Burger Bakar Yang Formalin!

image

Ahad lepas aku balik Melaka menziarah bapa mertua. Elok sampai seisi keluarga sudah bersiap-siap mahu ke majlis kahwin. Disebabkan belum makan, kami berdua menurut jua ke situ. Band kahwin menyanyikan lagu dangdut seram yang aku sifatkan tak sesuai langsung untuk temasya perkahwinan.

****
Berehat tak sampai beberapa jam, Hadi minta aku bersiap untuk balik KL. Aku baru nak lelap sebenarnya. Dia tak mahu tersangkut dalam trafik seperti dua minggu lepas. Huh..sama aje azabnya. Beberapa kilometer menghampiri tol Simpang Ampat sudah bersesak-sesak kereta. Seperti minggu lepas, menghampiri Senawang sungguh menyakitkan jiwa. Bergerak dengan kadar yang sangat perlahan. Kami ambil keputusan keluar lebuhraya dan menuju jalan dalam untuk masuk ke lebuhraya LEKAS.

Di sinilah tiba-tiba aku cadangkan pada Hadi untuk mencari burger bakar terbaik di Senawang. Dia langsung setuju. Sudah berapa kali dia bunyi nak makan burger bakar di Puchong. Tapi mengenangkan hari minggu kedai ramai pelanggan, tak kuasa rasanya menunggu berjam-jam untuk makan burger. Pantas aku google lokasi dan dari exit Senawang, kedai burger itu sekitar 5 km sahaja.

Nama kedai itu Deqwan Burger Bakar kalah aku tak silap. Lapar punya pasal sampai tak sempat nak ambil gambar papan tanda. Kami order burger bakar daging dan aku minta teh tiga lapis.

image

Ok…burger sangat sedap. Airnya juga sedap. Langsung diam masa makan…

Lepas itu kami cuba hotdog footlong. Menung aku fikir ada perut ke nak habiskan. Tapi sudahnya habis juga..

image

Next time nak singgah lagi dan makan yang double pulak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *