Lamanya Tak Mandi Sungai…

Hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum Syawal menjelang. Tidak seperti tahun-tahun yang lalu, tahun ini aku langsung tidak membuat apa-apa persiapan raya. Serba-serbi tak menentu keadaan kami sekeluarga dengan hal peribadi dan kerja.

Sabtu lalu agak tak memihak juga. Dengan cuaca yang sangat panas dan anak-anak buat perangai, memang stressed sangat rasanya. Anak-anak sentiasalahnya ada tenaga. Mama dengan abah dia pancit teruk. Memang kesian Eskandar dan Ezzudin. Aku biarkan Sabtu berlalu dan merancang bermula semula pada hari Ahad.

Seawal pagi selepas anak-anak selesai makan, Hadi minta aku bersiap kerana dia mahu bawa anak-anak ke Nabila Agrofarm di Seremban. Cadangan asal ialah pergi zoo, mandi laut dan kemudian beli baju anak. Mujur anak-anak bagi kerjasama dalam kereta dan boleh dikawal. Berbanding Sabtu lalu, mereka berdua langsung tak boleh diam sepanjang perjalanan dari Taman Permata ke Bandar Saujana Putra. Habis bersepah kereta dengan hemah-hemah makanan masa dua-dua anak ini bergurau dan bergaduh.

Aku malas sebenarnya memikirkan untuk mandi laut dalam keadaan bulan puasa ini. Tetapi demi anak-anak, aku bawa juga baju spare. Kami bertolak pukul 12.00 tengah hari dan trafik sangat mesra hari itu. Sayangnya, Nabila Agrofarm tutup…..kesian Eskandar. Dari pintu masuk dia nampak kuda. Terus dia cakap, “Mama….kuda! Kuda cokelat…kuda tengah makan! Mama….nak kuda.” Haih, lemah sendi mama dengar Eskandar merayu macam tu.

Mahu tak mahu, terpaksalah kami tukar agenda. Untuk ke Port Dickson akan mengambil masa tambahan lebih satu jam. Aku cadangkan pada Hadi agar lalu sahaja jalan dalam. Kalau ada tempat menarik, kita singgah. Kalau tiada, kita amik jalan yang menghala ke Broga. Sementara itu aku terus google kot-kot ada tempat mandi yang berhampiran kawasan ini. Hadi memberhentikan kereta di tepi jalan dan membuat carian yang sama.

Banyak aje tempat boleh pergi macam Rantau Eco Park, Gunung Angsi dan beberapa kawasan bersungai yang boleh kami pergi. Tapi memikirkan kesesuaian membawa anak, adalah beberapa faktor perlu kami perhalusi.

“B, cuba tengok kat Lenggeng ni ada apa” Hadi bersuara tiba-tiba. Ok..aku pun mulalah mencari informasi. Tak sempat aku baca pun tulisan pasal Lenggeng, aku dah rasa tak mahu pergi.

“Tak mahulah. Tempat tu banyak hantu…tengoklah takde siapa update post recently” kata aku. Masih tak puas hati, aku cuba buat carian lebih mendalam. Ah, sudah….kes bunuh diri pulak. Langsung kami tergelak-gelak dengan informasi yang aku dapat tadi.

Kesudahannya kami memilih untuk ke Jeram Toi. Aku baca review orang tempat ini ok dan bersifat. Disebabkan memang tengah panas terik, kami setuju ajelah. Malas nak fikir banyak. Lapar ni…

Oh, sebelum itu. Cadangan aku untuk pergi ke Makam Moyang Salleh ditolak oleh Hadi sebab macam tak sesuai aje bawa anak. Ingat lagi masa mengandungkan Eskandar kami pergi menziarah Makam Panglima Lidah Hitam di Muar.

Tempat ini pada aku selesa dan not so bad. Air bersih…tidak terlalu dalam dan berbatu dan yang penting, ada ruang landai untuk anak-anak mandi dengan selamat. Aku yang pada mulanya tak mahu mandi, terus tukar fikiran. Sambil melayan anak-anak, sambil itu aku membiarkan tubuh aku dihempas air terjun. Rasa macam kena massage kejap. Ezzudin senantiasa mahu berkepit dengan aku manakala Eskandar pula selesa bersendiri dan main pasir.

Masa kami datang memang tiada orang. Hanya ada satu keluarga Cina dan satu keluarga India. Mungkin sebab bulan puasa. Berdasarkan bilangan tempat kereta yang ada di sini, aku berani cakap ia menerima volume yang tinggi pada Sabtu, Ahad dan cuti am. Hadi dah siap planning, kalau ada satu hari yang kami berdua boleh lari sekejap, dia mahu bawa aku ke sini.

Punyalah seronok mandi di sini sampaikan Eskandar menangis-nangis tak mahu balik. Menangis tu aku boleh layan. Eh, dia buat drama pulak….Ezzudin, Hadi uruskan. Aku terpaksa mengejar Eskandar. Mula-mula dia naik ke tempat yang lebih tinggi. Masa ini, semua keluarga yang ada di kawasan ini sudah mula beransur-ansur turun. Kemudian dia sembunyi di bawah bangku dan menangis di situ. Jenuh aku pujuk. Maklum sahaja, kawasan hutan ni. Ada beberapa perkara yang perlu kita jaga batas-batasnya. Disebabkan aku tak larat nak melayan, memang kena cubitan yang paling mesralah di kaki dia. Aku mula tarik muka dan Eskandar menangis makin kuat. Tapi kali ini dia sudah mula minta peluk. Selalunya kalau dia minta peluk, itu tandanya dia nak berdamai bila aku atau Hadi sudah mula marah. Masa ini memang perasaan marah kami akan susut balik.

“Mama, nak peluk…..”teresak-esak dia merayu. Aku peluk dan pujuk dia. Kemudian dia minta dukung. Fuh, sudahlah puasa…berdukunglah dia turun ke bawah dan keadaan esakan dia semakin perlahan. Dia kemudiannya aku mandikan di tandas yang berhampiran, berikan air teh bunga, roti dan kemudiaaaaan…..terus berlayar! Ezzudin memang steady. Dia asal dapat apa dia nak, dia akan diam.

Aku pandang Hadi, Hadi pandang aku. Puas hati kami….So ke mana kita lepas ini? Jujurnya aku memang penat melayan anak-anak mandi tadi. Hadi tak mandi pun tadi tapi aku tahu dia letih menunggu. Kami memutuskan untuk terus balik rumah sahaja. Memang babai agenda shopping raya. Kita pakai sahaja apa yang ada. Sampai rumah, aku biarkan Hadi berehat dan aku menguruskan anak-anak walaupun aku sendiri rasa nak rebah sebenarnya.

Sesungguhnya, masa yang mencabar ialah masa menunggu anak untuk membesar. Sekian dulu…Akan datang aku cuba cerita pasal pengalaman aku dan hutan. Seram juga nak ingat balik, tapi ok kot sebab sudah lama sangat peristiwa itu berlaku.

p/s: sebelum balik, aku minta Hadi berhenti tepi jalan sebab aku nak ambil gambar rumah ini. Giler besar dan bertingkat-tingkat. Sampai sekarang aku tak tahu ini rumah apa dan rumah siapa…

The Great Wall

Lama juga aku tidak ke panggung wayang. Cerita terakhir yang aku tonton kalau tak silap ialah Dr. Strange. Rasanya minggu awal pembukaan aku sudah mencuri masa untuk menontonnya.

Semalam, aku berpeluang menonton The Great Wall. Macam mana nak cerita pun aku serabut lagi, tapi beginilah..What’s not to like? Matt Damon – Check! Pedro Pascal – Check! Check! Andy Lau – Gazillions Check! Check! Check! Boifren lama akak kot…Pendek kata casting memang sudah menarik untuk menonton walaupun belum tahu ceritanya macam mana.

Jujurnya, memang langsung tidak menghampakan. Punyalah best, sampai aku tak sabar nak dapatkan satu salinan untuk simpanan peribadi. Sinopsis cerita yang semenggah, bacalah sendiri di sini.

Kalau nak diikutkan, aku tepuk dahi juga dengan jalan cerita filem ini. Tapi memang pelakon yang ada menyelamatkan cerita. Secara ringkas, The Great Wall mengisahkan tentang William (Matt Damon), Tovar (Pedro Pascal) dan beberapa lelaki lain dari barat sedang dalam pelarian dikejar oleh Puak Khitan. Mereka di China untuk mencari serbuk hitam / belerang untuk dibawa balik ke tempat mereka. Mereka kemudiannya bersembunyi di dalam gua sebelum diserang oleh seekor “raksasa” misteri. William berjaya membunuh raksasa itu dan menyimpan tangan itu kerana dia ingin tahu jenis raksasa apakah yang berjaya dibunuhnya. Raksasa tak raksasalah sangat..aku rasa macam mengkarung kena magnify beribu kali.

Dalam perjalanan mencari serbuk hitam, sekali lagi mereka dikejar Puak Khitan. Dalam usaha melarikan diri, mereka ditawan oleh askar China dan sampai di Tembok China yang penuh misteri. Mereka kemudiannya dibawa berjumpa General Shao, General Lin dan Strategist Wang (Andy Lau). (Nampak aje Strategist Wang, akak dah senyum-senyum tanpa putus dah. Tapi Andy Lau nampak kurus sangat.)

William kemudian mengeluarkan tangan raksasa yang dibunuhnya semasa di dalam gua. Raksasa itu, Tao Tei – akan menyerang Tembok Besar setiap 60 tahun. Ok aku tak kuasa nak cerita kenapa 60 tahun, kenapa Tao Tei bagai-bagai sebab ini antara sebab kedua akak tepuk dahi. Dipendekkan cerita, William dan Tovar ditawan. Malam itu, Tao Tei berjemaah datang menyerang. William dan Tovar menunjukkan kehebatan mereka berperang dan semua orang mengucapkan terima kasih atas bantuan mereka berdua. Rupa-rupanya, bukan mereka berdua sahaja orang Barat di situ. Ballard (William Dafoe) telah ditawan oleh askar China selama 25 tahun di situ. Dia mengajar bahasa Inggeris dan Latin di situ dan kerana itulah General Lin boleh berbahasa Inggeris dengan baik – ini tepuk dahi jugak kaedahnya.

Seperti William dan Tovar, Ballard juga dalam misi untuk mencari serbuk hitam. Mereka bertiga berpakat untuk melarikan diri dan mencuri serbuk hitam yang ada dalam bilik senjata dalam kawasan itu. Namun William seakan berbelah bahagi kerana mahu membantu General Lin memusnahkan raksasa yang telah mengganggu gugat keamanan di situ. Strategist Wang percaya Tao Tei yang dibunuh oleh William dahulu menjadi lemah kerana William mempunyai sebiji magnet yang diyakini merosakkan deria Tao Tei. Dengan bantuan William, mereka berusaha menangkap seekor Tao Tei untuk membuktikan teori Strategist Wang.

Saat ini, Tovar dan Ballard telah selamat melarikan diri dan mencuri stok serbuk hitam yang ada. Mana ada kejujuran pada penyamun, Tovar akhirnya disailang oleh Ballard dan kemudian dia ditangkap kembali oleh askar China. William membantu General Lin untuk membunuh ratu Tao Tei dan yang lain-lain itu korang dah boleh agak apa jadi.

Apa yang menarik dalam filem ini ialah pakaian askar mereka dibuat dengan penuh teliti, elegan dan eksklusif – lengkap dengan color coding untuk membezakan tugas masing-masing. Bila mana semua unit sedang sibuk dengan pergerakan masing-masing, aku rasa macam tengok persembahan kemerdekaan pun ada juga.

Info menarik tentang filem ini :-

  • Ini merupakan filem Hollywood pertama lakonan Andy Lau.
  • The Great Wall merupakan filem China termahal yang pernah dihasilkan – setakat ini.
  • Watak Ballard asalnya ditawarkan kepada Bryan Cranston. Kalau tak bolehlah kita tengok Walter White dalam filem ini.
  • Pedro Pascal terkenal dengan watak sebagai Oberyn Martell dalam drama popular Game of Thrones. Itu juga punca akak senyum-senyum tak berhenti apabila menonton filem ini. Oh, sekali imbas ingatkan Tavor ini Jeremy Renner. Macam nak tersama pulak muka kedua-duanya.

Kesimpulannya, cerita ini ok la..tak rugi pun tengok. Selamat menonton! 🙂

Happy 16th Anniversary!

11960121_10153308800489335_7006537901727981720_n

14 Mac 2000 – 14 Mac 2016

16 tahun lalu, 14 Mac 2000… aku dan Hadi bersetuju menjalinkan hubungan persahabatan yang serius selepas 2 semester berutusan surat tanpa mengenali antara satu sama lain dan sebulan bertemu dan berkenalan secara bersemuka . Inilah hubungan percintaan paling epik yang aku rasai. Ia bermula dengan jalinan percintaan antara seorang lelaki dan perempuan dan disusuli dengan ikatan perkahwinan 5 tahun selepas itu.

224750_3095734212359_920517042_n

Bolehlah aku katakan hubungan kami ini sudah cukup matang, ikatannya juga kuat walaupun kadangkala konflik timbul juga. Mungkin komunikasi antara kami menjadi sebab utama masalah yang timbul tidak melarat lama sangat. Dia faham aku, aku faham dia. Yang penting, rasa sayang yang ada itu banyak dan menyeluruh. Rasa sayang yang ada menyebabkan kami menerima ketentuan hidup ini bersama-sama. Seteruk mana situasi yang berlaku, aku akan ingat lima ratus empat belas ribu sayang dan ciri-ciri baik yang ada padanya untuk aku bertahan. Mungkin dia juga sama. Kerana itu kami serasi dan selesa bersama.

IMG-20150928-WA010

Hadi, i love you so much. Every day is a new day…16 tahun kita dewasa dengan kata-kata ini. Saya harap hubungan kita ini akan berkekalan. Semoga kita hidup dan membesarkan anak-anak dengan kasih sayang yang tidak berkesudahan. Atas kasih sayang dan kesabaran sepanjang meniti hubungan kita ini, saya harap tuhan akan memberikan balasan yang sebaiknya untuk kita semua.

Happy Anniversary…me love you long time 🙂

Pitch Perfect 2

Pitch-Perfect-2--Super-Bowl

Akhirnya sebelum filem Pitch Perfect 2 ini habis tayangan di pawagam sempat juga aku menyaksikannya malam Rabu lepas.  Aku tengok yang pertama, memang best dan untuk itu aku agak risau juga kalau tak sempat tengok yang kedua. Walaupun adakalanya aku melanggar undang-undang hak cipta antarabangsa dengan memuat turun pelbagai drama/filem dari ‘file sharing site’, nak menunggu filem ini macam lama pulak.

  • First of all, memang best giler. Kak Benny kasik 10 bintang!
  • Cerita ini memang sesuai untuk menghilangkan tension. Boleh dikatakan perjalanan cerita yang cepat dengan lagu-lagu cover menarik yang ada membuatkan aku menyanyi jugak dalam pawagam tu, cuma tak kuat sangatlah.
  • Aku berterima kasih kepada filem ini kerana tidak merosakkan mana-mana lagu. Sampai sekarang aku tak boleh dengar lagu The Sign – Ace of Base sebab masa filem pertama terrrrlalu kerap lagu itu dinyanyikan.
  • Fat Amy

fat amy

Tak sampai 5 minit pertama aku dah terbahak-bahak. Satu, sebab Fat Amy feeling-feeling Miley Cyrus dengan bola besar gedabak, sementelah memang dia debab pun.

Kemudian gelak tu jadi viral bila seluar dia terkoyak dalam persembahan yang dihadiri Presiden Amerima, Obama.

Masih lagi dia, masa masuk perangkap beruang tu memang lawak.

Masa dia feeling-feeling nyanyi lagu We Belong tu pun sengal giler. Btw dia dengan Bumper tu oklah, penyedap cerita. Bumper pun dah less annoying dalam filem ini.

  • Watak Baharu – Emily dan Flo

Emily – Ok la..pada aku biasa-biasa aje.

tumblr_nm45vvrXz11svl2rco1_400

Flo –  Ok dia memang kelakar giler babi. Asal buka mulut aje mesti benda pelik-pelik keluar especially pasal pengalaman dia sebagai pendatang.

1-flo_aw_28948-pitch-perfect-2.jpg__650x935_q70

  • Das Sound Machine – giler gempak! Ramai yang berpendapat mereka sepatutnya menang pertandingan tu instead of Barden Bellas. Yup, aku turut bersetuju.

Flula-Borg

  • Flashlight

Jujur mengaku, memang aku suka sangat scene Barden Bellas baharu dan lama bergabung di atas pentas menyanyikan lagu Flashlight. Rasa terharu itu sangat kuat, macam basah-basah jugak pipi masa tu. Scene itu kuat, susah nak terangkan tapi cukuplah aku katakan kalau aku juri pun markah mereka besar sebab itu.

  • Green Bay Packers

635521307970271285-5706-TP1-00045-copy

Setiap kali diorang menyanyi aku gelak. Badan langsung tak tally dengan suara!

  • The Voice!

Scene ini memang jilake. Bumper pergi Blind Audition The Voice. Blake Shelton, boifren ai, orang pertama yang tekan butang. Yang haramnya, dia dah tengok Bumper dia tekan lagi sekali pulak sebab tak nak.

Aku dengki dowh!
Aku dengki dowh!

 

Siapa yang belum tengok, pergi tengok segera. Kalau tak tengok yang pertama, takde hal. Tak mencacatkan pemahaman pun sebab cerita ini straight to the point.

Sekian.

Escape Plan

escape_plan_movie_still-1920x1440

Ini cerita utk warga matang jadi aku berikan 9/10. Jadi ia jatuh bawah kategori mesti tonton, tak tonton rugi apatah lagi kalau ada berumur 30 tahun ke atas – rugi besar dik non!

Ia mengisahkan tentang seorang bekas pendakwaraya, Ray Breslin lakonan selamba Slyvester Stallone menjadikan kerjaya masuk penjara dan mencuba memecahkan tahap keselamatan penjara tersebut dengan membolosinya sebagai satu cara untuk memberitahu kelompongan sistem keselamatan adalah serius dan perlu diambil berat oleh pihak kerajaan khasnya dan penjara amnya. Syarikatnya ditawarkan dengan satu tugasan menguji sistem keselamatan satu penjara dikawasan yang dirahsiakan dengan jumlah bayaran berjuta dollar. Ray Breslin bersetuju namun rupanya dia menjadi tahanan di sana atas rencana rakan kongsinya. Bermulalah cerita bagaimana dia mencuba untuk membolosi penjara rahsia ini dengan bantuan Rottmayer lakonan Arnold Schwarzenegger.

Cerita ini hebat. Ia sangat hebat dengan lakonan Jim Caviezel sebagai warden penjara yang membuktikan melakonkan watak jahat tidak perlu terjerit-jerit tak tentu hala dalam setiap babak. Reaksi mukanya yang dingin, lontaran dialog macam kena ganja tapi bertabah menyebabkan aku sangat menyenangi watak ini.

Sly Stallone pada aku biasa sahaja. Tapi bila digandingkan dengan Arnold jadi kuat. Kuat dalam erti kata kalau Arnold ni takde, Sly pun mcm picisan aje. Diselitkan beberapa unsur lawak dalam filem ini dan percayalah ia sangat matang dan dewasa!

THE TOMB

Aku sukakan filem ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...