Langkah Pemula Azam 2014 …

phd3

Membaca kembali catatan lama, aku rasa hidup dan punya matlamat. Alhamdulillah, seawal Februari aku telah mula mengorak langkah untuk menjayakan salah satu azam yang aku tanamkan – menyambung pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah. Aku tidak memohon pun sebenarnya. Tapi tawaran itu datang tanpa disangka-sangka.

Aku tersepit antara keinginan untuk sambung belajar dan masalah-masalah yang bakal menimpa untuk aku meneruskan hasrat ini. Banyak faktor yang perlu difikirkan. Faktor kewangan seakan menjadi penghalang, tapi boleh aku usahakan dan dalam hati aku yakin aku boleh bertahan sekiranya gaji aku kembali pulih sedikit masa lagi. Faktor masa itu yang aku risaukan. Masa untuk ke kelas, masa dengan anak, masa dengan keluarga dan masa dengan rakan-rakan pastinya rumit untuk dicatur. Tapi aku yakin dengan pengurusan masa yang betul dan pengorbanan aktiviti berfoya-foya aku mampu melakukannya.

phd2

Ekoran pendaftaran sebagai pelajar baharu Sabtu lalu, maka secara rasminya solid sudah matlamat aku untuk mengubah nasib aku dan keluarga. Selaras itu juga, dalam masa yang sama aku mula mencari prospek yang sesuai untuk aku fikirkan sekitar 5 tahun mendatang.

Bukan mudah untuk gapai semua benda tapi aku sebagai manusia yang tidak mengenal puas mahukan semuanya. Orang nampak pengakhiran usaha kita yang berjaya sahaja. Tetapi ranjau berduri dan rintangan yang kita lalui tidak pernah diambil peduli.

phd1

Aku mengharapkan usaha aku dalam tempoh 3 tahun ini akan membuatkan suami, anak dan keluarga aku bangga. Jika ada yang bercita-cita ke arah itu kerana terpanggil dengan apa yang aku lalui, ya…aku turut bangga ­čÖé

download

Kenapa Berazam Yang Mengarut?

New-years-resolution-2014

Boleh muntah hijau kalau cerita pasal azam-berazam ni. Setakat akhir Disember/awal Januari baru nak membebel-bebel menjadi manusia berazam kesudahannya hampeh geduak memang gegar gunung gemora sahaja. Itu sebab kadang-kadang geli gegendang telinga mendengar azam yang tahun masuk-tahun keluar tak jadi apa.

Aku memang manusia berazam. Kalau rujuk balik catatan dalam blog memang terang-terang aku nyatakan apa yang aku azamkan untuk satu tahun berakhir ataupun azam jangka panjang. Pada aku, azam ini kena berterusan. Kalau tiba-tiba bulan Jun terasa nak berazam, kuatkan tekad azam membumbung aje.  Selalunya aku meletakkan azam untuk mencapai sesuatu perkara antara lingkungan tempoh 3-5 tahun. Lebih rasional dan tidak terkejar-kejar untuk dicapai. Punya masa yang cukup untuk merancang strategi ke arah merealisasikan apa yang diazamkan. Tak jadi isu bila ia akan tercapai, yang penting cuba untuk mencapainya.

Indah untuk aku catatkan azam-azam aku yang banyak tercapai pada tahun 2013. Percaya atau tidak, azam-azam ini ada yang pernah aku azamkan 5-7 tahun lampau.

Yang Tercapai:-

1. Menambah ahli keluarga : Azam pada tahun 2008 yang sentiasa aku ucapkan pada diri sendiri. Kata-kata adalah doa. Yakini itu, insyaallah rezeki akan jadi milik kita.

Eskandar Dzulkarnain
Eskandar Dzulkarnain

2. Kurangkan berat badan bawah 60 kg : Ini azam yang tiap-tiap tahun – tanpa gagal dilafazkan. Berjaya juga. Kali terakhir timbang berat aku ialah 59kg. Mungkin perasaan aku sekarang macam berat badan dah sedikit naik. (Jarang perempuan membebel dia kurus, kalau ada, pegi duduk koridor sana diam-diam). ┬áJadi aku mengawal pengambilan gula dan karbo. Kadang-kadang terbabas juga. Tapi aku tetap akan meneruskan azam ini untuk mendapatkan berat badan yang lebih ideal.

59kg

3. Mendapatkan Sarjana : Ini azam tahun 2010, berjaya juga aku capai. Kalau ikutkan, aku tak fikir pun aku akan kembali menjadi pelajar kembali selepas 7 tahun meninggalkan bangku universiti (bangku?). Terima kasih atas ketidakadilan yang terjadi pada aku dipejabat yang menjadi kemuncak aku membulatkan tekad untuk meninggalkan Bukit Angkasa barang 2 tahun. Walaupun aku kembali dan masih ditakuk yang sama, setidaknya sepanjang tempoh 2 tahun aku belajar aku dapat sijil sarjana dan Eskandar Dzulkarnain. Double joy!

Konvo Akhirnya..
Konvo Akhirnya..

4. Menambah elaun untuk Mama : Memang amat gembira dapat menaikkan nilainya selepas 5 tahun jumlah yang sama. Semoga dikurniakan lebih rezeki sehingga aku mampu menaikkannya lagi di masa akan datang.

New_Malaysian_Currency_Design

5. Miliki Rumah Sendiri : Hampir 6 tahun menyewa, Disember lalu merasa juga berpindah dan duduk di rumah sendiri. Rumah aku sendiri, insyaallah akan siap pertengahan tahun hadapan. Azam untuk memiliki rumah sendiri ni memang lama sebenarnya. Kalau ikutkan sebelum kahwin lagi aku dah berazam untuk membeli rumah. Tapi kewangan tidak stabil dan harga rumah memang tak munasabah di Lembah Kelang.

RUMAH

 

Belum Tercapai/Azam Tambahan :-

1. Sambung PhD : Lepas habis sarjana, keinginan untuk sambung tu dah ada. Tapi belum ada satu tekad yang bulat dan solid untuk aku teruskan dalam waktu terdekat. Rasa macam nak rehat setahun beri tumpuan pada keluarga baharulah memeras kepala dengan ilmu selanjutnya. Tapi tak tahulah…dalam hati aku nie macam ada rasa silap-silap haribulan tahun depan jugak aku sambung, walaupun bergolok-gadai dengan duit sendiri.

2. Naik Pangkat : Aku tetapkan 2015 untuk aku ada kemajuan dalam kerjaya. Kalau takde rezeki juga, maka aku harus bersiap siaga dengan pelan B. Pelan B akan mengambil tempat sejurus aku mendaftarkan diri untuk PhD.

3. Selesaikan hutang dengan Bank : Sepatutnya diselesaikan tahun 2013, tetapi disebabkan belum ada rezeki, aku membawa azam ini ke tahun hadapan. Ia perlu diselesaikan juga kerana pinjaman rumah akan mengambil tempat dalam slip gaji. Aku tak mahu terbeban dengan 2 pinjaman yang membuatkan slip gaji aku cedera parah dan gaji bersih yang semakin menipis. Justeru aku mendesak diri aku untuk menyelesaikan hal ini segera.

4. Miliki lesen kereta : ok fine..gelaklah 18 kilometer sejam. Aku memang penakut nak drive. Tapi aku akan memaksa diri aku untuk mendapatkan lesen ini tahun hadapan sebab in order untuk melaksanakan pelan B, aku harus tahu bawa kereta. Mohon tuhan permudahkan dan memberikan kekuatan kepada aku berhubung hal ini.

5. Memiliki kereta : Aku tidak tetapkan bila dan tajuk apa kereta itu, 1st hand atau second hand. Tapi aku memikirkan untuk ada satu sebagai ganjaran pada diri sendiri bila berjaya mencapai perkara 5. Dalam hati, macam nak kereta ni.

Peugeot-208-GTi-4
Peugeot-208-GTi-4

6. Menambah ahli keluarga : Ya, memang rasa nak tambah. Tapi bagilah jiwa aku berani balik. Trauma bersalin dulu tak hilang-hilang lagi dan kewangan belum stabil. Betul setiap anak ada rezeki dia, aku percaya itu. Cuma belum cukup berani lagi. Sama macam kes bawa kereta juga. Kalau Hadi boleh cuti sambung belajar, aku pertimbangkan hal ini segera (cop merah!)

Jadi begitulah….Kita cenderung mengatakan ‘untungnya dia sebab dapat semua benda’ tapi kita tak fikir apa yang dia buat untuk dapat semua benda tu. Samalah macam aku..dari dok untung orang tu, bertuahnya dia, bestnya hidup dia.. lebih baik aku berusaha untuk merasa apa yang orang tu rasa. Diakhirnya, memang kemanisan itu yang kita kemam sehingga tidak terasa. Sesudah itu, kita harus menggantikan kemanisan itu dengan kemanisan yang lain pula.

Semoga sedikit-sebanyak mengkomer yang terbaca akan menjadi manusia berazam.

 

 

 

 

#Bajet2014

Elaun Tetap Perumahan
Elaun Tetap Perumahan

Setiap kali pembentangan bajet, aku selalu menulis tentang impak bajet itu kepada ekonomi aku. Tahun yang sudah-sudah, aku mengeluarkan pendapat selayaknya dan setahu aku kerajaan juga tidak meminta khalayak memberikan cadangan secara agresif. Tahun ini berbeza, mungkin kerana admin yang menjada media sosial milik Perdana Menteri sedikit cerdik berbanding kudut-kudut yang lain.

Rasanya rakyat hanya dibenarkan memberikan satu pendapat untuk satu kategori. Ada beberapa cadangan yang aku berikan, tapi server laman tu gagal proses. Agak menyakitkan hati. Tapi aku malas nak menulis benda yang sama. Cukuplah 2 cadangan.

Aku harap ramai yang memanfaatkan medium itu. Diterima atau tak lain cerita. Pada aku, kita layak memaki kerajaan bergantang-gantang kalau tak puas hati dengan #Bajet2014 ni, tapi kenalah terlibat secara tak langsung dalam memberikan pendapat. Kalau bunyi aje, agak gagal kebebasan bersuara, memberi pendapat dan demokrasi di situ.

B41
B41
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...