Burger Bakar Lokas Makana!

Ohai, Burger Bakar dengan bacon..

 

Selepas penat berjalan untuk KFC World Hunger Relief, sementelah hari sudah malam, kami kemudiannya meneruskan aktiviti malam minggu dengan mencari burger bakar yang formalin. Terletak di Puchong, Lokas Makana itulah destinasi kami malam itu. Aku belum pernah cuba burger bakar di sini. Menurut Hadi, ia sangat sedap dan terbaik yang pernah dibaham olehnya.

Tuan tabib gigih beratur..

 

Kami sampai sebelum Isyak. Sungguhpun begitu, barisan yang menunggu giliran sudah panjang. Hampir batal niat untuk makan di sana. Tetapi alang-alang sudah sampai, maka gigihlah dia beratur. Aku hanya duduk menunggu dan melepaskan lelah seketika. Masih ada makhluk berbaju ungu disekitar kawasan Lokas Makana ini. Menyedari kami dari acara yang sama, hanya senyuman yang sempat dilemparkan.

Walaupun orang agak ramai di situ, namun servis makanan aku sifatkan sangat cepat dan efisyen. Tidak menunggu lama, lebih kurang 10 minit burger sampai dan kami langsung diam menjamu selera malam itu. Burger bakar itu memang sedap. Ya, setakat ini itu yang terbaik yang pernah aku cuba. Jadi, ada potensi mengulang.

Lokas Makana
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *