Ohai, Trimester Kedua, Minggu 15!

Ohai, anakku..apakah jantinamu?

Minggu ini minggu ke 15.. Ia lebih hebat dari debaran program realiti kerana durasinya yang lama. Setakat hari ini, masih tiada loya-loyi dan nafsi-nafsi lain yang luarbiasa. Semuanya takat normal, dan aku bersenang hati kerana pembawaan anak ini tidak membuatkan aku tersadai. Sekali sekala keletihan itu normal. Aku pernah tertidur depan PC masa buat assignment kerana terlalu letih.

Hari ini temujanji di klinik swasta. Aku masih tidak dapat nak tetapkan hati untuk ke hospital kerajaan atau swasta. Memandangkan swasta penjadualannya lebih cepat, aku ke sana dahulu. Di PPUM, aku dijadualkan 18 Jun..lama lagi tu dan sepatutnya aku sudah ada appointment kedua kalau aku dengan kerajaan.

Temujanji dijadualkan 9.30 pagi. Kami sampai awal, sekitar 9.15 pagi selepas bersarapan di gerai berhampiran PJ Old Town. Berat badan diambil, naik sekilo lebih. Alhamdulillah…tapi tidak terasa sangat kenaikan itu sebab muka aku sudah jatuh kategori cengkung. Tidak lama selepas itu, aku diminta masuk berjumpa doktor dan dia mengambil darah untuk dua ujian – salah satu darinya untuk memastikan anak tidak mempunyai Sindrom Down dan satu lagi ujian err..err..aku tak ingat. Urine dari rumah sudah aku sediakan, jadi tidak perlu menambah urusan di klinik itu.

Doktor tanya soalan biasa..Ada alahan atau tidak? Adakah aku loya? Jangan minum susu itu ini lalalala… dan jangan makan makanan yang manis, masin dan berminyak. Setakat ini, aku tidak mempunyai pertanyaan lanjut sebab ramai kawan-kawan yang membantu dengan tips mereka. Dan aku menggunakan apps Pregnancy di Samsung SII untuk memastikan aku mengetahu perkembangan bayi dari hari ke hari.

Waktu paling indah, rasanya saat scan perut dan doktor beri kami dengar denyutan jantung bayi. Oh, sangat mengujakan. Ini kali kedua, jadi aku tidak sepanik kali pertama dengar denyutan jantung bayi ­čÖé Saat doktor tanya – mahu tahu jantina bayikah? Aku dan Hadi tersenyum gatal. Hadi tak mahu tahu..Aku tak kisah tapi dalam keadaan 15 minggu mungkin scan boleh mengaburi perhatian kita dan memberi andaian yang silap.

Fuh, anak aku freestyler masa kena scan. Everyday i’m shufflin perasaannya. Bila doktor mula mencari organ sulit, sepantas itu dia bergerak-gerak riang. Aku tergelak memandangnya. Jadi aku cakap pada doktor, akhir bulan inilah kita tengok. Dia malu tu.. “Anak awak tidak mahu beri kerjasama hari ini”, kata doktor tu ­čÖé Tapi kalau mahu tengok, saya kena scan dari dalam. Tak apalah..biarlah itu keterujaan akan datang.

Hari ini bayi berukuran 10cm,seganda dari mula-mula aku mengenali dia. Beratnya sudah 115 gram dan kakinya sudah terbentuk. Harapnya kamu sihat sejahtera dengan alunan Al-Quran, zikir dan sekali-sekala Klasik Nasional…

Nanti Apa Pulak Katanya…

image

Ia satu pengalaman baru dalam hidup kami. Kami tunggu lama untuk detik ini,maafkan jika ianya biasa dimata khalayak. Kami mahu merasa dan adakalanya tidak tahu cara yang wajar melalui momen ini.

Syukur aku tidak melepek..tiada loya kronik..tiada uwek uwek yang berpanjangan dan kelaziman lain. Keinginan makan agak besar,tapi tidak tahulah siapa disebaliknya..aku atau anak yang nak makan? Aku juga punya selera dan tahu lapar. Tidak adil selera yang ada,digunakan alasan mengandung untuk menjamahnya.

