BUBUR 3.0

Selasa lalu, untuk kali ke-3 bilik menempatkan antara segolongan kakitangan Seksyen Ehwal Semasa telah berjaya melakukan acara makan-makan yang sederhana tetapi meriah. Aku menamakan acara ini sebagai BUBUR 3.0 lanjutan kejayaan pelaksanaannya walaupun tidak dikepalai oleh sesiapa yang diktator. Idea yang dikutip kononnya untuk menyambut hari lahir penghuni bilik yang lahir bulan 7, melarat ke persaraan 2 kakitangan dan seorang sahabat yang akan berpindah ke RTM Labuan. Sudahnya ini adalah acara 3 dalam 1 maka selayaknya dinamakan BUBUR 3.0 sementelah 3 kali sudah diadakan.

Selamat bersara kerani SES,Kak Mahani

Menu wajib, pastinya bubur nasi, sambal ikan bilis resepi Sue Aryanie dan cocktail maha sedap oleh Wawa. Terima kasih kepada rakan-rakan lain yang menyumbang makanan dan sedikit duit untuk membeli hadiah kepada Kak Mahani dan Abang Bahrain. Terang-terang cakap, aku sedikit terkilan sebab itu sahaja yang mampu kita beri pada 2 kakitangan yang sudah berpuluh tahun berkhidmat. Tambah sedih, abang Zam pulak kata itu hari terakhir dia sebelum ke Labuan. Hmmm…tak apalah.Sokongan yang memeriahkan acara makan-makan ini sesungguhnya akan aku kenang..

Makan, yeay!

Suka aku khabarkan, 6 kali aku sempat tanak bubur. Dalam sibuk bermesyuarat pre-production utk Istiadat Sambutan Hari Pahlawan, menguruskan hal untuk bercuti 2 tahun dan kerja-kerja hakiki lain rasanya macam pecah 8 badan aku hari itu. Mujur malam sebelum aku sudah hiris bawang siap-siap. Menitik airmata kau…Jadi pagi tu hanya sibuk manja-manja. Maaflah sebab ada beberapa rakan-rakan yang nak tapau, tak dapat aku tunaikan semua. Kalau aku bawak kawah, insyaallah satu bangunan boleh tapau.

Itu sahajalah yang dapat aku tulis sebab kesibukan dan kepenatan maksimum sedang melanda. Aku mensyaratkan diri sendiri untuk mencuba menulis paling bangsat pun seminggu sekali. Inipun tersengguk-sengguk ku tahan Jebat. Insyaallah Ahad nanti aku akan tulis pasal Istiadat Sambutan Hari Pahlawan. Ini adalah program besar terakhir yang akan aku terbitkan. Lepas nie semua program berskala begitu Unit Dokumentari dan Majalah akan terbitkan. Sungguh kelakar..idea siaplah ni??!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

2 thoughts on “BUBUR 3.0”

  1. itu aidier mergas kacukan la tu..xde la pengkhususan genre unit n penerbitan klu gitu..buh jek “unit suka hati aku la nk suh terbitkan ape..br maltiskil”.. bila terjun ngan labu terapung ada plak plampung lori tayar 18 utk paut..ohh singapor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *