Cambodia Epiphany : Bou Meng Book

Akhirnya aku berjaya menghabiskan membaca buku Bou Meng. Ini semua gara-gara terasa sentap dengan Farah yang mengatakan dia sudah habis membaca buku tersebut. Aku sebenarnya tak punya masa yang sesuai untuk membaca bahan bacaan serius seperti buku Bou Meng ini.

Akhirnya detik itu tiba jua. Beberapa hari lepas, dengan penuh kegigihan aku membacanya. Sebelum itu, aku mengambil mood dengan melihat kembali gambar-gambar di Cambodia, terutamanya gambar di Killing Field, Muzium Tuol Sleng dan gambar aku bersama Bou Meng. Bila mood sudah ada, tanpa lengah aku memulakan pembacaan, ditemani Adeq yang sedang sibuk menonton Charmed Season 8.

Cerita bermula dengan riwayat Bou Meng dari zaman kanak-kanak di mana dia mendapat mendidikan awal di pagoda. Dari situ, bakan melukis yang ada pada dirinya dibentuk sampailah dia di alam remaja dia belajar melukis dengan seorang pelukis terkenal (di zaman beliau) di Cambodia. Bou Meng gemar melukis gambar hitam putih. Dia akhirnya mendirikan rumah tangga dengan Ma Yoeun dan menyara hidup keluarga dengan menjadi pelukis poster filem. Di zaman itu, kesedaran tentang politik dan pergerakan komunis tidak begitu diendahkan. Sampailah ketika satu hari dia mendengar radio, Raja Sihanaouk menyeru rakyatnya bangkit dalam satu revolusi politik. Kala itu, Bou Meng dan isterinya secara sukarela hidup dihutan dan membantu pergerakan tersebut.

Kemenangan sementara yang disangka membawa kepada penyatuan Khmer merupakan mimpi ngeri buat Bou Meng bila dia dituduh menjadi agen CIA dan dipenjarakan di S-21. Jujurnya, Bou Meng sendiri tak tahu apakah itu CIA dan dia diseksa dengan kejam oleh rejim Pol Polt. Juga dinyatakan bagaimana kebolehkan beliau melukis potret Pol Polt akhirnya berjaya menyelamatkan nyawanya dari dibunuh.

Aku tak tipu bila aku katakan, buku ini sangat tragis dan menyentuh hati. Walaupun diceritakan dengan “tidak begitu cemerlang” oleh penulis buku, tapi imaginasi dan gambar-gambar yang aku lihat di Muzium Tuol Sleng menjadikan gambaran cerita Bou Meng jelas. Aku sendiri berpeluang bertemu Bou Meng dan aku tak dapat bayangkan betapa seksanya hidup 4 tahun dalam pemerintahan¬† Pol Polt. Aku naik darah mengenangkan semua pemimpin tertinggi menyalahkan antara satu sama lain atas kematian 1/4 populasi Cambodia. Duch yang menjadi ketua penjara S-21 juga seakan menafikan mengetahui tahanan dibunuh,diseksa dan ditanam beramai-ramai. Pol Polt mati sakit tua – itu gone case. Tapi penderitaan mangsa dan waris-waris tetap merah sampai hari ini.

Ya, menitik airmata aku bila membaca perenggan Bou Meng dibenarkan bertanya soalan pada Duch. Katanya, dia hanya ingin tahu di mana isterinya dibunuh supaya dia dapat memberikan penghormatan pada isterinya. Juga bila dia mengatakan dia bermimpi berjumpa isteri dan 2 anaknya yang memohon pembelaan atas kematian mereka.

Apapun, buku ini adalah satu bacaan yang sangat berguna dan terkesan pada jiwa yang memahami. Jika ke Cambodia, cari dan bacalah. Semoga tragedi sebegini tidak akan berulang lagi di mana juga sudut dunia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *