Ohai, Selena Gomez!

Selena-Gomez-2016-21

Kalau kita membaca kisah Selena Gomez, memahami dan cuba mengerti kisah hidup dia maka kita akan lebih menghormati dia. Mengenai kehidupannya yang dikecam liar, seksi dan dibenci kerana berjaya berpacaran dengan Justin Bieber, itu lantakkan ajelah. Boleh kita kaitkan faktor budaya dan bergaulannya dalam cuba menjalani hidup seperti manusia normal kadangkala dia tersasar juga. Lahai, kita pun sama..cuma skala tidak sama dan kita tidak sepopular dia!

Juga membezakan dia dengan Britney Spears menangani meltdown, Selena lebih tabah, matang dan tidak tersasar jauh.

WK-AQ949_SELENA_G_20090827155218

Dia menambat hati kami sekeluarga menerusi Barney & Friends. Umum rakan-rakan aku tahu, itu adalah siri kegemaran Eskandar dan Ezzudin sebelum munculnya seorang lagi gadis comel bersama beruang besar bernama Masha & Bear. Dulu, pagi petang siang malam memang hidup kami menonton telatah Selena Gomez dan juga Demi Lovato. Barney, Baby Bop, BJ dan sepupu Riff sentiasa menerapkan elemen pembelajaran dalam hiburan dengan menggunakan bakat cilik ini sebagai daya penarik.

30FFF57C00000578-0-image-a-35_1454957845146

Kerana itu, kesudian Selena Gomez mengadakan konsert di Malaysia sangat aku restui 🙂

Membandingkan kehadiran dia dengan Ustaz Zakir Naik memang geleng kepala aku dibuatnya. Jangan menghentam semberono, mengaitkan isu akhlak dan agama kerana dunia ini lebih luas daripada ruang tempurung. Kalau pendapat kita berbeza, hormati ruang ini dan pergi menggentel pendapat peribadi itu di blog engkau sendiri.

Ok berbalik kisah adik Selena nan manis ini…

Yup, i love you like a love song baby…and i keep hitting repeat-peat-peat. Well, apa nak buat, the heart wants what it wants

Dengan muka comel yang tak dimakan usia lansung (aku masih pandang dia seperti mana dia dalam Barney) dan lagu yang dope, layan ajelah kalau kena dengan selera. Ditambah dengan pemain sitar super hot dalam klip videonya, akak ok ok aja 🙂

Selena-Gomez-Dirty-Hippie

Jadi bila Hadi tanya semalam, nak pergi konsert Selena Gomez tak hari ini, laju aje akak setuju… 🙂 Sebelum itu dia tetap membela dirinya, “ai takde janjikan untuk ke Cameron?” Lupakanlah sayang…sekali sekala nak bergurau kasar tu, biasalah.


Rata-rata yang pergi konsert ini remaja belia yang sopan jua adanya. Takde pulak aku tengok berperangai tak semenggah dan pakaian yang mencolok mata. Nampak sangat students ramai. Selena pun berpakaian sopan tanda menghormati peraturan penganjur, menghormati Syawal dan whatever you want to believe.

Sempat juga Hadi beli 2 pasang t-shirt lengan panjang, lanyard dan button sebagai kenang-kenangan. Agak lambat kami sampai rumah, lebih kurang pukul 12.30 tengah malam rasanya. Tak juga terus tidur. Aku melayan twitter dan terhibur dengan pembacaan aku malam tadi.

13735151_10154017025844335_1394510968303097879_o

Kisah Kambing

kambing

Wow…kenyataan Datuk Seri Mortadza Nazaree sangat #win 🙂


Satu hari ayam beria-ia menghias dirinya dengan menyangkut manik pelbagai warna di setiap helaian bulunya. Tajinya juga diasah sampai berkilau. Kemudian dia berjalan menuju ke kandang kambing. Sampai je di sana, ayam pun menyapa sahabat baiknya…

Ayam        : Apa khabar Pak Janggut?

Kambing  : Baik. Wah, ayam. Kau nak gi mana lawa-lawa nih? Nak masuk pertandingan ratu cantik ke?

Ayam       : Hensem tak aku? Aku saja nak tengok reaksi engkaulah!

Kambing : Aku cakap sikit kau jangan marah. Kau berhias macam manapun, kau tetap jalan kaki ayam.

Ayam      : Ohh…. kau kutuk aku ya! Kau tu la gi teruk lar…

Kambing : Ha, apasal pula?

Ayam       : Yalah, kau tu nampak macam beriman sangat. Bela janggut panjang-panjang. Tapi telur nampak…

Kambing : #%$*###

Dipetik dari sini.

Empire S2E11 : Death Will Have His Day

empire-season-2-episode-11-death-will-have-his-day

Selepas 3 bulan tidak bersiaran, Empire kembali dengan sambungan episod 11, Death Will Have His Day. Aku memang menantikan episod ini selepas Et Tu, Brute yang bersiaran Disember 2015 yang lalu.

Wow…! Itulah reaksi selepas aku menghadam episod ini. Walaupun masa download belum ada subtitle, tetapi sebab dah tak sabar sangat aku tengok jugak dengan volume yang agak kuat. Maklumlah bahasa inggeris ni kategori benak sikit.

  • Cookie & Lucious Lyon – Sejarah memang membuktikan walau apa pun berlaku, Cookie akan sentiasa berada bersama-sama Luscious. Aku memang adore relationship diorang. Kalau gaduh tu macam dah takde masa depan, tapi kalau baik, sweet la sangat.
  • Cookie & Hakeem – Scene yang paling aku suka ialah masa Hakeem kena bantai dengan penyapu. Itu memang lawak. Ini kali kedua Hakeem kena pukul macam tu.
  • Cookie & Andre – Scene Cookie bagitahu Andre, anak dalam kandungan Rhonda tidak dapat diselamatkan adalah babak yang sangat menyentuh hati aku dalam episod ini. Mungkin sebab sehari dua ini, entah kenapa aku sering teringatkan memori mengandungkan arwah Cahaya Balqis. Juga ketika Andre menangis sambil peluk bantal bayi juga sangat dekat dengan aku. Pendek kata, part hilang baby ni memang bergenang juga kelopak mata. Apabila Cookie beritahu Andre dan Jamal dia pernah keguguran baby girl, pun akak syahdu juga. Alahai akak tak kuwwad 🙁

So, berserilah April ini dengan kemunculan Terrence Howard dikaca TV 🙂

maxresdefault

Empire S2E10 : Et Tu, Brute?

empire-s2

Ini adalah posting pertama aku tentang drama Empire. Ia telah memasuki musim 2 dan dapat aku simpulkan drama ini memang best, mind blowing dan menghiburkan. Aku tidak berhasrat untuk menceritakan drama ini tentang apa sebab anda semua boleh dapatkan info itu dengan carian sendiri.

So, apa yang best sangat tentang Empire? Jawapan aku satu – Terrence Howard!

maxresdefault

Serba-serbi tentang dia menyebabkan aku hook-up dengan Empire. Lagu nyanyian, lakonan dan dia sendiri adalah pelengkap. Kalau takde Lucious Lyon, jangan haraplah aku nak tengok drama ni.

Untuk catatan ini, aku akan menulis berdasarkan episod terakhir Et Tu Brute? Et tu Brute adalah daripada bahasa latin yang membawa maksud “and you too, Brutus?” yang diucapkan oleh Julius Ceaser kepada Marcus Brutus sewaktu dia ditikam secara berjemaah – Marcus Brutus adalah yang terakhir. Dalam pemahaman mudah, Et tu Brute melambangkan pengkhianatan daripada orang yang terdekat.

Antara pengkhianatan yang jelas :-

empire

  • Mimi Whiteman menjatuhkan Lucious Lyon setelah dia bergolok-gadai mencairkan aset dalam mendapatkan hak penuh Swiftstream. ‘Twist’ plot apabila Mimi mendedahkan isterinya ialah Camilla Marks Whiteman, bekas kekasih Hakeem yang berpuluh tahun berusia daripadanya yang muda belia. Reaksi sentap Lucious Lyon memang win!

post62

  • Sewaktu undian tidak percaya ke atas Lucious, Cookie mewakilkan Hakeem untuk mengundi bagi pihak dirinya. Oh, ini memang champion! Sebelum Hakeem memutuskan undi, ‘flasback’ apa yang Lucious lakukan padanya termasuk menumbuk muka Hakeem, mencuri penyanyi Menage A Trois untuk dijadikan penyanyi solo Empire, memutuskan hubungannya dengan Camilla dan juga memperkecilkan bakat Hakeem berbanding Freda Gatz. Undi Hakeem adalah undi penentu dan dia memutuskan Lucious tidak layak menjadi CEO Empire. Ok yang ini best sebab shot Lucious daripada high angle. Memang super win dan super sentap!

MTI4ODczNDcyODEzMjEwMDc4

  • #WhoPushedRhonda trending semasa siri ini berlangsung. Seperti yang diketahui, Rhonda sedang mengandung waris kepada Lyon dan dia telah ditolak daripada tangga terguling-guling ke bawah. Secara logik, dia sepatutnya keguguran ekoran insiden ini. Tapi dalam hati aku rasa dia sebenarnya tidak mengandung pun. Entahlah..kalau betul ia boleh jadi satu plot yang menarik untuk dikembangkan. Rentetan #WhoPushedRhonda ini juga, beberapa nama turut dipetik oleh penonton berhubung siapakah suspek yang menolak Rhonda. Ramai yang mengatakan Boo Boo Kitty ataupun Anika yang berbuat demikian berdasarkan beberapa siri kunjungan Anika bertemu Rhonda dirumah agam milik mereka, 6 bilik di Long Island yang dihadiahkan oleh Lucious kepada Andre dan Rhonda kerana gembira mereka bakal mendapat anak. Umum mengetahui Anika juga sedang hamil anak Hakeem, tetapi belum didedahkan lagi kepada umum. Jadi dia memang punya motif yang kuat untuk menganiaya Rhonda sebab Rhonda pun asyik mencanangkan betapa Lucious sangat gembira dengan kehamilannya itu.Tapi apa yang menarik, ada juga yang meneka yang menolak Rhonda ialah Mimi Whiteman. Ini aku agak tak setuju sebab Mimi tu sakit dan sibuk kot. Boleh aje dia upah orang untuk buat macam tu. Cuma aku agak bersetuju dengan Hadi. Dia cakap, mungkin Camilla pelakunya. Oh, ini menarik untuk dikembangkan.

Apapun, aku suka second last scene  apabila Lucious hilang kawalan dan menembak semua piring hitam di biliknya dengan senapang patah sebelum ditenangkan oleh Cookie. Hugging scene itu yang menyentuh hati. Sebab walau apapun terjadi, they have each other’s back.

Juga last scene apabila lagu Lucious dan Freda Gatz dicalonkan untuk Song of The Year dalam ASA. Muka Lucious nampak puas hati giler, Jamal Lyon pulak macam sentap sebab kena bersaing dengan bapa dia untuk kategori yang sama.

Gotham S2 EO5 : Scarification

gotham

Setakat ini, episod 5 adalah episod yang terbaik. Memang puas hati aku menontonnya semalam. Seperti yang sempat aku baca dalam komen-komen penonton lain ‘hefty revelations about Theo Galavan’.

  • Kita tahu, kalau jahat itu mesti ada sebab-musabab disebalik kejahatan yang ditunjukkan. Dalam episod ini baharulah dikisahkan salasilah Theo Galavan. Rupanya nama baharu untuk keluarga Duma ialah Galavan. Keluarga Duma dan Keluarga Waynes yang mempunyai sejarah silam yang menyebabkan mengapa Bruce Wayne dan aset-asetnya menjadi sasaran.
  • Ibu Penguin telah diculik oleh Theo Galavan dan itu memaksa dia untuk melakukan beberapa perkara seperti yang dikehendaki Theo supaya ibunya dibebaskan. Tapi apabila dia mengetahui kisah silam Keluarga Duma, dia menggunakan Butch untuk mencapai hasrat itu. Oh, apa yang dia buat memang tidak dijangkakan. Kesian Butch.. Aku harap sangat plot ini berubah bila Fish kembali dan membalas apa yg Penguin buat pada Butch.
  • Perkembangan watak lain biasa-biasa sahaja. Aku lebih tertarik dengan pengkisahan keluarga Duma vs Wayne ini melalui penceritaan makcik penjual barang-barang purba tu.

Tak sabar tunggu episod 6.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...