Aduhai Sayang…

Aduhai Sayang-P.Ramlee

Lelapkanlah mata
Jangan bimbang ayah nyanyikan
Aduhai sayang
Cubalah ingat
Pesan ayah buat azimat
Baik budi bahasa buat jasa nanti orang suka
Jangan berlagak sombong orang benci
Hidup tak beruntung
Aduhai sayang
Cahayamata ayah
Engkau sorang penghibur hati
Aduhai sayang
Jangan kau buat hati ayah menjadi cacat
Seumpama hujan turun lebat dihari yang panas
Begitulah misalan
Hati cacat dek kasih tak puas
Aduhai sayang…

Lagu dari filem Hujan Panas. Youtube disedut di sini. Pernah dinyanyikan semula oleh Ahmad Fauzee..Pun sedap dan lemak merdu alunannya. Satu lagu klasik yang menyagat jiwa. Seharian teringat arwah abah..Kalau dia nyanyi pun tak tumpah suaranya macam P.Ramlee juga. Apapun dalam keadaan jiwa lara mendengar hati aku tetap berbunga sebab tak ramai mempunyai perasaan klasik seperti aku..

Yup, aku klasik nasional 🙂

Rebecca Black Bukan Lagi Perogolan Telinga

Untung jadi anak orang kaya..Suara macam kena sembelih pun boleh buat album dan mencapai cita-cita dengan bantuan FAMA. Ingat lagu Friday yang menjadi bahan umpatan satu dunia? Tak serik lagi dengan pengalaman dari single Friday budak nie muncul kembali dengan single My Moment.

Lawaknya, pengunjung yang datang ke akaun youtube budak nie baru 302. Tapi yang dislike 63530 dan like 37538. Secara peribadi aku boleh terima lagu ini kerana tiada lagi auto-tune yang menyakitkan gegendang telinga. Cuma aksi memandang kamera ala-ala hot tu hanya sesuai utk yang bercitarasa pedophile aje. Patutlah berbakul-bakul caci-maki diterima sebab budak nie sendiri membahankan dirinya.

Untuk lagu ini aku maafkan mutu suaranya..Ok la, buat bosan-bosan.

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=2OxWD85Ngz4]

Oh, Doel Sumbang..

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=nIkO7Cmt_Jc]

 

Klip di atas aku pinjam di sini.

Sebenarnya sudah lama aku mahu menulis pasal Doel Sumbang. Kalau ikutkan generasi aku sendiri tidak begitu mengenali Doel Sumbang. Mungkin sebab lagunya tahun 90’an dahulu tidak kerap dimainkan di radio Malaysia. Tapi bila dengar lagu-lagu nyanyiannya mesti ramai yang kata – oh, familiar la lagu nie..

Doel Sumbang sangat dikenali dengan lagu-lagu duet bersama Nini Carlina. Semuanya aku suka dan sesungguhnya layan. Kalau Bulan Bisa Ngomong, Malioboro, Aku Cinta Kamu dan lain-lain antara lagu hit malar segar yang tidak jemu didengar.

Doel Sumbang juga merupakan penyanyi bagi kumpulan Yang Terhormat atau YTH. Satu lagu yang selalu aku pasang dipejabat ialah Aku Takut Anjing dan Perasaan Pacarku. Lagu-lagunya mesra telinga. Sekali aje dengar dah menangkap. Dalam pada itu, kebanyakan lagunya mempunyai maksud yang jelas tanpa perlu berkerut kening nak menggali.

Pada aku Doel Sumbang manusia hebat..dan aku memang kagum dengan manusia hebat. Sila kirimkan salam penghormatan aku untuknya kalau ada rakan-rakan yang berpeluang berkerjasama dengan dia.

Selamat melayan klip di atas duet Doel Sumbang bersama kumpulan Klantink. Muzik tiada batas dan jangan sempitkan kepala dengan perbezaan. Cari persamaan dan semua akan bahagia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...