Cambodia:Do You Want To Buy A Snake??

Ini pemandangan yang sangat unik. Anak kecil ini berkolek dalam besen di Tasik Tonle Sap. Aku tak pasti di sini ada buaya atau tidak. Tapi tempat bot kami berhenti ini memang ada kolam buaya..

Makin lama anak ini makin menghampiri bot kami. Hadi mencapai kamera dan cuba mengambil gambar wajah-wajah kehidupan di Tasik Tonle Sap..

Baru sahaja dia mengacu kamera,budak ini menghulur “sesuatu” dan serentak Hadi melompat dari tempat asal dia duduk,ke tempat aku.
“Do you want to buy a snake?” Kata anak kecil tadi sambil menghulur seekor ular sawa.

Nasib aku jauh..kalau tak mau jatuh tasik sebab terkejut. Adegan ini memang aku tak pernah alami di negara lain. Tapi ia kisah lucu buat kami.

Anak kecil ini kemudiannya berkolek ke bot lain..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *