Burger Zinger Chicken Lava Leleh!

Selamat malam…hari ni Kak Benny kau tak balik Melaka sebab ada hal koje kat Ipoh hujung minggu ni. Nak ajak boifren keluar makan, dah mohon clash dengan bergaya. Nak bukak Apps Food Panda, nampak sangat lonely soulja boy hidup aku ni asyik mengorder dengan abang baju pink aje. Siang tadi dah bergambar dengan abam Rosyam, pun berbaju pink juga. Nak ajak bapak gula, taste dia tinggi sangat.

Aku nak something sempoi, cheezy dan humblelina aje untuk makan malam. Tak perlu lilin, kek, belon dan ros merah walaupun ramai sambut Hari Valentina hari ni. So aku buka group FB kawasan kejiranan aku nan permai ini. Satu demi satu menu yang ditawarkan aku scroll. Kemudian terhenti di sini…

Burger Zinger Chicken Lava Leleh…nampak, biadap namanya. Rupa paras 3/5 sebab cheese tak nampak meriah. Tapi rasa biadap sedap. Agak lama aku tunggu. Tapi hakak kau tak pushy sangat. Sabar dan chill aje. Syukurlah penantian itu berbaloi dengan rasanya. Harga sebekas ini RM10.

Harga minyak naik, Malaysia masih aman. Covid 19 “terkawal”, peralihan kuasa selepas APEC, jantina Sajad masih misteri, penyapu berdiri sendiri – banyak yang boleh dibahaskan secara ilmiah. Tapi korang la gi bahas. Aku nak gi baham dulu.
#apabilakakbennymenulis
#kakbennyislapar

P/s: kejap lagi nak pergi dobi. Kalau nasib baik, akak hapdet cerita pasal Zetty…ada sesiapa rindu Zetty?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *