Ohai, Januari 2016!

jan

Hari ini sudah 26 Januari 2016. Banyak benda yang menarik untuk aku catatkan di sini. Tapi ternyata aku terlalu sibuk berjuang dengan masa. Semua cerita-cerita itu tersemat di kepala otak tanpa sempat dilampiaskan ke laman ini. Aku akan cuba juga tulis yang mana sempat – untuk ingatan aku juga.

Apa pun, aku berasa riang juga kerana salah satu azam untuk 2016 telah aku capai pada permulaan tahun nan indah ini. Sudah 3 tahun aku tidak bercuti ke luar negara sejak kehadiran Eskandar dan disusuli Ezzudin. ย Sepanjang tempoh 3 tahun itu kami sekeluarga hanya bercuti dalam negara sahaja. Mula-mula dahulu aku selalu cakap, kalau nak bercuti kena bawa mereka juga. Jadi susah sikit hendak ke luar negara sebab nak membawa anak ni letihnya lebih sikit. Tapi jangan salah terpa pula. Aku salute pada yang sanggup bawa anak-anak kecil bercuti bersama ke luar negara. Mak tak mampu…(tak mampu jaga) *nangis2tengokgambarpantai

Jadinya minggu lepas – selepas 3 tahun tidak ke luar negara – aku merasa berjalan ke Pattaya, Thailand. Perasaannya sangat indah…indah sebab pergi untuk menyambut hari lahir aku yang ke-35. Indah juga sebab aku pergi berdua sahaja..Terasa macam baru ada boifren pun ada perasaannya tu.

Aku berharap ini merupakan detik mula untuk aku merasa ke tempat lain pula. Tak kisahlah untuk berkursus atau bercuti. Pergi tempat orang ni seronok. Jumpa orang baharu, tengok tempat orang dan meneroka benda-benda baharu. Yang penting setiap tempat yang aku pergi itu akan meninggalkan memori yang manis untuk aku kenang ๐Ÿ™‚

Semoga lorong rezeki aku akan terbuka seluas-luasnya tahun ini.

Lamanya Tak Bercuti…

935580_602350773116481_1967935598_n

Tak boleh jadi. Sudah 3 tahun aku tidak bercuti ke luar negara. Kali terakhir roadtrip ke Krabi ketika Eskandar Dzulkarnain berumur 8 bulan dan aku tengah mengandungkan Ezzudin Dzulfikar. Lepas itu, nada! Semuanya bercuti dalam negara sahaja.

Aku berazam tahun baharu 2016 ini untuk mula berjalan ke luar negara. Kalau luar negara itu setakat Thailand sekali pun tak apalah. Asalkan aku merasa berjalan ke negara orang.

Sudah lama sebenarnya aku tidak bercuti berdua sahaja. Kali terakhir, kami ke Laos. Oh, aku rindu masa-masa travel berdua. Mencuba benda-benda baharu bersama, merasai pengalaman eksotik dan erotik bersama (jangan muntah) dan mencuba pelbagai makanan yang tiada di Malaysia. Masa travel berdua ini yang akan menguatkan hubungan dan dalam masa yang sama menduga hubungan juga. Tetapi kesimpulan setiap percutian, hubungan kami akan lebih erat berdua. Itu lebih penting.

Jadi menjelang hari lahir aku 2 minggu lagi aku mengusulkan untuk menyambutnya di luar negara. Nak pergi mana – tak tahu lagi – tak kisahlah, asal luar dari Malaysia. Dekat 2 hari aku menjadi mengunjung laman web Airasia, hotel.com, dan Agoda yang komited.

Nak ke Indonesia, aku terasa amat rindu dengan bumi Thailand. Tapi kalau Thailand nak ke mana? Nak mengulang Krabi, Phuket, Hatyai, Koh Samui dan Koh Phangan lagikah?

Aku mahu pergi ke tempat yang aku belum pernah pergi. Yang aku tak tahu apa yang menarik agar dapat aku selongkar istimewanya. Belek punya belek, skrol atas bawah dan bincang ala kadar akhirnya keputusan tertancap di…

Pattaya…

Aku tak tahu apa yang menarik di sana selain kehidupan malam yang dikatakan sangat meriah. Tapi mengenali Thailand, semua kehidupan malamnya indah dan mempersonakan bagi manusia yang pandai mencari.

Pattaya it is… ๐Ÿ™‚

Selamat Tahun Baharu!

Happy-New-Year-Photos

Rasanya tidak terlewat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baharu 2016 kepada semua pembaca blog ini. Agak lama aku tidak menulis. Maklum sahaja sepanjang Disember jadual aku agak sarat dengan urusan kerja yang harus diselesaikan. Aku agak komited dan tertumpu di situ hampir sebulan lamanya. Idea nak menulis sangat banyak…macam-macam cerita dan peristiwa mahu dikongsi. Tapi disebabkan sensitiviti dan kesibukan tadi – aku abaikan sahaja. Biarlah aku tenggelam dengan kesibukan kerja itu sementelah fikiran aku sendiri agak berserabut kerananya.

Jadi hari ini aku mencuri masa. Kalau hendak diikutkan sangat kerja, memang tak pernah yang surut. Jadi aku mengetuk papan kekunci ini dengan tenang dan berhati-hati. Berhati-hati kerana aku sudah hampir berbulan tidak mengetuk di komputer peribadi ini. Jari semakin gemuk. Ada sahaja kesalahan ejaan yang aku lakukan. Dalam berhati-hati aku mengisi catatan ini dan sekiranya ada kesilapan – Maaafkanlaaaah (seperti DJ Dave).

Ambang tahun baharu yang lalu, aku dan beberapa rakan meraikannya di sebuah pusat hiburan terkemuka di ibukota. Secara peribadi, aku sangat kepenatan kerana berkejar-kejaran menguruskan kerja dan keluarga. Jadi malam ini aku memang terasa mahu berhibur. Bila kala kiraan mengira detik 10 saat menjelang tahun baharu, perasaan aku biasa-biasa. Apabila kiraan 10 saat berakhir dan semua orang bersorak riang meraikan tahun baharu, aku turut sama. “Happy New Year!”

Aku pandang khalayak yang lain. Boleh dikatakan semuanya bergembira ria menyanyi dan menari diiringi band kelab yang sangat ‘happening’.

Aku sendiri – meh… 1 Januari 2016 sama sahaja dengan hari-hari lain. Yang membuatkan aku lega adalah kerana hari itu cuti umum. Aku punya masa untuk berehat walaupun tidak lama kerana harus menguruskan anak-anak. Anak-anak yang sering ditinggal-tinggalkan. Anak-anak yang mula membesar dan anak-anak yang mula pandai menagih perhatian.

Itu satu perkara yang membuatkan jiwa aku sedikit bahagia.

2015 adalah satu tahun yang mencabar buat aku. Aku akui ada tahun-tahun terdahulu yang lebih teruk impaknya. Tapi tahun 2015 tidak begitu indah kesudahannya. Azam yang tersungkur di tepi jalan, hasrat yang tidak tertunaikan, penipuan kepercayaan dan macam-macam lagi. Agak pedih melalui semua itu.

Aku tahankan sahaja. Apa nak buat…itu pilihan aku dan aku bertanggungjawab atas kesemuanya.

Aku tidak akan memaafkan orang yang menipu kepercayaan aku dan menjadi munafik dengan janji sendiri. Setiap kali tersentak dan teringat memang aku panjatkan doa dan menyebut namanya agar tuhan berikan balasan padanya yang menganiaya kehidupan aku. Tidak akan aku halalkan sekelumit pun dan semoga roh kau tergantung selamanya tak merasa nikmat syurga. (Ya, aku tahu kau baca dan aku selalu doa agar Allah berikan rasa gelisah kepada kau sepanjang masa selagi aku tak dapat hak aku sepenuhnya seperti mana yang kau janjikan.)

Ok abaikan setan di atas kerana aku tidak akan mengulang kisah ini lagi.

Juga beberapa kawan-kawan terdekat aku yang diberi ujian kesihatan turut membuat akhir 2015 aku muram dengan drastiknya. Aku berdoa mereka diberikan kekuatan melalui semua ini. Aku harapkan mereka tabah dan sebagai rakan – ketahuilah aku sentiasa akan ada masa dan telinga buat kalian.

Aku akhiri tahun 2015 dengan rasa bersalah dengan pencapaian diri sendiri. Aku yakinkan diri aku telah menyumbang sebaiknya untuk kerja aku ย – yang banyak pihak menolak untuk membuatnya. Aku hargai persahabatan yang tiba-tiba bertambah akrab sepanjang 2015. Aku seronok dikelilingi pasukan kewangan yang sentiasa ceria walaupun stress berkerja. Eh, banyak benda sebenarnya harus disyukuri.

Itulah akhir-akhir ini aku serabut sampaikan gagal mencerna dengan baik tuah yang menyinggahi aku sekitar 2015.

Mungkin harus berhenti sebelum aku menyelam lebih lama ke ufuk duka yang masih merah.

Ok, Selamat Tahun Baharu 2016. Insyaallah sedikit waktu apabila semua bebanan yang ada semakin menyusut aku akan keluar dari kepompong kesedihan ini dan bercerita kisah lain yang lebih gembira untuk dibaca.

Ohai, Julai!

2014-july-calendar-image

Seperti biasa, aku meletakkan alasan sibuk kerana tidak dapat mengemas kini blog berbayar ini dengan sempurna. Bukan kerana tidak menghargai duit. Aku menghargai masa dengan keluarga dan masa-masa itu menyebabkan aku sedikit sibuk. Juga 2 minggu aku berehat panjang selepas menjalani pembedahan kecil yang sengaja aku diamkan atas sebab-sebab tertentu.

Ok, Ohai Julai…!

Sudah 7 bulan kita melayari tahun 2014. Punyalah pantas masa berlalu. Syukur kepada Maha Pencipta kerana hampir beberapa azam 2014 yang aku suratkan sedang dalam proses pelaksanaan.

Umat Islam juga menyambut Ramadan pada bulan ini. Selamat berpuasa kepada semua. Aku sendiri cuba untuk berpuasa penuh tapi dalam keadaan sekarang, aku memang tidak memaksa diri. Kalau larat puasa, tak larat tak puasa.

Oh, aku mengandung lagi..nampaknya sudah 3 tahun berturut-turut. Semoga ada rezeki Eskandar Dzulkarnain menjadi abang.

Cahaya Balqis lahir dan meninggalkan kami pada 4 Julai, hari yang sama hari lahir M.Nasir.

Eskandar Dzulkarnain akan menyambut ulang pertama pada 7 Julai.

Hadi pula lahir pada 14 Julai.

Ada lagi adik-beradik, ipar-duai dan kenalan lain lahir pada bulan Julai.

Pendeknya, Julai ini padat. Dan Insyaallah, Julai ini indah ๐Ÿ™‚

Langkah Pemula Azam 2014 …

phd3

Membaca kembali catatan lama, aku rasa hidup dan punya matlamat. Alhamdulillah, seawal Februari aku telah mula mengorak langkah untuk menjayakan salah satu azam yang aku tanamkan – menyambung pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah. Aku tidak memohon pun sebenarnya. Tapi tawaran itu datang tanpa disangka-sangka.

Aku tersepit antara keinginan untuk sambung belajar dan masalah-masalah yang bakal menimpa untuk aku meneruskan hasrat ini. Banyak faktor yang perlu difikirkan. Faktor kewangan seakan menjadi penghalang, tapi boleh aku usahakan dan dalam hati aku yakin aku boleh bertahan sekiranya gaji aku kembali pulih sedikit masa lagi. Faktor masa itu yang aku risaukan. Masa untuk ke kelas, masa dengan anak, masa dengan keluarga dan masa dengan rakan-rakan pastinya rumit untuk dicatur. Tapi aku yakin dengan pengurusan masa yang betul dan pengorbanan aktiviti berfoya-foya aku mampu melakukannya.

phd2

Ekoran pendaftaran sebagai pelajar baharu Sabtu lalu, maka secara rasminya solid sudah matlamat aku untuk mengubah nasib aku dan keluarga. Selaras itu juga, dalam masa yang sama aku mula mencari prospek yang sesuai untuk aku fikirkan sekitar 5 tahun mendatang.

Bukan mudah untuk gapai semua benda tapi aku sebagai manusia yang tidak mengenal puas mahukan semuanya. Orang nampak pengakhiran usaha kita yang berjaya sahaja. Tetapi ranjau berduri dan rintangan yang kita lalui tidak pernah diambil peduli.

phd1

Aku mengharapkan usaha aku dalam tempoh 3 tahun ini akan membuatkan suami, anak dan keluarga aku bangga. Jika ada yang bercita-cita ke arah itu kerana terpanggil dengan apa yang aku lalui, ya…aku turut bangga ๐Ÿ™‚

download

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...