Setakat hari ini,apa yang nak aku makan memang kegemaran aku belaka, terutama masakan mama. Nak buat macam mana..26 tahun aku berada dalam syurga itu. Semuanya sedap-sedap belaka-walaupun sekadar teh o kosong. Sudah ada signature di situ..walaupun sibuk,mama usahakan juga masakkan laksa dan pajeri nenas untuk aku.

Bukan mengada,kalau berbaloi masak untuk ramai,dah lama aku masak sendiri. Dua-dua tu Hadi tak gemar sangat makan. Jadi baik aku pohon ehsan mama, sambil intro errr err anu…anu… Confirm tak membazir.. Masih,itu masakan normal sebab memang aku suka amat dua masakan ini.

Hadi lain pula kisahnya. Tidak pernah gemar makan kambing, tiba-tiba terus bole makan nasi arab kambing dan oblong kambing. Itu baru pelik dan kategori teringin atau mengidam bagai. Mungkin dia rasa pelik disakat rakan-rakan bilakala orang bertanya eh, siapa yang mengandung nie? Jadi ayatnya pagi tadi buat aku tergelak dalam hati..

H:Sy nk soya sebotol bole?
(minggu lepas aku beli 10 soya botol sebab soya kotak aku loya)
A:eh, ambik ajelah..
H:Nanti cakap siapa yang mengandung pulak…

Dia sangat mesra dalam kesopanan. Suami aku ini lagi hebat┬ámenyusun kata sebenarnya. Pantas aku ulang apa yang pernah aku khabarkan padanya minggu lepas. “Kalau bukan i yg teringin,maybe u yang kena..layankan aje”

Jangan berkecil hati dengan gurauan rakan-rakan. Apapun selera kamu dan fizikal yang terbentuk, saya tetap sayang tinggi menggunung ­čÖé Rasanya memang dia yang mengidam bagi pihak..

Selepas Awan Kelabu,Sinar Menunggu..

Banyak soalan-soalan pelik memenuhi inbox aku. Aku tahu, mereka terkejut dan gembira sebenarnya. Tak kurang ada yang bertanya macam-macam soalan seolah aku baru menang pertandingan Spelling Bee peringkat universe ­čÖé Yang mana terdaya aku jawap, sudah pun aku jawap. Yang mana tertinggal dan soalan berganda, mungkin post ini ada jawapan kepada persoalan anda semua, sama ada terluah atau tidak.

Aku rasa gembira nak berkongsi berita ini. Disebabkan ia masih segar,biarlah aku merasa keterujaannya. Aku menanti momen ini sangat lama, jadi aku layak untuk masih di fasa gembira.  Jika siapa rasa annoyed,aku minta maaf. Bukan itu tujuannya..

Adakah Kami Merancang Kehamilan Ini?
Kami dah bersedia untuk ada anak sejak awal perkahwinan lagi. 2 tahun pertama aku separa meroyan sebab tidak ada rezeki. Siap berhabis duit sebab aku mencuba treatment di klinik swasta. Lagi pula period mmg tak regular,jadi susahlah usaha nak merancang. Selain itu, doktor syak berat aku (70kg) tidak memudahkan proses kehamilan. Aku malas nak memanjangkan masalah jiwa. Sejak itu, aku dan Hadi terus jadikan agenda bercuti aktiviti wajib kami.

Kerja juga semakin sibuk. Aku dilelong mergastua dan ditempatan di unit yang orang insaf nak masuk iaitu unit ehwal semasa. Agaknya difikirkan aku akan menderita di sini. Sebaliknya aku pulak rasa gembira di sini. Aku diberi peluang buat program besar-besar. Sabtu Ahad memang tergadai. Aku selalu outstation. Kalau aku tak kerja luar,Hadi pulak entah kerja mana tak lekat umah. Paling klasik,dua-dua outstation serentak. Jumpa dlm facebook aje.

Tahun lepas,aku nekad cuti belajar. Aku taubat dgn manusia yang gunakan orang berkuasa untuk kepentingan diri. Aku sempat fikir setidaknya kalau pangkat aku tak naik, biarlah kemajuan akademik bersama aku. Hadi suruh fikir banyak kali sebab aku tak mohon biasiswa pun masa tu.

Rezeki anak berat,tapi syukur yang lain dipermudahkan. Aku dapat Hadiah Latihan Persekutuan akhirnya, aku dapat tempat di U dan cuti diluluskan. Biasiswa hanya mula tahun 2012. Sebelum itu,semua kos kena tanggung sendiri.

Disember tahun lepas, selepas balik dari Padang, aku jatuh sakit,emosi aku kusut dan aku selalu hiba bila teringat arwah abah. Lebih teruk,aku bleeding non-stop 14 hari. Mujur Ekin bersungguh-sungguh bawa aku ke hospital. Tapi aku sudah panik sebab berdasarkan pembacaan,aku rasa masalah ini hampir kronik. Dalam masa yang sama, aku ada isu dengan seorang kawan aku atas alasan yang malas aku nak terangkan.

Bermula Disember, aku kerap berkunjung ke PPUM. Lepas sahih tiada yang perlu aku risaukan,doktor cadangkan kami merancang untuk berzuriat. Disebabkan Januari kami akan ke Cambodia, tarikh di susun selepas percutian. Kala ini, aku dan Hadi bersedia berusaha kembali memandangkan usia aku yang sudah lanjut.

Bermula tengah Februari pula aku kena kursus 6 minggu untuk mendapatkan biasiswa. Hidup memang huru-hara. Bila ada ujian di hospital, aku kena ponteng dgn MC kehadiran ke kursus. Awal Mac pula kuliah semester 2 sudah bermula. Kelas pulak petang sampai malam. Sangat menduga hidup aku kala itu.

Hampir sebulan ujian kesuburan, aku disahkan subur. Hadi juga sama. Aku diminta berhubung dengan klinik keluarga jika period datang untuk cuba kaedah IUI. KMac aku tak period, April dan Mei juga begitu. Lagipun aku pernah alami period x regular jadi tidaklah musykil sangat.

Jadi bila scan kata dah 3 bulan,terperanjatnya luar biasa. Scan itu yang memberanikan kami memberitahu berita ini. Sebab kami dah nampak bentuk fizikalnya dan sudah dengar denyut jantungnya. Perasaan bila doktor kata inilah bakal anak kamu berdua dan Hadi genggang erat tangan aku itu sangat priceless.

Takde petua atau amalan. Kami dahulu dinasihatkan untuk kurangkan stress. Tapi kalau dah namanya kerja, kerja mana yang tak ada stress? Lepas tu cuti belajar. Stress belajar pula tak pernahnya susut. Tapi rakan-rakan dalam kelas banyak membantu. Mereka dah macam adik-beradik dan saudara-mara aku. Asal jumpa sahaja meledak bahan ketawa dari kisah dalam kelas, setiap individu yang unik, air mutlak dan gabus. Semua perkara akan jadi cerita gembira bersama mereka.

Tak ada jalan mudah. Aku hanya fikir kalau tak dapat waktu ini, apa benda lain yang boleh aku dapatkan untuk membuatkan ingatan aku lari dari masalah asal. Tak ada rezeki anak, kami sibuk cuti. Tak ada rezeki naik pangkat, aku cuti dan sambung belajar. Apapun, percaya pada kuasa Allah dan percaya selepas awan kelabu, sinar menunggu ­čÖé

Alhamdulillah – Setelah 6 Tahun Kahwin!

Scan Pertama : 3 bulan katanya..

Catatan ini agak menduga jadi sila bersabar dengannya…

****

Rabu lalu adalah hari pembentangan untuk kelas En. Suhaimee dan aku antara manusia yang kena bentangkan kertas  malam itu.  Secara normanya, memang setiap kali menjelang ke arah presentation aku akan rasa mual, nak terbarai isi perut, nebes melampau dan lain-lain perasaan tak best. Sejak Isnin, sudah bertungkus-lumus menyiapkan secara berperingkat tapi tidaklah ada perasaan pelik-pelik berlaku.

Pagi Rabu, aku melalui satu keteringinan makan nasi kerabu – tapi mesti yang di depan Jalan Kubur itu jugak. Sayangnya, setiap kali aku nak makan, mesti dia tak bukak. Pagi itu, kebetulan Hadi masuk lewat ke pejabat. Aku mohon ehsan beliau bawakan aku menapau nasi di sana. Misi berjaya.. bersarapan pagilah aku dengan nasi kerabu yang pada aku sedap sangatlah itu!

Masalah dengan nasi kerabu itu ialah – setiap kali aku makan pasti aku kena keracunan makanan. Aku pernah bertaubat kerananya..Tapi bila keinginan datang, aku belasah juga dan berhari-hari aku sakit perut kerananya. Mungkin perut aku sangat sensitif dengan nasi kerabu ini.

Petang Rabu, Hadi menunggu di Restoran Syid, Padang Jawa. Sup cendawan super sedap yang selalu aku makan hanya lalu aku hirup tak sampai 3 sudu – aku muak. Itu pun tanpa nasi. Sejak balik Cambodia, berat badan aku memang susut, jadi aku hanya menjaga pola pemakanan supaya tidak naik balik. Nak kata perut kosong sangat hari itu, tak mungkin sebab aku dah sarapan. Aku mula syak penangan nasi kerabu bakal menghuru-harakan hidup aku lagi.

Petang itu, 2 kali aku muntah tanpa sebab. Sampai rasa macam kain buruk. Hadi masih kata – ini mesti sebab nak presentation..Lepas u present nanti hilanglah benda-benda nie. Malam itu, aku tidur terganggu. Aku terjaga jam 3.00 pagi – berlari ke bilik air tapi tidak pula memerut. Aku muntah angin dan langsung aku tidur-tidur ayam sampai jam 7.00 pagi. Sebelum tersentak dari tidur, aku mimpi budak-budak lelaki yang ramai. Salah seorang datang dan dan minta aku masakkan meggi untuk diorang. Wait, mimpi mcm ini dah dua tiga kali aku kena. Aku kenal anak-anak saudara aku aje tapi yang lain itu buat aku bertanya – eh, anak siapa tu?

Pgi itu aku buat urine test. Alamak – ada 2 line! Aku panggil Hadi dan dia cakap “mcm mana nak baca nie, macam mana nak baca nie” dengan separa panik. Aku beritahu, kalau ada 2 line tu maknanya ada isi. Tapi kami dua-dua panik. Aku kena siap pergi seminar, Hadi kena ke pejabat untuk mesyuarat. Aku diamkan dulu rasa nak panik lebih-lebih dan aku tak tahu nak rujuk pada siapa sebenarnya masa tu.

Mujur aku bawa laptop, jadi sambil-sambil mendengar seminar, aku online FB dan chat dengan Mak Hayam, yang kebetulan lebih kurang ceritanya dengan aku. Jadi tidaklah aku menggelabah sangat. Masa seminar sendiri aku terasa loya-loyi tak menentu. 2 kali aku lari ke restroom. Rasanya kali kedua ke sana barulah aku terserempak dengan Kak Ros yang hadir lewat ke seminar. Awal-awal dia dah tegur aku nampak tak sihat, tapi aku tak cukup berani lagi nak beritahu siapa-siapa sebab aku blank nak buat apa sebenarnya hari ini.

Masa break minum pagi, aku dah tak boleh tahan – aku tarik Kak Ros ke sudut belakang dan mintak bantuan dia untuk temankan aku buat confirmation di klinik swasta. Dia kalau bole dan-dan itu juga nak suruh aku pergi. Tapi aku nak tunggu sampai pensyarah aku, Prof. Munis selesai membuat pembentangan baru aku nak cabut. Jadi, kami semua makan tengah hari dulu, dan kemudian barulah mencari klinik yang terdekat. Masa doktor sahkan urine test itu betul, dia jugalah bersorak paling kuat dalam bilik doktor. Aku masih fasa kunyah perlahan-lahan informasi yang doktor berikan.

***

Pag tadi kami nekad mencari klinik untuk scan dan tentukan berapa bulan sebenarnya usia kandungan ini. Jadi, di atas adalah zahirnya..yang aku dan Hadi terdiam bila scanning dilakukan. Dengar denyut jantungnya..kuat fizikal dan lehernya.. cantik bentuk fizikalnya – kata doktor.

Petang tadi baru kami berani memberitahu rakan-rakan. Ini penantian 6 tahun..jadi kami rasa tak salah nak kongsi sebab ramai juga yang menunggu giliran kami mendapat cahayamata. Ya, macam-macam boleh jadi tapi pohon doakan yang terbaik dan kami sendiri berusaha melalui dunia baru ini dengan mengurangkan kadar panik dan dalam pada masa yang sama – mengharapkan bantuan kalian yang ┬áberpengalaman jugak.

Yang penting, aku buat Hadi gembira dengan berita ini..satu berita yang lama aku dambakan untuk aku hadiahkan padanya ­čÖé

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...