The Flash Season 2 – Episod 1- The Man Who Saved Central City

The Flash -- Image Number: FLA02_FIRST_LOOK.jpg -- Pictured: Grant Gustin as Barry Allen/The Flash -- Photo: -- Jordon Nuttall/The CW -- © 2015 The CW Network, LLC. All rights reserved.
The Flash — Image Number: FLA02_FIRST_LOOK.jpg — Pictured: Grant Gustin as Barry Allen/The Flash — Photo: — Jordon Nuttall/The CW — © 2015 The CW Network, LLC. All rights reserved.

Sebelum menulis sambil nak ingat balik apa jadi musim lepas, aku terpanggil membaca The Flash – Season 1. Oh, ok..adalah refresh sikit memori tentang apa yang berlaku musim lepas. Memanglah sebelum episod 1 mula dia ada tunjuk ‘previously on The Flash’ tapi kejap sangat..

  • Cerita bermula dengan Flash berjaya menyelamatkan Central City daripada ancaman Snart aka Captain Cold (alahai berapa second aje dia muncul) dengan bantuan Firestorm. Mereka mentahniahbadakkan sesama sendiri dan semuanya indah seperti merekalah penyelamat dunia. Spoiler alert – itu hanyalah khayalan Barry. Kena tengok juga Musim 1 episod finale. Masa Firestorm membantu The Flash ketika serangan Singularity, Ronnie tak balik bumi. Dalam hati aku kuat rasa dia tak mati sebenarnya..mesti stuck dekat quantum mana-mana. Scene ini tak ubah seperti scene dalam The Big Bang Theory bila Sheldon tiba-tiba cium Penny. Itukan mimpi si Leonard.
  • Barry akhirnya terima hakikat dia perlukan bantuan rakan-rakannya untuk menyelamatkan Central City. Episod 1 lebih pada ‘warm-up’ watak Barry pasca serangan Singularity.
  • Dr. Harrison Wells membuat pengakuan video dia sebenarnya membunuh ibu Barry Allen. Justeru bapa Barry yang dituduh akhirnya dibebaskan daripada penjara. In a way aku respect juga penceritaan sebegitu sebab akhir-akhir ini aku nampak trend penceritaan dalam drama luar negara yang watak jahat sebenarnya ada satu sisi baik yang akan dikeluarkan juga.
  • Sebelum berakhir, Jay Garrick muncul. Dia adalah The Flash dizamannya.the_flash_2

Itulahnya…letih ni.

Ungu Mozaic Tour 2015

IMG-20150928-WA003

Ungu, satu nama besar baik di Indonesia mahupun Malaysia. Aku bukanlah peminat kipas mati Ungu sebagaimana adik aku yang seorang lagi tapi muziknya aku boleh layan. Lagipun lagu Ungu kebanyakannya sesuai dengan jiwa retak, pengharap dan pencinta.

Jadi minggu lalu aku berpeluang menyaksikan persembahan mereka. Terima kasih kepada Jipie atas urusan tiket dan terima kasih juga kepada Hadi kerana sudi membawa aku ke sana. Kali terakhir aku menyaksikan persembahan artis daripada Indonesia secara langsung ialah daripada Anang Hermansyah, ohai crush terbesar aku sekitar tahun 2010 lalu. Aku tidak meletakkan harapan yang tinggi pada konsert ini sebab sebenarnya aku sangat keletihan hari itu. Pergi pula lepas waktu pejabat dalam keadaan tak sempat makan dan tukar baju. Jadinya aku nak santai-santai dan enjoy the music aje.

IMG-20150928-WA005

Kebanyakan yang hadir konsert itu memang remaja belia muda-mudi yang fanatik pada Pasha. Oh, itu jelas..keluar aje perkataan daripada mulut dia semuanya terjerit-jerit tanda excited. Aku dan Hadi akak jauh daripada penonton yang lain. Kami mengambil kedudukan sedikit tersorok dan duduk di lantai sambil melunjur kaki. Lagaknya macam menghadiri konsert reggea tepi pantai sambil kami bersandar berdua.

Konsert dimulakan sedikit lewat (atau kami yang terlalu lama menunggu). Itu belum masuk video khas 10 tahun Ungu dalam industri yang sangat lama dan sedikit menjemukan. Aku dah macam ‘seriously? seriously? 16 juta kali. Mereka membuka persembahan dengan lagu Hampa Hatiku dan disusuli dengan lagu Percaya Padaku. Maaflah….aku memang gagal tajuk lagu tapi aku boleh melagukannya dengan baik bait-bait lagu yang lain.

IMG-20150928-WA006

Bila lagu “Kekasih Gelapku”, semua sawan! Maksud aku dengan aku sekali sawan. Rasanya semua orang layan lagu bukan sahaja kerana melodinya yang indah, liriknya juga jujur.

Memang boleh dijangkakan bila pergi konsert-konsert macam ini akan ada biawak yang ‘I love you Pasha, I love you Pasha’ tak tentu hala. Yang belen-belen atas pentas tu diorang tak peduli pun – entah-entah tak kenal. Untunglah jadi vokalis yang kebetulan bersuara bagus dan hensem…

Lagu terakhir – Cinta Dalam Hati. Maka menitik-nitiklah airmata dek penangan lagu terakhir ini. Merah-merah mata adik-adik perempuan semua tu. Sedih sangatlah rasanya. Akak sebak jugaklah sikit-sikit..Kang beriya-iya teroyak orang sebelah tanya pulak ‘yu ni dah kenapa?’

IMG-20150928-WA010

p/s : sound system konsert ini jauh lebih baik daripada konsert Bon Jovi. Tapi satu penilaian yang tak adil sebab ini konsert tertutup.

IMG-20150928-WA011

The Big Bang Theory S9 01 – The Matrimonial Momentum

the-big-bang-theory-season-8

  • Penny dan Leonard akhirnya berkahwin di Vegas. Bapak lama…bayangkan musim 9 baru nak kawin. Memang setia betul aku tengok korang berdua ni. Masa dalam kereta ke Vegas, Leonard mengaku dia pernah bersama orang lain. Walaupun hari itu mereka jadi berkahwin, tapi ia adalah permulaan yang tidak memberansangkan. Jadi hari pertama itu macam jadi hari pemula nak putus pula. Balik Vegas, dia balik rumah dia, Leonard balik rumah Sheldon.
  • Amy putus dengan Sheldon. Sheldon memang vongok azali jadi aku tak kisah sangat dia nak  jadi hantu atau buaya.
  • Stewart – Ok dia ni memang lawak sekali-sekala. Kalau buka mulut aje mesti aku gelak kecil.

Aku sebenarnya faham juga apa yang Penny rasa. Yang dah jadi tu memanglah sudahlah cukup sudah. Tapi tang still jumpa tu memang akak tak berapa berkenan sikit. Macam okwerd sikit. Jadi aku rasakan musim ini lebih banyak kes-kes sentap antara Penny – Leonard, Amy – Sheldon dan Bernadette dan Howard.

Gotham S2 01 – Damned If You Do!

gotham-season-2

Aku tak pasti berapa ramai dalam kalangan pembaca catatan aku yang mengikuti drama bersiri Gotham.  Gotham baharu masuk Musim 2. Sempat lagi kalau rasa-rasa nak terjebak. Tapi aku warning awal-awal. Ceritanya sangat best dan mengikat. Maka bertabahlah…

  • Detective Jim Gordon diturunkan kuasa menjadi polis trafik. Commissioner Loeb masih tak puas hati dengan Jim. Disebabkan satu insiden, dia berjaya juga memberhentikan Jim walaupun bos Jim tidak berpuashati dengan keputusan Commissioner Loeb.
  • Edward Nygma tak habis-habis konflik dalaman. Lantakkan aje sebab watak dia akan mula berkembang musim baharu ini.
  • Barbara – hoy, pergi matilah! Semak aku dengan dia ni.
  • Prison break versi Arkham Asylum ni dah jadi macam Sucide Squad dalam Arrow pulak. Still Barbara ada dalam ni. Semak,dowh!
  • Penguin – Waaah, naik pangkat. Jadi bos besar walaupun belum dapat sokongan abang-abang kawasan yang lain.
  • Bruce Wayne – cubaan buka pintu rahsia di dalam rumah agam gagal. Alfred pun sengal juga bila dia bagi bayangan seolah-olah itu sex dungeon bapa Bruce. Akhirnya pintu itu diletupkan dengan bom buatan sendiri. Bruce terjumpa satu nota di atas papan kekunci dan membaca isi kandungannya. Rupa-rupanya nombor pin untuk akses masuk ialah namanya sendiri BRUCE. #jilake
  • Ini paling best. Jim jumpa Penguin untuk minta  bantuan supaya dia dapat balik jadi detektif. Penguin bawa Zsasz untuk ‘heart to heart talk’ dengan Commissioner Loeb. Commissioner Loeb akhirnya bersara dan digantikan dengan Commissioner Essen, bos Jim. Oh, sweet 🙂 Don’t mess with Victor Zsasz.

gotham-107-gcpdbullpen-9725-109847

 

Corat-Coret 19 September 2015

funny-audinces-in-concert-pee-problem

Setelah dua post penulisan panjang berjela tentang Konsert Bon Jovi di Kuala Lumpur pada 19 September 2015 yang lalu, kali ini aku ingin menambah satu lagi posting berkenaan tarikh itu – tapi secara ringkas aje buat ingatan aku sendiri. Sebenarnya setiap point itu layak mendapat cerita penuhnya sendiri. Tapi nak buat macam mana, tuan tanah tak selalu ada masa nak membajak berelung-relung catatan 🙂

SEBELUM KONSERT

  • Eskandar Dzulkarnain & Sushi – Anak seorang ni kalau kami berdua ada memang susah betul makan nasi. Tapi dengan Tok Mama dia laju aje makan semua benda. Jadi sebelum kami berdua berjimba-jimbaan di Konsert Bon Jovi petang itu, kami belikan dia sebekas sushi dahulu.
  • Di Starbucks Aeon AU2, kami singgah di Starbucks. Aku minta Ice Caramel Machiato Tripple Shot. Adik tu tanya, “akak tak mahu 4 shots ke?” Eh, boleh ke? Saya dah bayar? “Boleh aje sebab memang sekali keluar dua.” Mendapat 4 shots…
  • Playlist lagu untuk konsert – Set lagu kami dapat sehari awal. Tapi aku sangat sibuk lain-lain hal. Lagu yang ada bukannya tak tahu, tapi tak hafal. Aku minat JBJ, tapi bukan ‘die hard’ fans dia. Rasanya lagu Blake Shelton lebih banyak aku tahu daripada lagu JBJ.
  • Kalau dah tahu minggu tu nak pergi konsert dan pastinya tak selesa dengan jamban awam, sila jangan mengada-ngada nak minum air detox – true story. Entah berapa kali aku kena ‘take five’ sebelum konsert berlangsung. Maka dengan itu kapasiti air yang masuk sebelum konsert pun terpaksa dicatu. Tapi dengan faktor cuaca kita, terpaksalah juga aku togok sebotol sebelum konsert bermula. Mujur sistem perkumbuhan memberikan kerjasama.
  • Tak payahlah beli t-shirt atau memoribilia  sebelum konsert. Satu harganya agak mahal. Tapi harga itu subjektif. Yang sombong tu aku sakit hati sangat.

Masa Konsert

  • Masa konsert tu ada seekor tapir betina dengan dress putih tali 3cm mengepam rokok Semporna. Sangat tak kool sis sebab walaupun kita open air aku tak perlukan smoke machine kau, dowh!
  • Perempuan ajet-ajet moden baru belajar hisap vape memang bangang – true story. Dalam stadium tu ramai aje yang lelaki hisap vape, tapi takdelah sepanjang masa. Dik kalau kau nak menyedut sangat akak advise kau amik gas aje kat PPUM.
  • Terima kasih sikit-sikit sebab asap vape point di atas tu berperisa mangga dan selang-seli strawberi, jadi bau pembakaran kretek tapir betina itu dapat dikurangkan.

funny-pictures-auto-775673

  • Set konsert aku dah bagitau semalam – macam set dalam gua. PA system menyedihkan setakat dengar bunyi aje. Camera shot lagilah rasa nak turun buat sendiri. Kamera macam pacak – lock – pastu sapkoklu.
  • Oh, kalau nak mempropose proposal propoganda masa konsert ni sangatlah attention seeker. Kot bercerai nanti nak announce masa konsert jugak ke?
  • Dalam satu konsert, mesti ada beberapa ekor banshee yang terpekik-pekik tak tentu hala. Bila suasana mula kool sikit lepas satu-satu lagu, tiba-tiba banshee ni menjerit lagi – suara dia aje. Itu belum jenis mengkuda tak tentu tujuaan – “neighing” dengan desibel yang menyesakkan telinga.
  • Air mineral botol kecil tu dijual RM5 sebotol. Giler mahal…memang aku tak beli. Air pulak tak boleh bawak masuk stadium. Meh…!

Selepas Konsert

  • Lepas konsert ada satu kumpulan bergambar dengan bendera Sarawak terentang megah. Terus aku tunjuk pada Kimi dan Wendy. ‘Eh, korang tak nak join diorang ke?’ Mereka terus ke tempat itu dan  kemudiannya bergambar bersama-sama, kumpulan tu siap tolong lagi member aku panjat pagar nak naik atas. Aku tengok aje keliling. Bendera Selangor takde..Melaka jauh la. Jadi aku dengan Hadi duduk menunggu di tempat kami sambil memerhati orang keluar stadium.
  • Konsert seronok pergi beramai-ramai. Hari itu kami pergi 6 orang. Harapnya masa konsert Wings nanti boleh pergi lebih ramai supaya lebih meriah bersama.
  • T-shirt yang langsung tak boleh ditawar-tawar tu turun harga. Ada yang jadi RM30, RM20 dan RM10. Pilih aje yang mana mempunyai tawaran yang menarik poket anda sesuai dengan vokal mereka memanggil pelanggan.
  • Masa nak bergerak balik ke hotel, aku lihat banyak gelandangan mengisi pinggir-pinggir bangunan, tangga dan lorong. Sangat sedih dan mengharukan. Aku kasihankan anak-anak yang kecil menangis mungkin kesejukan..atau mungkin kepanasan ditambah kelaparan.
  • Disebabkan Ice Caramel Machiato 4 shots tu pukul 4 pagi baru mata terhegeh-hegeh nak tido – Mendapat mata panda!

concert

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...