Dapatkan Tiket Premier Filem Real Steel

Tengok trailer ada harapan ia tidak mengecewakan. Apapun, untuk peminat susah mati Hugh Jackman, filem ini sudah memberikan point besar untuk melangkah ke panggung berhampiran. Jalan cerita yang mudah, robot bertinju. Jadi, sila dapatkan tiket premier anda segera dan jadilah antara yang pertama menyerongen dipanggung bila kelibat Hugh Jackman muncul..**drool…**

Dapatkan tiket anda segera…!!

 

Madonna Mengarah Filem W.E

 

Madonna melangkah setapak lagi dengan menjadi penerbit untuk filem W.E. Lamanya masa yang diambil beliau untuk mencuba cabang baru ini. Sebagai peminat Madge, (dia tak suka kita panggil dia nama tu)aku harap filem ini tak menghampakan. Kalau tak, itu yang pertama dan terakhir..makcik nyanyi aje la dan panggil pakcik Christoper Walken berlakon dalam klip video itu. Lebih menggembirakan..

*****

(Reuters) – Madonna on Monday said she said she doesn’t mind any criticism of her filmmaking abilities, so long as it is directed at her movie and not at herself.

The pop star told reporters at the Toronto International Film Festival, where she is promoting her second film “W.E.”, she had to earn her reputation as a musician and she expected to do the same as a film director.

“I had the same kind of pressure when I began my music career,” Madonna told reporters. “I was nervous, and I didn’t know what to expect, and people didn’t know what to expect.”

The film, which premiered at the Venice film festival and is screening at Toronto, has been characterized by critics as visually stunning, but lacking in focus and burdened by weak performances.

“I can tell when people are reviewing my film and when they’re reviewing me personally,” Madonna said when asked whether she cared about what critics thought. “So when they stick to the film, then I do care.”

“W.E.” stars Abbie Cornish as a young New Yorker in the 1990s who becomes infatuated with the 1930s marriage of King Edward VIII and American divorcee Wallis Simpson, played by Andrea Riseborough. It follows Madonna’s first feature, 2008’s “Filth and Wisdom,” which performed poorly at the box office.

Britain’s The Guardian newspaper was the harshest among the critics, giving the film just one star out five, while the Daily Telegraph gave a more positive three star review.

The budget of W.E. is estimated to be around $15 million, and it hits movie theaters in the United States in December, prompting one journalist to ask Madonna about her Oscar hopes for the film.

“My legs and my fingers are crossed,” she quipped.

Filem : Apollo 18

Aku ke The Summit, USJ atas urusan berpoya-poya, makan dan mencuci mata. Kerana semuanya telah selesai dan hari masih muda, aku dan Hadi akhirnya ambil keputusan untuk menonton wayang.

Hantu Bonceng – tolonglah wei!
Smurfs – tak mau!
Conan atau Final Destination 5 – lebih indah layan DVD haram tanpa potongan!

Hadi pilih Apollo 18. Jujur, aku kelabu habis pasal cerita nie. Tak pernah baca review, tak minat cerita angkasawan dan kosong informasi tentang biji butir filem ini. Jadi penilaian aku ini sangat Jujur Ella, Jujur Radja dan Jujurlah Padaku Geisha.

Cerita ini mudah. 3 angkasawan dipilih untuk misi Apollo 18. Sampai di sana seorang daripada mereka kutip batu sebagai sampel dari bulan dan batu itu sebenarnya ‘ada nyawa’. Angkasawan itu kemudiannya kena jangkitan, dan sudahnya semua tak boleh balik bumi. Matinya mereka sebagai hero dan hebatnya kerajaan mereka menjadikan mereka hero mati dalam tugasan – mayat tak dapat dikesan.

Cerita ini mengunakan konsep seperti Blair Witch Project dan Paranormal Activity. Aku hampir mengatakan Apollo 18 ini cerita hantu sebab aku banyak terkejut dan menjerit dalam panggung!

Mudahnya, apabila menonton cerita ini seolah-olah anda menonton Paranormal Activity + zombie + Armageddon tak jadi dan macam Shaun Of The Dead pun ada jugak.

Batu itu kemudiannya menjadi binatang seolah-olah labah-labah macam ‘scarab’ zaman Firaun. Aku rasa macam cerita-cerita berkonsepkan wabak…Tak angkasawan dan tak semenggah.

Sila beli DVD haram dan sagatkan di jalanraya selepas menontonnya. Kesimpulan lain, sampah masyarakat dan kulapok!

Transformers:Dark of The Moon – Apakah?

Senang cerita,aku tak pernah minat Transformers. Ya, zaman kanak-kanak riang cerita ini amat popular tapi aku sedikit pun tidak pernah mencuba untuk memahami masalah hidup autobots ini semua. Pernah dengar Merrie Melodies? Itu aku layan..

2 malam lepas aku dan Hadi berkesempatan menonton filem ini di Cineleisure, Damansara. Berjaya sang suami mendapatkan ‘couple seat’ dan tanpa bekalan air dan kudapan kami masuk dalam panggung tanpa sikit pun aku meletak harapan yang besar. Untuk pengetahuan, yang 1 dan 2 aku hanya menonton DVD.

Terus-terang cakap aku tak tahu nak tulis apa..Aku menyumpah seberapa lama durasi filem itu sebab panggung tu macam celaka panasnya. Ingatkan aku seorang. Hadi dah berpeluh-peluh dan orang sebelah aku dah menggelisah.

Yang aku faham cerita ini ialah 2 puak robot emo yang bergaduh, pengganti Megan Fox yang bibirnya macam kena sengat lebah dan entah, itu ajelah kot. Cuma ada beberapa perkara yang buat aku ingat Transformers 3 ini :-

  • Patrick Dempsey : dia keluar aje aku dah senyum-senyum gatal…
Patrick Dempsey yang aduhai..
  • Fatuush : John Turturro atau senang ingat Phantom dalam filem Zohan. Dia muncul aje aku dah gelak
Kau tetap Fatuush
  • Stupid Blonde Bitch pekat ya amat bunyi British..Awal kemunculan terus tayang selulit.
Miss tayang selulit
  • Spock’s Quote. Oh, mentang-mentang Sentinel tu guna suara Leonard Nimoy menjadikan relevankah quote Star Trek.
The needs of the many...

Tapi kalau korang memang suka cerita ini, layankan aje. Cuma kalau ada sambungan lagi tolonglah jangan ajak aku tengok, terutama dekat panggung yang aku dah pangkah tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...