Pusara Cahaya Balqis..

Cahaya Balqis

 

Esok orang yang bertanggungjawab untuk membina pusara Cahaya Balqis memberitahu mereka akan memulakan kerja pembinaan. Mama bertanya adakah aku akan melihat kerja-kerja itu berlangsung. Hmmm…aku katakan ya. Dan aku minta Hadi juga boleh balik awal sebentar untuk membawa aku ke Tanah Perkuburan AU4.

Sudah 3 bulan berlalu..

Setiap kali aku teringat hari aku melahirkan dia, aku sentiasa diselubungi kesedihan yang berganda. Tak tahulah bagaimana aku akan melalui hari esok. Semoga dipermudahkan semuanya dan agar cuaca tidak menjadi penghalang.

Rindu aku tetap sama..Mungkin kesedihan sukar menipis tapi setidak-tidaknya aku berharap ada cahaya lain yang menanti.

 

Kesedihanku Cahaya Balqis..

Tenanglah di sana anakku...

Cahaya Balqis Abd Hadi..

Baru dua kali aku mampir di situ dengan kesedihan yang sama. Aku amat rindukan dia.

Tadi aku dan mama cuba menguruskan ‘rumah baru’ untuk Cahaya Balqis. Insyaallah esok pihak yang diamanahkan akan mengukur pusara ini dan dalam tempoh dua minggu siaplah ia.

Kesedihanku tetap sama…Jiwa aku masih tak kuat sebenar-benarnya. Mama dan babah rindukan Cahaya Balqis ūüôĀ

Aku pasti ke sini lagi dan kesedihan itu tetap sama…

Sepinya hari yang ku lewati
Tanpa ada dirimu menemani
Sunyi ku rasa dalam hidupku
Tak mampu ku tuk melangkah

Masih ku ingat indah senyummu
Yang selalu membuatku mengenangmu
Terbawa aku dalam sedihku
Tak sadar kini kau tak di sini

Engkau masih yang terindah
Indah di dalam hatiku
Mengapa kisah kita berakhir
Yang seperti ini

Masih ku ingat indah senyummu
Yang selalu membuatku mengenangmu
Terbawa aku dalam sedihku
Tak sadar kini kau tak di sini

Engkau masih yang terindah
Indah di dalam hatiku
Mengapa kisah kita berakhir
Yang seperti ini

Yang seperti ini

Engkau masih yang terindah
Indah di dalam hatiku
Mengapa kisah kita berakhir
Yang seperti ini

Hampa kini yang ku rasa
Menangis pun ku tak mampu
Hanya sisa kenangan terindah
Dan kesedihanku

Dalam Gembira Itu..

Sedari semalam semua rakan kelas punyai satu perasaan yang bercampur. Hari ini keputusan peperiksaan semester 2 akan dikeluarkan. Tidak seperti tahun lepas, kali ini aku langsung tidak berperasaan untuk mengetahuinya. Aku sendiri tidak berapa yakin dengan apa yang aku dapat walaupun sudah sedepang usaha aku pertaruhkan. Sementelah aku harungi ia dalam keadaan aku mengandungkan Cahaya Balqis. Aku masih ingat saat aku habiskan kertas Research Method. Ingin sahaja rasanya aku lemparkan komputer riba itu keluar tingkat 3 dari sebuah pangsapuri. Mujur ada rakan-rakan yang bersama aku dan semuanya tenang kembali.

Semester lepas azab duniawi..Sungguh! Kerana keguguran,  kertas War Religion & Society tidak dapat aku duduki. Itu juga berbakul kesabaran aku menghadapi karenah duniawi yang mencabar kesabaran aku dalam keadaan sakit berpantang dan jiwa tertekan. Tapi aku mohon tuhan permudahkan perjalanan hidup aku yang bergegar dek ujiannya yang bertimpa-timpa. Tuhan sayang aku Рyakin itu! Jadi malam tadi aku tidur dalam keadaan tidak bermimpi.

Pagi tadi aku bangun dalam keadaan separa positif semuanya akan okay. Perbualan rakan-rakan di WhatsApp seolah-olah meyakinkan semuanya baik-baik sahaja. Email pautan yang diberikan pihak universiti aku buka walaupun mata sedikit sepet. Alhamdulillah, semuanya memberansangkan walaupun tidaklah secemerlang rerakan yang lain. Tiada senyum, tiada seronok yang bergantang-gantang. Hanya perasaan yang biasa-biasa sahaja. Aku bukanlah pelajar yang dianugerahkan kebolehan belajar sekali baca. Otak aku benak juga. Tapi keputusan ini lebih baik dari semester lepas, dan ia meyakinkan aku semester akan datang aku boleh laluinya dengan kecekalan dan mungkin lebih cemerlang lagi.

Hari ini, sebulan lepas… Aku lahirkan Cahaya Balqis dan aku tangisi pemergian dia sehingga hari ini. Jadi apa yang aku terima hari ini hanya satu dari ribuan warna yang telah disuratkan oleh-Nya. Hati…mohon tabahlah ūüôĀ

 

Menelan Realiti 2 – Balik Ke PJ Oldtown

16 hari berlalu…

Hari ini hari pertama Ramadan. Seawal pagi bersahur bersama mama, Hadi dan adik-adik. Sempat merencana aktiviti diwaktu siangnya supaya tidak terasa panjang Ramadan pertama ini. Jadi siang itu kami ke Hulu Langat dan Carrefour Ampang kerana aku mahu membeli beberapa busana baru sempena hari baru.

Berbuka puasa di rumah mama. Sangat meriah…Anak-anak saudara suara mereka sahaja memecah senja di Taman Permata. Mungkin sudah tidak sabar memecahkan puasa pertama dengan jayanya. Menu juga istimewa. Mama masak ketam masak lemak, ikan masak taucu, ayam masak merah dan baki udang tempoyak sahur tadi turut menjadi juadah berbuka. Belum masuk Roti John dari Bazar Ramadhan yang memeriahkan meja makan kami tadi.

Selepas berbuka, Hadi mahu pulang ke PJ. Kain baju perlu dibasuh, rumah perlu dijenguk sementelah sejak ketiadaan Cahaya Balqis aku hanya berpantang dirumah mama. Aku tak tahu berapa kali aku menangis. Berapa kali juga Hadi tanyakan, boleh tak nak balik PJ? Aku kena tempuh semua ini. Lagi cepat lagi baik. Dan aku kembali dengan setiap sudut membuat aku menderita. Ya Tuhan…aku rindukan detik aku mengandungkan anak itu. Teringat saat aku berinteraksi dengannya sewaktu aku sibuk menyiapkan assignment. Di PC inilah aku bersembang dengannya, aku minta dia bersabar dengan kesibukan aku. Aku mohon dia menjadi anak yang bijak kerana aku mengandungkannya masa aku membuat sarjana. Yang kerap, aku minta dia menjadi manusia yang simpati dan empati. Ada rasa, dan bertanggungjawab ūüôĀ Tapi itu semua kisah lama..

Hari-hari aku berdoa supaya perasaan kehilangan ini tidak membunuh jiwa aku. Dari satu sudut, aku menjadi manusia yang kuat. Tapi disudut yang lain, aku akan barai juga dengan rasa kehilangan itu. Mungkin ini normal..mungkin aku harus bersabar lebih.

“Selalu bersama, habiskan malam walau tanpa bintang – Anang dan Auriel”

Menelan Realiti 1 – Pemeriksaan Pasca Hilang Cahaya..

Hari ini setelah hampir 2 minggu berlalu. Aku menjejakkan kaki ke PPUM dengan perasaan yang sangat kusut dan kecamuk. Hari ini dijadualkan pemeriksaan selepas episod keguguran Cahaya Balqis (yang belum lagi aku kuat untuk lalu sebenar-benarnya..). Ini pun bergenang-genang airmata tapi aku gagahkan juga sebab selagi aku tak berhadapan dengan realiti, sampai bila-bila aku akan tersangkut di fasa yang sama. Paling buruk, potensi meroyan tentu ada dan aku tak mahu menjadi sebahagian statistik. Aku waras…cuba mustahil aku dapat telan semua benda ini sekelip mata dan berlagak ianya tak pernah berlaku.

Menunggu satu benda yang rutin. Aku menunggu giliran nombor dipanggil, sambil menunggu Hadi parking kereta. Setiap pelusuk Bahagian Ginekologi itu sudah mesra benar di mata aku. Berbulan-bulan aku berulang ke sini. Tapi hari ini aku datang untuk tujuan yang lain. Aku tak tahu berapa gelen airmata aku turun masa menunggu..masa masuk ke bilik doktor dan masa-masa yang lain. Doktor memeriksa fail aku. Setiap soalan aku jawap, dan aku radiasi di situ. Aku tak boleh berhenti menangis. Mungkin dia sedar ada sesuatu yang tak kena, dia minta Hadi keluar dari bilik sebentar.

Dia doktor yang baik dan prihatin. Satu-persatu dia bertanya dan aku tahu dia faham apa yang aku rasa. Melihatkan dia hampir bergenang saja sudah buat  aku hujan tanpa ditahan. Ada beberapa perkara sensitif yang ditanya. Aku menjawap sewajarnya dan aku menolak dengan baik. Aku jujur dengan pertanyaan sang doktor. Jawapan aku  memang jawapan orang yang redha, bukannya skrip drama swasta dan sinetron seberang.

Aku sebenarnya ada semua jawapan pada persoalan yang diberi. Cuma aku belum ada masa untuk melaluinya seperti biasanya orang lain melalui kehilangan anak. Tiada temujanji dengan gynea lagi, sehinggalah aku hamil sekali lagi. Itupun dinasihatkan memberi ruang antara 3-6 bulan supaya badan aku benar-benar pulih. Dia minta aku banyakkan bersabar…Perkara norma yang diucap untuk menenangkan orang yang melalui pengalaman seperti ini. Sebelum semuanya usai, dia memberi reference letter untuk aku majukan pada bahagian ********. Temujanji minggu depan sudah aku dapatkan.

Aku belum cukup kuat untuk tulis pasal peristiwa aku hilang Cahaya Baqis..Mungkin esok lusa. Ini permulaan pertama aku menulis untuk melalui ujian ini dengan setabahnya – tanpa menyalahkan tuhan, takdir dan diri sendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...