Ohai, Malaysia…I’m Back!

JICA Kansai

Pukul 11.30 pagi aku sudah daftar keluar dari Hotel Monterey Kobe. Terus berkumpul di lobi dan menunggu travel agent untuk langkah seterusnya. Badan aku sudah mula sakit-sakit dan minta simpati. Aku sudah mula rasa macam nak kena semput. Ini mesti sebab semalam aku banyak bantai minum ais batu dalam keadaan cuaca yang sangat panas dan asyik menangis sedih.

Mujur ada kawan-kawan yang ada stok ubat lebih sedekahkan pada aku yang mana logik untuk aku makan. Aku tak larat serba-serbi. Dengan tak lalu makannya lagi. Menyeret beg untuk masuk dalam bas pun separuh nafas dibuatnya. Takdelah shopping apapun, tapi berat nota aje tu. Aku tak buang, sayang!

Drama di airport juga menambah punca stress. Kejap line sini, kejap line sana. Selagi beg tak masuk kargo, selagi itu aku runsing. Flight pukul 4.00 petang, tapi kami dah sampai airport pukul 1.00 tengah hari. Kami difahamkan ramai orang Jepun bercuti summer holiday dan untuk mengelakkan kesesakan, kami kena sampai awal. Masalahnya kaunter pun banyak benar tomakninahnya. Mujur selesai dengan aman walaupun agak lambat.

Almost satu pertiga masa perjalanan aku tido, sebab sebelum itu aku ada ambil ubat yang boleh membawa kearah kemengantukkan. Itu yang aku mahu…nafas pun sudah mula berbunyi pelik. Jadi aku tak sembang sangat pun dengan Aifa atau Yasmin yang duduk sebelah aku. Seorang layan cerita Jepun, seorang layan cerita Korea. Jadi aku layan emosi ajelah.

Sebenarnya nk tunjuk mamat Jepun hensem tu aje
Antara gambar berkumpulan yang terakhir
This is gang nasi dagang!

Sampai di airport KLIA2 sekitar 10.30 malam. Menunggu bag keluar pun punyalah lama. Aku pasrah ajelah. Entah siapa bantu aku angkatkan beg. Terima kasih sangat..Yang janji nak reunion sebelum balik pun aku tak join. Aku dah tak sabar nak jumpa Hadi.

Hadi tunggu di pintu 2. Aduhai…pelik benar muka dia. Baru sebulan aku tinggalkan dia dah jadi rupa itu. Kalau 3 bulan, mahu janggut mujahidin 🙂

I miss you so much…

Dia bawa aku makan McD. Aku tak kisah makan apa, yang penting aku nak makan ayam halal. Merasa ayam goreng spicy. Ya Allah, syukurnya dengan rezeki larut malam itu. Anak-anak dirumah mama…jadi kami tidak makan dengan terkejar-kejar. Aku dah rasa lain macam sangat. Mesti amik gas juga ni…Pagi itu terus ke Poliklinik Rheya. Tapi doktor handsome yang selalu rawat aku tu tak kerjalah pula. Lepas 2 sesi, aku balik dan terus tido.

Petang itu baharulah kehidupan aku bermula. Hadi tanya, aku nak makan apa? Aku memang teringin sangat nak makan steak di TGIF. Sambil-sambil itu bolehlah tukar balik duit dari yen ke RM dan menguruskan hal gajet baharu.

Kami ke Subang Parade. Semua urusan selesai, kecuali TGIF. Renovation la pulak…takpelah aku makan nasi ayam The Chicken Rice Shop aje. Di Subang Parade, aku sempat beli 2 pasang baju yang sangat cantik dan shawl untuk aku pakai pada hari perjumpaan dengan direktorat RTM nanti.

Malam itu aku tidur awal kerana masih bawah pengaruh ubat. Jujurnya, aku tak sabar nak tunggu pagi sebab nak ambil anak-anak di rumah mama. Rindu yang teramat…jantung aku bergerak laju selagi aku tak dapat dua budak debok tu.

Bersama-sama Dato Ibrahim

Tapi sebelum itu, aku menghadiri majlis perkahwinan anak Dato Ibrahim Che Mat di Bizmilla Insya Mall, Pudu. Sejak sebelum aku ke Jepun beliau sudah beri undangan dan mesej menjemput. Jadi aku ke sana dahulu.

Tidak juga terus balik, kami singgah ke Melawati Mall pula sebab Hadi nak beli loafers. Sempat kami ajak Maikel dan Leeya untuk mengopi bersama. Aku memang hantu kopi…Nak cari kopi yang sedap macam di Jepun agak payah. Tapi Jamaica Blue ini boleh tahan sedapnya. Selepas balik Melawati Mall, singgah Giant Taman Permata pulak. Aku nak cari inner. Ok misi selesai.

Baharulah balik rumah mama. Masa masuk rumah mama, aku jalan perlahan-lahan untuk melihat anak-anak dari jauh. Eskandar dan Ezzudin sedang panjat meja dan cuba menggodek-godek TV mama yang elok tersangkut. Perlahan aku beri salam dan Eskandar meluru mendapatkan aku…

Judin..walaupun blur, aku guna juga
Entertain anak…cute, eh 🙂

Aduh, aku rasa sayu giler. Rindu sangat-sangat. Memang dia tak lepaskan aku. Ezzudin sengih-sengih takde perasaan sangat. Tapi bila aku mula dukung dia, mulalah dia buat perangai beratkan badan dan tak mahu aku lepaskan dia. Kamu udahlah debok…semakin berat pulak tu.

Terubatlah rindu aku 26 hari terpisah dengan keluarga tersayang. Aku memang bertuah sebab Hadi boleh menguruskan anak-anak sepanjang ketiadaan aku. Sampai malam Hadi setia menguruskan semuanya…aku masih tidak berapa sihat. Asal makan ubat, mulalah aku cepat tidur.

Thank you so much, love…

It’s good to be back! Dunia realiti kembali menyapa diri dan bayangan 26 hari di Jepun mula beransur-ansur pergi. Aku harus berpijak di bumi yang nyata. Tipulah jika aku kata tiada langsung ingatan aku tentang Jepun. Serius banyak..antaranya setiap kali ada uruk-hai jalan bersepah-sepah memanjang memang mulut aku terlepas “sumimasen!” meminta mereka jadi manusia balik. Pergi Petronas tengok selection kohii yang ada, mulalah bandingkan dengan Lawson atau Family Mart. Mulut aku sentiasa humming lagu Sukiyaki dan aku kerap belek gambar-gambar masa di sana dan membaca mesej dari Nakatani.

Akan ambil masa ni..akan ambil masa…

Imbasan 2016

Tahun 2016 bakal melabuhkan tirainya beberapa jam sahaja lagi. Sebelum melangkah ke tahun baharu, ada baiknya aku mengenang kembali catatan-catatan terdahulu sepanjang 2016 untuk aku jadikan kenangan menutup tahun 2016 ini.

  • Baharu sahaja masuk tahun baharu, aku sudah kena serangan asma yang agak teruk. Tak pasal-pasal ambil gas di klinik dalam Sunway Piramid. Masalahnya masa kena tu ada beberapa hari sahaja sebelum aku terbang ke Pattaya. Tak mahulah berjalan dalam keadaan tak fit

  • Selepas 3 tahun tidak bercuti ke luar negara, awal tahun 2016 aku mulakan dengan bercuti ke Pattaya sempena ulang tahun kelahiran aku yang ke-35.

  • Setiap tahun, setiap kali drama Game of Thrones bermula aku akan sakit hati dengan seekor mentibang. Disebabkan mengkarung itu, Hadi tutup Facebook for good dan aku mintak menjelasan dari manatee itu. Penutupnya, cipan itu block aku dari FB dia dan hubungan aku dengan Hadi baik kembali. Jadi kepada seladang jelmaan itu, kau pergi Hold The Door tu belah sana jangan menyemak dekat sini!

  • Aku pergi Konsert Selena Gomez 🙂 Pergi untuk beli lanyard dan cenderamata sahaja…konsert tak tengok pun hehehe…

  • Eskandar menyambut ulang tahun kelahiran ke-3 dengan mencederakan keknya dengan tangan manakala Ezzudin menyambut ulang tahun kelahiran ke-2 dan mencederakan keknya dengan kaki…

  • Hadi buat surprise dan bawa aku makan malam di Heli Longe Bar. Aku sangat hargai sebab kami jarang ada masa berdua-duaan dan hubungan banyak betul turun naik tahun ini. Bukan sebab apapun, faktor masa dan tenaga.

  • Kembara solo pertama ke Yogyakarta…Kalau ada rezeki, aku akan buat lagi tahun 2017 nanti ke satu lokasi yang belum dikenalpasti.

  • Tahun ini aku menyambut ulang tahun perkahwinan ke-10 dan kami raikan detik itu di Pulau Rebak, Langkawi. Ia merupakan percutian paling mewah pernah aku rasakan kerana bilik aku di upgrade oleh pihak hotel dan aku merasa duduk dalam bilik yang berharga lebih kurang RM1500 semalam…Rezeki kami agaknya tu.

  • Tahun ini, ada 3 orang yang sudah lebih 10 tahun aku tak berhubungan berjaya dijejak kasihkan. Yang seorang tu, sejak habis PMR langsung tak jumpa, hanya berutus surat sahaja. Seorang lagi ada dalam FB aku manakala seorang lagi katanya terlalu tua untuk main FB. Alahainya… 🙂

Apa juga yang telah berlaku, pasti semuanya ada sebab yang tersendiri. Yang baik aku simpan dan kenang, yang tak baik aku cuba lupakan perlahan-lahan. Dalam pada masa yang sama, aku masih berusaha untuk memperbaiki diri dan menjadi manusia yang lebih penyabar. Itu sangat penting..sebab selalunya kalau aku hilang sabar, aku cenderung jadi hijau. Itu sangat hodoh dan bodoh.

Yang utama, aku kena jaga hati aku dahulu, baharulah aku boleh jaga hati orang. Hahahaha..itu bohong belaka. Seperti biasa aku akan menjadi penebat kepada semua manusia disekeliling dan cuba membahagiakan semua manusia yang logik selagi aku mampu. Itu memang dalam diri…nak ubah macam mana pun tak tahulah. Macam pensyarah aku pernah cakap dahulu, empati awak sangat kuat 🙂

Catatan Pandang Belakang : Kau, Aku dan Pulau Itu…

island
Adalah sekali tu, aku teringat dekat kau. Aku teringat cerita satu malam kita yang lalu. Aku pasti aku menulis tentangnya untuk ingatan dan memori aku, sayangnya aku terlupa di halaman mana aku aku campakkan penulisan itu.
Ha, itu dia…dia muncul macam Tora!
Sudah 7 tahun rupanya cerita kita ditelan masa.
Aku ingat lagi sebelum aku berlalu, kau tanya sama ada cerita kita ini ternoktah di sini atau akan ada pertemuan lain. Aku tak jawab pun soalan tu..sebaliknya aku balas juga dengan soalan, adakah kau mahu ada pertemuan yang lain?

Ia adalah sebuah pulau yang indah dan tenang. Sesuai amat dengan kusut-masai hidup aku di masa itu mencari satu ketenangan yang total. Pandang kiri aku tak kenal siapa..Pandang kanan minah salleh seksi menggoncang berahi iman separa lesbian yang tersisa. Pulau itu sangat tenang…dan di lobi mengadap laut aku melayan emosi bersama kepulan nikotina dan air berkarbonat tanpa diet.
Aku memilih bersendirian di situ…sekali-sekala terdengar pekerja-pekerja hotel gelak gatal bergurau senda sesama sendiri. Aku masih mengadap laut membiarkan tawa gedik mereka ditelan angin sepoi-sepoi bahawa jawa. Fikiran aku mulalah merewang mengingat kembali cerita pahit yang membawa aku berkelana di pulau ini..Sayulah jugak..tapi tak menangis sendiri.
Sampailah satu ketika…anak mata tiba-tiba terkalih kelibat seorang lelaki yang – eh, macam aku kenal dia! Dia nampak terkejut dan aku terus melangkah dari kerusi rotan..Malas nak melayan emosi dan tiba masanya bersejuk-sejuk di bilik hotel pula. Bukan kerana lelaki itu..Tapi kerana aku terasa bosan seorang diri.
Aku ingat lagi wajah dia..dengan suit cokelat dan beberapa beg pakaian dia bertanyakan sesuatu kepada pekerja hotel, tapi matanya mengekor pergerakan aku yang macam anak lipas kena sembur ridsect. Dan sebaik aku melintasi dia, dia pantas memintas dan aku terkesima setempat.
‘Hi…’sapanya dan macam kena renjatan elektrik pantas aku membalasnya.
‘I know you….’apalah itu ayat pertama aku yang terkeluar…
Dahi aku berkerut sebab aku yakin aku tak pernah berkomunikasi cara TM Touch dengan dia yang melayakkan dia mengenali kehadiran aku di situ. Dan aku termalu sendiri..
‘I have to go…panas kat sini – dan aku terus berjalan beberapa tapak sebelum dia memintas aku. Dalam hati aku dah membebel….Bodohnya! Layan ajelah kejap at least adalah kawan kat pulau nie daripada sorang-sorang macam beruk.
‘Oh, ok…’ – dia yang bersuit macam nak pegi mesyuarat tu macam teragak-agak nak bercakap.
‘I lama di sini..maybe we can dinner together tonite’, tuturnya penuh konfiden. Ada nada-nada pengharapan pada wajahnya….. dan kerana aku kenal dia walaupun dia tak kenal aku…dan kerana aku tahu apa yang terjadi dalam hidupnya baru-baru ini…dan kerana dia sedikit handsome (miang!) aku hulurkan juga business card design sendiri. Selepas dia ucap terima kasih dan dengan kehadiran bellboy yang macam tak sabar-sabar nak dapat tip dari dia yang dikenali, aku terus melangkah ke bilik hotel.

 

*****
3 jam aku berfikir dibilik hotel….kebetulan apakah yang berlaku tadi? Aku rasa seluruh pekerja hotel tentu excited giler dengan kehadiran lelaki itu di hotel mereka. Tapi mat dan minah salleh lain memandang dia seperti wajah melayu yang lain juga. Sambil terbaring di katil dengan HBO memainkan filem tak laku mana ntah, aku terlelap seketika sampailah telefon hotel berdering-dering menyedarkan aku dari tidur tak bermimpi. Gaban mana pulak yang telefon aku nie? Takde siapa pun tahu aku di sini melainkan driver bas ekspress dan pengamal ilmu ghaib aje.
‘Hello…….,’ penuh malas aku menjawab…
‘Hi, Abby..ini **********terang dan jelas suaranya dihujung talian.
Aku bingkas bangun! ‘Mana tahu nombor bilik I?’ Aku tak teringat pun terlepas kata kasik nombor bilik kat lelaki itu.
Rupa-rupanya dia dapat daripada receptionist. Dia try call handphone aku banyak kali tapi di luar kawasan. Oh, aku off hp..tak mahu diganggu dan tak mahu terganggu. Eh, mana boleh reveal nombor bilik orang pada orang lain. Tak amanah betul la. Maybe sebab dirinya yang Famous Amous itu memudahkan segalanya. Jadi, dinner yang dinantikan akan terjadi 30 minit lagi dan aku baru terkial-kial dan menyiapkan diri. Aku tak tahu nak pakai apa. Jadi aku pakai seselebet mungkin – shorts dgn t-shirt oren. Make-up tarak..bedak pun tarak…Pewangi JPG disembur seadanya dan selipar Jukebox RM19.90 menjadikan penampilan aku malam itu macam student UiTM cari kedai mamak lepas penat menelaah pelajaran.
******
Dari jauh aku sudah nampak kelibat dia. Gaban betul…dia berseluar panjang dan t-shirt juga lengan panjang dan rambutnya disisir biasa. Sebaik aku menarik kerusi duduk dihadapan dia, pekerja-pekerja restoran mula memandang macam aku buat dosa besar. Melihatkan macam aku tak berapa selesa, dia meminta aku mengabaikan mereka dan bersetuju untuk melepak ditempat lain sesudah kami makan malam. Aku makan roti bakar aje….dan dia sekadar memesan secawan Cappucino panas. Aku tak tahu nak sembang apa…aku diam dan penuh konsentrasi makan. Macamlah rumit sangat nak makan roti bakar!
Wajah lelaki itu macam biasa…cuma kalau dianalisis dengan kritikal dan analitikal dapat rasanya aku lihat kesedihan dan keletihan pada raut wajahnya. Aaaah! Apa bezanya kami kerana itu yang memaksa aku bersendiri di pulau ini…Susuk tubuhnya sedikit susut…kesian, bisik aku dalam hati. Tapi tak berani nak tanya detail sebab apa kelanc** baru jumpa dah tanya hal personal..Janganlah ada paparazzi di pulau ini..jadi bahan gossip seantero Malaya pula aku dilihat bersama dia di pulau tempat jin bertendang nie.
****
Kami sembang ala-kadar. Dia tahu aku keja mana…kenapa aku tersadai dipulau ini seorang diri dan aku sempat mengagumi satu dua karya dia yang aku tahu. Selepas aku berjaya menghabiskan roti bakar dengan jayanya, kami berjalan ke pantai. Langit malam itu sedikit cerah. Bulan mengambang penuh dan angin dingin menyambut kehadiran kami..Kami duduk di gigi pantai dan dalam kepala otak aku masih tak tahu – kenapa dia memerlukan aku di sini? Dan bila soalan itu aku tanyakan, dia hanya menjungkit bahu. Banyak kali aku tanya sampai aku hampir hilang sabar. Ketika dia mengeluh dengan pertanyaan tanpa henti saat itu aku terus matikan soalan dan cuba memahami dia. Ada satu dua madah tentang laut, pilu dan sendiri yang dia ucapkan tapi aku terlalu layu untuk mengingat semua itu. Dalam singkat masa, kami membina kimia yang cukup kental.
Itu adalah malam yang bermakna buat aku…mungkin juga untuk dia..Seolah-olah malam itu kami sudah mengenali sesama sendiri berpuluh tahun lamanya. Dan esoknya kami seperti dua sahabat yang mencari ketenangan di pulau ceruk alam ini dan masih berkongsi cerita. Cuma bezanya, itu malam terakhir aku di sini dan dia masih berkelana mencari ketenangan yang aku tak pasti akankah ia berada di situ…
Lupakanlah 5W dan 1H yang membawa edisi perkenalan singkat aku dan dia. Kerana semakin lama aku berfikir, semakin sakit otak ini rasanya nak merasionalkan sesuatu yang tak pasti…Hubungan itu aku hentikan sebaik aku sampai KL..Nombor itu aku matikan dan kalaulah dia masih mencari aku, aku bahagia begini….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...