Cambodia:Kisah Bou Meng & Penjara S-21

image

Masa aku post gambar aku dan Bou Meng di Facebook,separuh dari komen gambar itu ialah-aku nampak kurus. Ia langsung takde kaitan dengan tujuan gambar itu dikongsi. Tapi bagi rakan-rakan yang menegur, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak.

Bou Meng adalah mangsa penjara S-21 yang terselamat dan masih hidup. Secara peribadi,aku sifatkan dia adalah khazanah Cambodia yang tak ternilai. Banyak sejarah lisan yang disimpan dalam ingatannya tentang kekejaman Pol Pot dan neraka penjara ini. Ia kemudiannya dibukukan dan dijual di Muzium Tuol Sleng ini dengan harga USD 10.

Sepanjang di Cambodia, aku tak pernah jumpa buku ini dijual secara berleluasa. Kalau ikutkan,aku tak perlu sangat pun buku ini sebab kisah Bou Meng ada dicatat di kawasan pameran muzium.  Tapi kerana aku bimbang jika aku kembali ke sini dan Bou Meng mungkin sudah tiada, aku pasti menyesal. Buku itu aku beli dan ditandatangani olehnya. Tak cukup itu,aku mohon izin bergambar dengan Bou Meng dan kesempatan yang ada digunakan untuk berbual ringkas dengan menggunakan khidmat penterjemah.

Sampai hari ini buku Bou Meng belum sempat aku baca…Buku Pol Pot belum abis baca lagi…

image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *