Escape Plan

escape_plan_movie_still-1920x1440

Ini cerita utk warga matang jadi aku berikan 9/10. Jadi ia jatuh bawah kategori mesti tonton, tak tonton rugi apatah lagi kalau ada berumur 30 tahun ke atas – rugi besar dik non!

Ia mengisahkan tentang seorang bekas pendakwaraya, Ray Breslin lakonan selamba Slyvester Stallone menjadikan kerjaya masuk penjara dan mencuba memecahkan tahap keselamatan penjara tersebut dengan membolosinya sebagai satu cara untuk memberitahu kelompongan sistem keselamatan adalah serius dan perlu diambil berat oleh pihak kerajaan khasnya dan penjara amnya. Syarikatnya ditawarkan dengan satu tugasan menguji sistem keselamatan satu penjara dikawasan yang dirahsiakan dengan jumlah bayaran berjuta dollar. Ray Breslin bersetuju namun rupanya dia menjadi tahanan di sana atas rencana rakan kongsinya. Bermulalah cerita bagaimana dia mencuba untuk membolosi penjara rahsia ini dengan bantuan Rottmayer lakonan Arnold Schwarzenegger.

Cerita ini hebat. Ia sangat hebat dengan lakonan Jim Caviezel sebagai warden penjara yang membuktikan melakonkan watak jahat tidak perlu terjerit-jerit tak tentu hala dalam setiap babak. Reaksi mukanya yang dingin, lontaran dialog macam kena ganja tapi bertabah menyebabkan aku sangat menyenangi watak ini.

Sly Stallone pada aku biasa sahaja. Tapi bila digandingkan dengan Arnold jadi kuat. Kuat dalam erti kata kalau Arnold ni takde, Sly pun mcm picisan aje. Diselitkan beberapa unsur lawak dalam filem ini dan percayalah ia sangat matang dan dewasa!

THE TOMB

Aku sukakan filem ini.

Gravity : Arrrgh Uuuuh…Uuuuuh!

grav

Kalau anda bersalin normal atau pernah menemankan pasangan anda bersalin, filem ini pastinya memberikan imbas kembali yang merengsakan ditambah erangan aaarrrgh..uuuuhh…aaaaah yang konsisten sepanjang cerita ini berlangsung. Ya, pengalaman kita menonton memang berbeza tapi itulah yang aku rasa, ditambah faktor kesihatan semalam menyebabkan aku gagal mencari indahnya cerita ini. George Clooney juga gagal membuatkan aku ‘tersuka’ pada Gravity.

Gravity mengisahkan Ryan Stone (Sandra Bullock) sedang menggodek-godek apa entah diruangan angkasa ditemani oleh angkasawan Matt Kowalsky (George Clooney) – insiden tak diingin – cuba untuk bertahan – aaaaargh….arrrrrrgh..uuuuuh…uuuuuuh (Sekali lagi, maafkan aku..demam ini begitu mengganggu).

Tapi aku sedikit pun tidak menafikan kehandalan pengarah filem ini, Alfonso Cuaron.

Sudahlah…memikir nak menulis pasal Gravity inipun buat aku hampir migrain!

grav3jpg

Kick Ass 2

Kick_Ass_2_Poster

Jujur aku katakan lawak dalam Kick Ass 2 ini boleh tahan jahanam juga kelakarnya. Ia merupakan satu filem sinambungan yang melengkapi filem pertama. Kalau pernah tengok Kick Ass 1, yang kedua ini pastinya tidak mengecewakan. Tiada satu babak pun yang membuang masa. Semuanya saling berkaitan dan menguatkan jalan cerita.

Jalan ceritanya mudah. Red Mist ingin membalas dendam atas kematian bapanya yang di bazooka oleh Kick Ass pada filem terdahulu. Dia mengumpulkan pasukan tentera yang terdiri daripada bekas banduan dan penjenayah. Agak celaka, dia menukar namanya dari Red Mist kepada Motherfucker.

Dave (Kick Ass) mahu menubuhkang satu geng adiwira bersama Mindy Macready (Hit Girl) tetapi Mindy telah berjanji dengan penjaganya untuk menjalani hidup seperti remaja yang lain dan meninggalkan dunia Hit Girl. Kick Ass kemudiannya menyertai kumpulan Justice Forever yang diasaskan oleh Colonel Stars and Stripes.

jim

Apa yang menarik ialah kemunculan Jim Carrey sebagai Colonel Stars and Stripes, seorang bekas penjenayah yang telah insaf. Pada mulanya nyaris aku ingatkan itu adalah Van Damme, Dalam filem ini, Jim Carrey langsung tidak seperti filem-filemnya yang lain. Tiada kelucuan yang dibuat-buat. Faktor usia barangkali..

Juga kemunculan Donald Faison, yang terkenal dengan watak Dr. Turk dalam drama Scrubs – memegang watak sebagai Dr. Gravity.

turk

Keseluruhan, cerita ini sangat menarik. Aku terbahak-bahak gelak dengan gelagat adiwira ‘wannabe’ ini. Kalau korang tak suka, nyatanya korang tak faham cerita ini sebenarnya.

The Hobbit An Unexpected Journey

Hari yang di nanti tiba – tayangan The Hobbit yang dinantikan dengan keterujaan yang tinggi. Bertempat di Spark, MBO menjadi pilihan. Mujur orang tak ramai, dan aku boleh duduk pelbagai bentuk dalam durasi 2 jam 24 minit (sebenarnya lebih..) yang menduga. Mungkin ada masalah dengan reel tayangan, filem ini lewat 15 minit dari jadual asal dan berhenti seketika di minit 2 jam 30 minit kerana masalah teknikal. Aku hargai penonton matang yang ada bersama aku, sekitar 20 orang semuanya yang bertenang dan bersabar dengan masalah yang dialami oleh pengusaha wayang terbabit.

Dari 10 bintang, aku berikan 10 juga. Bukan kerana sepanjang tayangan 100% ia mendebarkan..tidak. Ini trilogy, ada 2 lagi bahagian menanti. Penceritaan filem ini sangat teliti dan menyeluruh. Kerana itu aku sangat berpuas hati dengan 1/3 pertama filem The Hobbit ini.

Filem bermula dengan Bilbo Baggins menceritakan kisah zaman mudanya – 60 tahun dahulu yang penuh dengan pengembaraan dan kisah-kisah lain yang menjadikan Bilbo seorang Hobbit yang banyak pengalaman hidup. Bilbo bersetuju untuk menyertai ‘perjalanan yang tidak dirancang’ atau unexpected journey bersama Gandalf dan 13 orang kerdil ke Lonely Mountain (Gunung Sepi). Untuk filem ini, penekanan cerita didasarkan kepada watak orang kerdil yang kehilangan gunung tempat mereka tinggal kerana ia ditawan oleh seekor naga bernama Smaug.

Ini sebuah filem yang epik, justeru ia memerlukan skor musik yang epik untuk menguatkan emosi penonton dengan filem ini. Seperti kuatnya lagu Lacrymosa diminda pasca menonton filem Pirates of the Caribbean, begitu juga denga lagu Misty Mountains. Bila mana orang kerdil bertiga belas ini berkumpul dan menyanyikan lagu ini, aku rasa itu bahagian yang menyentuh perasaan dan aku sukakan emosi berbaur di situ.

Aku menanti sambungannya tahun depan. Smaug mulai sedar orang kerdil kembali dan mahu menuntut kembali tempat mereka.

 

James Bond 007 : Skyfall

image

Semalam aku berpeluang tengok Skyfall. Dari PJ Oldtown jam 6.00 petang, trafik yang teruk ditambah hujan tak berhenti namun kami sempat sampai di Sunway Piramid. Mujur tiket sudah ditempah secara dalam talian kerana barisan yang beratur sempat tanak nasi layaknya. Wayang dijadualkan jam 6.45 petang.

Sebelum aku mematikan minat orang ramai atau mendatangkan amarah kepada yang kipas mati Bond, aku mahu menulis beberapa pendapat peribadi aku tentang Bond. Relevan tak relevan bukan masalah sebab aku tiada bahagian dalam saham Bond ini.

1. Poster
Billboard sebesar alam Bond yang sepatutnya gagah perkasa berdiri seperti wira yang mempunyai masalah angin pasang. Macam sakit lutut pun ada.Tidak segak, tegap dan meyakinkan. Poster pose baring itu pula biasa-biasa sahaja.

image

2. Lagu tema Bond
Setakat ini aku paling suka You Know My Name oleh Chris Cornell. Lebih mantap dan yakin diri. Skyfall Adele bukanlah tak sedap. Ok juga. Cuma bukan pilihan.

3. Bond Sebenar..
Hahahaha..aku tiada masalah dengan pelakon lelaki. Sean Connery ok, Pierce Brosnan super ok dan Daniel Craig juga terbaik. Rod Steele 0014 pun ok hahahahaha!

Ok..berbalik pasal filem Skyfall. Aku sifatkan ia sekadar biasa-biasa sahaja. Aksi ada, tapi tidak mendebarkan seperti Dark Night. Ia sekadar tengok sekali, lepas tu tak tengok lagi pun tak apa. Ada unsur-unsur humor yang bijak. Oh, itu aku suka. Cuma bila ada elemen gay sendu tu aku geli. Geli sebab pelakunya tak gagah…

Bond ini adalah prequel. Sebab itu watak Moneypenny dan M. Itupun kalau tak silap pemahaman aku yang sibuk curi-curi makan Kebab King dalam balang bertih jagung..

Nak tengok, tengoklah…tak tengok pun tak rugi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...