Boggle Warriors..Kapla’!

Kalau anda penggemar filem Star Trek, seboleh-bolehnya semua cenderamata bertemakan filem itu cuba untuk dimiliki untuk dijadikan koleksi. Ada yang sanggup menonton berjam-jam bila diadakan tayangan terbuka kesemua siri dan ada juga yang cuba untuk mendalami bahasa Klingon, seperti klip di atas dari drama Big Bang Theory, antara drama bersiri yang sering aku layan bila bosan. Dalam satu epison, Wolowitz pernah berkata dia mahukan satu persandingan ‘Klingon’.

Masa tu memang aku blur..apakah nerakanya persandingan Klingon? Aku bukanlah penggemar Star Trek. Kadang-kadang dipaksa juga menonton, tapi tak boleh. Aku tak faham, dan aku bosan. Oh, maaf..Itu Star Wars!

Jossie Sockertopp dan pasangannya, Sonnie Gustavsson telah melangsungkan perkahwinan ‘Klingon’ minggu lepas. Hampir 17000 ‘trekkies’ seluruh dunia menghadiri perkahwinan epik ini. Memang gila..sampai mak bapak mereka pun tak tahu.

Sedari kecil aku tak punya impian perkahwinan dalam taman, tepi pantai atau yang lain-lain yang lazim didambakan oleh orang yang mampu. Aku hanya tahu ia mesti mudah, cepat habis dan lepas tu hidup kena terus. Aku rasa perkahwinan mereka aneh-tapi mungkin mereka bahagia begitu. Romantik? Errrrr…..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *