Cambodia:Angkor Archaelogical Park

Seawal 7.00 pagi,Ariel Peterpan (pemandu tuk tuk) sampai di hotel dan membawa kami ke Angkor Archaelogical Park. Jujur aku beritahu, pengetahuan aku tentang tempat ini sangat minimal. Aku hanya tahu nak pergi Angkor Wat sahaja. Apa yang aku tahu,Angkor Wat itu purba,klasik dan punyai seni binaan yang luar biasa.

Dari hotel perjalanan mengambil masa 20 minit. Tiket berharga USD 20 untuk satu hari. Korang bole beli untuk 3 hari atau seminggu. Kami bajet separuh hari di sini, sekadar cukup syarat untuk melawat. Tiket masuk dibuat ala-ala passport,siap dengan foto pengunjung. Tapi awas,tiket jangan hilang sebab kena beli baru. Tiket ini sentiasa diperiksa disetiap lokasi dalam kawasan ini. Dicadangkan bawa lanyard supaya tidak terkial-kial bila penjaga tiket membuat pemeriksaan.

Tempat ini sangat cantik dan unik…Sumpah! Sawan mengambil gambar di sini. Semua tempat rasa rugi jika tidak difotokan. Ia juga sangat luas. Sila google sendiri keluasan dan tarikan yang ada di sini sebab aku sendiri hanya pergi tempat yang dominan sahaja.

Jika pemandu anda bijak seperti Ariel Peterpan, dia akan bawa anda ke tempat yang paling besar dahulu sebelum di akhiri dengan Angkor Wat. Ini kerana Angkor Wat sentiasa ramai pengunjung di awal pagi. Tambahan lagi ia kecil sedikit berbanding tempat lain. Kecil yang aku maksudkan di sini luas definisinya. Kecil dalam erti kata untuk meneroka wat ini tidak sesemput wat-wat lain walaupun pancit juga nak sampai ke puncak.

Kami bermula di Bayon. Kasut Hadi sampai tercabut tapak kerana pendakian yang kerap dan agresif. Wat ini sangat besar..dan ia berhampiran dengan beberapa wat lain yang boleh dikunjungi dengan hanya berjalan kaki. Antaranya ialah Preah Ngok Pagoda (kami lalu dan pandang sahaja..), Baphuon Temple, Phimeanakas Temple, Elephant Terrace dan beberapa pagoda yang lain. Kalau kuat tenaga zahir dan batin, selamat menjelajah aku ucapkan. Keluar dari Bayon hingga ke Phiemeanakas Temple sahaja aku sudah rasa semput dan tak cukup air. Tapi percayalah, semuanya cantik dan unik.

Selepas itu, kami ke Takeo Temple. Hanya singgah ambil gambar dari luar. Memang jadi badak semput Jumanji selepas melawat tempat-tempat yang aku nyatakan di atas. Tapi jika ada rezeki ke sini lagi, aku akan naik dan melihat kuil ini dari dekat. Nyatanya tak ramai pun yang naik ke sini. Aku yakin, semuanya sudah pancit memandangkan hari sudah menjelang tengah hari. Jadi, aku minta Ariel Peterpan bawa kami ke kedai makan. Dalam Archaelogical Park ini aku tak jumpa makanan halal. Jadi kami hanya makan ikan goreng dan sayur campur sahaja. Berehat dalam  1 jam dan barulah kami meneruskan penjelajahan ke destinasi seterusnya iaitu  Ta Phrom Temple, yang juga nama hotel tempat aku menginap.

Takeo Temple

Sayangnya, proses pemuliharaan sedang giat dijalankan. Jadi kami terpaksa berebut-rebut untuk bergambar di satu tempat yang mana pokok besar menjalar di dalam struktur binaan. Masa itu panas terik. Aku pasti pokok itu berwarna perak bila matahari terik memancar ke arahnya. Juga misi di sini mencari tempat di mana Angelina Jolie berdiri dalam filem Tomb Raider. Sayangnya, tempat itulah yang sedang sibuk dalam proses penambahbaikan. Baru ingat nak pose sama seperti dia dan berlagak dengan rakan-rakan yang lain 🙂

Untuk pengalaman di Angkor Wat, akan aku buat di post yang lain. Angkor Wat ini lain dari yang lain. Ia berhak mendapat paparan eksklusif..

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *