Misi Ikan Bakar dan Pampers..

Aku sudah berjanji dengan pakcik untuk membawa ikan siakap bakar untuknya esok. Malam sebelum itu, aku ke Giant Sri Manja untuk membeli ikan siakap. Memanglah rezeki pakcik..Ikan siakap tinggal seekor aje. Terpaksa aku gantikan dengan seekor ikan bawal hitam dan 3 ekor ikan cencaru. 8 orang makan, 5 ekor ikan tu kira sedang eloklah.

Selain ikan, aku juga katakan aku akan membawa papers dewasa untuk pakcik. Harga pampers masuk dalam kategori mahal. Ada yang berbelas ringgit, dapat 10 keping aje. Disebabkan pakcik guna 3 keping sehari, paling sedikit aku kena bawa 10 pek. Penuh troli dengan pampers. Terkejut kakak cashier tu sebab aku beli pelbagai jenama. Apa yang ada aku borong semua. Memang hajat aku nak bantu apa yang terdaya. Nak kasi duit ringgit aku belum mampu..

Jam 9.30 pagi aku sudah bersilat di dapur. Bakar ikan bukan pakai arang pun, hanya balut aluminium foil dan masak dalam kuali. Itu pun macam tak cukup tangan nak buat semua. Mujur sayur kobis masak lemak sudah siap. Awal-awal lagi sudah aku masak sebab nak membakar ikan agak lama. Adeq bantu buat sambal. Bukan 2 jenis, 4 jenis aku sediakan. Sambal tempoyak, kuah asam, sambal ikan bilis dan sambal belacan. Aku tak tahu pakcik dan makcik suka sambal apa, jadi semua aku siapkan dengan bantuan Adeq. Hadi pulak sudah ke Markas FRU untuk acara korban di sana. Tengahari baru dia akan bersama kami untuk makan bersama.

Kami sampai rumah pakcik jam 12.45 tengah hari. Pakcik rupanya dah tanya jadi ke tidak aku datang bawa ikan sampai makcik terpaksa sabarkan dia. Ish, dah janji..mesti aku datang. Memang dia sangat berselera makan. Ikan siakap tu memang khas untuk dia. Punyalah dia tak percaya aku masak. Sampai ingat aku nie meniaga ikan bakar pun ada. Itu memang lucu. Rumah itu jarang bertetamu. Jadi bila aku dan Adeq datang, dia sangat suka bercerita. Sampai tak sedar tengah hari itu dia belum cuci darah lagi (pakcik banyak sakit dan banyak kisah sedih. Satu hari yang lapang akan aku ceritakan kisah beliau..)

Tak lama kemudian, Hadi pun sampai dan makan bersama kami. Kasihan, dia nampak letih. Sudahlah datang naik motor. Apabila hari nampak gelap, dia mohon izin balik awal. Aku, Adeq dan boifrennya melayan pakcik bersembang lagi. Tapi kami juga tak boleh lama. Melayan pakcik sembang alamat tak bercuci darah beliau.

Aku bercadang untuk menjadikan aktiviti ini wajib bulanan. Kalau mingguan takut aku tak mampu commit. Aku cuba harap pakcik dan makcik tabah melalui kehidupan dalam keadaan kedua-duanya uzur.

Tabung Pulih Wajah Mangsa Simbahan Asid Adik Nurul Dahyatul Fazlinda

Nurul Dahyatul Fazlinda

Sempena bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, saya pohon jasa baik semua untuk menghebahkan tentang tabung khas bagi membiayai pulih wajah mangsa asid, Adik Nurul Dahyatul Fazlinda. Rasanya ramai yang tahu wajah AdikĀ  Nurul Dahyatul Fazlinda cedera teruk akibat terkena simbahan asid oleh bapanya sewaktu terjadinya pertelingkahan antara bapa dan ibunya.

Cedera parah dimuka dan badan

Sebelum ini kulit paha Adik Nurul Dahyatul Fazlinda telah diambil untuk menampal parut pada mukanya. Kecederaan muka yang serius ini menyebabkan dia harus menjalani beberapa pembedahan yang pastinya menelan kos yang tinggi. Selain muka, bahagian badannya juga cedera teruk.

Sumbangan boleh dibuat atas nama :

TABUNG BANTUAN PULIH WAJAH NURUL DAHYATUL FAZLINDA – YPU

AKAUN : 13053010003071 (Bank Islam)

TEL : 09 – 6242424 / 013 – 9216897 (En. Hairulnizam)

p/s:gambar berdasarkan carian internet.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...