RSS

Category Archives: Doctor Strange

Tolong Bantu Aku Semua Insan…

Setelah membeli dan membelah barang keperluan anak-anak, dapatlah 9 sticker…tak cukup 3. Kena ada 12, dan tambah RM9.90 baharulah boleh tebus salah seorang dari 8 manusia hensem Avengers ni.

Aku tak fikir lapan… Satu aje – Doktor Strange. Usai sticker aku tampal, aku tinjau keliling. Mana tahu ada manusia yang tak peduli pun dengan sticker yang mereka ada.

Akhirnya aku merapati seorang Uncle berbangsa Cina yang tengah lazat memborong maggi hampir 3 troli. Dengan penuh sopan, aku sapa, “Uncle, kalau tak mahu sticker tu, saya perlukan 3 aje lagi untuk tebus mainan ini”. Aku memang handal pujuk acik-acik. Lepas beberapa baris soal dan jawab, dia minta isterinya berikan aku 3 sticker dan temankan aku ke kaunter penebusan.

Ini Malaysia tuan puan…Ramai rakyat yang berhati mulia masih wujud.

Sampai aje dikaunter, mula dah darah aku membandung. Adik tu bagitahu kotak semua sama…tak tahu apa benda ada dalam kotak. Nasib-nasiblah dapat mainan apa. Siap bagitahu, amoi kedai muzik tu beli berpuluh2 kotak dan koleksi 8 Avengers dia lengkap sudah. Aku tak mahu lapan! Aku nak satu tu aje dan satu itu sangat spesifik!

Ini memang judi dunia. Dalam keterpaksaan aku ambil satu kotak dan buka. Of course…mana mungkin aku dapat Doctor Strange. Aku dapat Iron Man!

Boleh faham tak…aku perlukan manusia yang boleh beri dan mengawal masa seperti Strange dan bukannya orang kaya yang boleh beli jiwa dengan semua material dunia-nan egoistik seperti Tony Stark. Dalam realiti aku berdepan cabaran itu, dalam fantasi pun kena berbagi hati untuk perasaan yang samakah???

Aku penat dengan dunia. Begini saja…kalau korang tak guna sticker Tesco tu please bagi pada aku. Even better, kalau siapa dapat Doctor Strange, boleh tukar dengan Iron Man aku.

Tolonglah dunia…Insaf aku buat rayuan hari pahlawan begini. Cinta aku hanya satu dan spesifik – aku mahu Dr StephenStrange¬†???

Bantulah aku kuasa media sosial…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Posted by on September 2, 2018 in Doctor Strange

Leave a comment
Skip to toolbar