mempromosikan Malaysia melalui pertandingan seperti Night Towerthon, pameran dan promosi masakan,kebudayaan etc dan yang paling epik larian anak tangga atau KL Tower International Forest Towerthon Challenge.

Menara Kuala Lumpur yang terletak di puncak Bukit Nanas merupakan menara telekomunikasi keenam tertinggi di dunia dan tertinggi di Asia Tenggara. Menara Kuala Lumpur telah dianugerahkan ‘Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards 2011 – Award for Outstanding Achievement in Tourist Attraction” oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang mengiktiraf tempat tarikan pelancong di Kuala Lumpur dimana ianya telah mencapai tahap tertinggi kecemerlangan dalam menyediakan pengalaman pelancongan yang unik dan menarik serta sumbangannya dalam meningkatkan imej Kuala Lumpur.

Sempena bulan kemerdekaan, Menara KL sudah mula disinari dengan pencahayaan warna Jalur Gemilang bermula 5 Ogos – 20 September 2011. Pencahayaan Menara Kuala Lumpur bermula dari jam 7.30 malam sehingga 12.00 tengah malam untuk hari Isnin hingga Khamis manakala untuk hari Jumaat hingga Ahad, pencahayaan dilanjutkan sehingga jam 1.00 pagi. Ianya akan bertukar setiap 2 minit dan disusuli dengan 5 minit persembahan kerlipan bintang (Starflash) dengan warna Jalur Gemilang. Manakala ‘Skytracer’ dan Arena pula akan memainkan lagu Jalur Gemilang pada setiap jam 8.00malam, 9.00malam, 10.00malam dan 11.00malam.

Bersesuaian dengan namanya sebagai “Jewel In The Sky”, Menara Kuala Lumpur merupakan menara pertama di dunia yang dipasang dengan penetapan cahaya dan teknologi bunyi sebegini.

Jadi apa tunggu lagi penggemar fotografi..tak payah pergi luar negara. Semuanya ada di Malaysia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...