Cambodia-Hadiah Terindah..

Semua catatan dari Cambodia yang bakal aku tulis ini tiada ertinya tanpa aku ucapkan jutaan terima kasih pada suami tercinta, Alhadihamzah. Dia yang bersusah payah menguruskan semuanya. Percutian merangkap kembara ini adalah hadiah hari lahir aku yang ke 31. Kebetulan, pergi selepas musim peperiksaan adalah sesuatu yang sangat ditunggu..So,thank you and i love it.

Penerbangan ke Phnom Penh menaiki Airasia pada 23 Januari, jam 7 pagi. Seawal 3 pagi kami sudah bertolak ke LCCT. Walaupun takde beg untuk check in,kami memang selesa sampai awal dari kelam-kabut tak tentu hala. Tiket hanya print di self check-in kiosk. Sempat bersarapan di Oldtown White Coffee dan membaham laksa semangkuk.

Mujur sampai awal. Kedengaran pengumuman memberitahu semua tiket yang web,mobile dan kiosk check-in perlu disahkan dahulu. Kalau tak,tak dibenarkan naik. November lalu masa ke Padang takde pulak arahan macam ni. Jadi menunggu proses pengesahan sangatlah hina sebab hanya satu kaunter saja yang buka.

Perlu jugak aku puji,ini penerbangan pertama aku dengan Airasia tanpa kelewatan dan tanpa masalah bodoh-bodoh. Juga pertama kali aku dihiburkan dengan lagu Rocketeer semasa menunggu semua penumpang duduk. Ketua pramugari membuat pengumuman mereka kehabisan kad imigresen dan kami akan diberi kad itu bila sampai di Phnom Penh. Yup, turun-turun saja, terus gadis pramugari yang manis menghulurkan kad imigresen dan terus kami isi. Pen memang wajib bawa..mudah untuk menulis kertas ini dan tak payah berebut dengan penumpang lain.

Imigresen di sini sangat mudah. Maksudnya, proses itu tak lama, walaupun prosesnya lucu. Nak scan 4 jari kanan, ibu jari dan proses yang sama untuk tangan kiri. Satu aje yang aku sangat merengsa di airport ini – banyak nyamuk! Serius banyak nyamuk..aku ulang lagi, banyak nyamuk!

Kalau sesiapa nak beli sim kad prabayar untuk Blackberry, harganya USD 5 dan tak silap dalam tu ada USD 10 kredit. Aku pun agak pelik..tapi itulah kata penjual yang ramah tamah, penuh sepanjang jalan keluar menuju tempat tuk-tuk. Tapi aku tak beli..sebab kalau ada line, kecenderungan meng-update Twitter itu pasti. Aku mahu bercuti dengan tenang dan tanpa beep beri yang boleh mendatangkan baran.

Tuk-tuk standard USD7 untuk ke hotel atau bandar. Kami tidak bermalam di sini. Terus mencari tiket bas ke Siem Reap. Malangnya, semua tiket habis! Yang ada hanya jam 5.00 petang yang bermakna jam 1.00 pagi baru sampai di sana. Kami meminta dihantar ke agen yang lain. Syukur, dapat juga tiket walaupun jam 2.00 petang. Ada 4 jam masa untuk dibuang dan kami mengambil keputusan untuk melepak di kafe siber. Percaya tak..10 deretan rumah kedai, takde satupun kafe siber! Nak melepak di cafe yang ada wifi, tak nampak pulak tanda halal. Akhirnya, kami melepk di sebuah restoran halal dan menyaksikan warga di sini melakukan aktiviti harian.

Jam 2.00 petang..kami menaiki bas yang kondisinya kategori ok. Tapi aku tak dapat seat sebelah-menyebelah dengan Hadi. Aku duduk dengan seorang warga Cambodia yang entah apa namanya, tapi cukuplah aku kenalkan dia sebagai Master Pain. Mukanya memang mirip Master Pain dalam filem Kungpow. Setengah jam pertama, kami tak bersembang. Aku asyik membaca buku Hayakawa dan dia membaca manual apa ntah penuh dengan gambar-gambar patung di watt. Mungkin kerana dia bosan, dia memulakan sessi ice-breaking. Apa yang aku tahu, dia merupakan seorang tour guide untuk pelancong dari Perancis. Oh, ya…boleh dikatakan ramai warga Cambodia boleh bertutur bahasa Perancis kerana sejarah negara ini dahulu pun dibawah taklukan Perancis. Aku memperkenalkan diri aku secara ringkas – dalam bahasa Perancis juga 🙂

Master Pain terkejut kejap..Sepatah dua berbalas pantun, akhirnya aku give-up. Mana ingat sangat sebab lama tak cakap. Setelah kehabisan modal, kami meneruskan pembacaan masing-masing. Perjalanan masih panjang..aku tidur, sambung baca, tidur dan begitulah Mak Bedah, sampai bas berhenti rehat di Kampong Thom. Sempat membeli kudap-kudapan dan bila bas bergerak, aku terus tidur.

Sampai di Siem Reap kira-kira jam 8.00 malam. Bas berhenti di depan pejabat agen pelancongan di sana. Penuh pengusaha tuk tuk mencari pelanggan dengan muka yang manis. Kami naik tuk tuk yang cukup untuk aku namakan dia, Ariel Peterpan. Di sini banyak doppleganger…Sungguh! Kos tuk tuk USD 3 sahaja.Kami menginap di Hotel Ta Phrom, betul-betul di depan Central Market dan Night Market. Kebiasaannya pelancong akan menggunakan tuk tuk yang sama untuk aktiviti esok pagi. Kami memilih untuk ke Angkor Archeological Park dan beberapa aktiviti lain esok. Sehari suntuk menggunakan khidmat dia, dengan kos USD 25. Serius itu adalah sangat murah..kerana tempatnya jauh dan kami berpindah randah dari satu tempat ke tempat lain. Ok, itu di catatan yang lain ya..

Usai berehat, berjalan-jalanlah kami menikmati kehidupan malam di sini. Hmmm…Pub Street yang dikatakan hebat itu tidak seperti Bangla Road di Phuket. Central Market dan Night Market. Tiada apa yang menarik. Nak shopping cenderahati bolehlah..tapi perjalanan kami lama lagi. Kemudian-kemudian sahajalah.

Pusing dan terus pusing, kami akhirnya membeli tiket wayang dokumentari kekejaman Pol Pot – The Genocide History. Tiket berharga USD 3 seorang dan hanya aku dan Hadi yang menonton. Sangat best! Kerana dokumentari ini, naluri aku untuk mengetahui mangkuk ini begitu kuat. Aku simpan hajat untuk membeli sebuah buku tentang diri dia malam itu. Kami balik hotel dan terus tidur..Esok hari yang panjang. Aku memang keletihan kerana perjalanan ke sini sangat lelah…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *