PKP:47 Hari Tak Jumpa Family…

“B, I dah rasa macam single father…”
B, I pun dah rasa mcm janda…
Kedua B ni mengeluh kesah mak esah dalam perbualan kerinduan yang lalu.

So bersyukurlah yang kena perintah kawalan pergerakan bersama keluarga. Kami yang sebulan lebih tak jumpa yang tersayang ni bersabar aje hari-hari. Siap dah buat plan nak masak apa kat opis 1 Syawal nanti…

Dengan bangganya tuan tabib hari ni buat Kek Batik. Seronok tengok anak-anak makan. Mama pula dah start buat kuih bijan. Aku ni celik mata aje up sound dalam dingin subuh…

Tuan Tabib Buat Kek!

Aku pernah post pasal Eskandar Dzulkarnain menangis masa video call dengan aku minggu lepas sebab dia nak makan kek. Hari gaji lepas masa Hadi beli barang dapur untuk kegunaan dia, dia sempat singgah kedai kek dan beli 1kg kek. Kedai pun tak kuasa nak meniaga, dia dapat diskaun 50% utk kek itu. Walaupun 2 orang aje anak yang makan, kek hanya bertahan 2 hari.

Hari ini sesuatu yang tak pernah aku jangka terjadi – Hadi buat kek untuk anak-anak! Bukan setakat kek, dengan toppingnya sekali. Banjirun la Kak Benny kau kat opis ni tengok gambar anak-anak makan kek yang abah dia buat. Sepanjang umur aku, aku tak pernah buat kek. Buat puding jagung bolehlah. So bila dia ambil inisiatif untuk belajar buat sebab anak-anak suka makan, aku tahu anak-anak aku ada dalam tangan yang betul. 

Kami patut celebrate ulang tahun hubungan yang ke 20 Mac ini. Sudah 28 hari aku belum ada kesempatan untuk bersama dengan mereka. Setiap kali bersembang kat telefon, mulalah aku berjurai-jurai. Aku tak boleh nak describe perasaan tu macam mana. Belum masuk rasa hiba sebab dalam tempoh begini aku tak boleh balik ke Lembah Keramat untuk ziarah pusara anak dan abah aku dan jumpa mama.

Jaga anak-anak aku bukan mudah. 2 hari lepas Ezzudin Dzulfikar terajang cermin kereta sampai pecah. Itu punca-punca serabut jugak tu. Masa MCO ni bukan semua bengkel buka. Harap-harap takde lagilah dugaan anak-anak ni sepanjang aku jauh dari mereka.

So Makcik Kiah boleh ketepi. Tuan tabib dah pandai buat kek . Dan Kak Benny kau sikit pun tak kisah dia nak shopping kat Aeon. Afterall, best woman win kan. Nak-nak kalau dia cakap dia nak belikan PS5.  🙂 (tiberrr…).

#mifamilia
#forevermeansforever
#myADHDson
#myautisticson
#supermomyangcengeng
#apabilakakbennymenulis

Rutin Anak-Anak Masa PKP

Eskandar Dzulkarnain anak yang baik, walaupun dia tak boleh duduk diam. Menjaga dia ni kadang-kadang lebih menduga dari menjaga Ezzudin Dzulfikar. Aku faham dia tak minta jadi dan berpelakuan hiper seperti itu. Memang kesabaran sahaja yang membuatkan aku dan Hadi kuat untuk menguruskan mereka berdua.

Dia ni picky eater…tapi menu yang tidak menyusahkan. Nasi dgn telur, nasi ayam, bihun (ini favourite dia especially kalau mak mentua aku yang masak) dan spaghetti. Ikan goreng tak berapa makan, ayam goreng pun sama. Ikut mood. Kalau makanan segera, memang McD ajelah sebab dia makan bubur ayam dan cheese burger. Cheese burger tu memang cheese dan burger aje. Kami kena asingkan sayur dan daging, carik roti dan letak cheese. Sampai sampai tu gaya dia makan.

So bermula 2 hari lepas Hadi mula duduk bertiga dengan anak-anak dirumah kami sendiri. Tak jauh pun dalam 5 minit dari rumah keluarga Hadi kalau berkereta. So seorang diri dia uruskan 2 nyawa ni. Bila Hadi memasak, Eskandar pun nak bantu juga. Aku ok aje…just pesan jangan ajar dia buka api dulu. Dia tak faham lagi.

So rutin anak-anak sepanjang MCO ini tengok tv, mandi, makan dan menulis/melukis. Rumah sepahlah. Aku tak kisah. Nanti bila semua ni berlalu aku akan kemas balik. Asalkan diorang tak keluar dari rumah pun dah cukup baik.

#myADHDson
#forevermeansforever
#supermomyangcengeng

Tuan Tabib Masak Spageti!

Pagi tadi Eskandar Dzulkarnain video call dengan aku. Merayu-rayu dia “mama nak cake…nak spaghetti, nak cake, nak spaghetti…
Nak mamaaaaaa…..”
Pastu dia toyak…

Pastu Hadi pulak pandang aku. Haih…kitorang helpless giler. Aku memang dah barai la dengar anak meratap-ratap macam tu.

Then Hadi text tanya macam mana nak masak spaghetti. Aku ajarlah seringkas mungkin. Amik kau…2 pinggan Eskandar makan. Cake aje aku tak dapat bantu sebab aku jenis masak lauk-lauk aje. Kuih dan kek ni beli ajelah senang. Nak buat tu renyah…

Ikut akal tak sihat aku memang nak menderu aje balik Melaka sebab pagi tadi banyak insiden jadi. Si Judin patahkan jarum insulin bapa mentua aku, pastu rendam vacuum cleaner dalam kolam. Kesian Hadi lalu sorang2…tapi itulah rumahtangga. Masing-masing kena main peranan.

Apapun i’m proud of you my tuan tabib…sekali-sekala dia masuk dapur memang dahsyat penangannya. Asalkan yu tak masak sayur campur hirisan hotdog, i is okay 🙂
#hadicancook
#myfamilia
#myADHDson
#forevermeansforever
#haditakdefacebook
#memoriseramhotdogterapung

Rindu Judin…

19 hari sudah aku tak jumpa keluarga. Dengan Eskandar Dzulkarnain dapatlah sembang-sembang seadanya. Tapi dengan Ezzudin Dzulfikar emosi dia tak terluah. Aku tahu dia rindu aku. Aku ni lagilah, rindu yang tak terhurai.

Ada sekali masa aku video call, dia renung aje aku. “Mama….” itu aje dia cakap. Kemudian dia tunjuk satu persatu toys yang dia tengah main dan aku layan sampai semuanya dia dah tunjuk kat aku. Mujur dia bukan jenis meraung bila nampak muka aku…sejenis lega kat situ.

Aku rindu dia tarik tangan aku minta buatkan susu…
Aku rindu dia bersandar pada aku bila aku tengah duduk membalas urusan kerja dengan telefon.
Sampai satu tahap aku rindu bila dia debik aku sebab Eskandar kacau dia.

Moga Allah peliharakanlah keluarga aku semua dari ujian ini. Demi keselamatan semua, memang duduk terpuruk dirumah itu sebaik-baik tindakan, walaupun hati aku remuk tanpa mereka di sisi.

Bila semua ini selesai, aku nak bawa dia kat kedai Eco. Kau boronglah segala mak nenek mainan kapal terbang yang kau nak. Mama akan teman main sama-sama sampai semuanya berderai.

Haih…sumpah rindu
#ezzudindzulfikar
#judinjudika
#judinhensem
#myautisticson
#forevermeansforever
#supermomyangcengeng

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...