SO…APA AZAM 2020?

Ada orang, setiap kali tahun baharu sibuklah dia mencipta azam. Ada manusia, dia pasang azam tak kira masa. Apa jenis makhluk berakal pun kita, asalkan ada azam bermakna anda ada sasaran. Pergilah jahannum bila biawak cakap azam aje lebih, capainya tidak. Sebab apa aku cakap macam tu? Sebab azam tu tiada tarikh yang tepat untuk dicapai. Azam itu kita sasarkan aje untuk capai pada tahun semasa. Kalau berjaya capai, tahniah badak! Kalau tidak, carry forward ajelah sampai azam itu jadi realiti.

Aku suka petik kisah ini bila cerita pasal azam. Masa aku jadi penerbit Selamat Pagi Malaysia lebih kurang 10 tahun dahulu, aku ada panggil 3 orang panel untuk bercerita pasal azam. Salah seorang panel, berbangsa India yang aku tidak ingat namanya berkata lebih kurang begini :-
“Tuliskan azam yang kita mahu dalam satu kertas. Senaraikan semuanya. Kemudian simpanlah kertas azam itu di satu tempat yang kita jarang jumpa. [Pemahaman aku adalah sorokkan kertas azam itu.] Satu hari nanti bila kita terjumpa kertas itu, akan ada azam yang kita tulis tercapai dan kita akan rasa berpuas hati dengan pencapaian kita.”

Sambil call shot, kepala otak aku berputar deras. Aku teringat catatan-catatan azam yang berlonggok dalam blog lama aku. Setiap tahun tanpa gagal aku akan tulis azam baharu tanpa revisit azam tahun sebelumnya. Kebanyakan azam yang aku tulis masih sama, bersifat carry forward.

Habis aje siaran, aku mula selongkar posting-posting lama. Sedar tak sedar, 70% azam aku tercapai, 20% berstatus carry forward dan 10% perlu execution dengan kadar segera. Tak payahlah share semua, aku share 20% yang berstatus carry forward tu azam nak kurus. Korang pun sama tersangkut kat skala 4 juga tang kurus-kurus ni.

Dan aku masih pegang kata-kata panel itu sampai sekarang.

Bila aku revisit balik azam-azam yang aku tuliskan dari 2010 – 2019, aku berjaya capai apa yang aku nak. Apa yang aku nak ini, bukan setahun punya azam terus jadi nyata.
1. Aku berjaya ada anak.
Ini makan tahun punya cerita. Usaha tak payah ceritalah, aku dapat juga. Berapa tahun aku berjaya capai? 7 tahun

2. Naik pangkat.
Aku masuk servis tahun 2005. Elok 5 tahun firasatnya sudah ranumlah untuk naik satu tangga. Aku boleh cerita panjang lebar apa yang jadi, pendek cerita – takde rezeki. 2017 baharulah naik satu takuk. Berapa tahun aku berjaya capai? 7 tahun bai…

3. Buat Sarjana
Kes berkait dengan di atas. Aku take a break kejap. Aku sepatutnya terus buat sarjana lepas habis ijazah. Disebabkan abah meninggal, aku terus kerja dan kuburkan hasrat itu. Adik-adik pulak masih kecil. Disebabkan situasi perihal 2, aku bulatkan tekad untuk cuti belajar. Berapa tahun aku berjaya capai? 11 tahun.

4. Belajar memandu & beli kereta
Ini paling epik. Sejak habis SPM punya azam, barulah tahun ini aku berjaya capai. Hilang dah penakut nak memandu yang bersaka dalam diri. Sebab anak-anak, aku kena jadi berani.
Berapa tahun aku berjaya capai? 21 tahun, gile!

5. Beli rumah
Hampir 7 tahun menyewa sejak kahwin. Nak beli rumah, asyik bertangguh aje. Sudahnya, tahun 2012 baru aku jumpa semi-D idaman hati. Berapa tahun aku berjaya capai? 6 tahun Hasbullah…

Ok, move on azam carry forward dan azam wajib tiap-tiap tahun.
1. Kurangkan berat badan
Setiap tahun, tanpa gagal berazam yang ini. Tidaklah kata tak berjaya langsung. Aku ni, kira solid la dari 10 tahun dulu. Tapi tahun ini aku berazam untuk lebih fit dan sihat. Sampai bila-bila pun azam ini kekal relevan dalam senarai.

2. Sambung PhD.
Aku sempat buat setahun aje pada tahun 2014. Stop sebab sibuk dengan anak-anak. Aku akan carry forward sampai dapat seru.

3. Setiap tahun, keluar dari Malaysia
Sama ada bercuti atau berkursus, I dont care. Aku hasratkan setiap tahun ke luar negara untuk kutip pengalaman hidup. Ada tahun aku berjaya, ada juga yang tidak. Tak mengapa…selagi boleh capai, kekal dalam senarai azam sampai bila-bila.

So, takde pertambahan azam ke? Gile takde…sebelum tahun 2020 tiba aku sudah ada azam itu. Tapi kali ini azam itu aku tidak ceritakan kepada umum sebab ia bersifat amat peribadi. Bila aku berjaya capai, aku pasti kongsikan. Ringkasnya, tahun 2020 nanti aku berazam untuk jadi lebih kuat, berani, gagah perkasa, perut Halle Barry dan pinggang Gwen Stefani. Kalau dapat, aku nak mula berlari. Dapat 5km ke 10km dulupun jadilah.

So, korang ada azam tak? Azam kena realistik. Jangan berazam nak kawin dengan Keanu Reeves pulak, sampai qiamat tak akan dapat. Realistik…ingat tu. Bombastik tak apa. Mister loba loba…
#apabilakakbennymenulis
#azam2020
#1of365

Permulaan 2019…

Bermula 2 Januari, penuh timeline dengan posting rakan-rakan berkongsi keterujaan anak-anak mereka memasuki alam persekolahan. Aku tidak terkecuali, sungguhpun bukanlah tahun pertama mereka ke tadika. Cuma istimewanya, ini tahun pertama Ezzudin bersekolah di sekolah khas swasta kerana dia autisme.

Bermula Disember, aku sudah mula menukar pola waktu kerja. Kalau dahulu WP2, bermula Januari bertukar WP1. Sebelum lalat bangun sudah keluar rumah untuk mengejar LRT. Merasalah berjalan dari stesen LRT Kerinchi atau Abdullah Hukum dalam suasana nan tenang dan syahdu sambil ditemani beberapa lagu Hindi yang sengaja dipasang dengan volume maksimum tanpa earphone. Risau juga ralit pakai earphone, tiba-tiba jadi sesuatu dalam keadaan aku tidak sedar dengan persekitaran.

Juga setiap pagi mengingatkan aku suasana seolah-olah masih di Jepun setiapkali aku berada dalam tren. Bila sampai di Kerinchi, aku melalui satu ‘angkringan’ seolah di Yogyakarta dan ketika melintasi kuil, seolah-olah aku di Amritsar. Ha, begitulah perasaannya setiap pagi, setiap hari. Jujurnya, sangat tenang dan mengimbau nostalgia.

Semalam hari pertama aku berkejar balik kerana sekolah Ezzudin mengenakan kos lebih masa RM15 sejam bermula pukul 5:40 petang. Mujur ke stesen LRT dapat menumpang rakan yang kebetulan laluan yang sama. Jadi, masa yang diambil kalau berjalan kaki belum diuji lagi. Juga kalau cuaca tidak mengizinkan. Hampir satu jam perjalanan, aku tiba di stesen LRT Putra Heights dan terus menempah Grab. Mujurlah sekarang Grab boleh berhenti di dua lokasi.

Mungkin rezeki anak-anak, aku dapat pemandu yang sangat baik. Sayangnya, aku tak ingat di mana aku simpan nombor telefon pemandu tersebut sebab semalam sangat memenatkan. Dari LRT Putra Heights, terus ke sekolah Judin. Judin pula mungkin kerana tidak biasa dengan “kereta” yang dinaiki agak berperangai juga. Hmm…hampir 6:00 petang juga aku sampai di sekolah ini.

Mungkin kerana dia kasihan pada kami, dia tidak keberatan mengambil Eskandar di lokasi ketiga pula. Aku hanya perlu tambah RM2 sebab jarak antara rumah dan tadika Eskandar tidak sampai 2km. Selesai 2 masalah besar walaupun cas lebih masa tetaplah kena satu jam semalam.

Sampai sahaja di rumah, terus ke dapur memasak makan malam. Sempat aku maklumkan pd Hadi aku sudah amik Eskandar jadi dia hanya perlu balik terus sahaja. Terkejut besar dia semalam. Usai uruskan anak-anak, baharulah aku dapat curi masa 30 minit untuk diri sendiri. Fuuuh, barainya tak tahu nak cakap. Insya Allah bila jadi rutin, semuanya macam angin lalu.

Tidak habis di situ, hari ini bermula kami sekat masa anak-anak menonton TV. Aku terus bawa Eskandar naik atas, sementara Hadi menguruskan Judin. Ini adalah masa mengulangkaji pelajaran untuk anak-anak. Kalau dua-dua anak ada serentak, alamat apapun tak jalan sebab salah seorang akan menggangu seorang lagi.

Pertama kali, pukul 9:00 malam Eskandar sudah merayu-rayu nak susu, menguap dan mahu tidur. Aku sempat habiskan satu buku sahaja untuk dia baca. Itupun buku bahasa Inggeris. Bahasa Melayu langsung dia tidak mahu. Dia menghafal masalahnya, dia tak boleh ingat banyak dalam satu masa. Serius aku cuba bersabar, dan terlepas jerkah juga barang 5km. Sabar lagi Benny, sabar!

Judin pun sama. Masa suruh mengulangkaji bukan main panjang menguapnya. Jadi kami berdua dapatlah formula untuk tidurkan anak awal iaitu dengan mengulangkaji dengan mereka sampai mereka letih.

Disebabkan itu, aku sendiri lena awal. Tersedar pukul 2:00 pagi sebab Eskandar minta susu. Pukul 4:00 pagi bangun untuk menyiapkan bekalan Judin pula. Oh, kami kena sediakan sarapan untuk Judin setiap pagi. Semalam Hadi beli nasi dagang, langsung tak luak. Mungkin sebab dalam nasi tu ada halia, bawang dan awas-awas lain jadi dia tak mahu makan. Maka dapur Kak Benny lekung-lekang dengan bunyi lesung tumbuk sebab aku masak nasi goreng pagi tadi. Harap-harap bekal tu kosonglah dia makan…

Hari pertama agak memenatkan…Aku hanya berpeluang bersembang dengan Hadi masa dia hantar ke stesen LRT sahaja. Jadi semalam misi untuk ambil Judin sebelum 5:40 petang gagal. Maknanya memang setiap harilah gagal. Jadi Hadi macam pegawai pitidi tanya “apa solution yang yu rasa?” Ewah-ewah mak embong sangat.

Ai rasa you kawen lagi satu ajelah untuk tolong ai…

“Eh, kesitu pulak perginya!”

Kami pun berhuhuhu di subuh yang hening bersama-sama…

Sekejap aje semua ini sementara anak-anak hendak membesar. Aku akan lalu dan berharap tuhan berikan kesihatan yang baik dan bantu aku melalui semua laluan yang disuratkan ini. Ganbatte kudasai ya Kak Benny!

Selamat Tinggal 2018…

Beberapa jam lagi, 2019 akan menjelma. Tahun baharu tidak ubah seperti hari-hari yang aku lalui. Kalau nak kata tahun baharu masa terbaik memasang azam, pun tidak. Kalau aku rasa aku perlu lalukan sesuatu yang baharu dan bersifat muktamad, bila-bila sahaja aku boleh mulakan azam itu tanpa perlu menunggu kalender bertukar tahun. Ha, Benny sudah memahami alam sekarang ini šŸ™‚

2018…

Banyak yang aku lalu tahun ini. Seperti biasa, aku akan recap apa yang aku lalui untuk aku jadikan kenangan. Yang baik, kita simpan. Yang buruk, kita tanam dalam-dalam. Boleh ingat, tapi kalau menyemakkan otak, tanam balik. Banyak benda lain nak fikir.

Januari

  • Eskandar dan Ezzudin mula bersekolah. Walaupun berumur 5 tahun, Eskandar langsung tak mahu bercakap. Tatabahasa dia sangat sedikit. Doktor menyarankan kami menghantar dia masuk tadika supaya dia bergaul dan lama-lama mungkin dia akan boleh bercakap lancar. Sudah setahun dia bersekolah, adalah perubahan. Cakap alien masih ada, tetapi ada beberapa aspek yang perlu kami teliti. Tapi ini aku positif, tahun depan akan ada lebih banyak perubahan drastik. Ezzudin pula hanya mampu bertahan 2 bulan di tadika ini. Pihak sekolah tak mampu nak beri perhatian pada dia. Mujur kami jumpa tadika swasta yang mampu menjaga anak istimewa macam dia. Hasilnya – banyak. Tahun depan, dia pindah sekolah baru. Rasanya akan lebih banyak perubahan sebab sekolah ini memang banyak pengalaman menguruskan anak autisme. Dan misi aku sendiri tahun depan ialah mencari keistimewaan dia dan menggilap potensi dia berdasarkan bakat yang dia ada.

  • Ucapan Tahun Baharu 2018 yang aku tulis keluar dalam majalah PREX. Lebih bermakna, aku dapat dapat bentuk hardcopy yang Nakatani kirimkan pada wakil PREX yang datang ke Malaysia, Ms.Akiko Sakai lewat pertemuan kami di Hotel Istana.

  • Aku menyambut hari lahir ke-37 di Phuket, Thailand. Terima kasih kepada sahabat aku, Aie Sarkase kerana menghadiahkan pakej hotel berkenaan. Itulah percutian dan rehat yang sebenar-benarnya yang aku lalui. Walaupun ada masalah dengan pihak hotel, semuanya berjaya diselesaikan dan tetaplah Phuket menjadi kenangan manis dalam hidup aku.

 

Februari

  • Punyalah bersusah-payah mengatur masa dan meredah kesesakan jalanraya, dapat juga kami meraikan ulangtahun perkenalan kami yang ke-18. Jadilah…daripada takde apa langsung.

Mac

  • Bertitik tolak dari pengalaman Februari, kami merancang untuk meraikan ulangtahun percintaan kami di BSP sahaja. Mujurlah BSP ada Pizza Hut.

  • Bermula Mac, kami berdua struggle dengan kehidupan.

 

April

  • Setelah hampir 3 tahun berjuang, Hadi konvo juga. Tak dapat aku gambarkan kegembiraannya macam mana. Masa dia sibuk belajar, aku dengan sarat mengandungkan Ezzudin menumpang di rumah Nana ataupun Kak Ayu sementara menunggu dia habis kelas.

  • Aie Sarkase paksa aku buat satu catatan ADILA tentang arwah anak aku, Cahaya Balqis. Sebenarnya dia minta banyak kali, tapi aku tak tergerak nak buat. Akhirnya, catatan kenangan itu berjaya aku layarkan dan aku minta semua ahli keluarga aku dengar, dan tentunya aku minta Hadi dengar sekali. Disebabkan catatan itu, aku dan Hadi akhirnya boleh bercakap tentang arwah Cahaya Balqis dengan lebih terbuka. Hmmm…kalau Cahaya Balqis masih ada, tahun depan dia berumur 7 tahun.

Mei

  • Aku berpeluang menghadiri Asia Media Summit di New Delhi, India. Pertama kali dalam kehidupan aku serabut hendak menguruskan visa untuk ke sana. Bila aku sudah sampai di New Delhi, aku tidak terasa sangat untuk kembali ke India. Boleh baca catatan aku pada Mei 2018 tentang semua pengalaman aku di sana. Kalau suka shopping, India memang syurga. Tapi entahlah…aku memang bukan manusia macam itu. Aku suka mencari tempat-tempat bersejarah dan mencari port makan. Itulah syurga aku kalau berjalan…

 

Jun

  • Weh, dah kenapa Jun aku lesu? Aku takde cerita ke? Oh, banyak cerita bersifat terlalu peribadi.

 

Julai

  • Aku ke Brunei melawat bapa angkat yang sakit. Alhamdulillah kini dia semakin sihat. Insya Allah kalau ada rezeki aku mahu ke sana lagi.

 

Ogos

  • Aku tak sangka, pengalaman 10 tahun dahulu berulang kembali. Sampai sekarang aku rasa sakitnya!

  • Aku mula merancang melakukan kembara solo kedua dengan lebih serius. Mula-mula merancang hendak ke Pakistan. Disebabkan urusan visa serabut dan mengarut, terus tukar destinasi ke India. Jujurnya, pengetahuan aku tentang tempat yang bakal aku pergi adalah kosong.

 

September

  • I love September. September aku bermula semula. 17 hari mengembara ke India, melihat tempat-tempat menarik dan berjumpa macam-macam manusia. Ini betul-betul masa untuk diri sendiri. Aku dapat apa yang aku nak dan lepas balik, aku start fresh.

  • Telefon pecah di Pangong Lake. Sedih giler šŸ™
  • Judin didiagnos dan sah, autisme. Aku dan Hadi bersembang panjang tentang masa depan anak-anak. Kesimpulannya, kami kena cari sekolah khas untuk Judin. Ok, hal ini selesai.

 

Oktober

  • Telefon aku baiki, tetapi mula menunjukkan tanda-tanda alzheimer. Disebabkan banyak keperluan lain yang mendesak, aku pakai juga. Tak apalah, kalau ada rezeki, adalah. Aku juga mengucapkan selamat tinggal pujaan kepada idaman hati, Blackberry Key2. Harga tak turun-turun. Walaupun aku bani Blackberry sejati, ada keperluan lain perlu aku utamakan yang melibatkan anak-anak. Dengan harga yang sama, aku boleh dapat telefon lain dengan spek lebih baik dari BB Key2. Of course aku sangat sedih sebab aku suka ambil gambar dengan handphone. Bila kualiti gambar tidak secantik yang aku harapkan, aku hanya mampu mengeluh.

 

November

  • Kami menyambut ulang tahun perkahwinan ke-12 di Melaka. Memang lepas ini tidak merasa dah bercuti di luar negara.Ā  Sambutan ala kadar, asal anak-anak gembira. Kami berdua? Biasa sahaja…tetapi lebih memahami antara satu sama lain. Cukuplah dulu…dan bergembiralah kamu dengan Nintendo Switch itu.

  • Hari yang sama, aku mendapat khabar Cikgu Misel meninggal dunia. Hmmm…sedih. Nak tulis pun aku sedih šŸ™

  • Kerana posting berkenaan Cikgu Misel, ia menemukan aku dengan seorang cikgu yang sangat banyak memberikan kesan dalam hidup aku iaitu Cikgu Ainon. Tak tahulah bila aku dapat jumpa dengan Cikgu Ainon. Kena plan ni…

 

Disember

  • Jujurnya, aku melalui bulan yang sukar. Aku rasa sangat ranap bila mama sakit. Kebetulan pula waktu yang sama, aku pun sakit.
  • Menguruskan hal sekolah anak juga antara cabaran yang hebat. Mujur rezeki anak-anak sentiasa ada. Untuk mereka berdua, bergolok-bergadai pun aku tetap akan buat asalkan mereka mendapat pendidikan yang terbaik.

