KENAPA SEKOLAHKAN ANAK KAU KAT MELAKA???

 

02.01.20…
Hari pertama persekolahan bagi kedua-dua anak istimewa aku. Bermulalah episod seorang supermom yang bangun awal pagi menguruskan anak-anak yang macam-macamlah ragamnya. Yang Eskandar liat nak bangun pagi. Yang Ezzudin pula tak sabar-sabar nak bangun pagi. Dia senang nak uruskan. Walaupun autistik, aku sifatkan dia sebenarnya mudah dan memberi kerjasama. Tidaklah aku seorang buat segala benda. Bersama-samalah kami suami isteri bersilat subuh tadi.

Udara pagi seawal 6:00 tadi meniupkan aroma rempah bihun goreng entah rumah siapalah yang masak – sangat menyelerakan. Tiberr…

Kedua-dua anak perlu ada di sekolah pada pukul 7:30 pagi. Cadangnya kami berpisah menguruskan seorang satu. Tapi disebabkan ini hari pertama persekolahan, takpelah Judin lewat sikit. Sekolah Eskandar terletak hampir 5km dari rumah, manakala sekolah Judin pula 20km dari sekolah Eskandar. Pejabat Hadi pula terletak hampir 10km dari sekolah Ezzudin. Nampak…betapa crucialnya waktu pagi untuk Hadi nanti. Faham ajelah jalan kat Melaka ni satu lane aje. Sementara aku ada ni, tidaklah dia terbeban sangat. Ok takpe, itu cerita lain.

Eskandar adalah murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Kerana itu, dia menyarung uniform berwarna ungu. Tidak seperti kanak-kanak lain pada usia 7 tahun, dia masih belum lancar berkata-kata. Cakap alien pun pekat lagi. Belum sembang nak buang air besar. Pendek kata, dia belum boleh mengurus diri sendiri.

Kerana itu, kami terpaksa memilih untuk menyekolahkan dia di Melaka. Hadi terpaksa mohon pindah sini. Aku pula hanya berserah pada Allah. Apa juga suratannya, aku akan selalu berdoa semoga keluarga kecil kami ini tidak akan terpisah lama. Aku percaya konsep rezeki, redha dan sakti. Jadi, sabarlah hai Kak Benny…Jatuh 7 kali, bangun balik 8 kali.

Eskandar satu sekolah dengan 2 abang sepupunya. Jadi aku tidaklah risau sangat keberadaannya di sekolah itu. Habis waktu sekolah, adik Hadi akan membantu menguruskan Eskandar. Ezzudin pula sekolah full day. Jadi anak-anak berada dalam tangan yang selamat. Orang senang aje cakap, “sekolahkanlah aje dekat Putrajaya atau Pantai Dalam, pastu upah van hantar ajelah transit.” Anak aku cakap pun tak lepas. Kalau van tinggal dia, pastu apa-apa jadi pada dia macam mana? Yang kena tuduh cuai tetaplah mak bapak. Kau boleh kasi aku kesian aje. Tak payah….! ha, mulalah Kak Benny kau emo.

So hari pertama di sekolah, rambut dialah yang paling J-pop sekali. Dah kena tegur pun. Terpaksalah aku pendekkan nanti…

Elok 5 minit kami tinggalkan sekolah, dia terberak pula dalam seluar. Mujurlah maksu dia masih ada di sekolah. Yang sepupu dia seorang lagi dekat KL terkencing depan sekolah. Haih…masalah nervous masuk tempat baru kot. Weh, Judin pun sama. Tapi dia terberak 5 minit sebelum aku sampai sekolah untuk ambil dia balik.

Perasaan aku anak sudah sekolah rendah? Jujurnya, hari ini perasaan aku penat. Of course aku rasa risau, terharu, nervous dan perasaan yang mak-mak lain rasa. Aku nangis dalam hati aje.

Tapi hari ini sangat penat. Lepas hantar Eskandar, bergegas hantar Ezzudin. Dia sampai 8:30 pagi, sejam lambat dari waktu sepatutnya. Kemudian terus ke Mydin Air Keroh untuk beli barang sekolah anak yang tak cukup. Misi gagal…pergi Hari-Hari. Pun tak complete senarai. Masuk Giant. Pergi duplicate kunci…bla…bla..bla…, tahu-tahu dah petang. Amik Ezzudin, balik rumah mak, urus anak-anak makan, bawa Eskandar potong rambut, balik rumah aku, urus anak-anak nak tidur dan kejap lagi kemas beg sekolah diorang. Aje rabak aku arini…

Tapi situasi hari ini dan esok bukan cabaran sebenar. Cabaran sebenar adalah Isnin minggu depan. Minggu ni ramai lagi yang cuti. Trafik sebenar belum diuji.

Setakat itu dulu. Aku nak tidur. Esok kena bangun awal. Lepas uruskan anak-anak, kena ke Putrajaya untuk uruskan pertukaran rekod kesihatan anak-anak dari Hospital Putrajaya ke Hospital Melaka. Oyasuminasai
#apabilakakbennymenulis
#supermomyangcengeng
#myADHDson
#myautisticson
#forevermeansforever
#2of365

KAK BENNY DRIVE KE JB 2.0!

 

She says, we’ve got to hold on to what we’ve got
It doesn’t make a difference if we make it or not
We’ve got each other and that’s a lot for love
We’ll give it a shot…

Minggu lepas aku ke JB bersama anak-anak manakala Hadi ke Bali dengan geng The Sickos. Minggu ini, kami berjanji untuk habiskan cuti hujung minggu bersama anak-anak. Cadangan asal mahu ke Pantai Timur tetapi disebabkan harga penginapan semua seakan tidak mahu bersahabat, maka lokasi adalah bergantung kepada harga penginapan yang logik dan fasiliti yang boleh membuatkan anak-anak riang ria bercampur penat.

Godek punya godek, maka dapatlah penginapan yang aku harapkan dan lokasinya – Johor Bahru. Tak apalah…alang-alang adik aku masih di sana dapatlah kami berjumpa lagi. Jadi sejak Rabu minggu lepas hanya badan aje di KL…Jiwa raga aku sudah melayang ke JB. Hadi lebih mengada…separuh badan di JB dan separuh lagi di Bali.

Perjalanan dari Bandar Saujana Putra ke JB diselaputi dengan jerebu yang menjadikan jarak penglihatan agak terhad. Dah rasa macam duduk di kayangan…asap aje. Tapi setidaknya dikayangan ada bidadari dan ditemani alunan harp oleh bidadara jantan yang hensem macam sexy sitar player dalam klip video lagu Selena Gomez. Sepanjang perjalanan kami itu pula penuh dengan persahabatan enjin motor rempit sengkek dan rempit berduit yang memandu berjemaah secara Monster Inc dan lagu yang tak meransang pemanduan jauh dari stesen-stesen radio tempatan.

Ketika mendaftar masuk, aku diberitahu unit yang aku minta ditutup sementara kerana ada gangguan bekalan elektrik dan digantikan dengan unit lain, ditempat lain tapi milik ejen yang sama. Aku tak kisah sangat asalkan asas pemilihan bilik yang aku mahu ada. Alhamdulillah…semua okay walaupun bangunan itu masih belum siap sepenuhnya. Masih banyak pekerja-pekerja binaan bertungkus-lumus menyiapkan separuh tower lagi. Bagus korang…Tak macam penbinaan di satu premis yang tersohor. Dah tak nampak dah progres pembinaan bangunan sarang burung walit tu. Eh, korang pekerja dari mediasiti ke???

Habis aje loading barang, terjun tiruklah kami sekeluarga. Anak-anaklah yang paling gembira. Kami nak manja-manja bergesel pun tak dapat sangat sebab asyik memantau anak berdua mandi. Kolam tu infinity pool dan mengadap Legoland. Bila diorang berenang sampai hujung aku jadi nervous. Terpaksalah jadi macam keeper bola menampan anak-anak dari terus berenang ke hujung kolam.

 

Sepatutnya pemandangan dari pool itu indah menawan seolah-olah berada di alam fantasi. Tapi macam kena fogging aja suasananya. Mujur malam semalam hujan…jadi pagi tadi jelaslah ejaan Legoland dan cantiklah juga nak bergambar.

Insya Allah akan banyak lagi trip mengejut seperti ini. Asalkan anak-anak happy, aku akan usahakan.

 

SO, AKU ADA DUA ANAK OKU…

 

Sebulan kebelakangan ini, aku tidak aktif sangat dalam media sosial. Awalnya aku terasa macam mahu incommunicado sekejap sebab mood aku lari teruk. Beberapa perihal besar amat mengganggu hidup aku. Kerana itu aku berhenti menulis sekejap. Nak menulis macam mana…asal tulis aku rasa give up dan rasa penat dengan dugaan hidup. Macam hidup aku aje ada dugaan. Hidup orang lain lek-lek aje…

Biasalah tu setan berbisik.

Kisah ni agak panjang sebab berkait-kait. Kalau bosan baca, korang sedekah doa ajelah untuk anak-anak dan aku sekali.

Aku mulakan dengan kisah aku dan Hadi yang banyak konflik hidup. Kitorang agak st?uggle dengan relationship yang ada. Bukan sebab ada orang ketiga, pat nam lapan ni tapi sebab anak-anak. Kami sama-sama penat dan dengan ragam anak-anak, betul-betul drained tenaga kami berdua. Judin satu hal…Eskandar pun menuntut kesabaran kami juga sebab dia selalu kacau barang-barang Judin. Bila masing-masing mula naik darah, komunikasi kami memang tak harmoni langsung.

Bila salah seorang kawan baik Hadi meninggal, dia memang down sangat. Aku pula jenis tak emosi lama-lama. Kami mula bercakap macam laki bini balik dan berjanji untuk baiki diri, ubah gaya hidup. Aku agak konsisten berubah tapi Hadi payah. Dugaan dia banyak.

Satu hari, Eskandar ada appointment hospital dan doktor beritahu dia maybe autisme, macam Judin juga. Masa Judin disahkan autistik, Hadi susah nak terima keputusan tu. Kali ini aku pula koyak teruk. Aku menangis tak henti-henti memikirkan masa depan diorang. Tak cukup seorang, seorang lagi. Ini semua balasan tuhan ke apa? 7 tahun kami tunggu nak ada anak. Bila ada macam ini yang kami dapat???

Hadi banyak tenangkan aku. Banyak kerja-kerja rumah dia yang uruskan sebab aku terus jatuh sakit. Asyik tidur aje lepas balik kerja. Lama-lama aku fikir, sampai bila aku nak sedih-sedih? Aku try bangun balik perlahan-lahan. Kali ini, kami layan Eskandar sama macam Judin. Disebabkan dia istimewa, layanan pun kena macam melayan anak-anak istimewa.

Disebabkan que hospital lama sangat, kami ke NASOM utk dapatkan keputusan pengesahan autisme awal kerana nak atur sekolah untuk dia tahun depan. Korek la duit celah-celah mana ada dan dapatlah kami keputusan itu. Mujur Hadi ada kawan di sana dan kami hanya tunggu seminggu untuk dapatkan tarikh pemeriksaan.

Keputusan yang dinantikan terus keluar. Eskandar tidak autistik tapi dia ada ADHD. Well…tak berapa tenang aku terima semua ni. Sah sudah…aku kini ada 2 anak OKU …. So, terus kami uruskan kad OKU Eskandar hari itu juga.

Dalam pada itu, pejabat aku nan permai ada mengadakan sesi pemeriksaan kesihatan secara percuma dengan kerjasama Institut Jantung Negara. Aku memang nekad untuk check kesihatan sebab aku ni jenis kalau makan, belasah aje sampai nangis-nangis syahdu. So, aku berpuasa seperti yang diminta untuk mendapatkan bacaan yang tepat.

Tanpa dijangka, malam itu Ezzudin meragam teruk. Aku langsung tak cukup tidur dan temankan dia semalaman di ruang tamu sementara Eskandar dan Hadi tidur dalam bilik. Pukul 4 pagi baru dia tidur. Aku sempat lelap 30 minit dan kemudian bingkas bangun bersiap untuk pergi kerja.

Alhamdulillah…kadar gula dan kolesterol ok. Tapi BP aku meroket 163/110! Tanpa prejudis terus dapat referral letter dan aku diminta terus ke bahagian kecemasan Hospital Putrajaya. Aku jem kejap…Ubat yang doktor bagi aku tak makan-makan lagi. Sudahnya aku bagi salinan slip tu pada bos, dan dia suruh aku balik.

Sampai rumah, aku duduk aje dalam kereta dan bodoh 10 minit kat situ. Sudahnya aku pergi kedai cuci kereta dan minta mereka vakum aje kereta sementara aku termenung menunggu sambil fikir apa nak jadi dengan hidup aku.

Balik rumah, aku makan ubat dan tidur sampai petang. Hadi memang susah hati bila aku mula tak jadi macam orang. Asyik nangis aje…tidur nangis, tengok TV nangis. Aku tak toyak apapun memang air mata aku turun sendiri.

Esoknya aku ke klinik dan bacaan aku makin naik. Terus dpt ubat untuk 10 hari dan aku kena pergi klinik dalam tempoh itu untuk monitor bacaan. Tapi aku rasa bacaan naik sebab aku dah instill rasa panik dalam otak. 167/119!!!

Aku dapat MC tapi aku terus start kereta dan memandu tanpa haluan. Asal tayar golek. Tak lama lepas tu, Abang Zam Ali telefon dan kami bersembang kejap. Barulah aku rasa macam nampak hala tuju dan nekad untuk tak bergantung dengan ubat. Aku amalkan jus Lega sebab nak bancuh sendiri aku takut aku tak lalu makan.

Aku monitor bacaan. Ok la…turun dari 167 ke 138…turun naik ikut keadaan tapi tak tinggi dulu. So memang aku kena betul-betul jaga. Berkat crash diet yang aku buat, berat aku turun 6 kilo dalam masa sebulan. Not bad right…

Esoknya aku nekad bawa anak-anak dan Hadi ke Kuantan. Kami bermalam semalam di Adena Beserah dan aku layan anak-anak mandi kolam sampai mereka penat. Aku nak balas balik masa dan kasih sayang yang kurang aku berikan pada mereka minggu lepas.

Sekarang ni usaha kami ialah mencari sekolah yang boleh didik Eskandar bila dia darjah 1 tahun depan. Kemungkinan besar Hadi akan berhijrah dari KL manakala aku masih memikirkan apa yang terbaik untuk mereka. Mungkin cuti sambung PhD yang terbengkalai atau nomad tiap-tiap minggu.

Minggu ini Hadi bercuti ke Bali dengan rakan-rakannya. Dia perlukan getaway macam itu juga. Mujur aku sudah pandai memandu. Jadi aku boleh uruskan persekolahan anak-anak macam biasa. Sejak mama operation tahun lepas, aku sudah tidak tinggalkan anak-anak dengan dia kalau salah seorang daripada kami berkursus.

Jadi minggu ini aku emotionally ok especially lepas balik bercuti dari JB. Ramai rakan-rakan yang concern and care. Thank you so much..just aku tak larat nak explained condition aku sebab panjang sangat kisahnya. So inilah kisahnya. Terima kasih kerana membaca, terima kasih kerana faham.

#apabilakakbennymenulis
#forevermeansforever
#myautisticson
#myADHDson
#supermomyangcengeng

 

BENNY DRIVE KE JB!

 

Minggu ni bawa anak-anak berjalan dan mandi kolam. Walaupun demam, kayuh juga sebab semua dah arrange awal. Kali ini aku memilih Johor Bahru sebab alang-alang adik bongsu aku ada di sana, bolehlah lawat dia sekali. Aku bawa mama dan Zairil bersama untuk menemankan aku memandu.

Ini pertama kali travel dengan anak-anak tanpa abah mereka. Abah pergi jimba kat Bali dengan geng The Sickos. Menguruskan 2 anak istimewa memang menduga ya amat. Mencanak-canak BP naik. Terkeluar suara Macy Gray dan falseto Mariah Carey bila dua-dua berebut mahu benda yang sama.

Aktiviti wajib anak-anak pastinya terjun kolam. Judin pula tiba-tiba nak kapal selam milik ada satu anak India yang sedang seronok mandi-manda. Jenuh aku minta maaf pada bapa budak tu dan bagitau Judin ni autistic. Terus abang tu hadiahkan kapal selam anak dia pada Judin. Siap perhatikan Judin bila dia mula mandi kat tempat yang agak dalam. Tapi kesian anak dia usha aje tak puas hati. Aku trade dgn water gun pun dia tak mahu. Kapal selam tu tak lepas setiap kali dia terjun kolam. Kemudian Eskandar pulak merengek nak kapal yang sama. Memujuk aje kerja aku sepanjang berendam dalam kolam yang super best tu. Untuk memudahkan aktiviti mandi kolam di masa hadapan, aku terus ke DIY dan dapatlah lagi 2 buah kapal selam yang sama – walaupun warna pink! Takpelah…asal kapal selam.

 

 

So far ok la…cuma tak berani makan di kedai sebab risau aku tak mampu handle diorang. Tapau aje makan dalam bilik. Yang penting stok Maggi ayam mencukupi. Tapi sekali tu aku cuba juga makan di Nasi Ayam Talip, Gelang Patah. Alhamdulillah semua bagi kerjasama. Mana taknya…gajet seorang satu! Kejap aje takpe sebab nak makan dengan aman.

Bila pandang anak-anak tido, aku rasa hari yang aku lalu not so bad. Asal diorang happy aku kena buat juga. Cuma next time aku kena pastikan ada pelampung, kapal selam, itik, water gun dan senarai ini akan bertambah bergantung mainan orang apa yang diorang nak….haih.

#forevermeansforever
#myautisticson
#myADHDson
#supermomyangcengeng

MAMA, BIG WING!

 

Setiap kali kapal terbang melintas atas rumah, anak-anak akan berteriak “mama, look…big wing! Big wing!” Bila ia semakin menjauh, penuh sayu Eskandar Dzulkarnain akan melambai perlahan dan mengucap “babai big wing….”.

Petang tadi kami sekeluarga meletak kenderaan di sisi jalan sekitar kawasan KLIA dan membiarkan Eskandar berteriak penuh keterujaan setiap kali kapal terbang melintas. Ezzudin Dzulfikar tidur. Keletihan atau kepanasan barangkali. Tak cukup dengan anak, bapanya pun transform menjadi kanak-kanak riang menemani keletah anaknya.

Aku? Sekadar merakam memori. Tak berapa presentable untuk bergambar. Agak baginda Masai sedikit.

Hampir 2 minggu melalui rencah hidup yang pelbagai, hari ini aku cuba kembali kepada Kak Benny yang asal. Agak payah…tak apalah aku cuba.

#forevermeansforever
#apabilakakbennylamatakmenulis

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...