Ezzudin Dzulfikar Abd Hadi Sudah Setahun!

11mo

Sebelum mama menulis panjang lebar, mama ucapkan Selamat Hari Lahir buat Ezzudin Dzulfikar yang disayangi. Mama tak pasti sambutan jenis macam mana yang akan kita raikan petang nanti. Cukup Ezzudin tahu yang mama dan abah berusaha sedapa-upaya meraikan hari jadi kamu hari ini. Kalau ada kesempatan akan mama tulis juga untuk kenangan kamu di masa hadapan.

Mungkin Ezzudin rasa cerita tentang abang Eskandar lebih banyak berbanding kamu tapi ketahuilah – kasih sayang mama pada kamu berdua (setakat ini) adalah sama. Tiada yang lebih dan tiada yang kurang. Cuma satu kamu perlu faham mama dan abah berjuang dengan masa dalam keadaan kami berdua sama-sama sedang melanjutkan pelajaran. Masa mama mengandungkan abang Eskandar, mama sedang cuti belajar. Ezzudin pula dalam keadaan mama sudah berkerja. Sangat payah untuk mencuri masa.

Tapi beginilah…

Seperti abang Eskandar, untuk mengandungkan kamu mama tetap harus melakukan procedure cerclage. Cuma kamu lebih mudah. Mama dan abah sudah ada pengalaman dan kami lebih matang melalui pregnancy kedua ini. Ezzudin, kamu serba mudah dan memudahkan dan senang yang menyenangkan. Tiada alahan yang kronik. Cuma mama cepat letih. Kamu lasak dan berat 🙂

ezzudin 1ezz2

Nama kamu – Ezzudin Dzulfikar juga tidak mengambil masa yang lama untuk kami bersetuju. Nama kamu sedap, maknanya juga baik dan yang penting – nama ini bukan pilihan ibu bapa zaman kamu dilahirkan. Kalau tak percaya bila kamu sekolah nanti mesti ramai kawan-kawan yang bernama Danial, Rayyan, Aaron, Haziq Faziq Raziq dan lain-lain.

11258210_10153030380439335_9117670192106920042_n

Cuma satu yang kami khuatirkan kala itu. Setiap kali check-up doktor kata seolah-olah ada ‘irregularities’ dengan nadi kamu. Itu memang merisaukan kami berdua. Alhamdulillah semuanya okay. Macam yang mama kata, kamu itu kuat. Orangnya kuat, semangatnya pun turut kuat. Mama masuk hospital jam 6.30 pagi, 7.07 minit kamu selamat dilahirkan. Memang mudah melahir dan membesarkan kamu. Oh, vokal kamu – satu taman boleh dengar! Kalau lambat kehendak kamu dipenuhi memang menderita sangat bunyinya. Tapi dah lama kelamaan itu suara kamu semakin husky dan Cakra Khan. Menjerit pun tak kuat mana dah – tapi hiba sangat bunyinya 🙂

ezzudin 1 bulanezz9

Oh, kamu nie jenis mulut kena sumbat pacifier – sebab kamu cepat lapar dan meragam kalau lambat. Jadi ini menyelesaian yang terpaksa kami buat. Ambil masa sampai kamu berusia 9 bulan juga untuk mama putuskan hubungan kamu dengan benda tu. Berjaya juga!

Ezzudin…jadilah kamu manusia yang penyabar..yang membantu sesama adik-beradik dan saudara-mara. Janganlah mudah diperdaya dan dipergunakan. Yang penting, membesarlah menjadi manusia yang berguna dan bercampurlah dengan manusia dalam berbeza warna kulit dan pegangan agama. Cari persamaan, bukan perbezaan.

Happy birthday Ezzudin Dzulfikar. Detik ini, bila kamu baca catatan mama ini usia kamu ialah setahun. Kamu dilahirkan suci dan bersih. Kekalkanlah kesucian dan putih suci warna itu selamanya. Mama dan abah sentiasa berdoa yang terbaik untuk anak-anak mama. We love you so much…i love you more than words can say. Mama berdoa supaya diberi rezeki untuk membesarkan kamu sebaik-baiknya dan berpeluang melihat kamu dewasa.

raya

Ikhlas – Mama.

 

 

Ohai, Rindu ED!

1

2 minggu terpaksa tinggalkan mereka di Melaka. Kasihan…mama dan abah sangat sibuk. Abah struggles membahagi masa Sabtu dan Ahad. Mama terpaksa akur jadual Abah.

Kalian terpaksa kami tinggalkan sementara di sana.

Sumpah, rindu!

 

Sabar Eskandar Dzulkarnain…

3

Sabar Ezzudin Dzulfikar…

2

Kami sedaya upaya mencipta masa depan yang terbaik untuk kalian berdua. Berikan kami masa untuk menguruskan kesibukan yang ada. Percayalah anakku berdua, semuanya untuk kalian juga.

 

Pengorbanan kami,

Pengorbanan kamu,

Insyaallah hasilnya bersama kita raih satu masa nanti.

 

Semoga Tuhan makbulkan semuanya…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...