 

Apapun yang akan terjadi, 2019 nanti aku akan kayuh dengan semangat yang berbeza. Ada perkara yang aku tidak berani lakukan, akan aku buat pada tahun hadapan. Apa yang menyemakkan kepala aku, aku akan tinggalkan. Target tahun depan ialah kemajuan anak-anak dan kerjaya. Kalau ada rezeki, aku mahu ke Pakistan. Pun kalau ada rezeki, aku mahu handphone yang boleh berikan aku gambar dengan resolusi terbaik. Itu sudah cukup buat hidup aku terisi, seperti ukulele yang menemani hari-hari sepi.

Sekian.

 

Akemashite Omedetou!

Masih lagi dalam mood tahun baharu šŸ™‚

Sebulan lalu aku diminta oleh wakil PREX untuk membuat ucapan tahun baharu untuk dimasukkan dalam newsletter mereka bagi edisi Januari 2018. Dalam ucapan itu, diminta masukkan mood tahun baharu dan sedikit pengalaman masa berkursus di Jepun. Aku jadi stuck kejap, sebab tak tahu nak tulis apa dengan limit perkataan sebanyak 150 patah perkataan aje kot. Kalau nak cerita pengalaman, aku boleh terbitkan buku sebab terlalu banyak cerita menarik di sana.

*Pemilihan tiada kena-mengena best students hahahaha…

Adalah dalam 3 kali bertukar tajuk penulisan, maka akhirnya aku putuskan untuk menulis pasal ‘positive vibes’. Ini sebab bos aku sekarang ini tersangat melekat aura positive vibes dan aku dapat idea dari situ.

Satu yang aku tak sangka ialah ia akan diterbitkan dalam nihonggo! Akak confident dalam bahasa Inggeris. Jadi bila terjemahkan balik dengan google translate, jadilah sebegini šŸ™‚

Sebenarnya, teks asal ialah seperti berikut :-

Selamat Tahun Baharu!

Itā€™s time to startĀ theĀ New Year with positive vibes and appreciate life no matter what obstaclesĀ we are facing at work or in our personal life.Ā Running away from problems is the worst thing we can do to deal with the challengesĀ in front of us.Ā New Year is a great time to reflect on the changes we need to make.

After attendingĀ theĀ LEP2.0 Management Training for Junior Officer in Kobe last August,Ā the way I perceived work-related stress changedĀ entirely. I never thoughtĀ aĀ simple exercise like identifying our problems and put it onĀ aĀ ā€œproblem treeā€ can lead to clearer decisions and multiple solutions. Itā€™s true; the problem is not the problem. The problem is your attitude about the problem. Thanks to PCM Method and Prof. Nakaya sensei for emphasizing theĀ importanceĀ of teamwork and ethics asĀ aĀ government officer.

Now, itā€™s time to gear up with new energies and start setting new goals forĀ theĀ New Year.Ā Be the transformation that you wish to see at your workplace and takeĀ theĀ initiatives to make things better.Ā Remember, positiveĀ vibes alwaysĀ attractĀ positive results in life.

Terima kasih kepada Farah Zamira yang membantu membetulkan tatabahasa nan tunggang terbalik dalam jangka masa yang singkat. Nanti kita lepak Kak Mah Tomyam Kg Baru ya.. šŸ™‚

p/: tak pasti macam mana dari Nakaya sensei boleh jadi Dr. Nakatani huhuhu….rindu pak angkat šŸ™‚

Selamat Tahun Baharu 2018!

It’s not a great start. Not even a good start. It is a start…

1 Januari 2018 bermula dengan mengemas rumah dan bilik tidur di awal pagi kerana ada orang yang akan datang ke rumah untuk membaiki kipas siling dan ganti gas pada penyaman udara – sangkanya. Janji pukul 9.00 pagi tapi sampai 11.30 pagi haram tak muncul. Memang tidaklah kami telefon suruh datang sebab kalau janji pun ke laut, hasil kerja entah macam mana.

Semasa menanti manusia pada para di atas,Ā  entah saudara mara ipar duai tokcik jiran sebelah ni park kereta betul-betul macam nak masuk dalam rumah aku – sampai nak buka pagar pun tak lepas. Aku pun pelik kenapa dia tak letak aje kereta dia di luar rumah aku tanpa perlu menyondol depan pagar rumah. Aku bagi 10 minit aje, sebelum aku offer parking ajelah dalam rumah akak ni ha… Biarlah laki akak kuarkan kereta untuk korang masuk.Ā  Agaknya dia pun serba-salah anak-anak aku dah menjengok-jengok, kereta itupun bergerak dan parking depan rumah aku. Itu logiklah sikit, tapi itupun tak boleh fikir.

Misi hari ini ialah menyiapkan keperluan anak-anak untuk ke sekolah esok.Ā  Sulam nama yang dihantar di Seksyen 7 siap dengan jayanya. Kemudian,Ā  misi seterusnya ialah ke kedai foto untuk mengambil gambar passport Eskandar dan Ezzudin. Eskandar tu aku tak risau sangat. Si Judin tu… Konfem dia tak boleh duduk diam. Aku siap bagitahu jurugambar agar bersabar sikit dengan Judin sebab dia special. 2 kali snap dah ok! Lepas tu dia mula rasa seronok dan mahu duduk di kerusi itu lagi untuk bergambar šŸ™‚

Dalam perjalanan balik,Ā  kami singgah di McD Seksyen 26. Maklum ajelah,Ā  burger Prosperity datang kembali. Terus beli yang double, sebab lepas ini tak tentu akan mengulang lagi. Disebabkan Shah Alam hujan,Ā  aku ajak Hadi makan terus dalam kereta. Mulanya dia enggan. Oh, sombong. Terus aku makan burger aku dan offer segigit padanya. Tatkala membaham gigitan pertama itu, deria rasa dia mula berhubung dan dia terus mencapai burger miliknya dan kami makan bersama-sama…

Malam ini tidak seperti malam yang lain. Bermulalah rutin baharu menggosok pakaian sekolah anak-anak. Baju aku sendiri pun jarang aku gosok. Disebabkan perubahan hidup ini,Ā  maka aku akan bersahabat dengan seterika berat gedabak yang jarang aku sentuh.

Sudut kehidupan yang lain,Ā  aku dan Hadi baharu sedar kucing yang kami sedekah makan hari-hari itu adalah kucing betina. Patutlah banyak nau kucing berbunyi-bunyi mengajak berjimak akhir-akhir ini. Paling kami tak sangka,Ā  kucing itu sudah bersalin dan anaknya ada dalam kotak kasut di luar rumah kami. Sudah satu hal nak bagi nama pulak. Nanti-nantilah fikirkan nama… Dalam kepala aku ialah Baelish atau Michael Bolton kalau jantan dan Marcella kalau betina.

Macam yang aku cakap pada Hadi,Ā  It’s not a great start, not even a good start. It is a start… Permulaan ini tidaklah seteruk mana.

Selamat Tahun Baharu 2018! Hidup tidak selalu indah,Ā  tapi jangan menyerah kalah.

Ohai, Januari 2016!

jan

Hari ini sudah 26 Januari 2016. Banyak benda yang menarik untuk aku catatkan di sini. Tapi ternyata aku terlalu sibuk berjuang dengan masa. Semua cerita-cerita itu tersemat di kepala otak tanpa sempat dilampiaskan ke laman ini. Aku akan cuba juga tulis yang mana sempat – untuk ingatan aku juga.

Apa pun, aku berasa riang juga kerana salah satu azam untuk 2016 telah aku capai pada permulaan tahun nan indah ini. Sudah 3 tahun aku tidak bercuti ke luar negara sejak kehadiran Eskandar dan disusuli Ezzudin. Ā Sepanjang tempoh 3 tahun itu kami sekeluarga hanya bercuti dalam negara sahaja. Mula-mula dahulu aku selalu cakap, kalau nak bercuti kena bawa mereka juga. Jadi susah sikit hendak ke luar negara sebab nak membawa anak ni letihnya lebih sikit. Tapi jangan salah terpa pula. Aku salute pada yang sanggup bawa anak-anak kecil bercuti bersama ke luar negara. Mak tak mampu…(tak mampu jaga) *nangis2tengokgambarpantai

Jadinya minggu lepas – selepas 3 tahun tidak ke luar negara – aku merasa berjalan ke Pattaya, Thailand. Perasaannya sangat indah…indah sebab pergi untuk menyambut hari lahir aku yang ke-35. Indah juga sebab aku pergi berdua sahaja..Terasa macam baru ada boifren pun ada perasaannya tu.

Aku berharap ini merupakan detik mula untuk aku merasa ke tempat lain pula. Tak kisahlah untuk berkursus atau bercuti. Pergi tempat orang ni seronok. Jumpa orang baharu, tengok tempat orang dan meneroka benda-benda baharu. Yang penting setiap tempat yang aku pergi itu akan meninggalkan memori yang manis untuk aku kenang šŸ™‚

Semoga lorong rezeki aku akan terbuka seluas-luasnya tahun ini.

Lamanya Tak Bercuti…

935580_602350773116481_1967935598_n

Tak boleh jadi. Sudah 3 tahun aku tidak bercuti ke luar negara. Kali terakhir roadtrip ke Krabi ketika Eskandar Dzulkarnain berumur 8 bulan dan aku tengah mengandungkan Ezzudin Dzulfikar. Lepas itu, nada! Semuanya bercuti dalam negara sahaja.

Aku berazam tahun baharu 2016 ini untuk mula berjalan ke luar negara. Kalau luar negara itu setakat Thailand sekali pun tak apalah. Asalkan aku merasa berjalan ke negara orang.

Sudah lama sebenarnya aku tidak bercuti berdua sahaja. Kali terakhir, kami ke Laos. Oh, aku rindu masa-masa travel berdua. Mencuba benda-benda baharu bersama, merasai pengalaman eksotik dan erotik bersama (jangan muntah) dan mencuba pelbagai makanan yang tiada di Malaysia. Masa travel berdua ini yang akan menguatkan hubungan dan dalam masa yang sama menduga hubungan juga. Tetapi kesimpulan setiap percutian, hubungan kami akan lebih erat berdua. Itu lebih penting.

Jadi menjelang hari lahir aku 2 minggu lagi aku mengusulkan untuk menyambutnya di luar negara. Nak pergi mana – tak tahu lagi – tak kisahlah, asal luar dari Malaysia. Dekat 2 hari aku menjadi mengunjung laman web Airasia, hotel.com, dan Agoda yang komited.

Nak ke Indonesia, aku terasa amat rindu dengan bumi Thailand. Tapi kalau Thailand nak ke mana? Nak mengulang Krabi, Phuket, Hatyai, Koh Samui dan Koh Phangan lagikah?

Aku mahu pergi ke tempat yang aku belum pernah pergi. Yang aku tak tahu apa yang menarik agar dapat aku selongkar istimewanya. Belek punya belek, skrol atas bawah dan bincang ala kadar akhirnya keputusan tertancap di…

Pattaya…

Aku tak tahu apa yang menarik di sana selain kehidupan malam yang dikatakan sangat meriah. Tapi mengenali Thailand, semua kehidupan malamnya indah dan mempersonakan bagi manusia yang pandai mencari.

Pattaya it is… šŸ™‚

Selamat Tahun Baharu!

Happy-New-Year-Photos

Rasanya tidak terlewat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baharu 2016 kepada semua pembaca blog ini. Agak lama aku tidak menulis. Maklum sahaja sepanjang Disember jadual aku agak sarat dengan urusan kerja yang harus diselesaikan. Aku agak komited dan tertumpu di situ hampir sebulan lamanya. Idea nak menulis sangat banyak…macam-macam cerita dan peristiwa mahu dikongsi. Tapi disebabkan sensitiviti dan kesibukan tadi – aku abaikan sahaja. Biarlah aku tenggelam dengan kesibukan kerja itu sementelah fikiran aku sendiri agak berserabut kerananya.

Jadi hari ini aku mencuri masa. Kalau hendak diikutkan sangat kerja, memang tak pernah yang surut. Jadi aku mengetuk papan kekunci ini dengan tenang dan berhati-hati. Berhati-hati kerana aku sudah hampir berbulan tidak mengetuk di komputer peribadi ini. Jari semakin gemuk. Ada sahaja kesalahan ejaan yang aku lakukan. Dalam berhati-hati aku mengisi catatan ini dan sekiranya ada kesilapan – Maaafkanlaaaah (seperti DJ Dave).

Ambang tahun baharu yang lalu, aku dan beberapa rakan meraikannya di sebuah pusat hiburan terkemuka di ibukota. Secara peribadi, aku sangat kepenatan kerana berkejar-kejaran menguruskan kerja dan keluarga. Jadi malam ini aku memang terasa mahu berhibur. Bila kala kiraan mengira detik 10 saat menjelang tahun baharu, perasaan aku biasa-biasa. Apabila kiraan 10 saat berakhir dan semua orang bersorak riang meraikan tahun baharu, aku turut sama. “Happy New Year!”

Aku pandang khalayak yang lain. Boleh dikatakan semuanya bergembira ria menyanyi dan menari diiringi band kelab yang sangat ‘happening’.

Aku sendiri – meh… 1 Januari 2016 sama sahaja dengan hari-hari lain. Yang membuatkan aku lega adalah kerana hari itu cuti umum. Aku punya masa untuk berehat walaupun tidak lama kerana harus menguruskan anak-anak. Anak-anak yang sering ditinggal-tinggalkan. Anak-anak yang mula membesar dan anak-anak yang mula pandai menagih perhatian.

Itu satu perkara yang membuatkan jiwa aku sedikit bahagia.

2015 adalah satu tahun yang mencabar buat aku. Aku akui ada tahun-tahun terdahulu yang lebih teruk impaknya. Tapi tahun 2015 tidak begitu indah kesudahannya. Azam yang tersungkur di tepi jalan, hasrat yang tidak tertunaikan, penipuan kepercayaan dan macam-macam lagi. Agak pedih melalui semua itu.

Aku tahankan sahaja. Apa nak buat…itu pilihan aku dan aku bertanggungjawab atas kesemuanya.

Aku tidak akan memaafkan orang yang menipu kepercayaan aku dan menjadi munafik dengan janji sendiri. Setiap kali tersentak dan teringat memang aku panjatkan doa dan menyebut namanya agar tuhan berikan balasan padanya yang menganiaya kehidupan aku. Tidak akan aku halalkan sekelumit pun dan semoga roh kau tergantung selamanya tak merasa nikmat syurga. (Ya, aku tahu kau baca dan aku selalu doa agar Allah berikan rasa gelisah kepada kau sepanjang masa selagi aku tak dapat hak aku sepenuhnya seperti mana yang kau janjikan.)

Ok abaikan setan di atas kerana aku tidak akan mengulang kisah ini lagi.

Juga beberapa kawan-kawan terdekat aku yang diberi ujian kesihatan turut membuat akhir 2015 aku muram dengan drastiknya. Aku berdoa mereka diberikan kekuatan melalui semua ini. Aku harapkan mereka tabah dan sebagai rakan – ketahuilah aku sentiasa akan ada masa dan telinga buat kalian.

Aku akhiri tahun 2015 dengan rasa bersalah dengan pencapaian diri sendiri. Aku yakinkan diri aku telah menyumbang sebaiknya untuk kerja aku Ā – yang banyak pihak menolak untuk membuatnya. Aku hargai persahabatan yang tiba-tiba bertambah akrab sepanjang 2015. Aku seronok dikelilingi pasukan kewangan yang sentiasa ceria walaupun stress berkerja. Eh, banyak benda sebenarnya harus disyukuri.

Itulah akhir-akhir ini aku serabut sampaikan gagal mencerna dengan baik tuah yang menyinggahi aku sekitar 2015.

Mungkin harus berhenti sebelum aku menyelam lebih lama ke ufuk duka yang masih merah.

Ok, Selamat Tahun Baharu 2016. Insyaallah sedikit waktu apabila semua bebanan yang ada semakin menyusut aku akan keluar dari kepompong kesedihan ini dan bercerita kisah lain yang lebih gembira untuk dibaca.

Ohai, Julai!

2014-july-calendar-image

Seperti biasa, aku meletakkan alasan sibuk kerana tidak dapat mengemas kini blog berbayar ini dengan sempurna. Bukan kerana tidak menghargai duit. Aku menghargai masa dengan keluarga dan masa-masa itu menyebabkan aku sedikit sibuk. Juga 2 minggu aku berehat panjang selepas menjalani pembedahan kecil yang sengaja aku diamkan atas sebab-sebab tertentu.

Ok, Ohai Julai…!

Sudah 7 bulan kita melayari tahun 2014. Punyalah pantas masa berlalu. Syukur kepada Maha Pencipta kerana hampir beberapa azam 2014 yang aku suratkan sedang dalam proses pelaksanaan.

Umat Islam juga menyambut Ramadan pada bulan ini. Selamat berpuasa kepada semua. Aku sendiri cuba untuk berpuasa penuh tapi dalam keadaan sekarang, aku memang tidak memaksa diri. Kalau larat puasa, tak larat tak puasa.

Oh, aku mengandung lagi..nampaknya sudah 3 tahun berturut-turut. Semoga ada rezeki Eskandar Dzulkarnain menjadi abang.

Cahaya Balqis lahir dan meninggalkan kami pada 4 Julai, hari yang sama hari lahir M.Nasir.

Eskandar Dzulkarnain akan menyambut ulang pertama pada 7 Julai.

Hadi pula lahir pada 14 Julai.

Ada lagi adik-beradik, ipar-duai dan kenalan lain lahir pada bulan Julai.

Pendeknya, Julai ini padat. Dan Insyaallah, Julai ini indah šŸ™‚

Langkah Pemula Azam 2014 …

phd3

Membaca kembali catatan lama, aku rasa hidup dan punya matlamat. Alhamdulillah, seawal Februari aku telah mula mengorak langkah untuk menjayakan salah satu azam yang aku tanamkan – menyambung pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah. Aku tidak memohon pun sebenarnya. Tapi tawaran itu datang tanpa disangka-sangka.

Aku tersepit antara keinginan untuk sambung belajar dan masalah-masalah yang bakal menimpa untuk aku meneruskan hasrat ini. Banyak faktor yang perlu difikirkan. Faktor kewangan seakan menjadi penghalang, tapi boleh aku usahakan dan dalam hati aku yakin aku boleh bertahan sekiranya gaji aku kembali pulih sedikit masa lagi. Faktor masa itu yang aku risaukan. Masa untuk ke kelas, masa dengan anak, masa dengan keluarga dan masa dengan rakan-rakan pastinya rumit untuk dicatur. Tapi aku yakin dengan pengurusan masa yang betul dan pengorbanan aktiviti berfoya-foya aku mampu melakukannya.

phd2

Ekoran pendaftaran sebagai pelajar baharu Sabtu lalu, maka secara rasminya solid sudah matlamat aku untuk mengubah nasib aku dan keluarga. Selaras itu juga, dalam masa yang sama aku mula mencari prospek yang sesuai untuk aku fikirkan sekitar 5 tahun mendatang.

Bukan mudah untuk gapai semua benda tapi aku sebagai manusia yang tidak mengenal puas mahukan semuanya. Orang nampak pengakhiran usaha kita yang berjaya sahaja. Tetapi ranjau berduri dan rintangan yang kita lalui tidak pernah diambil peduli.

phd1

Aku mengharapkan usaha aku dalam tempoh 3 tahun ini akan membuatkan suami, anak dan keluarga aku bangga. Jika ada yang bercita-cita ke arah itu kerana terpanggil dengan apa yang aku lalui, ya…aku turut bangga šŸ™‚

download

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...