Jamuan Hari Raya RTM 2018

Penuh newsfeed di Facebook dan Instagram gambar-gambar sempena Jamuan Hari Raya RTM 2018 semalam. Bahagian Pemasaran dan Promosi diminta untuk menguruskan gerai kuih-muih. Terlebih dahulu, terima kasih kepada kaki tangan Seksyen Promosi dan Kreatif sebab berjaya menghias gerai dengan cantik. Hias cantik ke tidak, itupun satu yang subjektif sebab saya pandang hasil kerja kalian bagus-bagus belaka. Semangat dan teamwork berkerja bersama-sama itu yang saya bangga dan puji (walaupun yang ramai-ramai gadis itu sibuk posing dan pegang props aje).

Juga kepada Seksyen Pemasaran dan Kawal Selia Iklan yang menguruskan urusan pembelian kuih-muih dan tugasan pramusaji. Ini memang kalau ditanya tugasan seperti ini, dengan pantas aku akan menolak. Mujurlah tugasan Promo sekadar hias-menghias sahaja.

Sudah dikhabarkan seawal pagi semalam, pakaian aku hari itu adalah sejenis terang dan memancor, jadi bersedialah dengan kamera masing-masing untuk mengambil gambar. Kamera dari Oppo yang aku banggakan inipun macam kena mintak tukar Blackberry baharu sahaja sebab sudah menghampiri kategori uzur syarie.

Untuk pengetahuan, baju yang aku pakai itu dibeli di Malaysia sahaja, bukan di India. Benar aku baru balik dari India, tapi baju seperti itu memang tiada dalam senarai untuk dibawa balik ke Malaysia. Harganya RM90 sahaja – set penuh dan dibeli di Banting. Baju ini aku beli tahun lepas, khusus untuk dipakai di Jepun. Kali pertama dipakai sewaktu kunjungan ke Sekolah Okanmuri di Osaka. Sejak itu, dia mereput di dalam almari kerana tiada tempat yang logik untuk aku mengulang pakai.

Kasut aladin yang ramai tanya, beli di India jugakah? Pun salah. Aku beli di Cowboy, Melaka dengan harga RM20. Cuma beg yang aku usung dengan penuh kasih-sayang ke hulu dan ke hilir itu sahaja aku beli di India dengan harga RM18, setelah ditolak campur nilai pertukaran matawang. Kesimpulannya, apa yang aku pakai jatuh bawah kategori mampu milik. Mungkin sebab sinaran passport kegemilangan dan warna yang aku pilih itu membuatkan ia nampak macam mahal. Itupun baju tu baju display, patung yang pakai. Takde, aku nak warna itu juga jadi berbogellah sekejap patung sebenar sebab memang itu sahaja stok yang tinggal di kedai itu. Oren dah habis, nak buat macam mana.

Mujur aku tak pakai sekali dengan selendang. Kalau tidak, Kak Mira pandang ajelah saya bawak balik hamper “Pakaian Paling Melets”. Ayyue Wahid pasti tidak cemburu sebab dia sudah dapat award yang sama dalam majlis anjuran Radio Klasik beberapa bulan dulu.

Aku pergi ke ruang majlis sedikit awal kerana memberi sokongan kepada Aie Sarkase yang sibuk dengan rakaman program raya. Ok, ini memang tidak dirancang, unsangkarable dan kimia. Baju kami kebetulan warnanya sama. Memang pernah aku cakap, majlis raya nanti aku mahu pakai baju yang sama tema warna dengan dia supaya bila kami bergambar nampak ngam. Amik kau! Raya sedondon kami semalam.

Tidak lama kemudian, staf-staf promo mula turun dan aktiviti wajib selepas menghias gerai ialah – bergambar. Aku cuma minta bergambar dengan Hael Husaini sahaja. Yang selebihnya gambar-gambar aku yang penuh di newsfeed adalah ihsan dari kamera rakan-rakan. Rasanya tahun depan aku patut buat benda yang sama. Bagitahu pakaian aku kategori macam mana dan minta masyarakat standby dengan kamera masing-masing untuk bergambar.

Terima kasih kepada semua rakan-rakan dan tetamu yang hadir pada majlis semalam. Yang sudi bergambar bersama, yang tidak sempat, yang berjumpa memaling muka, yang jumpa berlaga muka – semuanya akan aku simpan dan kenang. Satu perasaan yang berbaur bila kita berjumpa kembali selepas sekian lama tidak berjumpa ataupun bila kita berpeluang bersembang secara santai setelah sepanjang masa menahan muka dalam mana-mana sesi mesyuarat.

Usai majlis semalam, aku naik ke pejabat dan menguruskan hal-hal kerja pula. Agak lewat aku balik. Mujur Aie sudi hantarkan aku balik. Aku tak makan banyak pun tengah hari semalam. Jadi terasa macam sudah masuk angin aje badan ini. Mula-mula kami bercadang mahu makan malam dahulu sebelum balik. Tidak banyak perbualan yang mengisi perjalanan balik. Penat kot…

Sampai sahaja rumah, aku disambut oleh Eskandar. “Waaaah,mamaaaaa!” Dia terus datang dan memeluk aku. Reaksi dia buat aku rasa istimewa. Aku masih ingat masa aku pakai kostum Lilo and Stitch. Dia pandang tanpa perasaan dan terus sambung tengok Marsha and Bear.

Malam itu aku mula rasa migraine. Nak makan, langsung tiada selera. Selepas menguruskan anak-anak, aku terus naik dan berlayar. Tapi satu lagi nervous belum berakhir, nak buka baju memancor ni macam mana gayanya? Masa di Jepun aku ada bantuan rakan-rakan. Jenuh tawakal kempiskan perut dan hoyeh! Berjaya tanpa halangan yang besar. Konfem – Kak Benny is slimmer than last year!

Apapun berlaku, hari semalam hari yang indah dan baik untuk dikenang.

p/s: Bahagian Pemasaran dan Promosi menang kategori Gerai Terlajak Laris. Tahniah, semua…

 

 

Selamat Ulang Tahun RTM Ke-72

2004 – 2018…

14 tahun aku mencurah keringat di kota Angkasa.

Nantikan catatan lanjut. Aku pancit kala ini.

****

Ok, maafkan hakak yang ditimpa masalah kerja tanpa henti walaupun dalam waktu bercuti. Ini semua keranamu, RTM ๐Ÿ™‚ Dalam pada aku serabut dengan masalah yang berselirat di dalamnya, tapi aku bahagia duduk dalam labyrinth itu.

Terima kasih kepada kaki tangan Seksyen Promosi dan Kreatif kerana telah bertungkus lumus menyiapkan bahan promo sempena Hari RTM yang ke-72. Sangat bangga melihat ramai rakan-rakan yang share klip yang unit aku buat. Aku aje takde share apa-apa. Hujung minggu lalu berjuang dengan anak-anak. Hadi rehearsal konvo, jadi aku sangat sibuk menguruskan anak-anak.

Aku baca balik catatan tahun-tahun lepas berkenaan Hari RTM. Wow….aku tidak pernah bercerita dengan terperinci sejarah aku di bukit Angkasa nan indah ini. Tidak juga untuk tahun ini. Biarlah ia menjadi misteri seketika. Satu hari nanti akan aku ceritakan juga..mungkin masa Hari RTM ke-75 ๐Ÿ™‚

Sebenarnya sejak aku kembali ke RTM sejak habis cuti belajar pada tahun 2013, aku jarang bercerita hal kerja. Maklum sahaja, hal sulit dan kerahsiaan yang perlu dijaga. Berbanding masa aku menjadi penerbit rancangan, aku cenderung cerita pengalaman menerbitkan program yang pelbagai. Tipulah kalau kata aku tidak rindu masa gemilang itu. Sumpah rindu! Tapi ia datang dengan pakej yang aku tidak mampu untuk lalu dalam keadaan aku sudah beranak. Dulu takde anak, takde hal. Sekarang ini anak priority. Tak mungkin aku perjudikan masa yang aku ada kerana kerja. Cukuplah 7 tahun aku mengabdikan keringat aku untuk penerbitan.

Aku gembira di unit ini. Serabut dan runsing-runsingnya tetap ada. Tapi berkala. Setakat ini aku layankan aje dulu. Aku sudah mula terasa untuk mencuba sesuatu yang lain dalam hidup aku. Keinginan itu makin lama, makin kuat. Jujurnya aku perlu escapism untuk membuatkan aku waras dan tenang kembali.

Selamat Ulang Tahun RTM Ke-72. Aku mahu lebih lama di sini dan aku mahu maju di sini.ย Semoga kami semua dpt menyumbang ke arah kegemilangan RTM di masa hadapan dan kembali menerajui industri penyiaran negara.

Happy Birthday March Baby!

 

Usai mesyuarat ringkas unit, hari ini kami meraikan kaki tangan yang lahir pada bulan Mac. Kojie, Moon dan Fatin – Selamat Hari Lahir diucapkan. Tidak saya lupakan LG, yang tidak dapat hadir kerana masalah keluarga. Jugaย sempat diberikan cenderamata buat Afad yang baru mendapat cahaya mata yang ketiga.

Sambutan sederhana tetapi meriah. 3 biji kek menyerikan majlis kami ini dengan menu lain, nasi beriyani. Dapat juga semua kaki tangan yang hadir duduk makan dan melepak bersama walaupun sekejap.

Kerja memang memenatkan dan tidak pernah habis. Tapi sekali-sekali hubungan sesama sendiri perlu disemai dan dibaja juga. Hidup kita berkerja bukan hanya mengadap PC dan ralit dengan kerja sendiri. Kita perlukan dan teman, dan teman sekerja yang sanggup bantu-membantu tanpa berkira adalah satu rahmat dalam pekerjaan.

Selamat hari lahir sekali lagi…

Saya doakan semua yang temu duga jawatan Penerbit Rancangan B17/29/41 dipermudahkan urusannya. Jangan pernah putus asa untuk mengubah kehidupan. Apa juga keputusannya, tuhan telah suratkan rezeki masing-masing.

Semoga sambutan seperti ini dapat dilakukan setiap bulan dan semoga semuanya aman bahagia di bawah rejim kak Benny ๐Ÿ™‚

Happy Birthday February Babies!

Semalam Bahagian Pemasaran dan Promosi telah mengadakan satu majlis ringkas bagi meraikan warganya yang lahir pada bulan Februari. Majlis ini istimewa sikit sebab bos kami juga lahir pada bulan Februari sekaligus membawa lambang Aquarius – sama jugalah dengan aku.

Ada 4 orang yang diraikan, selain Kak Wan Wizana. Kami turut meraikan Hafiz, Kak Wan Zuroh dan Adam dari Unit Promo. Sangat comey Adam hari ini. Kami semua terhibur. Aku memang mudah terhibur…

Kami semua menjamu selera beramai-ramai dengan menu nasi arab. Punyalah sedap…sampai aku mengabaikan perkara-perkara yang lain seperti bergambar, bergambar dan bergambar. Lapar tak dapat dibendung ๐Ÿ™‚

Itu sebab masa Kak Wan post gambar jamuan ini dalam Facebook, ramai yang tanya gambar aku mana? Aku tukang ambil gambar ke?

Oh…aku makan.

Aku makan dengan penuh tenang.

Dalam bilik mesyuarat tu, penuh dengan warga-warga lelaki Unit Promo dan unit-unit lain yang sama-sama lapar berjemaah seperti aku juga. Ketika aku sudah kenyang, sesi bergambar sudahpun berakhir. Sebagai bukti, aku ada sebenarnya dalam majlis ini…

One thing about February born people is that they are focused, pioneers of good cause and great leaders, I see all these qualities and more in you.

Selamat Hari Lahir buat kak Wan Wizana ๐Ÿ™‚

Happy Birthday, Benny!

Happy Birthday to someone who is full of unbelievable awesomeness! Yes, thatโ€™s right. Itโ€™s my birthday.

20 Januari 2018….makanya aku sudah berusia 37 tahun. Belum 40 lagi seperti terjahan Puan Norliza tahun lepas. Aje sentap aku mendengarnya ๐Ÿ™‚

Alhamdulillah… Tahun ini sambutannya sederhana tetapi santai. Pertama sekali, terima kasih kepada staff Unit Promosi dan Kreatif kerana sudi meraikannya – seminggu awal! Memang aku terkejut sebab asalnya mesyuarat Khamis 2 minggu lalu adalah untuk meninggalkan amanat kepada penyelaras yang bertugas dan bertemu semua kakitangan bagi sesi pertama 2018. Terima kasih atas kehadiran semua dan kek yang sedap itu. Eskandar aje makan separuh ๐Ÿ™‚

Petang itu kami gunakan kesempatan yang ada untuk bergambar beramai-ramai.


16 Januari – Aku terima ucapan hari lahir kedua dari Pak angkat, Nakatani. Alang-alang, aku minta dia simpankan newsletter PREX edisi Januari kerana ada ucapan tahun baharu aku dalam keluaran itu. Moga-moga ada rezeki aku menjejak bumi Jepun lagi untuk berjumpa dia dan rakan-rakan lain di sana.

Tahun lepas, aku ke Krabi untuk menyambut hari lahir di sana. Tahun sebelum itu aku ke Pattaya. Tahun ini aku memilih untuk ke Phuket pula. Makanya, 3 tahun berturut-turut aku ke Thailand dan menyambut hari lahir di sana. Kisah ke Phuket ini aku akan tulis dalam catatan yang lain kerana kisahnya panjang – walaupun cerita perjalannya tidak banyak.

Tidak menang tangan aku membalas ucapan-ucapan hari lahir yang rakan-rakan titipkan khususnya di Facebook dan What’s App. Sampai aku terlepas pandang yang mana belum sempat aku balas. Terlalu banyak! Adalah dalam 20% dari jumlah sahabat maya yang berada di FB ๐Ÿ™‚

Macam aku bagitahu tadi, sambutan hari lahir aku santai aje. Dalam pada bercuti di Phuket, aku sempat membalas ucapan yang ada sebab aku beli simkad Thailand. Oh, waktu Malaysia lewat satu jam dari waktu Thailand.

Kerana itu bila Hadi ucapkan selamat hari lahir pada aku pada pukul 11.30 malam, aku dengan penuh yakin bagitahu “eh, belum lagi..ada lagi setengah jam”. Jangan berangan. Itu waktu Siam…ini waktu Malaysia ๐Ÿ™‚

Hemoh…hemoh…hemoh….

Terima kasih semua. Aku sangat hargai kiriman ucap selamat kalian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...