The Voice Season 7!

The Coaches
The Coaches

Secara rasminya semalam The Voice Musim 7 membuka tirainya dengan persembahan pembukaan yang hebat oleh Adam Levine, Blake Shelton, Pharrell dan Gwen Stefani. Jujurnya memang aku sangat teruja dengan rancangan ini. Sepanjang bersiaran semalam, entah berapa kali aku tergelak seorang diri, tersenyum gatal setiap kali Blake Shelton buka mulut dan terkagum dengan cara Gwen dan Pharrell yang pertama kali terlibat sebagai jurulatih dalam rancangan ini. Memang nampak jelas dan nyata, perebutan artis agresif dalam bijak dan berhemah. Walaupun kadang-kadang Adam nampak macam ‘over the moon’ tapi itu tidak dapat menandingi kata-kata pemujukan oleh Blake dan Pharrell. Oh, dan aku sangat adore sama Pharrell. Siapa tak cair kalau kena ayat sebegitu rupa…

Team Blake :

James David Carter & Allison Bray
James David Carter & Allison Bray

 

Team Gwen :

Bryana Salaz
Bryana Salaz

 

 

 

 

 

 

 

 

Taylor John Williams
Taylor John Williams

 

Team Pharrell :

Elyjuh René
Elyjuh René

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Luke Wade

 

Team Adam :

Damien Lawson
Clara Hong
Clara Hong

Josh Kaufman Adalah #TheVoice

josh-kaufman-768

Semalam, terjawap juga persoalan siapakah yang akan menjuarai The Voice Musim Ke-6. Tahniah buat Usher dan #TeamUsher kerana buat pertama kalinya berjaya merebut kejuaraan ini yang sering dimonopoli oleh Blake Shelton dan Adam Levine. Josh Kaufman membuktikan status seorang bapa, tanpa pakej rupa paras model mampu memikat jiwa jutaan penonton The Voice semalam.

Jadinya, aku tidaklah kecewa sangat sebab memang aku akui Josh Kaufman punya vokal yang hebat. #TeamBlake mempertaruhkan Jake Worthington diperingkat akhir ini manakala #TeamAdam pula meletakkan  Christina Grimmie. Walaupun sekadar tempat ketiga, Adam sudah menjanjikan peluang kontrak rakaman buat  Christina Grimmie. Tidak pasti nasib Jake, tapi mengenali Blake, aku rasa dia tidak akan mempersia-siakan populariti yang ada pada Jake saat ini. Kalau merujuk kepada komen-komen penonton di laman rasmi The Voice di Facebook, rata-rata menyatakan sokongan padu buat Jake yang kental memperjuangkan musik ‘country’ seperti jurulatihnya juga.

Dalam catatan terdahulu, aku meramalkan Jake setakat bertahan 2-3  minggu pertama sahaja. Memanglah aku sedikit buta kayu tentang industri muzik ‘country’ dan meremehkan lelaki pendek obese bertopi koboi. Aku andaikan penyanyi country harus sehangat Blake Shelton atau setidak-tidaknya tinggi dan ‘clean cut’ seperti Luke Bryan. Rupa-rupanya ada satu tembok dambaan peminat muzik ‘country’ yang mahukan generasi baru yang membawakan lagu ‘country’ tetapi bersifat klasik dan malar. Dan ciri-ciri itu mereka nampak ada pada Jake Worthington.

Jake-Worthington-The-Voice

Apapun nyanyian Jake ‘Dont Close Your Eyes’ memang terbaik dan menyentuh hati. Ia lagu yang sama dinyanyikan masa ‘Blind Audition’ dan dipilih oleh penonton untuk dilagukan pada konsert akhir.

 

 

The Voice : Last Blind Auditions

The Voice Musim 6, episod 6 dan 7 baharu berlalu. Maka lengkaplah #TeamBlake untuk memulakan persaingan musim ini. So far aku berpuas hati dengan pilihan beliau. Ada beberapa nama yang punya vokal yang mantap memilih jurulatih lain tapi aku rasa Blake akan curi mereka dalam battle round.

Berikut antara artis yang memilih melengkapkan #TeamBlake musim ini :-

Paula DeAnda
Paula DeAnda

 

Cali Tucker
Cali Tucker

 

Ria Eaton

 

Alaska & Madi

 

Kaleigh Glanton
Kaleigh Glanton

 

Pastinya pusingan Battle Round akan menjadi medan yang dasyat. Berdasarkan bakat-bakat yang ada, agak payah jugalah untuk memilih yang terbaik antara mereka. Apapun, teruskan sokongan untuk #TeamBlake !!!

The Voice Season 6 : Blind Auditions

The Voice - Season 6

Episod 3 dan 4 baru berlalu. Agak lewat aku menulis kerana beberapa hari ini aku menghindarkan diri dari media sosial. Ok abaikan itu. Teruskan kepada keterujaan aku dengan The Voice #TeamBlake dan perebutan untuk mendapatkan bakat terbaik untuk tim masing-masing.

Shakira – agak garang, agresif dan kelakar juga sebenarnya

Usher – lagak kool, lebih kool lebih memikat

Adam – keyakinan yang sangat tinggi

Blake – lebih pada menanti. Tidak membolot sangat. Mungkin belajar dari pengalaman.

Untuk episod 3 dan 4, mereka yang terpilih mewakili #TeamBlake ialah:-

Ryan Whyte Maloney
Ryan Whyte Maloney

 

Sisaundra Lewis
Sisaundra Lewis

 

Megan Ruger
Megan Ruger

 

Lexi Luca
Lexi Luca

 

Audra McLaughlin
Audra McLaughlin

Tinggal 2 episod untuk Blind Auditions..

The Voice Season 6 Premiere

The-Voice-Season6

Mac bermula dengan indah. Setidak-tidaknya untuk aku. Semalam aku berpeluang menonton blok pertama pemilihan rancangan TV paling popular di dunia, The Voice. Selamat kembali kepada Usher dan Shakira. NBC, terima kasih kerana mengekalkan Blake Shelton dan Adam Levine.

Tidak mahu bercerita panjang tentang pemilihan, cukuplah sekadar percakaran untuk merebut seseorang artis itu lebih agresif terutamanya oleh Usher dan Shakira. Adam masih bersifat gentlemen manakala Blake lebih berhati-hati, tidak terlalu gopoh dan menanti dengan selamba. Tapi aku yakin dalam kepala otak dia sudah ada kali bahagi siapa yang akan dicuri dalam battle rounds.

140224_2748205_Jake_Worthington_Audition___Don_t_Close_Your

Slot pertama #TeamBlake diisi oleh Jake Worthington. Ini adalah kali kedua dia mencuba nasib dalam The Voice. Dia menyanyikan lagu “Don’t Close Your Eyes” oleh Keith Whitley. Lagu tu memang best. Secara peribadi aku tak rasa Jake boleh pergi jauh. Dia sekadar boleh nyanyi aje.

noah

Slot kedua #TeamBlake diisi oleh Noah Lis yang menyanyikan lagu klasik lama Me and Mrs Jones. Memang sudah diduga artis seperti ini memang pilihan Blake. Siap sms Michael Buble tu yang sangat tak boleh belah.

Ada 8 lagi slot yang tinggal. Nantikan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...